CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 8-10-2010 09:12 PM | Show all posts
kenapa ada org yang sgt pandai sehingga merasakan diri benar belaka..dan org yg tidak sependapat itu sbg sesat...bersemuka itu cara yg elok juga, sy yakin dia takkan menghalau anda...byk thread sy tgk mmg tuju kpd dato' itu juga, rmai lg di luar sana yg lebih kurang sama pendekatannya, and silalah lapor ke JAKIM, sbb diaorg akan segera siasat kes2 ajaran sesat nih utk disenaraihitamkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2010 11:17 AM | Show all posts
Sambil2 korang layan thread ni, boleh dgr audio ttg
karekter jin menurut Ust Dato' Ismail Kamus, di bawah.


Audio 1      

Audio 2

Audio 3

Audio 4

Audio 5

Audio 6


Dato' Ismail Kamus ni ada Pusat Rawatan Islam di Gombak, namanya Darus Salam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 12:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 11-10-2010 13:03

Kepada siapa setan-setan telah di tetapkan oleh Allah untuk mengganggu ?

Makna ayat-ayat Quran ini di ambil dari tafsiran Dr. Ahmad Hatta .

(Maryam : 83) Tidakkah engkau melihat bahwa sesungguhnya Kami mengutuskan setan-setan itu kepada orang-orang kafir untuk mendorong mereka (berbuat maksiat) dengan sungguh-sungguh ?

(Asy-syu'ara' :221-222 )Maukah Aku beritakan kepada mu , kepada siapa setan-setan itu turun ? Mereka turun kepada setiap pendusta yang banyak berdosa, mereka menyampaikan hasil pendengaran mereka, sedangkan kebanyakan mereka orang-orang pendusta .


--------------------------------------

Tak susah untuk faham kan maksud ayat-ayat Quran yang jelas lagi terang maknanya di atas ni , bahwa Allah telah menetapkan setan-setan pasti akan mengganggu dengan berbagai gangguan pada orang-orang yang kafir dan orang-orang yang berdosa , itu ketetapan Tuhan yang tidak dapat di ubah lagi dah terhadap orang2 kafir dan orang2 berdosa walau harun din dan sekutunya guna ikhtiar dan doa sebanyak mana pun !

Dan tak ada yang dapat menolak keburukan yang Allah telah tetapkan menimpa golongan kafir dan golongan berdosa melainkan mereka perlu terlebih dahulu mengubah keadaan diri mereka  sendiri dari kafir dan berdosa kepada beriman dan bertaqwa , setelah itu barulah Allah akan melindungi mereka .

Ar-Ra'd :11 "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."


Tapi apa yang harun din dan sekutunya lakukan adalah 'merawat' seluruh bangunan dari gangguan setan-setan yang mereka gelarkan sebagai makhluk halus dengan membaling lada dan garam di dalam bangunan dan sekitar nya serta merenjis air jampi di seluruh tempat di semua tingkat bangunan tersebut ...  

.....so "ikhtiar" itu jelas menggambarkan harun din dan sekutunya tu nak agar setan-setan di hindari dari menghampiri seluruh bangunan tu agar tidak mengganggu semua manusia yang ada dalam bangunan tersebut tak kira kafir atau Islam . Itu jelas "ikhtiar" untuk melawan ketetapan Tuhan !

Tuhan menetapkan setan-setan PASTI mengganggu orang yang kafir dan berdosa , tapi harun din dan sekutunya cuba ikhtiar untuk cari jalan agar orang kafir dan orang berdosa tidak di ganggu oleh setan-setan dan mereka menggunakan nama Tuhan dalam berikhtiar tu! Bukankah itu terang-terang tindakan melawan ketetapan Tuhan dan berdusta pulak atas nama Allah ?

Seluruh bangunan hendak di halang dari gangguan setan-setan sedangkan Allah sendiri telah berfirman bahwa Dia yang mengutuskan setan-setan untuk mengganggu orang-orang kafir sebagai balasan kerana keengkaran mereka padaNya .. jadi mana mungkin seluruh bangunan yang terdapat orang kafir dan orang berdosa bercampur gaul dengan orang Islam nak di halang dari di masuki setan-setan ? IKHTIAR YANG MUSTAHIL DAN MELANGGAR KETETAPAN TUHAN !

