|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
syabas tuan tanah.. cerita menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 29-11-2021 02:59 PM
Sumpahan Keluarga Hayden
Tragedi yang menimpa keluarga Hayden bermula pada tahun 1798, apabila William Hayden berkahwin dengan anak perempuan Puan Mercie Dale yang bernama Silence. Mereka tinggal bersama-sama di Braintree, Massachusetts sebelum berpindah ke Albany, Vermont pada 1801. Puan Mercie banyak membantu William dari segi kewangan dari awal perkahwinan anaknya lagi. William pernah membuka kilang tenunan dan membuat benang, pernah jadi kapten militia dan turut bertanggungjawab menjadi ahli jawatankuasa di pejabat datuk bandar. Sehinggalah William dilantik menjadi kontraktor bagi pembinaan jalan di bandar itu, dan sebagai balasannya, William akan diberikan sekeping tanah. William berjaya mengumpul sehingga 900 ekar tanah di Vermont, tapi walaupun William mempunyai aset yang cukup banyak, William sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk mentadbir aset-asetnya. William juga seorang yang boros dan sukakan gaya hidup mewah walaupun selama ni hidupnya banyak dibantu oleh ibu mertuanya. Akhirnya William dihimpit hutang. Puan Mercie Dale pun pinjamkanlah duit kepada William untuk membayar hutang-hutang tersebut, tapi William tak pernah bayar balik hutang tu. Sebaliknya, bermula dari 1820 hingga 1830-an, William asyik disaman oleh pemiutang-pemiutang yang ingin menuntut hutang mereka. William tak tahan sangat, dia pun melarikan diri sampai ke Kanada sebab nak lari dari hutang dan akhirnya mati di New York.
Puan Mercide Dale mula merasa geram dan marah pada William sebab taknak bayar hutang dia. Puan Mercie Dale juga mula jatuh sakit, tapi dia percaya yang menantunya telah meracun dia. Mungkin William nak mak mertua dia mati cepat jadi nanti segala harta Puan Mercie akan jadi milik dia. Puan Mercie punyalah marah dengan anak menantunya, dia sanggup keluar dari rumah keluarga Hayden dan tinggal dengan Sarah Rogers iaitu jirannya. Sarah Rogers menjaga Puan Mercie Dale yang sedang sakit itu sehinggalah Puan Mercie Dale meninggal dunia pada 1872 di usia 94 tahun. Tapi sebelum meninggal dunia, beliau sempat melafazkan satu sumpah laknat yang disaksikan oleh anak perempuannya, Silence. "Nama Hayden akan lupus pada generasi ketiga, dan orang terakhir yang memakai nama keluarga Hayden akan mati papa kedana". Puan Mercie Dale juga sempat menurunkan wasiat yang dia ingin dikebumikan di tanah perkuburan keluarga Rogers, sampai dia mati pun taknak kubur sebelah-sebelah dengan keluarga Hayden. Begitulah bencinya Puan Mercie Dale terhadap keluarga Hayden.
Anak lelaki William dan Silence, yang juga bernama William Hayden Jr, atau nama singkatannya Will memulakan perusahaan kontraktor, dia dikurniakan kontrak untuk membina landasan keretapi dari Nashua di New Hampshire sehingga ke Quebec di Kanada. Kontrak yang sangat lumayan ini menjadikan WIll seorang orang kaya baru. Will terus-terusan dilimpahi kekayaan dan kemewahan apabila kontrak pembinaan itu disambung sampai ke Michigan pulak.
