Remaja mengaku rogol gadis tipu diculik van putihRemaja berusia 17 tahun itu mengaku bersalah merogol gadis berusia 15 tahun ini (baju hijau). - Foto arkib TRP/ Syahirah Roslan
[size=100%]KLANG, 7 Januari:Seorang remaja yang keciciran, mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Klang atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, dua tahun lalu. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, kerana dituduh merogol gadis itu, ketika dia berusia 13 tahun enam bulan di Bandar Baru Suleiman, Klang, pada Disember 2014. Pertuduhan itu dibacakan kepada remaja itu semalam, tetapi tiada pengakuan direkodkan, kerana ibu bapanya tidak hadir di mahkamah. Ibu bapanya yang hadir di mahkamah hari ini, memohon majistret, Nor Asma Ahmad menetapkan ikat jamin lebih rendah. Sehubungan itu, mahkamah menetapkan ikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 14 Januari ini untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan sosial remaja terbabit.
Jika gagal membayar ikat jamin itu, tertuduh akan dihantar ke Asrama Sentosa, di Sentul, sementara menunggu tarikh sebutan kes berikutnya. Remaja itu didakwa merogol seorang gadis yang menipu diculik dua lelaki, dengan menaiki sebuah van putih, minggu lalu. Semalam, gadis berusia 15 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan, kerana membuat kenyataan palsu dan mendakwa dirinya diculik dari Bandar Sultan Suleiman, Klang, pada jam 9.12 pagi 29 Disember lalu. Mahkamah turut menetapkan hari sama, iaitu 14 Januari untuk sebutan semula kes itu. Minggu lalu, berita kehilangan gadis itu mendapat perhatian masyarakat, selepas rakaman perbualan telefon remaja itu meminta tolong kakak angkatnya tersebar di media sosial. Polis kemudiannya menemui gadis itu berada dalam kereta teman lelakinya, di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, Khamis lalu. Remaja terbabit kemudiannya mengaku dia memalsukan penculikannya, kerana mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama teman lelakinya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/07/remaja-mengaku-rogol-gadis/#ixzz3wXso4Rh7
|