(Maryam : 83) Tidakkah engkau melihat bahwa sesungguhnya Kami mengutuskan setan-setan itu kepada orang-orang kafir untuk mendorong mereka (berbuat maksiat) dengan sungguh-sungguh ?



...........................................................................

http://www.darussyifa.org/bangunanmasalah.php

Bangunan (Syarikat Permodalan dan Perusahaan Selangor Berhad (SPPSB)  ini juga dikatakan "keras", oleh itu ikhtiar juga akan dilakukan untuk mengatasi masalah gangguan-gangguan yang dihadapi oleh pekerja-pekerja syarikat yang bertugas disini. Kita bergantung hanya kepada Allah sahaja. Air, garam dan lada hitam yang telah dibacakan surah Yaasin dan Zikir padanya hanya sebagai perantaraan. Air akan direnjiskan disemua tempat dan tingkat didalam bangunan menakala garam dan lada hitam akan ditabur di luar bangunan.

http://www.darussyifa.org/module ... e=print&sid=102

MERAWAT BANGUNAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
19 MAC 2010, pihak Darussyifa dijemput oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk melakukan rawatan di sini. kira-kira 20 tingkat bangunan dilakukan rawatan bagi menghindarkan bangunan ini daripada gangguan makhluk halus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 12:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 11-10-2010 13:32

berikhtiar dan berdoa tidak boleh dalam perkara yang melanggar dan melawan ketetapan Tuhan ! Contohnya , Allah menetapkan mati pasti berlaku maka tak ada siapa pun yang boleh berdoa atau berikhtiar agar kematian tidak berlaku ! Dan sesiapa yang berani berdoa serta berikhtiar agar Allah tetapkan kematian tidak berlaku padanya atau pada orang lain nescaya kafir lah orang itu kerana jelas doa dan ikhtiarnya tu melawan ketetapan Tuhan !     

Begitulah juga halnya dengan gangguan setan-setan yang Allah dah tetapkan pasti berlaku kepada orang - orang kafir dan orang- orang berdosa, so tiada siapa yang boleh berdoa dan berikhtiar agar setan-setan itu di halang dari membuat gangguan pada orang2 yang Allah sendiri tetapkan agar setan-setan tu dapat membuat gangguan !   

Dan Allah menetapkan hanya orang-orang kafir dan orang-orang yang berdosa tu sendiri sajalah yang boleh mengubah keburukan yang menimpa diri mereka dengan cara mereka mengubah diri mereka sendiri dari kafir dan berdosa kepada beriman dan bertaqwa, barulah mereka layak menerima perlindungan Allah dari gangguan setan-setan .  

So tabur garam lada berapa lori satu bangunan pun takkan dapat membuatkan setan-setan berhenti pergi ke bangunan tersebut untuk membuat gangguan terhadap orang-orang yang Allah sendiri tetapkan setan-setan itu boleh mengganggu .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 01:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 11-10-2010 13:25

Mereka campur garam dan lada dalam baldi yang di bacakan ayat-ayat Quran dan mereka buat air jampi yang di bacakan ayat Quran , kemudian mereka tabur dan renjis seluruh tempat dalam bangunan pejabat yang pastinya akan di pijak oleh orang-orang yang pergi ke pejabat tu tak kiralah kafir atau Islam .

Forumer nickname ada menyentuh isu ni tapi nampaknya para penyokong kuat harun din di thread ni membutakan mata pada apa yang di bangkitkan oleh forumer nickname ... so sila la jawab macam mana tu apabila garam , lada dan air jampi yang telah di baca ayat - ayat Quran kemudiannya di pijak oleh para pengunjung pejabat tersebut ? Adakah benda yang di bacakan ayat-ayat Quran layak berada di bawah tapak kaki manusia untuk di pijak sana sini ?

====================











   


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 09:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 12-10-2010 09:26

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_19.htm

Kisah Balqis 'ghaib' tarik tumpuan ramai

BESUT 11 Okt. - Siti Balqis Mohd. Nor , 22, gadis misteri di Kampung Gong Nangka di sini yang kisah mengenai dirinya sering ghaib dan berada dalam situasi seumpama sebuah filem seram, dikatakan hilang lagi malam kelmarin.