Pada 1854, Will dan isterinya Azubah membina sebuah rumah mewah di bandar kelahiran mereka di Albany. Will dengan bongkaknya pernah berkata, dia saja buat rumah ni sebab dia nak tunjuk kat penduduk Albany kuasa duit. Rumah keluarga Albany merupakan sebuah rumah yang berinspirasikan dari Greek. Semasa zaman kegemilanganna, rumah itu ada pendiang api yang diperbuat daripada marmar dan boleh berfungsi untuk menghangatkan seluruh rumah itu. Ruang makan rumah itu boleh memuatkan sehingga 30 orang. Tingkat tiga rumah itu dibuat khas untuk dijadikan ruang tari menari, dengan lantainya setebal 18 inci supaya ianya mampu menampung ramai tetamu yang hadir tanpa merosakkan siling ruang bawah. Will sangat bangga dengan rumah yang dibinanya. Will seperti bapanya, adalah seseorang yang sukakan kemewahan dan tinggi diri. Dia mendakwa kepada tetamu-tetamu yang datang ke rumahnya, tanah dia sangat luas, sejauh mata memandang. Anak dan isterinya suka bersiar-siar di sekeliling Albany menaiki pedati kuda yang mewah. Will dan isterinya kerap kali mengadakan parti dan majlis tari-menari di rumah mewah itu. Kerana terlalu asyik diulit kekayaan, keluarga Hayden langsung tak ingat dengan sumpahan Puan Mercie Dale sebelum ini.
Dalam tempoh 10 tahun, seorang demi seorang ahli keluarga Hayden meninggal dunia, ada yang meninggal secara tiba-tiba dan ada yang sebab usia tua. Pada mulanya, Will meninggal dulu, kemudian diikuti oleh isterinya Azbulah pada tahun 1892. Berlaku pergaduhan dalam keluarga tentang siapa yang patut mewarisi kekayaan ibubapa mereka. Salah seorang anak lelaki Will bernama Henry telah dituduh membakar dokumen wasiat dari Will. Will juga dituduh bersubahat dengan salah seorang adik iparnya untuk menipu sanak saudara yang lain. Ada yang percaya Henry telah mencuri dan menyembunyikan wang dan harta Will.
Bukit kalau hari-hari ditarah akan menyusut juga. Henry dan anak perempuannya Armenia atau panggilan manjanya Mamie terus dengan gaya hidup mewah sehinggalah kekayaan mereka habis begitu sahaja. Rumah keluarga Hayden yang tersergam indah terpaksa ditinggalkan begitu sahaja kerana rumah sebesar itu memerlukan kos yang sangat tinggi. Henry sudah tak mampu. Henry meninggal dunia pada 1910 dan tidak meninggalkan apa-apa harta kepada anaknya Mamie. Sebaliknya hutang tinggi menggunung. Perbicaraan pengagihan harta hanya berakhir pada 1915, tapi itupun tidak menguntungkan sesiapa kerana hutang-hutang keluarga Hayden perlu dilunaskan terlebih dahulu. Akhirnya, hanya Mamie sahaja satu-satunya ahli keluarga Hayden yang masih hidup. Itupun, hidup Mamie dihimpit kejian kerana reputasi buruk keluarganya dan dia asyiklah dikejar pemiutang. Akhirnya Mamie jatuh sakit dan dia pun berhijrah ke Waterville, Maine menjalani kehidupan yang sangat miskin sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1927. Maka lengkaplah sudah sumpahan terhadap keluarga Hayden....
Rumah keluarga Hayden kini menjadi tapak warisan negara. Rumah tersebut diperbaiki dan diselenggara oleh kerajaan dan sehingga kini, ianya masih tersergam indah di Vermont. Namun begitu, ada dakwaan dari penduduk setempat yang mereka pernah ternampak ada lembaga bercahaya yang berkeliaran di sekitar rumah itu. Ada jugak yang terdengar bunyi gesekan biola dari rumah tu. Penduduk setempat percaya, mungkin itu adalah roh-roh ahli keluarga Hayden yang dulunya gemar berpesta di rumah itu.
