CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
 Author| Post time 23-7-2010 01:08 PM | Show all posts
Selamat tengahari semua.. Haa macam2 speku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 01:09 PM | Show all posts
Reply 820# qimi08

Selamat tengahari qimi. Dah makan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 01:14 PM | Show all posts
Reply 821# liya71a

Selamat tengahari tuan rumah.

Selagi tak ada N3 selagi tu lah speku timbul.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 01:33 PM | Show all posts
Reply 821# liya71a

ye la....selagi x ade n3, tentu ada macam-macam speku.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 01:41 PM | Show all posts
Reply  qimi08

Selamat tengahari qimi. Dah makan?
anieaina Post at 23-7-2010 13:09

Dah... he he he
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 01:56 PM | Show all posts
ofkos la intan ngn fareez..........
xksh la aper juga punca luqman tu kawen ngn mariam....tp mariam tu kan dah jadi bini die.....die kena lah sy mariam tu....xder dolak dalih lg..
biar lah intan berbahagia dgn fareez pulak........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2010 01:58 PM | Show all posts
Selamat tengahari semua.. Haa macam2 speku
liya71a Post at 23-7-2010 13:08



   liya arini tak n3 ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 02:05 PM | Show all posts
Aku cuba untuk tidak mengendahkan segala sms dari Luqman tetapi hatiku terasa amat bersalah. Membuka satu per sms dari Luqman. Kesemuanya tertulis perkataan MAAF. Aku meletakkan telefon kembali ke atas katil. Hatiku terasa bersalah. Memang sepatutnya aku mendengar penjelasan dari Luqman. Tidak mungkin dia sengaja meperlakukan aku sebegini.
‘Kring.. Kringg..’ sayup-sayup kedengaran bunyi telefon dirumahku. Sebentar kemudian pintu bilikku diketuk perlahan-lahan.
‘Sue.. ada call, dari jauh katanya.’ Suara mama kedengaran di sebalik daun pintu. Aku bingkas bangun dari katil. Aku tahu sudah tentu itu Luqman. Walaupun hatiku terasa sakit namun aku paksakan kakiku melangkah keluar.
‘Ya Mama..’ sekilas aku memandang jam di dinding bilikku. 8:30 malam. Sekejap lagi tetamu akan sampai, dan aku pula sedang bercakap di telefon. Aku mesti bersegera meringkaskan perbualan.
‘Intan Syuhada, dengar lah penjelasan dari abang.. please’ suara Luqman lembut merayu diseberang sana.
‘Saya sedang mendengar, tapi apa yang abang dah buat pada saya, sungguh menyakitkan...’
‘Sebenarnya Siti Mariam binti Abdullah memang isteri abang. Allahyarhamah Siti Mariam binti Abdullah. Isteri yang syahid ketika melahirkan anak sulung kami. Memang anak abang sudah pun berusia 3 bulan. Jika Intan belum tahu lagi, 3 bulan dijaga oleh nenek dan datuknya. Ibu dan ayah aruah, yang masih belum menganut agama Islam lagi. Sebenarnya memang abang bersalah kerana tidak memberitau Intan lebih awal. Malah merahsiakan pernikahan abang dengan aruah Siti Mariam juga salah abang. Abang terlalu sibuk sehinggakan terlupakan perkara yang penting begini.’
‘Intan tak percaya, abang ingat Intan senang nak percaya semua ni.. Salah satu sebabnya, ada email yang Intan terima dari Mr Perfect. Yang mana satu yang betul? Siapa Mr Perfect? Mr Perfect yang memberitahu pasal abang dah ada kekasih, Mr Perfect kawan sebilik abang?’ aku mengasaknya dengan pelbagai persoalan.
‘Mr Perfect? Ohhhhhhh..... kawan sebilik abang?’ Luqman tertawa kecil.
‘Mr Perfect tu memang suka ambil berat hal abang. Projek akhir abang satu kumpulan dengan dia. Mungkin dia nampak abang seolah-olah tidak dapat memberikan perhatian dengan projek, tu yang dia email pada Intan. Projek tu pun dah habis pembentangan dah. Tunggu reply dari professor je. Dia ada bagitau abang, dia minta maaf sebab email pada Intan yang pasal abang. Mula-mula abang marah juga, tapi benda dah terjadi, nak buat macam mana lagi kan?.. So abang minta maaf kat Intan. Please..... memang tidak ada siapapun dalam hati abang sekarang kecuali Intan dan anak abang.’ Panjang penjelasan dari Luqman.
Aku tidak terkata apa-apa lagi. Aku terdiam sejenak. Cuba menghadam segala yang Luqman perkatakan sebentar tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 02:10 PM | Show all posts
liyaaa tqqqq 4 the n3...
rupanya dah meninggal siti mariam ya..