Dia diturunkan dari atas pokok dalam keadaan lesu dan bagi gadis itu dia ingin mengakhiri apa yang dilalui yang mungkin mencecah 100 kali dalam tempoh kira-kira dua bulan.

"Mungkin sudah hampir 100 kali, saya tidak tahu siapa mengambil saya dan selalu tidak tahu di mana saya berada sebenarnya.

"Tetapi dalam masa saya dikatakan hilang itu saya pernah terlihat makhluk semacam gorila berbadan besar.

"Dia tidak menjawab salam saya ketika saya berada dalam keadaan sedar ketika itu," ujarnya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Menurut Siti Balqis, rentetan awal kehilangannya walaupun berada di tengah-tengah keluarga bermula apabila kakinya berdarah dengan banyaknya tanpa sebab dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

"Beberapa hari selepas itu, saya melalui pengalaman tiba-tiba ditarik dari lantai rumah ke bawah dan kemudian ditemui di sekitar kawasan pokok pisang," ujarnya.

Kehidupan yang dilalui Siti Balqis menjadikan rumahnya tumpuan orang ramai setiap malam untuk bersama membantu mengawasi di samping melihat usaha-usaha yang dijalankan oleh bomoh dan pengamal perubatan Islam bagi menghindari fenomena itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat turut menziarah bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Ramlan Ali dan Pengarah Yayasan Islam, Md. Kamaru Al-Amin Ismail kelmarin.

Menurut Ramlan, bersama mereka adalah tiga orang ustaz untuk membantu mengatasi gangguan yang dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu.

"Sebelum maghrib semalam, saya berada di rumahnya. Ada menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas kononnya dia ada di Bukit Keluarga.

"Kita pergi beramai-ramai mencarinya sehingga pukul 3 pagi, ada orang jumpa dia berada di atas pokok rambutan berhampiran rumah," ujarnya.

Katanya, memang sukar untuk dipercayai apa yang dilalui oleh gadis ini sejak dua bulan lalu namun setiap kali dia ditemui, fizikalnya begitu keletihan, amat tidak bermaya dan menyedihkan.

Gadis itu dilaporkan lenyap sekelip mata walaupun berada di tengah-tengah keluarga, dikatakan dikendong oleh 'lembaga besar berwajah binatang' ke pelbagai lokasi termasuk di tanah-tanah perkuburan.

Ramlan turut menceritakan apa yang disaksikan sendiri ketika bersama ramai orang di rumah berkenaan tiga hari lalu.

"Dia (Siti Balqis) masuk ke bilik air di ruang tamu dan semua orang memerhati pergerakannya. Dia keluar seketika dan masuk semula dan terus hilang.

"Bilik air itu tidak mempunyai laluan lain untuk menyelinap keluar selain pintu depan. Kita cari dia di sekitar rumah dan dua jam kemudian, dia ditemui di tepi dapur," ujarnya.


Dalam pada itu, ibu gadis berkenaan, Norizan Said, 47, memberitahu, sejak kisah anaknya disiarkan seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat anaknya secara percuma.

Malam kelmarin adalah kemuncak apabila dua bomoh tempatan dikatakan berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Bagaimanapun dua bomoh itu mengelak daripada ditemu bual dan sekadar memberitahu sembilan jin dan makhluk halus yang ditangkap itu akan dihanyutkan ke laut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2010 11:09 AM | Show all posts
Reply 806# mnm77
Kisah Balqis 'ghaib' tarik tumpuan ramai

BESUT 11 Okt. - Siti Balqis Mohd. Nor , 22, gadis misteri di Kampung Gong Nangka di sini yang kisah mengenai dirinya sering ghaib dan berada dalam situasi seumpama sebuah filem seram, dikatakan hilang lagi malam kelmarin.

Dia diturunkan dari atas pokok dalam keadaan lesu dan bagi gadis itu dia ingin mengakhiri apa yang dilalui yang mungkin mencecah 100 kali dalam tempoh kira-kira dua bulan.


haa!..masalah camni apekate suruh kucen itam yg pi ngubat budak tu...sebab dari hujahnya dia pande bab2 ni...kite tngok le ade berani ke idak kucen itam ni p'ngubat budak tu...try tengok kalu dia ahli dlm hal ni..ade bran?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 11:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-10-2010 11:21
so sila la jawab macam mana tu apabila garam , lada dan air jampi yang telah di baca ayat - ayat Quran kemudiannya di pijak oleh para pengunjung pejabat tersebut ? Adakah benda yang di bacakan ayat-ayat Quran layak berada di bawah tapak kaki manusia untuk di pijak sana sini ?

