CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 31-12-2014 12:21 PM | Show all posts

Dah update... sikit



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2014 12:25 PM | Show all posts
sellie003 replied at 31-12-2014 12:16 PM
kalu genre camni alaf21 akan terima nyer....

Mula-mula terfikir FIXI. (kononnyeeeee )

Tapi, bila dah buat cerita ni, betapa daku sedar diri bahawa genre fantasi sebegini bukan makanan aku. Uhuk...


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 12:36 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 31-12-2014 12:25 PM
Mula-mula terfikir FIXI. (kononnyeeeee )

Tapi, bila dah buat cerita ni, betapa daku sedar dir ...

bertabahlah sayam, citer ko dah best dah...salute gak kat ko sebb berani wat luar dr kotak & dr ati sendiri...tingin nak menulis macm ko... tp, takde idea... kalu ada pom... stgh jaln.......

Tgh memikior nak wat cerpen terbaru aku... memula ok...sekali...fuh, kena cari banyk info...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 12:46 PM | Show all posts
sellie003 replied at 31-12-2014 12:36 PM
bertabahlah sayam, citer ko dah best dah...salute gak kat ko sebb berani wat luar dr kotak & dr at ...



Thanks Sellie.

Aku sesaja test buat cerita ni. Konon nak mencabar diri sendiri. Tercabar habes dah ni. Kekadang, rasa nak bior aje benang ni tenggelam ke laut dalam pasal rasa tak boleh nak pergi jauh. Tapi...macam tak best pulak buat keje tak siap. Tak pasal2 kena sound dek momod kang...

Takpelah, aku ikut motto: Biar lambat asal siap gituh....


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 12:55 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 31-12-2014 12:46 PM
Thanks Sellie.

Aku sesaja test buat cerita ni. Konon nak mencabar diri send ...

kan... sbb kita dah terlampau disogokkan citer klise x kira novel maupun drama...jadinya nak menulis pom luar dr kotak...

Itupun salah satu kepuasan sorg penulis walaupun adakalanya ke laut nak menghabiskn bab... apapun teruskan niki... wat jek pelan2... baguih moto tuh.... aku sendiri pom ada novel tak update sampai sudah... sbb itupun antara novel luar kotak gak... "Taman Delima Disyurga"....
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 01:03 PM | Show all posts
cepat sambung.. nak banyak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2014 07:38 PM | Show all posts

be specific pls banyak mana... satu page? dua page?

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 11:06 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 31-12-2014 12:14 PM
“Itu sahaja yang aku boleh bantu.” Penjual Tua mengakhiri bicara.

“Terima kasih, pakcik.” Uca ...

aku rasa rantai manik kayu tu ada kuasa magic

sambung lagi please
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 04:53 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 31-12-2014 07:38 PM
be specific pls banyak mana... satu page? dua page?

banyak sampai habis cerita boleh??



Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 11:12 AM | Show all posts
tt..bila nk update lg??rindu dkt tron...hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 11:21 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 4-1-2015 12:50 AM

BAB 26

Mereka meneruskan perjalanan ke Keramat Maiya dengan hanya panduan yang di beri oleh Rouman. Jika mengikut kata si Penjual Tua, Keramat Maiya itu jauhnya hanya berbelas batu saja dari Pekan Keramat.

Ketiga-tiga mereka hanya senyap di atas tunggangan masing-masing. Zamzam masih lagi menyimpan rasa tidak puas hati pada si Penjual Tua yang padanya,  sengaja mahu mengambil kesempatan. Entahkan kata-kata si tua itu boleh dipercayai, dia tidak tahu. Jika diikutkan rasa panas hati, teruk tua kutuk itu dikerjakan.

Zuhril pula mengharungi perjalanan ini dengan separuh hati. Jika tidak kerana arahan Zaffar, tidak mungkin dia mahu ke tempat ini. Arahan Zaffar, mencari susur-galur keturunan anak Raja Zulkhan itu. Tapi, untuk apa? Apakah rancangan bapanya itu? Selajur, pandangan beralih pada Zamzam. Terdetik di benak untuk bertanya.

“Zamzam!” Laung Zuhril. Zamzam berpaling. Zuhril menggerakkan Argal agar seiring dengan Zamzam.

“Kau tahu, kenapa bapa menyuruh kita ke tempat ini?” Soal Zuhril. Zamzam tersenyum sinis.

