CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JulietTheOrange

[MISTERI SETEMPAT]Misteri2 kat JB

  [Copy link]
Post time 7-2-2012 05:02 PM | Show all posts
http://msn.goingout.com.my/malaysias-most-haunted-places/8/

ni cerita pasal villa nabila tu ... masa ni belum semak samun sangat kot ... tapi sayang kan ... rumah-rumah terbiar begitu je ... kenapa tak robohkan ekk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2012 05:05 PM | Show all posts
tumpang tanya ... macam mana nak upload gambar?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 11:22 PM | Show all posts
Reply 822# hot.choc

nak upload gambar senang je. upload dulu gambar ke image hosting percuma. contohnya photobucket.com. then hover atas gambar tu kemudian copy kod Direct link. masuk sini, klik pada icon Image then paste kod tadi. siap
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 01:37 PM | Show all posts
BARU JE LALU PANTAI LIDO MINGGU LEPAS ADA LA GAK USHA BANGLO PURPLE 3 SEGI TU TP PUNYA LA TERKEJUT SBB BANGLO YG DPN SKALI TU MCM DH XDE..DH ROBOH KE? TGGL BANGLO SBIJIK JE YG ATAS BUKIT TU JE..DULU MASA KECIK2 SLALU TGOK BANGLO NI,LAIN DARI YG LAIN.DULU CANTIK SNGT TP MASUK 90AN DH MULA BURUK2 N X TERJAGA TUP TUP G MINGGU LEPAS DH XDE DH TGGL POKOK2 JE KAT TAPAK TU..KER MATAKU SLH TGOK?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2012 03:24 PM | Show all posts
Reply  syahoney

sori baru nak reply. lepas post hari tu hampir 2 bulan tak masuk forum ni.
gamb ...
amirezu Post at 7-2-2012 12:00


ok.jgn lupa post ek
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 01:00 AM | Show all posts
Reply 825# syahoney

insyaAllah. tadi terlupa pulak nak ambik. insyaAllah esok kalau ingat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2012 09:01 AM | Show all posts
Reply 823# amirezu

macam tu ya. terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 09:04 AM | Show all posts
Reply 824# masariesya

macam tu ke? bagus juga kalau dah dirobohkan. sepatutnya kena buat undang-undang baru la ... mana-mana rumah yang tak berpenghuni lebih dari 5 tahun, kena robohkan ... kalau tak pun ... mesti ada penjaga rumah yang menguruskan kebersihan dan kekemasan rumah tu ... tak adalah nampak mengerikan sangat ... tak pasal timbul macam-macam cerita ...

manusia memang suka bercerita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 09:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by amr17 at 9-2-2012 09:44

Reply 826# amirezu


    salam,
bro ni tuan punya blog amirez eh? aku tau kesahihan cerita christine palace ni pun dari blog tu

______________________________________________________________________________________

    btw, aku jumpa satu website ni.. pengalaman seseorang yang pergi ke tempat tu untuk mengambil gambar.
aku paste kat sini ek,.

Di bawah ni adalah tulisan En. Haziq yang menceritakan pengalaman beliau (dan kawan-kawan) ke vila berhantu ini:

Salam.

Saja berkongsi gambar penampakan selepas khusyuk tengok penampakan di blog ini. Lokasi rumah lama ini ialah berdekatan Danga Bay Johor Bahru. Berpagar warna biru.

Saya dulu pelajar di IPTA di sini, dan kampung halaman disini. Saya dan kawan-kawan saya saja overnight di JB, maklumlah.. bosan kan.. tapi just bersiar-siar saja. Pada mulanya, memang kami dah merancang nak pergi ke rumah Misteri ini pada jam 3 pagi (Waktu paling Aktif mengikut kebanyakkan cerita). Tetapi atas dasar-dasar keselamatan, kami tunda lepas subuh.. maklumler... bukan semua yang berani kan nak nampak depan mata? hehe..