Kalau korang ada kawan-kawan yang liat bayar hutang, jenis yang biar papa asal bergaya. bolehlah suruh diorang cari kisah keluarga Hayden ni. Banyak rekod yang membuktikan kewujudan keluarga Hayden, jangan sampai mati dalam keadaan miskin macam keluarga ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 28-11-2021 12:39 PM
Pengalaman aku seorang penghantar pizza
Kejadian ni sebenarnya dah agak lama jugak, ianya terjadi se ...
pakcik tu kena stroke agak nya ..pastu ank2 dia tggl kot ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-11-2021 06:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mrs_salvatore replied at 29-11-2021 02:40 PM
Sumpahan Keluarga Hayden
Tragedi yang menimpa keluarga Hayden bermula pada tahun 1798, apabila Will ...
Pada yang tak faham timeline kisah ni,sebelum Puan Mercie meninggal tu,keluarga Will Hayden tu dah kaya raya, tapi diorg buat bodoh je taknak bayar hutang bapak diorg tu. Mungkin sbb tu puan mercie tu marah sgt smpi disumpah 3 keturunan.lgpun puan mercie sakit sbb kene racun tp anak cucu die taknak jaga org lain pulak yg jaga.apepun kalau berhutang tu bayarlah jangan buat bodoh je |
|
|
|
|
|
|
|
Menariknya cerita-cerita mistik dari luar negara, tapi disesuaikan dengan loghat tempatan, tu yg lagi menarik baca. Best TT. Saya suka semua cerita misteri tu terutama yg berkaitan dgn sejarah, ada istana, ada tugu..ada kuil. Duduk depan PC tapi rasa mcm dah pegi US, Kanada, sempadan India China. Puas hati baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 3-12-2021 04:13 PM
Bas Nombor 375
Pada malam 14 November 1995, ada sebuah bas bernombor 375 bertolak dari terminal bas Yuan Ming Huan menuju ke bandar Xiang Shan atau Fragrant Hill. Bas tu awalnya penuh dengan penumpang sebab bas tu merupakan bas terakhir untuk malam itu. Namun begitu, makin lama bilangan penumpang dalam bas tu makin sikit sebab ramai yang dah turun ke destinasi masing-masing.
Kini dalam bas tu yang tinggal cumalah pemandu bas, konduktor bas, sepasang kekasih, seorang nenek tua dan seorang lelaki muda. Nenek tua tu duduk betul-betul di hadapan anak muda tadi. Bas kini semakin menghampiri hentian terakhir iaitu Xiang Shan, adalah dalam 6 ke 7 hentian lagi. Kini bas itu memasuki kawasan yang terletaknya sebuah istana lama yang dibina sebelum zaman Dinasti Qing lagi. Setelah sekian lama bas tu bergerak, pemandu tu terperasan ada 2 orang tengah tunggu di tepi jalan dan mengangkat tangan tanda nak naik bas tu.
Pemandu dan konduktor tu berbincang sekejap, boleh ke diorang nak ambil 2 orang tu sebab tempat tu bukan hentian bas pun. Agaknya sebab kesian, yelah lepas ni takde bas lain dah, pemandu bas pun ambil keputusan nak benarkan 2 orang tu naik bas. Pemandu tu lambat tekan brek sampai terlepas 2 orang yang tengah tunggu kat tepi jalan tu, jadi 2 orang tadi tu terpaksa naik bas ikut pintu belakang. Rupa-rupanya, bukan 2 orang, tapi 3. 2 orang lelaki yang sedang merangkul lengan seorang lelaki yang macam tak sedarkan diri. Yang seramnya, ketiga-tiga lelaki itu memakai persalinan lengkap orang Dinasti Qing dulu! Baju tu macam ni
Mereka memakai jubah labuh dengan topi, manakala lelaki yang tidak sedarkan diri itu berambut panjang dan wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi oleh rambutnya. Tapi, lelaki-lelaki yang mengapit mereka itu berwajah pucat dan serius sepanjang masa. Ketiga-tiga lelaki itu memilih untuk duduk di tempat duduk paling belakang.
