|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
Reply 800# jaa139
jauh nye merendek sampai ke dalam utan belantara bagai segala |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 801# Syd
nk seribu daya![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah..umo br awl 20an dh kna hukum gantung..umo 22 klu me xsilap..
plasterhati Post at 19-7-2010 19:14 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
dalam blog tu tak dinyatakan nape arwah dibunuh...ko tau x kenapa dia dibunuh?ade yang dengki ke?atau aku terlepas baca? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 796# Syd
aha terbakar disebabkan dapur masak...yg ingat lg org citer-citer...mangsa ditemui melekat diantara satu sama lain...ermm mmg ngeri tol... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 804# dzaraa
kesian kan..
musti dorang mati berpeluk gitu
rentung kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 805# Syd
Hmm tu lar Syd, tk silap ms kejadian tu dzaraa kecik2 lg..tp ingat sikit2 jerk..lepas tu pernah baca dalam mastika kot itupun dah dalam tawon 90's...tp tk ingat sekolah tu nama apa...sebab ada sekali pernah pergi ke rumah saudara sebelah dengan sek. agama tu lar...tak silap dowang panggil Pondok Pak Ya.....hmm apapun Al-Fatihah untuk semua mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 794# dzaraa
Tragedi Pondok Pak Ya;
http://kembaracinta1.blogspot.com/2010/05/tragedi-taufikiah.html |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 807# Syd
thanks syd...wah dok kat jab arkeb ker?..hi3 |
|
|
|
|
|
|
|
Dihumban dalam perigi
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
[email protected]
![](http://www.utusan.com.my/pix/2010/0801/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg)
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat ahli Majlis Perbandaran Manjung, Lim Ting Peng yang ditemui mati setelah dihumban dalam perigi yang terletak berdekatan ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Kruing, Beruas, Perak, semalam.
IPOH 31 Julai – Ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang juga Ketua MCA cawangan Changkat Keruing, Lim Ting Peng, 49, ditemui mati dibunuh dalam perigi di ladang ternakan ayam miliknya di Kampung Baru Changkat Keruing, Manjung hari ini.
Mayat mangsa ditemui anak lelakinya, Tommy Lim, 18, yang turut serta dalam operasi mencari bapanya yang hilang sejak malam tadi.
Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai ahli MPM tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarganya bertindak membuat laporan polis semalam.
Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, ahli keluarganya mencari mangsa sehinggalah mayatnya ditemui dalam perigi sedalam 5 meter di ladang ternakan ayam itu.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd. Jamil Osman berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 8 pagi.
“Polis yang dimaklumkan tentang penemuan mayat tersebut kemudian bergegas ke tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati, terdapat kesan-kesan darah pada pondok berhampiran perigi di dalam kawasan ladang ternakan ayam tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut Mohd. Jamil, sebuah kenderaan pacuan empat roda milik mangsa dan dua pekerja warga Myanmar yang ditugaskan menjaga ladang ternakan ayam itu sehingga kini gagal dikesan.
Sementara itu, isteri mangsa, Ling Mooi Kooi, 48, berkata, suaminya keluar rumah kira-kira pukul 5 petang semalam untuk bertemu dua pekerjanya yang mahu meminjam duit daripadanya.
“Salah seorang pekerja telah telefon suami saya ajak keluar sebab beritahu hendak pinjam duit sebanyak RM1,000,” katanya.
Setelah pukul 10 malam, katanya, Ting Peng tidak pulang-pulang menyebabkan dia cuba menghubungi suaminya menerusi telefon bimbit namun tidak berjawab.
Menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, dia mengajak anak lelakinya, Tommy ke ladang ternakan bersama penduduk sebelum menemui mayat suaminya dalam sebuah perigi di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes bekas ADUN BN, pembantu dikategori ‘bunuh, bunuh diri’
August 03, 2010
![](http://img7.imageshack.us/img7/1798/pix015.jpg)
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.
Polis percaya ia sebagai kejadian bunuh dan membunuh diri.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri.
Siti Rohana ialah Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.
Difahamkan kereta dipandu Abdul Aziz (gambar), bekas wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya di Kilometer 455 Lebuh Raya Utara Selatan, ke arah Rawang kira-kira 11 pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira tujuh kilometer selepas kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh.
Polis juga menemui sepucuk pistol .38 dalam kereta Toyota Caldina itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.
Tiga peluru dari pistol didapat telah digunakan.
Abu Hassan juga merupakan anggota Kabinet persekutuan sebelum dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Abdul Aziz merupakan wakil rakyat Permatang selama dua penggal dan digugurkan pada 2008.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam Facebooknya memberitahu, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa “terkena” tembakan di bahagian kepala.
Polis mendapati tembakan datang dari dalam kereta yang mereka naiki kerana kesan tembakan tidak dikesan pada badan kereta.
“Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa,” kata Khalid.
Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut.
Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.