blastoff Post at 11-10-2010 13:12


depa buat-buat tak nampak jugak soalan cepumas ni , kuang kuang kuang .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 11:54 AM | Show all posts
depa buat-buat tak nampak jugak soalan cepumas ni , kuang kuang kuang .
blastoff Post at 12-10-2010 11:19



    Aw kata jin2 ni tak da kena mengena dgn penyakit fizikal tp dlm kes gadis siti balqis tu...bukankah dh libatkan fizikal...boleh komen hal ni...?

Tak pun elok aw bantu family gadis ni sbb sy tengok terer benar aw ulas hal2 jin ini dgn dikaitkan dgn Quran dn hadis dan memperlekehkan ustaz harun din. Buktikanlah spt ustaz harun din dh buktikan dgn menggunakan garam dan lada dia byk berjaya dlm byk kes. Aw pulak hanya guna ayat2 Quran. Baru boleh aw dikatakan bnr2 cakap serupa bikin.

Setau sy family gadis ni pun dh bagi tau media dh berapa byk dh garam dn lada mrk beli dlm usaha ubati anak mrk. Apa kata aw pulak turun tangan tanpa guna garam ke lada ke cuma guna ayat2 Quran je bantu gadis ni. Tak payah tunggu ustaz harun din atau anak2 didik beliau, nanti tentunya mrk akan guna garam dn lada juga kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 12:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-10-2010 12:13

Bila mai bab jin depa mau percaya pulak cerita dari akhbar utusan walaupun UTUSAN selalu di anggap sebagai akhbar penyebar fitnah oleh para penyokong PAS sekelian ..... apa saja keluar dalam akhbar terus picaya kaaa kalau bab jin ? Selalu baca majalah mastika karut tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:25 PM | Show all posts
Reply 810# blastoff


    Aw tak jwb soalan sy...dan saranan sy supaya kepakaran aw berhujah di sini di aplikasikan spt mana ustaz harun din, tk juga aw cuba sambut dn cuba buktikan.

Kalau ye berita psl jin yg ditulis oleh akhbar utusan tu bohong...mana buktinya? Kalau aw mahu kami tk percaya apa yg dilaporkan, itu seolah2 aw nak bagi tau kami yg aw lebih tau hal yg sebnrnya berlaku pd gadis tersebut. So apa kisah sbnr gadis tu kalau utusan kami tak boleh percaya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 12:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-10-2010 12:35
Aw kata jin2 ni tak da kena mengena dgn penyakit fizikal tp dlm kes gadis siti balqis tu.. ...
Mawar Merah Post at 12-10-2010 11:54


Alahai , letih dan hilang tu penyakit kaa ? Letih kerana panjat pokok dikategorikan sebagai penyakit ? letih ni bukannya penyakit cek oii . Hilang main sorok-sorok dalam rumah lalu jumpa kat dapur dikatakan penyakit ? Penyakit boleh buat orang hilang teruih ka ?  

Keluarga tu semuanya kena bertaqwa kepada Allah , mereka dok bergantung kat bomoh merata hala tu jelas memperlihatkan mereka tak bertaqwa pada Allah !  

Orang lain tak boleh selamatkan mereka dari jin syaitan, mereka sendiri kena ubah pemikiran dan gaya hidup mereka berpandukan sepenuhnya pada Al Quran dan Sunnah lalu menjadi hamba-hambaNya yang bertaqwa , barulah mereka akan tergolong ke dalam orang-orang yang mendapat penjagaanNya dari kemudharatan gangguan jinsyaitan.  

Alahai, bab-bab di ganggu jin syaitan ni semua manusia mengalaminya termasuk saya sendiri , Nabi sendiri pun di ganggu takkan lah manusia biasa nak terlepas kot.  

So bertaqwa lah dan itulah yang saya lakukan ketika saya di ganggu tak kiralah jinsyaitan datang secara menyerupa ka atau secara bisikan ka , atau secara mimpi ngeri ka , semua merupakan gangguan untuk mengajak kepada kesesatan !  Saya tak ajak jin bersembang dengan saya pun dan saya jugak tak perlu nak tangkap jinsyaitan tu pun , sebaliknya saya berdoa terus pada Allah dan amalkan apa yang Rasulullah tunjukkan yakni baca 3 Qul dan hembus satu badan serta amalkan membaca ayat kursi selepas sembahyang  , ok aje .