apakah keputusan intn??
dana macam mana lak dgn farezzz
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:28 PM | Show all posts
alamak! camtue ke kisah si LUQMAN nie...
mesti INTAN simpati nie...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:28 PM | Show all posts
luqman mcm ade agenda tersendiri jew
da isteri mati baru nk mencari intan...
liya x mau luqman nak fareez utk intan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:32 PM | Show all posts
tp den x suka ngan luqman ni
dia kawen ngan siti mariam x bg tau pun intan
dah mati baru nak bg tau
ke nak cari mak baru tuk anak dio
yg ni den x berkenan ni
x sibuk camtu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:36 PM | Show all posts
liyaaa tqqqq 4 the n3...
rupanya dah meninggal siti mariam ya..
apakah keputusan intn??
dana ma ...
cerry_ice Post at 23-7-2010 14:10



    Intan kenalah solat istikhorah kan...kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:37 PM | Show all posts
Timekasih N3 baru Liya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:37 PM | Show all posts
Nasib badan....
dua-dua bapak org....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 02:49 PM | Show all posts
rupanya siti mariam dah meninggal...tp nape luqman kawin xbg tau intan, mesti ada agenda tersembunyi nie...next2 n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2010 03:01 PM | Show all posts
Intan kena fikir yang terbaik utk diri dia....
alasan Luqman terlalu sibuk hingga terlupa bg tau Intan mcm tak kukuh....
tak kan benda yg begitu penting Luqman blh lupa.....
ntah2 ada rahsia yg Luqman sembunyikan dari Intan.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 03:12 PM | Show all posts
‘Ada orang datang rumah, Intan kena letak telefon dulu.’ Aku sengaja mengelak walaupun tetamu belum sampai.
‘Jangan marah ya sayang. Please forgive me.. thanks sebab mendengar penjelasan abang.’
‘Ok, bye, assalamualaikum’ aku menjawab bersahaja.
‘Waalaikumussalam’
Sebaik aku meletakkan telefon, aku bergegas masuk ke bilik, bersolat Isya’ dan bersalin pakaian kurung kapas warna jingga berbintik bunga tulip halus. Aku terus menuju ke dapur, menolong mama menyiapkan hidangan yang telah tersedia. Aku cuma menyusun pinggan dan gelas di setiap bangku. Gementarnya tidak terkira, maklumlah Dato’ yang akan berkunjung.
Selang beberapa minit, kedengaran kereta menderum di halaman rumah. Aku meyelak daun langsir dan mengendap dalam samar-samar lampu halaman.
‘Eh, macam mana boleh kereta Fareez kat sini? Pak Mat pun ada?’ bisik hatiku. Di belakang kereta Fareez menyusul van yang bertulis Hotel Grand Continental. Dato’ dan Datin turun dari kereta Fareez. Datin memegang dulang sirih junjung. Makcik Ronah pula membawa seberkas buah yang dihias dengan bunga-bungaan. Bibik Nunung dan bibik Sunarti pula masing-masing memegang kotak seorang satu. Pak Mat pula muncul dari van Hotel bersama Alia. Ada dua pembantu perempuan dari hotel tersebut juga muncul sambil masing-masing membawa kotak.
‘Eh, apa Fareez ni? Tak bagi tahu apa-apa pun? Tiba-tiba sahaja sireh junjung nih....’ Aku menggelabah.
‘Papa.. Mama...’ aku memanggil dengan suara berbisik. Baru sahaja mereka berdua muncul dari dapur, terdengar bunyi loceng rumah.
‘Eh kenapa Sue? Pucat lesi je muka? Pergi la buka pintu, tu mesti keluarga Fareez dan sampai. Jemput diorang makan terus lah ye Sue?’ Papa dengan selamba sahaja berjalan melintasiku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:16 PM | Show all posts
hehehehee
fareez terus meminang ko....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:17 PM | Show all posts
Reply 837# Ju'a

Ya betul tu, sedangkan dia berkawan Intan sudah lama sebelum dia berangkat ke sana lagi.
Intan punyalah setia tunggu dia. Boleh dia kahwin dengan org lain. :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.308297 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list