Penumpang-penumpang sedia ada rasa tak selesa dengan penampilan 3 lelaki tu. Lain macam je pakai macam tu tengah-tengah malam ni. Tapi konduktor itu sangat husnozon, 'ala diorang tu agaknya pelakon opera yang keje kat istana tu kot. Masing-masing baru balik dari minum-minum la tu, tak sempat tukar baju'. Tapi ketiga-tiga lelaki itu cuma diam tidak berkata apa-apa dengan mata mereka cuma pandang depan je.
Di hentian seterusnya, mula-mula pasangan kekasih tu yang mula-mula turun dulu. Tak lama selepas bas tu bergerak, tiba-tiba nenek tua tu bangun dan marah-marah lelaki muda yang terlelap kejap tu.
"Hey pencuri! Pulangkan dompet aku!". Terpinga-pingalah lelaki muda itu. "Nenek cakap ape ni?".
"Kamu jangan buat tak tau, kamu kan yang curi dompet aku?!"
"Eh mana ada nek. Bila masa saya curi dompet nenek?"
"Jangan nak tipu aku. Siapa lagi yang ada dalam bas ni kalau bukan kamu?"
Akhirnya berlakulah pertikaman lidah di antara nenek dan lelaki muda. Keadaan semakin tegang sampai konduktor tadi terpaksa masuk campur nak leraikan mereka. Tapi si nenek macam tak nak mengalah, dan akhirnya mereka berdua dihalau keluar dari bas itu oleh si konduktor. Lagi benganglah si pemuda tu sebab tak pasal-pasal nak kena jalan kaki padahal dah tak jauh dah tu. Pemuda itu memarahi nenek itu, tapi si nenek tu menjelaskan keadaan sebenarnya,'nak, nenek bukan saja-saja buat macam tu. Kalau kamu nak tau, tadi dompet nenek jatuh, bila nenek nak bongkok amek dompet tu, makcik tertengok belakang. Lelaki-lelaki yang duduk belakang tu kakinya takde!".
Terkejutlah pemuda itu. "Nenek tak cakap ke kat konduktor tadi?". "Nenek cuba jugak, tapi konduktor tu macam buat tak tau je. Tapi nenek dah rasa tak sedap hati, sebab tu nenek terpaksa buat macam tu".
2 hari kemudian, kakitangan di Terminal Bas Xiang Shan membuat laporan polis kerana bas bernombor 375 telah hilang tidak dapat dikesan. Siasatan polis mendapati bas tersebut kali terakhir dilihat di stesen keempat sebelum ke destinasi terakhirnya. Akhirnya, polis dan pihak terminal mengiklankan kehilangan bas ini dan meminta sesiapa yang dapat berikan maklumat tentang keberadaaan bas ni. Nenek dan pemuda tadi pun tampillah. Nenek tua itu diwawancara oleh sebuah stesyen TV dan dari situlah cerita ini meletup-letup menggemparkan satu China.
Pada 16 November 1995, bas no 375 akhirnya dijumpai semula. Bas tu berada di dalam sebuah sungai yang jaraknya lebih 100km dari tempat nenek dan pemuda tadi dihalau! Tapi, pengakhiran cerita ni ada macam-macam versi. Yelah nama pun urban legend kan.
1. Versi pertama, polis jumpa 5 mayat dalam bas tu. Mayat pemandu dan konduktor bas tu masih boleh dicam sebab tubuh mereka masih elok lagi, tapi mayat lagi 3 tu dah reput dan tak dapat dikenalpasti.
2. Versi kedua, jumpa 3 mayat tapi ketiga-tiga mayat tu dah reput teruk macam dah lama sangat terendam dalam sungai.
3. Versi ketiga, polis jumpa 3 mayat, tapi cuma 2 mayat je masih elok iaitu mayat pemandu dan konduktor bas tu. Mayat lagi satu malangnya tidak dapat dicam sebab dah terlalu reput dan tidak membawa apa-apa dokumen pengenalan diri.