Apa yang saya lakukan adalah pertambahkan amalan dengan seikhlasnya ,  taubat selalu , baca Quran banyak-banyak , zikir selalu, baca segala buku agama untuk tambahkan ilmu .... ok pun saya dalam pemeliharaan Allah , tak adalah nak hilang sana sini nak tak sedar sana sini .... Allah takkan memungkiri janjinya laa .

Tapi kalau diri sendiri asyik dok bergantung kat bomoh memanjang dengan melupakan ketaqwaan pada Allah maka selamanya setan-setan akan datang mengganggu .  Allah sendiri akan mengirim setan-setan kepada manusia yang tak mahu bertaqwa lalu tiada siapa yang dapat menyelamatkan orang tu selagi orang tu tak nak berubah menjadi manusia yang bertaqwa !  Itu jelas di sebut dalam Quran !

(Asy-syu'ara' :221-222 )Maukah Aku beritakan kepada mu , kepada siapa setan-setan itu turun ? Mereka turun kepada setiap pendusta yang banyak berdosa, mereka menyampaikan hasil pendengaran mereka, sedangkan kebanyakan mereka orang-orang pendusta .
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by fathan at 12-10-2010 12:38

Reply 804# blastoff

Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :

'Apabila Allah mengabulkan apa yang diminta hambaNya, dan mengabulkan permintaannya, maka IradahNya tidak akan terkoyak, tidak pula akan membuat kering catatan, akan tetapi permohonan itu sesuai dengan kehendak Tuhan pada waktunya. Sehingga sesuai itu menghasilkan pengabulan dan memenuhi kemahuannya pada waktu yang ditentukanNya, untuk menyampaikan taqdir itu pada waktunya. Seperti yang diakatakan Ahlul Ilmi mengenai Firman Allah: Setiap waktu Dia didalam kesibukan " -  QS 55: 29, iaitu mengiringi taqdir sampai pada waktunya'.

Allah Ta'ala tidak memberi sesuatu kepada siapa pun di dunia ini kerana doanya. Begitu juga Allah tidak memalingkan kejelikan dari sesiapa pun semata-mata kerana doanya.
Apa yang diriwayatkan dalam hadis Nabi, 'Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa.' - riwayat at-Tirmizi) adalah dikatakan daripada apa yang dimaksud oleh hadis ini; 'Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa yang telah ditetapkan (pada taqdir azali) dapat menolak qadha.' [Ertinya doa yang menolak qadha tersebut telah pun ditetapkan oleh Allah dalam taqdir azali, bukanlah disebabkan oleh doa seseorang itu ]

Begitu juga seseorang tidak akan masuk syurga di akhirat nanti dengan amalnya, tetapi dengan rahmat Allah. Namun Allah memberikan darjat kepada hambaNya di syurga berdasarkan amal perbuatan mereka.

Itu semua kerana Allah Ta'ala tidak dituntut hak oleh siapa pun, tiada yang dapat mengharuskanNya menunaikan janjiNya. Namun Dia yang melakukan apa yang dikehendakiNya, menyiksa, mengampuni, memberikan nikmat, menyayangi sesiapa pun dikehendakiNya. Tidak ada yang berhak meminta Allah bertanggungjawab ke atas apa jua yang diperbuatNya, tetapi manusia itu diminta dan disoal akan pertangungjawabannya. Dia memberi rezeki tanpa batas dengan rahmatNya dan menolak sesiapa pun yang dikehendakiNya. [Tiada sesiapa pun yang layak menyoal perbuatan Allah ini ]

Bagaimana tidak demikian, sementara makhluk, langit dan bumi dari arasy yang tinggi hingga ke tanah yang rendah Dia yang memiliki dan menciptakanNya. Tidak ada pemilik dan pencipta lain kecuali Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.

Doa adalah lambang pengabdian diri dan perhambaan manusia di hadapan Allah. Doa adalah senjata mu'min! . Doa adalah ibadah. Maka jadikanlah doa sebagaimana perintah Allah dan ubudiyyah kepada Allah Ta'ala.

