|
[Jenayah]
Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur
[Copy link]
|
|
kat kota bharu mendung jek 2 hari ni..gelap jer..
kul 10 pagi mcm senja magrib..sedap melantak tdo sejuk2 ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
latest sg isap n pmatang badak..
|
|
|
|
|
|
|
|
putr@polo posted on 4-12-2013 03:07 PM
rezeki banjir..kat KL haruan rm20 sekilo
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 4-12-2013 02:26 PM
MKN akan isytihar darurat kalu dah 30-40k mangsa banjir kena pindah kan? cam johor dulu
la ni baru ...
Beribu2 lagi terperangkap dlm rumah masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi mendengar ucapan dasar yang disampaikan Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - Foto NSTP
Dec 4, 2013 1:06 pm
PM kesayangan semua tgh BZ skang ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini telah menghentikan bekalan elektrik di tiga buah negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Johor susulan banjir yang semakin buruk.
Tindakan itu diambil selepas lebih 1,000 buah pencawang elektrik membabitkan hampir 63,000 pengguna di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air.
Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman ditutup bagi tujuan keselamatan.
Selain itu, 141 pencawang elektrik turut dihentikan sejak 21 jam lalu.
Manakala di Johor, keadaan banjir masih terkawal dan hanya melibatkan sebahagian kecil pengguna sahaja.
Menurut kenyataan TNB, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454 untuk maklumat lanjut. - bernama |
|
|
|
|
|
|
|
perkembangan kat bandar kemaman cam ner yer? ..... adik ada kat sana . tepon2 jenuh tak berangkat . risaulah jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Masjid Al-Fatah bt. 3, Kuantan.
jernih air banjir masuk ruang solat.
Subhanallah.
|
|
|
|
|
|
|
|
tuan_wu posted on 4-12-2013 03:08 PM
kat dungun pun tgh hujan lobat gilerr skang ni
kole ganu pun tgh agak lebat...tadi ujan biasa2 jah, sekejap2 lak tu
sekitaran pun dah gelap mcm pukul 6.30 petang
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 4-12-2013 01:56 PM
Zawawi IshakKUANTAN
bila indon kena musibah bukan main lagi dok gelak ketawa padankan muka elohim bayar cash bagai.
bila kena sendiri akak senyum sinis sahaja, memang lah elohim bayar cash.
|
|
|
|
|
|
|
|
SHAH ALAM: Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pharmaniaga Mohamed Iqbal Abdul Rahman (kanan) memberi penerangan kepada Setiausaha Eksekutif Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Nor Aziah Budin (dua, kiri) selepas majlis penyerahan ubat-ubatan bagi membantu mangsa Taufan Haiyan di Filipina, di Gudang Pharmaniaga pada Rabu. Foto: BERNAMA
*Ingat nak hantar kat kuantan..
rupanya hantar kat filipina..
|
|
|
|
|
|
|
|
Area surau putih bukit setongkol
|
|
|
|
|
|
|
|
panas hati aku tgk video si laki zizie tu...macam shilaker sgt...babisssssss bertingkat2
to sabahan terutama bawah parlimen laki zizi ni..korg mmg terbaikkkkk pilih mp cam ni wakil korg
harap klu sabah ditimpa bencana.....no mercy from me
|
|
|
|
|
|
|
|
Bandar Kuantan Lumpuh, Keadaan Banjir Semakin Buruk Di Pahang
KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan di negeri ini.
Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini.
Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri sehingga pukul 11 pagi Rabu, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran danJerantut.
"Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan).
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus.
Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagimelaporkan situasi banjir terkini di Pahang.
Para penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantandiarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini.
Berdasarkan tinjauan Bernama, beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat.-BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: Penduduk Kelantan Diminta Bersiap Sedia Untuk Pindah
KOTA BAHARU: Penduduk Kelantan terutama yang tinggal berhampiran beberapa sungai utama di negeri ini dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk berpindah berikutan paras air sungai kini melepasi bahaya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata duabatang sungai yang telah melepasi bacaan paras bahaya sehingga pukul 11 pagi iniadalah Sungai Lebir dan Sungai Kelantan.
"Bacaan di Tualang, Sungai Lebir kini 35.34 meter melepasi bahaya 35 meterdan dua tempat bacaan di Sungai Kelantan iaitu di Jambatan Guillemard mencatatbacaan 16.14 meter (bahaya 16 meter) dan Tangga Krai 25.22 meter (bahaya 25meter).
"Kita ingin menasihati penduduk yang tinggal di tebing sungai, agar mula mengambil langkah bersiap sedia jika diarahkan berpindah," katanya.
Selain itu, Sungai Galas dan Sungai Golok di Rantau Panjang pula melepasi paras amaran iaitu bacaan di Dabong, Sungai Galas kini 35.98 meter (amaran 35 meter) dan Sungai Golok itu 8.61 meter (amaran 8 meter).
Azmi berkata penduduk juga perlu akur untuk berpindah sekiranya arahan dikeluarkan untuk berbuat demikian demi keselamatan mereka.
"Kita tidak mahu berlaku seperti tahun sebelum ini kerana ada yang engganberpindah kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja menyelamat termasuk memberikanbantuan makanan jika keadaan semakin buruk," katanya.
Beliau juga meminta ibu bapa supaya turut memantau pergerakan anak-anak pada musim banjir bagi mengelakkan musibah dan tidak menjadikan keadaan itu sebagai pesta banjir.
Katanya jabatan itu kini sudah bersiap sedia memastikan usaha menyelamat dapat dilakukan dengan sempurna seperti menyediakan kenderaan utiliti, anggota unit Scuba dan menggerakkan anggota sukarela jabatan itu.
Keadaan cuaca di Kelantan kini mendung kecuali di pedalaman yang kini dilaporkan hujan.
Tinjauan di Rantau Panjang mendapati penduduk yang tinggal di tebing SungaiGolok sudah membuat persiapan untuk berpindah.-BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|