Kes ni menimbulkan macam-macam persoalan ketika itu. Siapakah 3 penumpang misteri itu? Bas tu baru hilang 2-3 hari tapi kenapa ada mayat yang dah terlalu reput sampai tak boleh nak dicam? Bas tu ditemui 100km dari lokasi asal, takkan bas tu boleh bergerak sejauh tu tanpa ada sapa-sapa yang nampak ? Yang paling misteri, di setiap hentian bas ada cctv tapi takde satu pun cctv yang berjaya merakam pergerakan bas itu.
Selama beberapa hari, penduduk di Beijing dah tak berani dah nak naik bas laluan Yuan Ming Huan-Xiang Shan. Untuk beberapa hari jelah, tapi lama kelamaan orang pun dah tak takut dah dengan kes ini. Tapi kejadian bas 375 terus viral sampai terkenal hingga ke hari ini....
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 1-12-2021 05:06 PM
Bas Nombor 375
Pada malam 14 November 1995, ada sebuah bas bernombor 375 bertolak dari terminal bas ...
Kesian kat pemandu bas dgn konduktor tu...
Depa niat baik...tp tu la..tktau la aap jd sebenarnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jiwakacau06 at 2-12-2021 03:15 PM
mrs_salvatore replied at 1-12-2021 05:06 PM
Bas Nombor 375
Pada malam 14 November 1995, ada sebuah bas bernombor 375 bertolak dari terminal bas ...
mh370 ntah bila nk jmpa |
|
|
|
|
|
|
|
rasa TT typo tahun..16 Nov 1995 dijumpai
|
|
|
|
|
|
|
|
sranua replied at 30-11-2021 03:52 PM
Menariknya cerita-cerita mistik dari luar negara, tapi disesuaikan dengan loghat tempatan, tu yg lag ...
betul sangat, baca cerita tt nie macam saya berada di situ..keep up tuan tanah..selalu menantikan cerita seram dalam thread ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 28-3-2021 12:30 PM
Malam Yang Misteri
Masa aku muda-muda dulu, aku pernah bekerja sebagai mekanik kenderaan untuk Tente ...
Kalau melayu selalu kena dengan warung laksa???? |
|
|
|
|
|
|
|
havovasta replied at 2-12-2021 09:55 AM
rasa TT typo tahun..16 Nov 1995 dijumpai
Itulah ingat baru jumpa tahun 2021 ni. Memang confirm mereput la |
|
|
|
|
|
|
|
Kapak Yang Hilang
Pakcik aku dulu pernah memiliki sebuah kabin di kawasan hutan di Winter, Wisconsin. Tempatnya pun masa tu masih belum giat diterokai lagi dan terletak di tepi tasik Chippewa Flowage. Kabin pakcik aku takdelah terceruk sangat sampai nak beli barang pun tak jumpa kedai, tapi agak ke dalam jugaklah, kalau korang tercedera dalam tempat ni memang lambatlah nak tunggu bantuan sampai. Dulu masa kecik-kecik cuti musim panas, aku dan 2 orang sepupu aku suka datang sini habiskan cuti panjang kami.
Pada suatu hari ni, semasa aku dalam lingkungan 10 tahun, di kala subuh baru je nak masuk, tiba-tiba aku dan sepupu-sepupu aku tadi dikejutkan dengan kasarnya oleh pakcik aku. "Bangun, bangun! Jom kita pegi mancing". Aku yang tengah mamai masa tu lagi bertambah celaru sebab masa tu masih gelap gelita lagi jadi pekejadahnya nak pergi memancing waktu macam ni? Tapi pakcik aku paksa jugak kitorang, dengan tak sempat gosok gigi basuh mukanya pakcik aku tarik kami bertiga menuju ke dok kecil dia. Kat dok tu ada bot kecil pakcik aku, kami disuruh cepat-cepat naik bot tu dan dengan tergesa-gesa jugak pakcik aku hidupkan enjin dan terus menuju ke tasik.
