|
Balas #841 Raindancer\ catat
itu namanya duduk iftirosh.
kalau duduk silang kaki kiri bawah betis kanan namanya duduk tawaru'.
duduk tawaru' semasa tahiyat akhir sunat menurut mazhab shafie.
mazhab lain duduk iftirosh.
walaupun dalam mazhab shafie sunat duduk tawaru', kalau duduk iftirosh masih sah.
duduk selain dari dua cara duduk ni yang boleh jadi tak sah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #841 Raindancer's post
1.) Sujud sahwi boleh dilakukan samada sebelum salam atau pun selepas salam - bergantung pada keadaan2 yg tertentu :
1. Misalnya sesaorang yg terlupa perbuatan sunat aba'ad ( tahiyyat awal atau doa qunut ), apabila disedarinya kekhilafaannya maka sunat utknya sujud sahwi SEBELUM SALAM.
2. Sujud sahwi juga sunat dilakukan SELEPAS SALAM. Ini berdasarkan dari hadis Nabi SAW yg berikut :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah sembahyang bersama kami di suatu petang, samada sembahyang Asar atau sembahyang Zuhur. Pada rakaat yang kedua baginda memberi salam. Kemudian baginda bersandar dibatang tamar yang berada pada arah Kiblat. Di antara Sahabat yang menjadi makmum termasuklah Abu Bakar dan Umar, namun keduanya tidak berani berkata-kata. Sementara sahabat-sahabat lain terpegun kerana sembahyang dilakukan terlalu singkat.
Lalu seorang Sahabat bernama Zul Yadain berdiri seraya berkata: Wahai Rasulullah! Adakah sembahyang disingkatkan iaitu diqasar atau anda terlupa? Rasulullah s.a.w memandang ke kanan dan kiri lalu baginda bertanya: Adakah benar apa yang diucapkan oleh Zul Yadain tadi? Sahabat-sahabat menjawab: Benar! Anda hanya sembahyang dua rakaat sahaja. Seketika itu juga Rasulullah s.a.w menyambung sembahyang dua rakaat lagi dan baginda memberi salam. Setelah itu baginda bertakbir kemudian sujud, kemudian bertakbir lalu bangkit dari sujud, kemudian baginda bertakbir lagi lalu sujud buat kali kedua, kemudian bertakbir dan bangkit dari sujud.
Di dalam Kitab Bahrul Mazi diperjelaskan hadis Abu Hurairah di atas ini. Sesaorang itu boleh melakukan sujud sahwi SELEPAS dan SEBELUM salam spt contoh kes Nabi SAW apabila disedari dirinya atau ditegur.
Contohnya sesaorang itu melakukan solat Isyak 4 rakaat. Tetapi selepas melakukannya sebanyak 3 rakaat lalu ia memberi salam. Tetapi kekhilafaannya ini disedari oleh isterinya yg menjadi makmum lalu menegur kekurangan bilangan rakaat solat isyak tersebut. Maka wajib utk dirinya dan isterinya ( sebagai makmum ) utk meneruskan solat dgn menambah satu rakaat yg kurang itu dan kemudiannya sunat membuat sujud sahwi sebelum salam rakaat keempat.
Bagaimana pun penjelasan ulamak di dalam keadaan di atas ini berserta beberapa syarat :
- Tempuh masa di antara kekhilafaan solat itu dan tersedar dari kekhilafaan tidak terlalu lama.
- Tidak berkata banyak di antara tempuh kekhilafaan itu apabila ditegur - berdasar dari hadis Nabi SAW di atas.
2.) Contoh gambar yg disertakan itu adalah duduk secara iftirasy ( spt duduk antara dua sujud ). Satu lagi duduk pada tahiyyat akhir dikenali sebagai duduk tawwaruk. Kedua2 cara duduk ini tidak mencacatkan solat jika dilakukan pada mana2 tahiyyat. Cumanya sunat duduk iftirasy pada tahiyyat awal atau solat dua rakaat ( spt subuh atau jumaat ) dan sunat pula duduk secara tawwaruk utk tahiyyat akhir.
