Masih panas! Belum reda lagi kesedihan terhadap pemergian pelawak Abam Bocey, muncul pula krisis dalam keluarga arwah.
Kredit foto: IG aliputeh89
Ianya menjadi tanda tanya selepas adik arwah, Ali puteh memuat naik posting berbau makian di Instagram.
"Bila balu arwah Abam berhati binatang!"
Kapsyen tersebut telah menimbulkan tanda tanya dan rasa terkejut ramai pihak. Berdasarkan komen yang ditinggalkan Ali, dipercayai persengketaan itu terjadi berkaitan harta.
"Baru seminggu meninggal, segala harta yang dikejar. Aku akan buka segalanya. Allah itu maha besar," kata Ali.
Walau bagaimanapun, Ali kemudian memadam posting berkenaan dari IGnya.
Kredit foto: IG aliputeh89
Tidak lama selepas dipadam, Ali puteh memuat naik satu lagi status bengang terhadap usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kerana mengambil kesempatan dan bertanyakan soalan tidak sepatutnya kepada balu Arwah.
Untuk maklumat, Aliff hadir ke rumah mentua Abam di Sabak Bernam untuk memberi sumbangan kepada balu Arwah.
Aliff juga ada membuat video live di saluran YouTube untuk menyampaikan sumbangan tersebut dan bertanyakan beberapa soalan kepada balu Arwah mengenai harta peninggalan.
Kredit foto: IG aliputeh89
Rentetan isu yang dibangkitkan dalam rakaman tersebut, kedua-dua Aliff dan Ali puteh dihentam netizen.
Kredit foto: IG aliputeh89
Orang ramai mengharapkan keluarga arwah Abam dapat mencari penyelesaian terbaik untuk masalah ini, sekali gus nasib isteri dan anak arwah juga terbela. - CARI
|