“Apa...bapa tidak pernah menerangkan apa-apa kepadamu?” Zamzam menjawab dengan soalan. Zuhril menggeleng.

“Semuanya demi cita-cita. Bapa lakukan ini semua untuk kita dan bakal pewaris keluarga kita nanti.” Sambung Zamzam. Zuhril tekun mendengar.

“Sudah sekian lama, keturunan keluarga kita menjadi penasihat kepada pemerintah Amariya, Zuhril. Kebijaksanaan keluarga kita yang membawa kemakmuran kepada Amariya. Tidakkah kau terfikir bahawa, sepatutnya Amariya ini menjadi milik kita?”

Berkerut kening Zuhril. Zamzam dipandang dengan riak tanda tanya.

“Ah, kau masih muda, Zuhril. Aku yakin, satu masa nanti kau akan memahaminya.” Zamzam memilih untuk tidak berbicara lebih lanjut. Pada Zamzam, adiknya itu masih cetek fikirannya.

Zuhril merengus geram. Sudah acapkali, kata-kata seperti itu didengari dari Zamzam dan dari Zaffar sendiri. Jauh dalam diri, Zuhril sememangnya terasa hati. Dirinya seringkali diperkecilkan hanya kerana umurnya masih muda. Setiap pendapatnya seringkali ditolak dan diperlekehkan seolah-olah dirinya langsung tak berguna.

“Aku tidaklah sebodoh yang kau sangkakan, Zamzam!” Suara Zuhril meninggi. Zamzam tersengih memandang wajah adiknya yang masam mencuka.

“Zuhril...Zuhril.” Zamzam menggeleng dengan senyum sinis. “Jika otak kau lebih bergeliga, sudah pasti rencana bapa dapat diteruskan dengan mudah. Tidak perlu bersusah-payah begini.”

“Apa maksud kau?” Suara Zuhril lebih keras kali ini.

“Arania. Bukankah bapa mahu kau tawan hati Puteri itu?” Soal Zamzam. “Tapi, sehingga kini, kau gagal melakukannya.”

“Arania...” Zuhril menghembuskan nafas perlahan. “Apa kena-mengena Arania dengan rancangan bapa?”

“Bodoh. Apakah kau langsung tak dapat berfikir? Sekiranya kau menjadi menantu Raja, dengan mudah saja Amariya jatuh ke tangan kita.”

Zuhril terdiam. Begitu rupanya. Iya, dia memang sukakan Puteri itu. Tapi sungguh, dia langsung tidak pernah terfikir sehingga ke tahap itu. Untuk mempergunakan Arania demi cita-cita bapanya. Itu sesuatu yang...

“Aku pun pelik. Mengapa sukar benar kau mahu menawan hati Puteri itu?” Zamzam menembak soalan, menghentikan segala perkara yang berada dalam fikiran Zuhril. Zamzam dipandang dengan riak jengkel.

“Cinta tidak boleh dipaksa.”

Zamzam menyambutnya dengan tawa sinis. “Cinta...” Ketawanya bersambung lagi. “Kau memang bodoh!”

“Sudahlah Zamzam! Jika kau jauh lebih handal, mengapa tidak kau saja yang cuba menawan hati Arania? Untung-untung, kau yang menjadi menantu Raja.” Balas Zuhril seraya menyindir. Terus, wajah Zamzam berubah. Tawanya hilang. Zuhril pula yang tersenyum sinis kali ini. Terasa kemenangan berpihak padanya melihat riak wajah Zamzam.

Zamzam diam. Kata-kata Zuhril terasa menusuk masuk ke dalam hati. Sungguhpun dia selalu memperkecilkan Zuhril,  namun Zamzam akui, dia punya kelemahan sendiri. Wajahnya tidak sekacak Zuhril. Sebab itu, Zaffar memilih Zuhril untuk memikat Arania. Bukan dia.  

“Sebab aku tidak mahu terikat dengan apa-apa ikatan.” Zamzam tegas beralasan. Zuhril ketawa lagi. Alasan Zamzam padanya, hanya sekadar mahu menutup kekurangan yang ada.

“Lebih baik kau diam sekarang!” Zamzam memberi amaran namun tidak diendahkan.

“Jika tidak, apa yang kau mahu lakukan?” Zuhril tahu, Zamzam sudah berang tetapi sengaja dia mahu mengacah. Memang Zamzam mudah baran sikapnya.

“Aku kata diam, diam!” Zamzam menengking.