Untuk ke rumah lama ini, jika mengikut pintu depan mengambil masa 15minit sebab jalannya belukar semak samun dan usang. (umpama jungle trakking pagi2). Untuk pengetahuan, rumah lama ini berada di puncak bukit. Jadi kepada yang mahu jungle trekking disini perlu berhati-hati sebab kalau tergelincir.. Bahaya ooh.. Sesudah berada di rumah lama di puncak bukit, tiada kelibat yang kami nampak... cuma 1 kejadian pelik iaitu rakaman video yang dibuat oleh kawan saya seperti telah dipotong di pertengahan jalan? sedangkan kawan saya kata dia tidak stop atau pause rakaman tersebut mahupun Delete. memang pelik dan ini saya sendiri telah perhatikan rakaman tersebut berulang kali. sebab saya ada sedikit ilmu tentang sunting video guna kamera hp nih. mungkin 'Penghuni" kawasan ini tak suka kot? well.. common sense ler..

Sesudah tiba laman puncak bukit tuh, kami berlegar-legar disitu untuk seketika sambil mengambil Kenangan Terindah.. hehe.. Keadaan rumahnya memang usang dan bahagian-bahagian dalam rumah tersebut telah runtuh.. tapi masih ada lagi perkakasan rumah tersebut.

Antara gambar-gambar yang telah di upload dan sedikit penerangan:

Gambar 1 - fokus kepada yg pakai baju merah tuh.. ada tak nampak kelibat budak kecil? apa entah yang cuba ditunjuk oleh 'budak' itu.

Gambar 2 - fokus kepada bahu kiri yang berbaju merah, jika dibesarkan dan di zoom, akan nampak maklhluk berambut panjang dan berupa macam anjing.


Gambar 3 - fokus kepada tingkap kiri sekali. akan nampak makhluk berkepala hijau tengah merenung saya yang mengambil gambarnya.. hehe..

Gambar Akhir - ada dua kelibat jika diperhatikan betul-betul.. satu di tingkap (perlu di zoom dan akan nampak wajah seseorang yg membujur bentuknya sedang melihat saya dan kawan-kawan) dan satu lagi di kaki rumah.. (seperti 'budak' tadi.. tapi tak pasti ia betul atau tidak)

Gambar-gambar ini saya cuma edit dari segi menjelaskan imej sahaja.. nak percaya atau tidak terpulanglah.. Sewaktu saya dan kawan-kawan saya berjalan-jalan di sekitar rumah ini, ada beberapa kali saya terlihat kelibat bayang-bayang perempuan berdekatan kami.. tetapi seperti pesanan orang tua-tua, jika nampak jangan tegur, jangan menyapa dan buat-buat tak nampak saja.. sambil-sambil tuh saya mengucap 2x syahadah dan baca ayat-ayat pelindung seperti Sura Al-Falaq dan Sura An-Nass.

Wallahualam.

versi penuh: http://gambarhantu.blogspot.com/ ... illa-nabila-di.html
***p/s: aku minta maaf pada penulis asal dan pemilik gambar sebab tak minta izin dulu, tujuan aku hanya ingin berkongsi dgn forumer lain. peace yaww!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 09:48 AM | Show all posts
alamak. awat gambar tak kuar??
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 07:08 PM | Show all posts
Reply 829# amr17

yup tak syak lagi dulu pernah daftar forum cari ni dengan nama Amirez tapi sebab dah lama sangat tak masuk sampaikan terlupa password. nak request password baru dah tak ingat email mana guna dulu.

pernah baca kat artikel tu kat blog tuan punya blog. gambar tak keluar tu try edit balik. masukkan url gambar tu dengan klik icon Image
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 09:45 PM | Show all posts
bro, cube story sket cter tentang sejarah English Collage
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 12:12 AM | Show all posts
Reply 673# nazurah
broo. dulu kau skolah EC ke bro?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 09:26 AM | Show all posts
warga jb, any cita pasal kemayan city?mahu tahu juge!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2012 05:21 PM | Show all posts
Reply 834# geeky


    Kemayan City..........Location dia berdekatan dengan Taman Johor... kalau dari TUTA(Taman Ungku Tun Aminah) dia kat belah kiri... Bangunan shopping kompleks terbengkalai.. Untuk Johorean yang mmg tau jalan dalam untuk elak trefik jam akan tau jalan yang dibuat masa bina Kemayan ni( horror gak jalan dia)....

