|
Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)
[Copy link]
|
|
Edited by nenek_lampir at 14-6-2015 08:40 PM
Nenek dah khatam.. nenek sukeee... nenek nak cik nana cite lagi..
Bila nenek baca cite bang ngah tiba2 je muncul bintat beso ibu jari bawah siku nenek ni ha... sapo nk bertanggungjawab tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cik nana sambung lah lagi
saya dah jadi peminat citer cik nana dah |
|
|
|
|
|
|
|
cik.nana replied at 2-6-2015 03:26 PM
Kisah 31 - Baling-baling Manja
2 minggu lepas, seorang kawan husband aku meninggal dunia, kemalan ...
Erk. Yg tangan sejuk pegang tu siapa pulak. Akak penah berkomunikasi dengan roh yg baru mati tak? |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya khatam juaa...keep it up TT! nah mungeee
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu intai thread ni.. xde update baru ke cik nana? rindu ni nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
cik nana...takde cite baru ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Ramadhan uolls! Engkorang thread ni dah tenggelam pun, boleh kasi timbul balik eh. Gigih sangat. Kipidap!
Selalunya kan, bulan Ramadhan ni orang kata hantu setan dah kena ikat, so nak pi toilet sensorang di waktu tengah malam buta pun tak takut dah. Eh iyeke? cik.nana sejak dari kes sepupu nampak 'sesuatu' kat kampung masa bulan puasa dulu dah paham dah, tak semua makhluk tu dirantai. Ada yg masih bebas bertebaran. Jadinya bila kena ngusik time bulan puasa, tak rasa pelik pun. cik.nana share sikitla antara pengalaman diusik di bulan Ramadhan ni...
Kisah 32 - Usik-usik Ramadhan
Padah Main Game
Aku dulu-dulu susah bebenor nak tidur malam. Macam ada insomnia pulak. Kadang-kadang baca novel sampai ke Subuh, habisla jugak. Jadinya ada satu ketika ni, game Diner Dash tengah top meletop. Aku pun jadi kaki main game Diner Dash ni. Dari malam, bawa sampai ke sahur. Mama tahu habit aku ni, so kadang-kadang dia bangun nak check samada aku tidur ke main game. Kalau kantoi, memang alamatnya kena bebel la.
Jadinya satu malam tu aku gigih la dok bawak Flo ni hidangkan makanan dari tengah malam buta. Lampu bilik dah off. Angah dah tidur. Aku bukak volume laptop seminimum mungkin. Nak pakai headphone kang takut Mama bangun aku tak perasan pulak. Aku pun layanla Diner Dash dengan tekunnya. Sampaila satu ketika tu, aku terdengar pintu bilik Mama dibuka. Sepantas kilat, aku tutup skrin laptop dan lompat naik ke atas katil, tarik selimut dan pura-pura tidur. Sambil tu aku pasang telinga la, dengar kot Mama ada buka pintu bilik aku. Aku dapat dengar Mama masuk bilik air apa semua. Aku tutup muka dengan bantal ni, senang sikit nak kaber line kalau Mama masuk. Sambil tu mata aku dok tengok kat bawah pintu pergerakan Mama.
Dalam 2 minit macam tu, terdengar lampu bilik air ditutup. Aku tunggu lagi. Tepat sangkaan aku, Mama bukak pintu bilik. Tengah Mama dok pulas tombol, aku pejam mata serapat mungkin. Aku dengar bunyi tapak kaki Mama masuk dalam bilik. Aku dapat rasa Mama berdiri tepi katil aku. Jantung aku dah berdegup kencang ni, takut kantoi aku belum tidur. Punyala aku dok keraskan badan berlakon serupa orang pengsan dah.
Tetiba... hnsss hnsnnssns... aku terasa desis nafas yang kuat kat muka aku. Aik! Dah apa kes pulak Mama mari dok menghembus nafas kat muka aku ni? Aku tak berani nak buka mata. Aku terus pura-pura tidur. Lepas tu aku rasa macam Mama duduk kat katil aku, sebelah aku. Aisehmen! Mati la aku, mesti Mama dah tau aku tak tidur ni. Tapi yg pelik tu, Mama takde pulak buat apa-apa. Lama aku rasa Mama duduk kat sebelah aku, sampai aku rasa semacam je. Aku pun try la buat-buat menggeliat, nak gerakkan badan aku sambil aku buka sikit mata aku. Tak nampak apa. Aik, mana pulak Mama ni?