“Tuan!” Firus yang hanya memerhatikan tingkah dua beradik itu dari tadi, segera bertindak untuk menghentikan sengketa. Kedua-duanya berpaling ke belakang. Ke arah Firus.

"Apa?" Soal Zamzam apabila melihat Firus mendiamkan diri. Firus hanya memandang kedua beradik itu bergilir-gilir. Berfikir.

"Firus?"

“Rasanya...kita sudah sampai di Keramat Maiya.” Tutur Firus. Zamzam dan Zuhril saling berpandangan sebelum kembali memandang ke depan.

Keramat Maiya.

Akhirnya, mereka tiba jua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 11:24 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 1-1-2015 04:53 PM
banyak sampai habis cerita boleh??



Uols tolong sambunglah. Boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 11:27 AM | Show all posts
tashusyah replied at 2-1-2015 11:12 AM
tt..bila nk update lg??rindu dkt tron...hihihi

Hai tashusyah.

Thanks for reading cerita yang tah hapa-hapa ini

Tu..dah hapdet sikit...

Minat Tron ek? Harapnya tak kena hempuk dengan gepren Tron. Gepren Tron kuat jeles
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 11:27 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 2-1-2015 11:24 AM
Uols tolong sambunglah. Boleh?

kalu iols sambung, terus jadi rumah tron
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 11:31 AM | Show all posts
Ipo replied at 1-1-2015 11:06 AM
aku rasa rantai manik kayu tu ada kuasa magic

sambung lagi please{:1_ ...

Takde magik pon.

Seriously, aku pun tak tahu camna nak munculkan magik sihir bagai walaupun nak sangat buat.

Kena ulang tengok Merlin gamaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 12:19 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 2-1-2015 11:31 AM
Takde magik pon.

Seriously, aku pun tak tahu camna nak munculkan magik sihir bagai wala ...

kalo mmerlin.. nenek kebayan pon boleh jadi cantek mcm miss world
aku selalu berangan ada power.. kalo tengok sapa2 pakai seksi.. main tengok dr jauh je..
org tu dah rasa bahagian seksi die dicubit2.. ditunjal2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 12:20 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 2-1-2015 11:21 AM
BAB 26

Mereka meneruskan perjalanan ke Keramat Maiya dengan hanya panduan yang di beri oleh Rouma ...

berapa jauh dorg bergaduh neh tau2 dah sampai?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 01:17 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 2-1-2015 12:20 PM
berapa jauh dorg bergaduh neh tau2 dah sampai?

Adalah berbelas batu. rasa pendek ek? malas nak reka dialog pepanjang

Ala..ko imejin aje gini...

Ada lagu soundtrack masa diorang tinggalkan pekan keramat lepas tu baru start dialog. Terasalah macam jauh sikit perjalanan tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 01:19 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 2-1-2015 12:19 PM
kalo mmerlin.. nenek kebayan pon boleh jadi cantek mcm miss world
aku selalu berangan ada p ...

mottiipppp ko nak superpower yang boleh cubit / tunjal orang seksi dari jauh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 01:23 PM | Show all posts
Lama mereka berhenti. Mata masing-masing melingas ke kiri dan ke kanan. Jika sepanjang perjalanan tadi, ada juga mereka nampak kelibat penduduk tempatan tapi kini, suasana persekitaran menjadi sunyi. Yang ada, hanya unggas-unggas yang berterbangan dan haiwan-haiwan kecil merayap sana sini.

“Kau yakin, ini tempatnya?” Zamzam menembak soalan. Zuhril terfikir-fikir seketika. Dua pohon Ruda dihadapannya diperhatikan. Tinggi dan rimbun.

“Akan kelihatan dua pohon Ruda tua yang tingginya setara di kiri dan kanan jalan. Itu tandanya perjalananmu telah tiba di Keramat Maiya.” Kata-kata Rouman terngiang-ngiang di telinga Zuhril.

“Jika mengikut kata orang tua itu, di sinilah tempatnya.” Balas Zuhril.

“Apa yang ditunggu lagi?” Tanpa menunggu jawapan, Zamzam maju ke depan. Mahu tak mahu, Zuhril terpaksa mengikut. Firus seperti biasa, setia menemani anak-anak pembesar itu tanpa sebarang bantahan.

Mereka melewati pohon Ruda itu untuk teruskan perjalanan. Zuhril mendongak, memerhatikan pohon Ruda itu. Pohon itu juga terdapat di Amariya tetapi, pohon Ruda yang dilihatnya ini jauh lebih tinggi. Peliknya, hanya dua batang Ruda sahaja yang ada.