Allah Ta'ala memerintahkan hamba-hambaNya supaya berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai jalan keselamatan dunia akhirat. Maka berusaha sungguh-sungguh atas jalan kebenaran serta menyerahkan diri kepada Allah adalah tuntutan ke atas setiap muslim.
untuk memberikan kefahaman yang benar berkenaan dengan adab dan i'tiqad seseorang ketika berdoa dan sesudah berhasil doanya. Dia perlu membetulkan i'tiqad serta menginsafi ketika berdoa dan sesudah berdoa; samada maqbul doanya atau ditolak doanya atau ditangguhkan doanya semua itu adalah di dalam genggaman Allah Ta'ala.

Jika telah maqbul doanya bukan bererti doanya itu berkuasa untuk mengubah sesuatu taqdir pada dirinya samada memberi manfaat atau menolak mudarat. Sebaliknya semua itu semata-mata dengan kurnia Allah Yang Maha Pemurah yang telah pun tertulis di luh mahfuz.
Kita sama-sama perlu menginsafi bahawa  ini bukan bermaksud untuk melemahkan seseorang daripada berdoa. Sebaliknya seseorang itu semestinya lebih kuat lagi berdoa kerana Allah sedang memberikan kebaikan kepada dirinya untuk berdoa dan benar-benar mengharap bahawa Allah akan memaqbulkan doanya.

1. Rawatan dengan bacaan ataupun doa’, telah diijmakkan harus oleh para ulama’, malah digalakkan
dengan tiga syarat;

i. Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).
ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta’ala sahaja yang akan menyembuhkan.
2. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang
haram seperti benda yang najis, dan seumpamanya)

3. (An-Nahli 69)
69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit).(An-Nahl)

tidak cukup hanya dengan berdoa saje kena le jgk berikhtiar,doa adalah salah satu ikhtiar dan merawat dangan bahan2 yg halal adalah harus...jadi adakah salah sekirenya mengunakan garam atau lada hitam sebagai bahan rawatan?berdoa dan berikhtiar bukannya nak menentang ketentuan Allah,mike harus paham maksud sebenarnya berdoa dan berikhtiar'...jgn disebabkan nak menang hujah mike...ikut paham sendiri tanpa merujuk kepada Jumhur Ulama...adakah kaedah rawatan yg dilakukan harun din dan  ank2 muridnya menyalahi hukum syarak? teman bukannya nak menyokong pihak harun din atau lain pihak yg sewaktu dgnnya.Tapi teman x setuju dengan hujah mike yg membabi bute menjatuhkan hukum...
Semoga kita semua termasuk golongan yang selamat, Ahlus-Sunnah wal-Jamaah yang dijamin oleh Nabi sebagai golongan yang selamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 12:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 12-10-2010 12:41
Reply  blastoff

Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :

...
fathan Post at 12-10-2010 12:33


berikhtiar dengan meletak benda-benda yang di baca ayat-ayat Quran di bawah tapak kaki manusia macam yang di buat oleh harun din tu ? Sampai orang-orang kafir pun pijak benda-benda tu ? Awat kau buat tak nampak aje soalan cepumas saya kat atas tu ? Benda-benda yang di baca ayat Quran layak ke berada bawah tapak kaki manusia ? Layak kah ? Jawab lah awat pengecut nak jawab ??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:52 PM | Show all posts
apakah agaknya maasalah hang dgn harun din ek
mcm x puas hati aje..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:54 PM | Show all posts
kalau x puas ati gi la lapor kat JAKIM ke apa ke mcm kata bro ubiobie
hang dok menyalak kat sini wat pa
apa hang dapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 12:59 PM | Show all posts
yg dipijak tu alquran ke bro?
yg  hang kalut sgt wat pa
isk isk isk
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:59 PM | Show all posts
Alahai , letih dan hilang tu penyakit kaa ? Letih kerana panjat pokok dikategorikan sebagai penyakit ? letih ni bukannya penyakit cek oii . Hilang main sorok-sorok dalam rumah lalu jumpa kat dapur dikatakan penyakit ? Penyakit boleh buat orang hilang teruih ka ?  

Keluarga tu semuanya kena bertaqwa kepada Allah , mereka dok bergantung kat bomoh merata hala tu jelas memperlihatkan mereka tak bertaqwa pada Allah !  