Wallahu A'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sy ada beberapa soalan ni. Soalan 1
"Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa"
Soalan nya: betul ke? sy tau kita digalakkan bermaaf-maafan. tp yg atas tu, takde dalil yg sokong. so takut salah aje... |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan 2
digolongkan dalam glongan munafik ke pd org yg berbuat amalan (segala suruhanNYA) tetapi at same time wat dosa (cth zina, judi, minum arak, ect). pd org begini, pe patut dilakukan nya? dia sedar dosa dilakukan tp tetap lakukan gak.. kira ada kesalan arr pas wat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanye ye, kalau uzur slalunya kite dibolehkan sembahyang duduk. cthnya perempuan yg sarat ngandung n susah sikit bile tang sujud tu. so nk tau sembahyang duduk jika uzur ni ade ke cara2 khusus atau bole ikut kemampuan masing2? tlg ye sesapa bg penerangan, tq |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Tanya hal tanah pusaka. Al-kisah, lebih kurang 40th dahulu, ayah saya (arwah dah..1996) memberitahu anak saudaranya bahawa ayah memberi sebidang tanah kepunyaan nenek(arwah dah..1965) sebab ayah telah banyak menjual tanah-tanah yang lain...ayah saya kesian emaknya tidak mempunyai tanah (emak saudara saya...arwah dah.. 1954 ) sebab itu ayah beri tanah tu pada dia. Bagi pihak saya tidak tahu menahu..wallahualam.... Tak da surat hitam putih dan tak tahu ada saksi... masa tu saya kecik lagi....
Selepas 43 tahun kemudian, barulah tanah itu telah dibawa ke perbicaraan pusaka kecil oleh saya.(generasi ke 3-peringkat cucu ) Abang saudara saya (sepupu) tidak hadir masa perbicaraan tersebut tidak mendapat hak dalam pusaka kerana emaknya mati dulu dari nenek, kami ikut faraid dalam perbicaraan itu atas sebab yang tertentu........
Saya begitu sedihlah...abang saudara saya tu sampai cakap "kalau kau tak percaya, kafirku mat, tak guna aku sembahyang 5x sehari"
Jadi, saya betul2 bingung ni....apa pandangan kamu semua yang ahli dalam hal ni .....?
Terima kasih. Wasalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #847 bromatt's post
hmm...tak patut abg sedara anda cakap camtu, itu mcm cakap tanpa ilmu je....
apsal jatuh kafir plak? hishh... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #847 bromatt\ catat
errr... ni main sumpah-sumpah jugak ke?... tapi macam ada yang tak kena.
tanah arwah nenek. nenek meninggal 1965.
emak saudara meninggal 1954.
ayah beri tanah arwah nenek kepada emak saudara? emak saudara tu meninggal dunia sebelum nenek. Macamana boleh bagi tanah kat orang dah mati? walaupun dengan jelas atau bertulis dia bagi tanah kat orang dah meninggal dunia, tak sah.
[ Last edited by ibnur at 26-8-2008 01:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Terima kasih atas pandangan anda semua.
Saya lupa nak tambah satu cerita lagi...tentang tanah pusaka diatas.. Abang saudara (suami kepada sepupu saya) kata ayah saya beri tanah tersebut kepada dia..sebab itu ayah saya serahkan geran tanah kepadanya, pada hal cerita yang sebenarnya dia ambil geran tanah itu semasa ayah tengah tenat...
Sekarang geran tanah ditangan mereka, perintah pembahagian pusaka sudah dikeluarkan....nak ambil geran tanah ni satu hal lagi....takut-takut melayang parang pulak kang.....
Apa pandangan kamu semua...? Bagaimana nak setel hal ni...? Masalah besar ni....
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #850 bromatt's post
perbuatan sumpah mengkafirkan diri sendiri itu tertanggung atas diri abang saudara awak tu. bukan ke atas orang lain. yang bahagian tu orang lain tak payah nak fikir.
apa yang ayah awak lakukan itu, kalau betul berlaku, adalah dipanggil hibah. Pandangan ulamak begini:
Hibah dari segi Syara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #851 ibnur's post
Saya tidak dapat bukti hibah ini benar berlaku..cuma cakap mulut dia saja. Saya rasa mungkin tidak mengikut syarat-syarat tersebut diatas.Keluarga saya sendiri tidak tahu menahu ayah saya serahkan tanah tersebut kepada sepupu saya. Apa yang saya tahu ayah saya berpesan bersama-samalah mengerjakan kebun pusaka itu.
Saya nak tanya,ayah saya bukan pemilik tanah tersebut,mengikut syarak bolehkah dia menghibahkan tanah itu kepada orang lain? |
|
|
|
|
|
|
|
soalan.....
1) apakah hukum mengangkat takbir pada rakaat kedua?
2) satu situasi kita ikut imam sembahyang 4 rakaat, tapi masuk lambat dan kita dapat dua saja....
maka lepas imam memberi salam, kita kena sambung balik untuk rakaat ketiga dan 4, situasinya adalah sama
seperti kita semayang sorang2 dalam rakaat kedua, selepas tahiyat awal, hendak berdiri ke rakaat ketiga....
adakah perlu angkat takbir? apakan hukumnya?