Masa ni aku dan sepupu-sepupu aku dah macam hairan bercampur bimbang dengan situasi yang pelik tu. Aku dan sepupu-sepupu aku pun berbincang sok sek sesama sendiri, kenapa ye dengan pakcik ni? Kenapa bawak kita pegi tasik waktu macam ni? Kami speku, mungkin ini hukuman dari pakcik aku, sebab siang tu pakcik aku mengadu yang kapak dia hilang. Kapak tu pakcik aku tinggalkan terpacak di sebatang tunggul kayu tempat pakcik aku belah kayu api, tapi tiba-tiba je boleh hilang. Pakcik aku sempat jugak tuduh kitorang yang sorok kapak tu sebab kat situ cuma ada kami berempat je, sape lagi kan? Tapi masalahnya memang kami bertiga tak pegang pun kapak tu. Akhirnya pakcik aku terpaksa beli kapak baru di pekan berhampiran.
Sepanjang kami belayar dalam bot tu, pakcik aku diam je tak cakap apa-apa. Kitorang pulak tengah berkelubung bawah gebar sebab kesejukan yang teramat sangat. Dah nak dekat-dekat ke seberang tu, pakcik aku kelip-kelipkan lampu suluh macam nak kasi isyarat pada seseorang. Rupa-rupanya, pakcik aku bawak kami bertiga ke kabin kawan dia di seberang tu. Eh kata nak pergi memancing? Sebaliknya pakcik aku suruh kitorang bertiga sambung tidur di bilik loteng rumah kawan pakcik aku tu. Tapi aku sempat dengar pakcik kunci pintu bilik dan pintu rumah, pastu keluar dengan kawan dia menaiki trak. Pakcik aku hanya balik dapatkan kami bila matahari dah naik je.
Pakcik aku dan kawannya naik trak masa tu, tapi dalam trak tu dah tersedia dengan beg-beg pakaian aku dan sepupu-sepupu aku. Pakcik aku cakap, kitorang kene balik rumah masing-masing hari ni jugak. Walaupun kami bertiga rasa pelik, eh kenapa pulak kan kitorang lama lagi kat sini sebenarnya? Tapi sebab masa tu kitorang budak kecik lagi kitorang tak leh nak cakap apelah, kitorang ikut je cakap orang dewasa. Sepanjang perjalanan dalam trak nak ke bandar tempat kami tinggal tu, pakcik aku diam je. Dahla perjalanan kami tu makan masa yang panjang jugak.
Beberapa tahun kemudiannya, masa ni aku dah remaja dah, pakcik aku akhirnya bukak cerita pasal apa yang terjadi pada malam tu. Pakcik aku cakap, malam tu dalam pukul 3 pagi, dia terdengar bunyi pelik di luar kabin. Thok! Thok! Thok! Pakcik aku pun keluarlah tengok bunyi apa tu, apabila pakcik aku dikejutkan dengan sebatang pokok pine yang tumbang betul-betul di atas satu-satunya jalan masuk ke kabin tu. Pakcik aku pun suluhlah sana sini dan masa tulah dia ternampak bayangan seorang lelaki memegang kapak berlari masuk hutan dan hilang di celah-celah kegelapan hutan tu.
Malam tu jugak pakcik aku dan kawan dia gilir-gilir potong pokok pine yang tumbang tu gergaji rantai. Kalau sorang tengah potong pokok, sorang lagi berkawal dengan bersenjatakan senapang. Tapi, sampai sekarang pakcik aku tak jumpa-jumpa pun kapak dia yang hilang tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 3-12-2021 04:49 PM
Kapak Yang Hilang
Pakcik aku dulu pernah memiliki sebuah kabin di kawasan hutan di Winter, Wisconsi ...
Berani giler p mlmtu jugak. Patutnyaa tunggu la hari siang..
Ketaqnya..hebat la pakcik dia..tenang selamatkan ank2 sdra dia |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 1-12-2021 05:06 PM
Bas Nombor 375
Pada malam 14 November 1995, ada sebuah bas bernombor 375 bertolak dari terminal bas ...