Orang lain tak boleh selamatkan mereka dari jin syaitan, mereka sendiri kena ubah pemikiran dan gaya hidup mereka berpandukan sepenuhnya pada Al Quran dan Sunnah lalu menjadi hamba-hambaNya yang bertaqwa , barulah mereka akan tergolong ke dalam orang-orang yang mendapat penjagaanNya dari kemudharatan gangguan jinsyaitan.  

Alahai, bab-bab di ganggu jin syaitan ni semua manusia mengalaminya termasuk saya sendiri , Nabi sendiri pun di ganggu takkan lah manusia biasa nak terlepas kot.  

So bertaqwa lah dan itulah yang saya lakukan ketika saya di ganggu tak kiralah jinsyaitan datang secara menyerupa ka atau secara bisikan ka , atau secara mimpi ngeri ka , semua merupakan gangguan untuk mengajak kepada kesesatan !  Saya tak ajak jin bersembang dengan saya pun dan saya jugak tak perlu nak tangkap jinsyaitan tu pun , sebaliknya saya berdoa terus pada Allah dan amalkan apa yang Rasulullah tunjukkan yakni baca 3 Qul dan hembus satu badan serta amalkan membaca ayat kursi selepas sembahyang  , ok aje .

Apa yang saya lakukan adalah pertambahkan amalan dengan seikhlasnya ,  taubat selalu , baca Quran banyak-banyak , zikir selalu, baca segala buku agama untuk tambahkan ilmu .... ok pun saya dalam pemeliharaan Allah , tak adalah nak hilang sana sini nak tak sedar sana sini .... Allah takkan memungkiri janjinya laa .

Tapi kalau diri sendiri asyik dok bergantung kat bomoh memanjang dengan melupakan ketaqwaan pada Allah maka selamanya setan-setan akan datang mengganggu .  Allah sendiri akan mengirim setan-setan kepada manusia yang tak mahu bertaqwa lalu tiada siapa yang dapat menyelamatkan orang tu selagi orang tu tak nak berubah menjadi manusia yang bertaqwa !  Itu jelas di sebut dalam Quran !blastoff Post at 12-10-2010 12:32


Sy kata melibatkan fizikal,...dan bukan setakat hilang didapur je...dh byk tmpt hingga tdk masuk akal dn melebihi kudrat seorg gadis dlm masa yg singkat. Yg aw cuma nampak di dapur jer eh??

Betul ke family mrk ni tk bertaqwa dan melupakan ketaqwaan pd Allah semata2 krn minta pertolongan dr bomoh dn para ustaz? Bijak bestari sungguh aw ni dlm menilai taqwa org lain pdhal mrk sendiri dh berapa kali, bagi tau dah berapa byk segala usaha2 taqwa yg  dah mrk sedaya upaya mrk lakukan sekian lama semenjak anak gadis mrk diganggu bukan setakat apa yg digariskan oleh aw kat atas tu shj dan sy dapati lebih lg sebnrnya usaha2 taqwa mrk berbanding yg aw bg tau amalan aw tu. . Siap buat secara berjemaah lagi!

Segala bomoh dn para ustaz hanya sebahagian ikhtiar bukan semberono dan semata2 bergantung pada mrk je .  Betul lah aw tak baca utusan dn ikut perkembangan mrk?

Eh lupa... aw tak percaya laporan utusan......tp peliknya boleh pula aw percaya pd laporan utusan terhadap usaha2 mrk melata cari bomoh ye? Percaya yg negatif je kot.

Apa kata aw bantu mrk dgn usaha2 taqwa aw....mana tahu berkat taqwa aw bleh selesai masalah mrk tanpa guna lada dan garam yg segala bomoh dn ustaz tu pakai. Silakan Dan tentunya aw boleh berjaya buktikan yg gadis tu hanya main sorok2 je dn segala laporan utusan hanya bohong.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by Mawar Merah at 12-10-2010 13:04
kalau x puas ati gi la lapor kat JAKIM ke apa ke mcm kata bro ubiobie
hang dok menyalak kat sini wa ...
aai66 Post at 12-10-2010 12:54



    Masalahnya dia rasa dia pandai dari harun din..itu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 01:12 PM | Show all posts
bukan pandai..
cuma nak cari perhatian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.757632 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list