3) apakah hukumnya membelikan kuih bulan pada bangsa cina sempena perayaan kuih bulan....sekian... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #853 ussopp's post
Utk soalan 1 & 2 : Jika dirujuk kepada buku Mastika Hadis, diperjelaskan bahawa hukum mengangkat takbir itu disunatkan pada rakaat ketiga, iaitu ketika bangun berdiri dari tahiyyat awal ( utk solat 3 atau 4 rakaat ).
Utk soalan 3 : Dari apa yg saya pelajari berlainan dgn sambutan hari perayaan lain spt Krismas atau Deepavali yg mana kedua2 ini bersifat keagamaan, perayaan Tahun Baru Cina bukan bersifat keagamaan - ia lebih cenderung kepada menyambut ketibaan tahun baru. Manakala perayaan spt Chap Go Mei pula adalah satu perayaan bersifat keagamaan.
Maka apa2 perayaan yg bersifat keagamaan utk penganut2 agama lain wajiblah dijauhi dan elakkan. Mengenai kuih bulan ini, bukankah ianya pada perayaan Tahun baru Cina, dan biasanya yg memberinya ialah orang2 Cina kepada kita, bukan kita kepada mereka...ye tak ? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #854 noriabdullah's post
ooow...thanks a lot utk soalan satu dua.....
dan yg ketiga tu, perayaan kuih bulan bukan pada tahun baru cina, tapi pada bulan lapan....
erm, takpe lah, kalao syubhat saya jauhilah... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum..
Bagaimana caranya saya nak mengadu or meminta khidmat nasihat berkenaan dengan seorang cina yang mengaku islam dan menggantung ayat2 suci di dalam rumahnya supaya pengakuannya dipercayai orang...dia sebenarnya seorang perempuan yang menyerupai lelaki dan menipu orang ramai dengan mengatakan dia seorang lelaki...dia mengakui telah memeluk agama islam tetapi setelah saya membuat pemeriksaan tiada sebenarnya...dia sering menunaikan solat jumaat di masjid2 yang agak berjauhan sedikit dari kawasan rumahnya kerana seluruh kawasan rumahnya telah mengetahui keadaan dirinya yang sebenar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #856 rienz3003's post
huish!
motif nya mahu memeluk islam tapi takut atau tak mau peluk islam tapi ada kepentingan lain...? |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun tak tau aper motif sebenarnya..dia berbuat baik pada family saya untuk berkenalan rapat dgn saya...kemudia slalu memberikan macam2 barang makanan...
dan bila saya tak layan dia kerana saya dah dapat tau siapa dia yang sebenarnya dan saya dah check yang dia belum peluk islam tapi mengaku islam kerana dia pergi menunaikan solat jumaat dan sering sembahyang dirumahnya..tp tak tau aper yang dibaca..
dia sebenarnya seorang perempuan tetapi menyerupai lelaki dan dia bohong semua orang cakap dia lelaki....
bila saya tak layan dia...dan seluruh ahli keluarga tak suka padanya...dia psycho ibu saya dan skarang ibu membenci sesiapa yang tidak mahu berkawan dengan dia termasuk anak2nya sendiri..
dan dia cakap pada ibu dia tak halalkan aper yang dia pernah bagi selama nie pada keluarga kami...tetapi tidak halal itu dikecualikan kepada ibu saya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #858 rienz3003's post
hei, ini kes yg sudah terang2 salah.....!
maka sepatutnya berhenti dari bergaul dgn org camtu....sebab dah terang lagi bersuluh, naper masih ragu2?
sy tau mungkin banyak cabarannya, tapi takkan nak biar benda batil berterusan.....
orait....cut the crap....lembut tetapi tegas....
adakah anda ni ada konflik perasaan terhadap hamba Allah itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #859 ussopp's post
Takde aper pun..
Dia yang nak sangat berkawan ngan saya tapi saya tak layan pasal saya dah dapat tau dari orang ramai yang dia sebenarnya perempuan dan berlagak sebagai lelaki..
Skarang nie bila saya tak layan dia...dia slalu menghasut ibu saya dan ibu saya pun sudah terpengaruh dgn dia..
Saya ada jumper ustaz2 di kawasan rumah dan menyatakan dia ada gunakan sesuatu untuk menguasai pemikiran dan tingkah laku ibu saya..
kesannya skarang ibu saya semakin tak menghormati ayah saya dan memarahi ayah saya jika ayah melarang dia berjumper dgn orang itu..
Kami adik beradik sedang cuba untuk mengubati ibu dan takut jika ianya berlarutan akan terjadinya sesuatu yang tidak diingini kepada kedua ibu bapa saya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #860 rienz3003's post
oooo.....semoga berjaya....
semoga masalah tu dapat diatasi....
selain dari berusaha menjauhi orang2 camnie, jangan lupa minta berlindung daripada Allah supaya terhindar dari keburukkan yg dibawanya.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|