Anggota keluarga yang ditemui wartawan di rumah Abdul Aziz di Seksyen 9, Shah Alam enggan bercakap dengan wakil media.
Polis menyiasat kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Buat masa sekarang kami mengetepikan politik sebagai motif kejadian,” kata Khalid.
“Kami percaya ia satu kes bunuh dan membunuh diri,” kata Khalid sambil memberitahu pihaknya ada bukti bahawa hanya dua orang berada dalam kereta ketika kejadian.
“Jangan buat spekulasi (mengenai kes ini). Saksi yang ditemu bual di tempat kejadian mengesahkan tiada orang lain dalam kereta,” kata Khalid lagi dalam Facebooknya.
Khalid yang menyambung tulis dalam Facebook memberitahu, laporan bedah siasat awal menunjukkan ada dua kesan tembakan manakala pembantunya hanya satu.
Abdul Aziz meninggalkan isteri Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Norazian, 37, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) dan seorang anak lelaki Mohd Anis Hisham, 33, exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Sementara itu, Mohd Anis berkata kali terakhir beliau bertemu dengan ayahnya kira-kira 9 pagi tadi di kediamannya di Shah Alam.
“Sebelum mendapat tahu kejadian yang menimpa ayah melalui kawan saya tengah hari tadi, ayah ada cakap nak pergi satu majlis di Tanjung Karang.
“Saya amat kagum kebolehan yang ada pada ayah saya dan saya menjadikannya sebagai role model dalam bidang politik. Ayah mempunyai kebolehan berbahasa Mandarin. Ayah juga ada lesen pistol,” katanya ketika ditemui.
Bekas suami Siti Rohana, Abdul Aziz Hamim, 43, yang ditemui di hospital berkata mereka dikurniakan empat anak sebelum berpisah empat tahun lepas.
Katanya anak sulung mereka berusia 20 tahun manakala yang bongsu berusia sembilan tahun.
Seorang kenalan rapat kepada Siti Rohana, Towhid Mokthi, 53, berkata Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz.
“Rohana seorang yang peramah dan suka tolong orang. Dia sangat disenangi sebab itu dia terpilih sebagai Ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah habis.. ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
khatam juga aku...dr pagi smpi mlm. thank yer tuan syd... mak mu pun mesti suka baca buku mcm anakyan... |
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 12/08/2010
Sangkakan bangkai babi hutan, rupa-rupanya mayat gadis
![](http://www.utusan.com.my/pix/2010/0812/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_01.1.jpg)
ANGGOTA polis memeriksa keadaan mayat seorang gadis yang disyaki dirogol dan dibunuh sebelum ditemui di sebuah ladang getah dekat Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, Kedah semalam.
SUNGAI PETANI 11 Ogos - Seorang penoreh getah di sebuah ladang dekat Taman Kelisa Ria, di sini, terkejut apabila mendapati bangkai disangka babi hutan yang ditemuinya, rupa-rupanya adalah mayat seorang gadis disyaki dirogol dan dibunuh secara kejam.
S. Shanmugam, 50, berkata, dia yang menemui 'bangkai' itu kira-kira pukul 10 pagi pada mulanya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia babi hutan.
Katanya, namun dia mula mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku apabila melihat dawai dan cawan yang digunakan untuk menadah susu getah di kawasan berhampiran hilang dari pokok.
Dia juga menjadi lebih hairan apabila melihat terdapat kesan semak-samun yang diratakan, selain seretan sesuatu objek beberapa meter dari pokok berkenaan.
"Semasa saya menghabiskan torehan getah pada baris akhir di hujung ladang, saya mendapati dawai dan cawan yang digunakan untuk tadah susu (getah) hilang.
"Saya cuba mencari sehingga jumpa 'bangkai' itu. Mula-mula ingatkan babi hutan sengaja rosakkan cawan dan (kemudian) mungkin mati selepas termakan getah.
"Sebaik sahaja mendekatinya, saya nampak jari manusia dan terkejut apabila sebenarnya ia mayat gadis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, polis tiba di lokasi sejurus menerima laporan daripada majikan Shanmugam.
Katanya, mangsa yang berusia awal 20-an ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala, selain tangan kiri diikat dengan dawai.
Beliau berkata, mangsa juga mungkin dibunuh 24 jam lalu di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan tersebut.
"Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti memandangkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat tersebut.
"Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan separuh bogel dengan seluar dalamnya dilondehkan ke paras lutut.
"Berdasarkan penelitian awal, mangsa adalah warga tempatan berdasarkan kesan parut suntikan pelalian BCG," ujar beliau.
Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa bersusuk tubuh kecil serta mempunyai kulit sawo matang.
"Kita juga percaya mangsa mungkin berketurunan Melayu atau Siam," katanya lagi sambil memberitahu, polis tidak menemui senjata di tempat kejadian.
Beliau berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian," jelasnya.