“Nampaknya, kawasan ini sudah lama tiada penghuni.” Firus bersuara. Tiada sesiapa yang menyahut namun dalam diam, mereka berdua mengiyakan kata-kata Firus.  

Satu masa dulu, Keramat Maiya adalah kawasan yang indah. Walaupun tempatnya terpencil, ianya terkenal kecantikan alam semulajadi. Kebanyakan mereka yang menghuni tempat ini adalah golongan bangsawan. Kini, Keramat Maiya hanya tinggal nama. Setelah tamat perang saudara, seorang demi seorang meninggalkan Keramat Maiya. Mereka memulakan penempatan baru di kawasan yang lebih dekat dengan Pekan Keramat.

“Mereka percaya, sesiapa yang tinggal di Keramat Maiya akan ditimpa nasib malang.” Sekali lagi, kata-kata Rouman bergema dalam kepala Zuhril.   

“Apa yang hendak kita lakukan sekarang?” Soal Zuhril. “Tiada sesiapa lagi yang tinggal di sini. Pada siapa hendak kita tanyakan perihal anak Zulkhan itu?”

“Aku pun tidak tahu.” Zamzam menjawab jujur. Dia juga kebuntuan. Mereka hanya mengikut arahan Zaffar. Arahan Zaffar ringkas sahaja - Pergi ke Keramat Maiya dan carilah berita tentang anak Raja Zulkhan. Kini, mereka sudah tiba namun tempat ini sudah tidak ada penghuninya. Lalu, pada siapa mereka hendak bertanya? Bagaimana mahu memulakan pencarian? Zamzam merengus. Adakalanya, timbul rasa tidak puas hati dengan bapanya sendiri. Betul-betul menyusahkan!

“Hei, Zuhril! Kau mahu ke mana?” Zamzam melaung apabila menyedari Zuhril sudah menjauh. Tiada jawapan yang dia terima dari Zuhril. Zamzam memandang sebentar ke arah Firus sebelum mengarahkan kudanya untuk mengikut jejak langkah Zuhril.

“Zuhril.” Laung Zamzam lagi tetapi tetap tidak diendahkan Zuhril.

“Zuhril, tunggu!” Zamzam memacu kudanya semakin laju apabila Zuhril merentasi sebuah jambatan yang merintangi sebuah tasik kecil.

“Zuhril!” Zamzam merengus.

“Zuhril.”

Mereka terpaku. Di hadapan mereka kini, tersergam sebuah singgahsana. Kelihatannya telah lama terbiar, tidak terjaga.

“Aku rasa, ini singgahsana Raja Zulkhan.” Tutur Zuhril seraya turun dari kuda. Zamzam dan Firus juga turut berbuat perkara yang sama. Mata mereka tak lepas dari memandang kawasan di sekitar singgahsana itu.

“Kau mahu ke mana?” Zamzam bertanya apabila melihat Zuhril ingin masuk ke dalam. Sungguhpun mereka sering bertelalagah namun Zamzam tidak mahu Zuhril ditimpa apa-apa bala. Zuhril itu tetap darah dagingnya.  

Zamzam merengus lagi apabila panggilannya tidak diendahkan. Dia akhirnya menurut langkah Zuhril.

“Aku yakin, suatu masa dulu, tempat ini sangat indah.” Ujar Zuhril apabila Zamzam berdiri disebelahnya. Zamzam menggeleng. Terasa pelik dengan sikap Zuhril yang tiba-tiba saja, menjadi terpersona dengan tempat ini.

“PULANGKAN!”

Tidak semena-mena, satu suara jeritan yang bingit menerjah telinga. Segera, mereka berdua berpaling.  

“PULANGKAN!”

Suara itu semakin hampir.

“PULANGKAN!”

Segalanya berlaku terlalu pantas. Kepala Zamzam dilibas dengan kuat tanpa dapat dia mengelak. Mata berpinar.

“Pu...lang..kan...”

Zuhril kini berhadapan dengan empunya suara. Satu tongkat panjang diacu ke arahnya.

“Pulang...kan.”

Zuhril bersiaga, bersiap-sedia untuk bertindak.

“Pulangkan...pulang...kan..dia.”

Ayat itu berulang lagi.

"Pulangkan. Dia..."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.529029 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list