|
JODOH [DRAMA BERSIRI ASTRO RIA], ISNIN 9 MALAM
[Copy link]
|
|
tiewa posted on 12-3-2013 08:24 PM
waaaaaaaaaaaaaaaa penantian suatu siksa yg tdk tertanggung..
takde lagik ke uols...
dah lebih 24 jam nie
|
|
|
|
|
|
|
|
tiewa posted on 12-3-2013 08:30 PM
wakakakakaka.. takleh blah yg duduk bersandar tu pom bole buat2 tdo..
motip sgt semer tanak dgr ...
comel khennn yang tersandar tuh...
siap nganga mulut tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
aviators posted on 12-3-2013 11:10 PM
Takdak lagi la ahkak mimi
Merata carik, Kate ye sebab ade uploader yg kena tangkap kat kulim by c ...
gitu ker...
siannya korang
|
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 12-3-2013 11:33 PM
gitu ker...
siannya korang
Haru biru k
|
|
|
|
|
|
|
|
mimi77 posted on 12-3-2013 11:13 PM
lor ye ke...iols dah tjebak neh..malam td gegeh marathon smpai kul 3pagi tgk 5episod daz sgt imp ...
Cite ni best tak stress n yes daz boleh bawak watak encik azlan Last edited by aviators on 12-3-2013 11:46 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
viscose posted on 12-3-2013 11:45 PM
tu la pasal...
so korang takde harapan nak tgk ke nie
Kasi keadaan settle dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
santubung posted on 12-3-2013 05:29 PM
citer "JODOH" nih ada 30 episode!!!!!
MWOYAH??? 30 episode??? matilaaaaaaaaaaaaa... baru je nak bersorak biler @viscose bgtau citer ni ada 13 episode je. biler dok scroll2 ke bawah, nmpk ko ckp 30 episodes.... adehhhhhhhhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Setau aku mmg ada 13 episod je kan? Yeke 30 episod? |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnyer, terjawab jugak JODOH ni ada baper episode...
Dazrin tak buru populariti
Oleh Syanty Octavia Amry
Usahanya nyata tidak sia-sia apabila lebih setahun bergelar pelakon, Dazrin Kamarudin mula terasa bahang selepas diberikan tanggungjawab memegang watak utama melalui drama bersiri popular di Astro Ria, Jodoh yang bersiaran setiap Isnin jam 9 malam.
Melalui drama 13 episod itu, Dazrin memegang watak Azlan yang menyertai pertandingan jodoh bagi mencari pasangan hidupnya bergandingan dengan Scha Al-Yahya.
Menurut jejaka berusia 25 tahun itu, impian­nya untuk berlakon watak romantik bercampur lucu tercapai melalui drama berkenaan yang skripnya dihasilkan khusus buat­nya.
Walaupun baru sekarang diberi peluang memegang peranan utama, ia bukan alasan untuk ­Dazrin patah semangat sebaliknya minat yang begitu kuat dalam bidang lakonan memberi lebih peluang untuknya mencuba pelbagai watak.
“Ia satu peluang yang tidak akan saya lepaskan apabila diberi penghargaan oleh KL Motion Pictures memegang watak utama dalam Jodoh malah saya difahamkan 'rating' untuk drama ini paling tinggi bagi siaran setiap hari Isnin.
“Syukur kini perjalanan lakonan saya semakin bersinar, malah tahun ini saya memang tidak menang tangan menerima tawaran berlakon hingga terpaksa mengambil dua tawaran dalam satu masa.
“Semua ini saya lakukan demi peluang yang diberi. Jika diikutkan pada awal ­kemunculan saya sering diberi watak sampingan namun masih ada yang tidak mengenali diri,” katanya yang terpaksa tidur dua jam setiap hari sepanjang menjalani penggambaran drama Jodoh.
Baru saja selesai menjalani penggambaran drama Jodoh, Dazrin sekali lagi sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri yang diangkat dari sebuah novel berjudul Syurga Di Wajahmu memegang watak utama bergandingan dengan Ana Dahlia yang mana penggambaran hampir 99 peratus dilakukan di Kelantan.