   Pernah my frens bawak satu cerita.... Ade uncle dia datang dari Kedah. Sampai JB dkat2 pukul 3 pagi.... Sampai2 kat umah dia... Uncle dia cakap." Along, bagusla JB ni... Shopping complex tutup lambat naaa.... Maju JB ni'..... Membe dia ng terpinga2.. tanya la..."Paktam nampak shopping complex tu kat mana?" ,..... Paktam dia jwb "tu ha sebelum masuk simpang td..."

   Actually my frens ni tinggal kat Taman Johor tu je... Hu3... mmg pun Kemayan tu sebelum masuk simpang umah my frens tuh... Pagi tu... My frens ajakla Paktam dia pegi lalu balek depan Kemayan tu...Terkejut Paktam dia..."Semalam Paktam nampak bangunan ni terang long..... Ramai org kat luar2 ni.... mmg meriah sgt.... " Seriau darah dgr....

   And ade lagi satu incident yang mmg I xleh lupa...Masa tu nak magrib dah. I bawak mak I pegi jalan2.. dan sepertimana yang diketahui oleh semua org Johor ni... jalan perling-skudai ni mmg akan jem waktu peak hour... So, I decide nak ikot jalan dalam yang I mention earlier. jalan dalam ni yang dibuat masa nak buka kemayan ni dulu... So... as usual lampu isyarat dia mmg agak singkat... tengah duk beratur tunggu treffik lyte..tibe2 anak sedara I cakap kat mak I.."nenek... kakak2...(sambil tgn dia tunjuk ke kemayan building tu~~ sekonyong2 bulu roma I tegak lak) haish..... Aduiyai... seriau la...

  Anak sedara I malam tu menangis xberenti2.... Entah la ye... 'kakak' yang dia nampak tu ikot balek ke... xtau la....

So.... Itula cerita yg I tau about Kemayan City tu... Last but not least.. Ayah I pernah tgk sendiri 1 xcident depan Kemayan ni... Pecah kepala mangsa sebab kena gilis kereta.... hu~~

Have a good day guys~~~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2012 02:58 PM | Show all posts
Reply 835# hidayah85

hidayah..penah gak dgr cerita cmtu tapi cam versi lain skit

singaporean yg baru balik dr pegi holiday satu family kt salah satu negeri kt semenanjung, bila smpi kt jb dh larut mlm tp diorang decide nak tido umah sedara kat jb..tetibe otw ke rumah sedara diorang tu, tetibe nampak shopping complex mcm baru rasmikan je sebab ramai giler orang..

so diorang pun pakatlah nk pegi kat ctu tgk apa yg menarik, siap shopping, makan. memang penuh org dlm tu walaupun dah lewat malam. lepas dh puas jalan2 diorang pun terus tuju ke rumah sedara diorang. sampai sana diorang ckplah, ada shopping complex baru bukak ek.

bila cerita rupenya bangunan tu dh lama terbengkalai.skeriii jerk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 12:25 AM | Show all posts
cerita yang sebenar2 nya pasal villa nabila @ christine palace ney

nabila ni sebenarnya bukan ddk situ tapi dibunuh kat tempat lain
dan pembunuh tu simenkan mayat dia dalam dinding kat dalam banglo tu..
maybe banglo tu wktu tgh bina lagi kot..
so bila rumah tu dah siap... dia jadik angker la..
and tambahnya lagi banglo tu jadik kes polis bila mayat nabila dijumpai dlm dinding tu

*sumber dari warga jb yang otai2 ^^

My Fb-Alex Ben II
-jom ler bongkar citer seram2 kat area jb ney
minat sgt nk join
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 02:09 PM | Show all posts
byk nye tmpt2 misteri kat jb rupenya..

seram nyer
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 04:06 PM | Show all posts
Reply 833# KazukiApek

err.... nazurah nama perempuan la. sy pompuan... x skola kat EC
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 10:02 AM | Show all posts
setakat ni kalau balik rumah memang lalu Kemayan Mall tu.. nama die pon dah menggerunkan kan.. tapi Alhamdulillah xde pape plak yang berlaku.. Mungkin dia suka kacau orang luar kot sebab org kat dalam jb dia dah kenal. hee hee hee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.057869 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list