Terus aku lupa nak berlakon, aku buka mata seluas-luasnya. Memang takde Mama dalam bilik aku. Alamak. Aku telan air liur. Aku tengok pintu bilik aku. Terbuka luas. Gelap-gelita pulak kat luar pintu tu. Tetiba aku teringat sesuatu. Mama tidur kat bawah malam tu. Memang takde siapa pun yg tidur bilik Mama. Aku dah start berpeluh-peluh walaupun rasa sejuk. Aku gagahkan diri, bangun dan tutup pintu bilik. Lepas tu, tak berapa gagah nak main game dah. Aku tidur berhimpit sebelah Angah sampai waktu sahur.
Nak Main Cak Sangat!
Aku ni kadang kuat mengusik jugak. Selalu bila adik-adik bangun sahur, diorang akan kejut semua orang. Aku ni kan pesen tak tidur malam so selalu bila time sahur, aku orang first yg akan kejut semua orang. Tapi ada satu hari tu, aku saja tak nak jadi orang first. Aku tunggu adik aku bangun. Selalunya orang kedua bangun ialah Alang. Alang tidur bilik lain dan dia selalunya akan kejut aku dulu. Jadi nak dekat waktu sahur tu, aku dah ready. Aku susun bantal atas katil, lepas tu tutup dengan selimut. Sebijik nampak macam ada orang tengah tidur. Lepas tu aku menyorok belakang pintu, tunggu masa je Alang nak masuk bilik aku.
Adalah 10 minit jugak aku tunggu Alang kat belakang pintu tu. Gigih bebenor la aku ni nak main cak-cak kan! Lepas tu aku dengar tapak kaki menghampiri bilik aku. Aku dah tersengih sensorang diri, menahan gelak. Pintu bilik aku dibuka. Aku rapatkan tubuh ke dinding, tak nak bagi pintu kena badan aku kononnya. Elok pintu bilik aku terbukak, pintu bilik aku diketuk perlahan. Eh eh, dah buka pintu baru nak ketuk ke? Sopan sangat kau. Nak putus nafas aku dah dok tahan gelak belakang pintu, tapi Si Alang tak masuk-masuk pun bilik.
Tetiba aku dengar bunyi gelak. Halus je. Macam berbisik.
"Hihiihihi..." dan serta-merta bulu roma aku menegak. Aku tak kenal suara gelak tu. Mana ada adik beradik aku suara halus camtu. Aku kaku belakang pintu, tak tau nak buat apa. Kemudian sekali lagi kedengaran bunyi gelak halus tu di balik pintu. Aku apa lagi, tendang pintu sampai tertutup la. Gedegum! Kuat bunyi pintu bilik aku tertutup. Aku terus lompat atas katil Angah. Terpisat-pisat Angah bangun tengok aku.
Angah: Ko apahal, Long?
Aku: Ada...
Tak sempat aku habis bercakap, pintu bilik terbuka sekali lagi. Aku termenjerit. Sesusuk tubuh dengan rambut kusut masai berdiri di muka pintu.
"Oi, bangunla, sahur!" dan Alang berlalu pergi. Cis! Aku nak kenakan dia tak jadi, aku pulak yg terkena.
Padan muka, kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Alamak..seremmnyerrr...baca siang2 pon dah rs seram apatah lg malam...huhuhuu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yeah!! Time kasih ade hapdet.. rumah tu ke yg brhantu cik nana? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah cuba buat bagi tak seram tu. Seram jugak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahula samada rumah tu atau bukan. Rumah tu pernah ditinggalkan selama 4 tahun takde orang duduk. Tapi dah pagar pun, still jugak ada kejadian-kejadian misteri. Last-last kitorang jadi lali dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi hosmet tak berbayo la kalo gitu..
Kalo hati kental takpo la.. kalo nenek, haruslah nenek blah kan diri nenek.. |
|
|
|
|
|
|
|
we want more cik nanaaaa ! |
|
|
|
|
|
|
|
lagi lagi cik nana. lama nk tnggu thread ni up blik. hari2 yg check tgok ada update ke tak hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
cik nana huiii pekaboooo? taknak ke jengah rumah ni huiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhhh!!
Setelah bertahun x masuk forum ni...
Akhirnya aku masuk dan merempit bbrp benang...
Antara the best thread yg aku penah baca...
Thumbs up @cik.nana |
|
|
|
|
|
|
|
bookmark sini. selamat hari raya TT! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by esteryen at 20-7-2015 10:38 PM
Selamat Hari Raya AidilFitri to U all n specially kat Cik Nana!!
Best sangat2!!! This few days holiday tak ke mana2, risau juga will boring n bila start baca this benang..memang 3days tu kerja I menatap hp je..hahahas..
Pastu kena sound ngan laki I..nak baca nak takut..hahahas..sbb dia tengok TV kat ruang tamu..pastu I minta dia masuk bilik tengok TV..takut pula baca seorang..hahahas |
|
|
|
|
|
|
| |
|