Kata anak kedua daripada tiga beradik ini, dia tidak peduli apabila diri kurang popular, yang penting banyak menerima tawaran berlakon. Baginya bukan populariti yang dikejar tetapi kepuasan apabila minat berlakon terlaksana.
“Pada awal pembabitan saya kurang dikenali namun saya tidak pernah mengeluh kerana saya sedar kesilapan yang saya lakukan ketika itu terlalu cepat menerima tawaran berlakon filem sedangkan ramai pelakon baru memulakan karier melalui drama atau telefilem.
“Walaupun seperti tersilap percaturan saya tidak mengalah malah pengarah, Mamat Khalid banyak membantu saya untuk terus bertahan di dalam industri ini walaupun masih ada beberapa filem saya seperti Apokalips dan Lebuh Raya Ke Neraka belum ditayangkan.
“Disebabkan kurang muncul di media juga menyebabkan masih ada yang tidak mengenali saya namun semua itu bukan sengaja dilakukan tetapi saya mahu biarlah lakonan lebih menyerlah berbanding diri dan kisah peribadi,” katanya.
Dibesarkan dalam keluarga beradad, Dazrin tidak pernah menjadikan keluarga sebagai batu ­loncatan untuk mengecapi semua yang dimiliki ­sekarang dengan mudah, sebaliknya dia berusaha sendiri bagi membuktikan kepada kedua orang tua biarpun satu-satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga Dazrin tidak akan sekali-kali meminta.
“Sejak kecil saya ­sudah biasa berdikari justeru apabila melakukan sesuatu saya akan berusaha ­sehingga berjaya tanpa mengharapkan keluarga. Mungkin ada yang menyangka segala yang saya peroleh adalah hasil bantuan mereka namun tidak sama sekali.
“Saya mahu buktikan pada keluarga, walau susah sekali pun saya tidak akan menyusahkan mereka apatah lagi mereka berada di Melaka dan saya hidup sendiri di Kuala Lumpur. Tambahan pula saya sudah menuruti kehendak orang tua yang mahukan saya memiliki ijazah dan semua itu berjaya saya lakukan malah jika berkesempatan, saya berhasrat ingin menyambung pengajian ke pering­kat sarjana.
“Saya mahu segala yang saya impikan terlaksana. Jadi apabila ada yang menegur lakonan saya tidak bagus dan lebih teruk lagi ada yang mengatakan saya tidak layak memegang peranan utama kerana tidak kacak, itu semua saya jadikan semangat untuk terus memperbaiki lagi ­lakonan dari masa ke semasa,” katanya yang pernah kemalangan akibat tertidur ketika memandu.
Cabar diri nyanyi lagu tema Jodoh
Mungkin tiada siapa tahu bakat yang ada pada diri sendiri begitu juga dengan Dazrin. Peluang menyanyikan lagu tema Jodoh berjudul Kota Antara, ciptaan Audi Mok benar-benar mencabar dirinya yang baru pertama kali menyanyi.
Menurutnya, peluang yang diberikan Audi harus digunakan sebaiknya, apatah lagi mendengar kata-kata Audi dia mampu menyanyikan lagu itu sesuai seperti yang diinginkan menjadikan ­Dazrin lebih teruja.
“Satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan apabila menyanyikan lagu ciptaan Audi, bagi saya bukan mudah apatah lagi lagu berkenaan sangat mencabar di mana ada bahagian lagu yang saya perlu menarik nafas panjang.
“Memang sukar pada awalnya namun saya tidak menyangka berjaya merakamkan lagu berkenaan dalam tempoh tiga jam saja. Mungkin pengalaman sering menyanyikan lagu-lagu Awie ketika menjadi pengacara majlis memudahkan segala-galanya,” katanya.
Tidak menjadikan nyanyian sebagai kerjaya kedua jejaka berasal dari Klebang, Melaka ini lebih memilih untuk serius dalam lakonan.