Hashim meminta ibu bapa yang kehilangan anak gadis mereka supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Asisten Supritendan Teh Boon Keong di talian 012-3284837 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 813# Syd
Hiba anak dibunuh kejam
SUNGAI PETANI 12 Ogos - Sambutan Ramadan tahun ini, mungkin tidak meriah seperti sebelumnya buat sebuah keluarga peniaga ikan, Che Sam Md. Amin (gambar), 44, di sini.
Keluarga dari Flat Paya Nahu itu terpaksa menerima hakikat mereka kehilangan salah seorang insan tersayang, Noraini Ahmad, 20, gadis yang dirogol sebelum dibunuh kejam.
Anak sulung daripada tiga beradik hasil perkongsian hidup dengan Ahmad Mahmud, 54, itu ditemui mati di kawasan ladang getah di Kampung Rusa dekat Taman Kelisa Ria, di sini semalam.
Bagi Che Sam, perasaan yang dilaluinya bukan alang kepalang kerana hilang cahaya mata di saat kebanyakan umat Islam baru saja menyambut Ramadan.
"Perit memang perit, sukar untuk saya gambarkan. Apalah dosa anak saya sehinggakan ada orang sanggup lakukan perkara demikian," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi semalam, seorang gadis ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala selain tangan kiri diikat dengan dawai di sebuah ladang getah.
Semasa ditemui oleh seorang penoreh getah, mangsa berada dalam keadaan terlentang dengan seluar dalamnya dilondehkan ke paras lutut.
Menurut Che Sam, dia dimaklumkan mengenai penemuan anak gadisnya itu oleh anggota polis yang datang ke rumahnya pada pukul 11.30 pagi ini.
Katanya, hatinya mula resah selepas mendapati Noraini tidak pulang sejak keluar dari rumah pada pukul 8.30 malam kelmarin.
"Semasa keluar rumah, dia memakai baju berwarna biru dan seluar jean. Dia berjalan kaki untuk menunggu rakannya di perhentian bas dekat rumah.
"Ketika bangun untuk membuat persiapan sahur awal pagi semalam, saya dapati kakak (panggilan manja bagi Noraini) tidak pulang-pulang," katanya.
Dia bagaimanapun tetap tidak mengesyaki apa-apa memandangkan Noraini sering keluar bermalam di rumah rakannya.
Namun, kata Che Sam, hatinya berasa tersentak apabila menonton berita televisyen malam tadi mengatakan seorang gadis ditemui mati di kawasan Sungai Petani.
"Saya menghubunginya melalui telefon tetapi tidak berjaya kerana ditutup. Saya meminta seorang lagi anak untuk menghantar khidmat pesanan ringkas kepada kakak, tetapi tidak dijawab," katanya.
Tambahnya, oleh kerana malam sudah lewat ditambah dengan kepenatan membuat persiapan sahur, dia kemudian masuk tidur.
"Pagi ini polis datang cari dan bawa saya buat pengecaman mayat dan hati saya berkecai apabila melihat orang itu ialah Noraini," katanya.
Che Sam memberitahu, sebelum kejadian, Noraini tidak menunjukkan sebarang kelainan.
"Dia seorang budak yang baik dan sering tolong kami berniaga di pasar. Dia juga gemar keluar bermalam di rumah kawan-kawan," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, dia terkilan kerana tidak sempat berbuka puasa bersama anaknya dan sama sekali tidak menjangkakan perkara buruk berlaku.
Namun, katanya, dia tetap tabah menerima kejadian tersebut yang disifatkan sebagai ujian daripada Tuhan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian.
Katanya, setakat ini, polis belum dapat memastikan sama ada mangsa dirogol atau sebaliknya memandangkan laporan lengkap bedah siasat belum dikeluarkan.
"Kita juga sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.
Jenazah Noraini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kelisa Ria selepas sembahyang Asar, petang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin teruk manusia sekarang ni....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 761# tapibukanaku
tgk kt mna??? nk sgt tau lebih lanjut kes arwah juliana ni...ada pic arwah ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 789# plasterhati
ya allah sedihnyer.......... x trtahan2 air mata ni....
al fatihah utk arwah...... |
|
|
|
|
|
|
|
budak yang mati kena cekik dalam kebun getah tuh,
mmg hobi merendek2 keh?
memalam buta kuar...
kuar tak ckp mana
terpikir gak laa, takkan yang dok umah yang kena seret dalam kebun getah tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 818# Syd
en syd, xder ker apa2 info psal kes juliana ni? saya baca pon dlm blog org..x der kuar berita ker??
kalo x bukak thread ni, memng x pnah dgr lngsung citer psal pmbunhan arwah ni..or kot2 ada pic ker.. tingin sgt tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 819# sizuka82
rasanya kisah juliana nehh
dah ada
ntah ms berapa tahh
try tengok 10ms-15ms kebelakang
dah lama nehh |
|
|
|
|
|
|
| |
|