Best gila baca cerita nie..dah la dok dalam wad isolation..tambah seram |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 5-12-2021 02:04 PM
Selamat Tinggal Sahabatku
Aku dibesarkan sebagai penganut agama Kristian Ortodoks. Dalam ajaran Kristian Ortodoks ni, ada satu kepercayaan yang diajar kepada kami turun-temurun, dimana kalau seseorang tu mati, roh dia masih lagi berlegar-legar di dunia ni untuk 40 hari. Pada hari ke- 40 tu kiranya barulah roh tu betul-betul di alam barzakh. Jadi selepas hari ke-40 tu, waris si mati akan buat kenduri sikit, termasuklah menjamu orang-orang miskin dan jiran-jiran makan walaupun yang dijamu tu tak kenal pun si mati.
Tahun 2001, kawan baik yang juga cinta pertama aku meninggal dunia. Masa tu, aku dah tak amalkan lagi dah ajaran Kristian Ortodoks ni, jadi selepas mendiang meninggal tu aku dah kembali ke kehidupan normal aku. Pada suatu hari, aku balik ke bilik aku di kampus selepas selesai hadir satu kelas ni. Walaupun masa tu baru je masuk tengahari, tapi entah kenapa aku rasa kepenatan yang teramat sangat sampai aku terbaring di katil dengan niat nak tidur sekejap.
Aku tidur dengan nyenyak sekali sampai aku termimpikan sahabat aku tu. Dalam mimpi tu, sahabat aku ada dalam bilik tu sekali dengan aku, kiranya dia datang melawatla. Kami bersembang-sembang sekejap tentang kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti, dia sempat puji bilik aku kemas dan selesa. Aku gembira sangat dia datang melawat aku, walaupun sekadar dalam mimpi, sebab jujurnya sebelum sahabat aku meninggal dunia tu kami tak sempat nak mengucapkan selamat tinggal.
Suasana dalam mimpi aku tu memang sebijik macam bilik asrama aku, aku seolah-olah berada di alam nyata bukan mimpi lagi dah. Kami berborak macam biasa, dan setelah agak lama tu, sahabat aku mintak izin yang dia kena pergi dulu. Dia sempat berpesan kat aku untuk jaga diri baik-baik. Masa nilah baru aku teringat yang sahabat aku ni kan dah meninggal, aku sedar selepas ni aku dah takkan jumpa dia lagi dah. Sahabat aku ucapkan selamat tinggal, buka pintu dan keluar dari bilik aku tu. Aku kejar dia, tapi bila aku dah sampai ke luar, dia dah hilang. Aku jerit nama dia, tapi tak bersahut. Yang ada hanyalah satu cahaya yang sangat terang sehingga menyakitkan mata aku
.
Aku terbangun dari tidurku. Emosiku sangat-sangat terganggu sebab mimpi tu, aku menangis dan memanggil-manggil nama sahabatku itu. Sebab aku keseorangan dan sedang sedih, aku telefon mak aku. Mak aku cakap, dia baru je balik dari kenduri hari ke-40 sahabat aku tu. Barulah aku teringat balik tentang kepercayaan orang dulu-dulu tu…
Aku pun tak pasti macam mana nak terangkan semua ini, mungkin aku yang terlalu rindu pada sahabat aku tu, mungkin jauh di sudut hatiku aku rasa terkilan sebab tak sempat nak ucapkan selamat tinggal pada dia, tapi sekurang-kurangnya aku dapat jumpa dia untuk kali terakhir walaupun hanya dalam mimpi….
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 5-12-2021 02:02 PM
Selamat Tinggal Sahabatku
Aku dibesarkan sebagai penganut agama Kristian Ortodoks. Dalam ajaran Kri ...
Sedih pula baca cerita nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tq tt..best..da lama xbca stori best kat mps ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|