“Saya akui menyanyi juga salah satu minat saya, apabila diberi peluang menyanyi apa salahnya saya cuba namun untuk memberi fokus sepenuhnya tidak mungkin kerana dari awal kehadiran saya dalam bidang ini demi memenuhi minat untuk berlakon.
“Andai kata satu hari nanti ditawarkan menjadi penyanyi biarlah sekadar menyanyi single lagu tema yang mana saya turut berlakon sama tetapi untuk menjadi penyanyi sepenuhnya tidak pernah terlintas di fikiran dan mustahil bagi saya.
“Namun jika perlu menyanyi lagi, saya akan mengambil kelas vokal bagi mengasah bakat yang pastinya waktu itu mengambil masa lama dan saya tidak tahu bila,” katanya sambil ketawa.
sumber: myMetro |
|
|
|
|
|
|
|
Mr. Chi mengucapkan Selamat Pagi pada semua. Sudah bersenamkah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ampun! Beso plak gambar Mr. Chi ahhahahhahahah!
Ni semalam siapa cari gambar drg jumpa ustaz. Yang ni kot ek?
Ada gambar En. Azlan dgn ayahnya (Mustapha Kamal) dan pelakon budak2 yg nama Rykal ke ape tu tah. sila godak #JodohAstroRia. ni yg aku screenshot director pny IG.
|
|
|
|
|
|
|
|
Last gambar screenshot. hahahahahhaha! aku malas nak resize. Maapkan saya.
Hashtag tak leh blah. HAHAHAAHHA!
|
|
|
|
|
|
|
|
Semalam aku bukak tpt biasa tgk online video cite Jodoh ni...tp link mcm x available. Kat ceritamaster takde lg ep.6
Terjumpa post ni di kepalabergetar. Adakah ini menyebabkan aktiviti sedut2 kita bakal terganggu?
Malaysian Police Arrest Man For Operating Illegal Movie Linking Site Syok.org
8 Mar 2013 - KUALA LUMPUR/SINGAPORE: On March 6, police officers from the Cyber Crime Unit of the Commercial Crime Division of the Royal Malaysian Police arrested a 27-year-old man from Kulim, Kedah Darul Aman, Malaysia, for sharing links to illegal copies of copyrighted movies via the website SYOK.org.
According to police reports, the suspect is believed to be the operator of the website SYOK.org, which illegally hosted links to titles belonging to MPAA Member Studios including copies of Sky Fall, Life of Pi, Jack Reacher and Argo, among others.
Following the arrest, Norman Abdul Halim, Honorary Secretary of the Malaysian Film Producers’ Association, said, “I would like to congratulate the Royal Malaysian Police for taking this important action. The operation was a major victory for filmmakers and movie audiences. I know that many colleagues throughout the screen community will be pleased with this outcome, as it represents an important step to further protecting their creative work from being shared online without their permission. This successful action puts other websites on due notice that the authorities will take every measure to investigate and prosecute those involved with the illegal uploading and sharing of films and television shows.”
Mike Ellis, President and Managing Director, Asia Pacific, for the Motion Picture Association (MPA), said, “We commend the efforts of the Cyber Crime Unit for their effective operation. Rogue websites present a major threat to the ability of filmmakers to conduct a sustainable film business, employ people in production, distribution and exhibition, and deliver quality films and television shows to audiences. This action by the Royal Malaysian Police sends a clear message to operators of such websites and we look forward to working with them to crackdown on more such cases.”
If convicted under the Copyright Act, the operator faces fines ranging from 2,000 – 20,000 ringgit (USD650 – 6,500) for each infringing copy, or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both and for any subsequent offence, to a fine of 4,000 – 40,000 ringgit (USD1,300 – 13,000) for each infringing copy or to imprisonment for a term not exceeding 10 years or to both. Source
|
|
|
|
|
|
|
|
fa_stellar posted on 13-3-2013 09:06 AM
Mr. Chi mengucapkan Selamat Pagi pada semua. Sudah bersenamkah?
monim Mr Chi!!!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|