CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mama_ika

- ALPHA LIPID LIFELINE >>

[Copy link]
Post time 14-11-2008 09:59 AM | Show all posts
salam...

nak tau gak...
mlm td dah baca...tp sibuk buat awning tudung...tak sempat nak reply tanya...
klu blh kongsi la dkt sini info tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 10:00 AM | Show all posts

Reply #858 melati-putih's post

Kandungan yang boleh anda perolehi didalam
Alpha Lipid LifeLine


Kandungan Vitamins
-Vitamin A
Untuk kesihatan mata.
Vitamin B12
Menambah darah, sesuai untuk perempuan mengandung.
Vitamin B6
Untuk urat saraf, kebas kaki tangan.
Vitamin B1
Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B2
Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin B3
Membantu fungsi-fungsi B12 dan B6 jadi lebih hebat.
Vitamin C
Untuk kesihatan kulit, sesuai untuk mereka yang punyai masalah kulit.
Vitamin D
Penyerapan calcium lebih banyak, tanpa Vitamin D calcium yang dimakan akan keluar sebagai najis.
Vitamin E
Antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut.

Kandungan Minerals

Folic Acid
Pembentukan darah (merah) baru.
Magnesium
Membantu fungsi saraf dan merehatkan otot, termasuk mengatur degupan jantung agar tetap normal. Dapat kurangkan tekanan.
Iron
Berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron akan menyebabkan badan kita mudah mendapat jangkitan.


Sodium
Membantu menormalkan tekanan darah dan fungsi normal otot dan urat saraf.
Kalsium
Kurangkan osteoporosis (Tulang kurang padat) yang bermula pada umur 35 tahun. Termasuk perempuan yang putus haid "monopous" akan mengalami osteoporosis. Dapat kurangkan tekanan.
Potassium
Berfungsi bersama sodium, meningkatkan pertumbuhan sel dan otot.

Kandungan Total Immunoglobulin

IgA
Juga dikenali sebagai mukos antibodi, mencegah serangan kuman bakteria daripada melekat pada dinding organ. Juga membantu menghasilkan protein yang mencukupi untuk badan manusia.
IgM
Antibodi ini dihasilkan oleh sel-B & dijumpai pada tulang, usus makan, paru-paru & kelenjar limpa. Ianya dapat mengaktifkan penghasilan sel darah merah, membekalkan oksigen serta mempercepatkan proses meneutralisasi sebarang racun kuman bakteria yang dijumpai dalam badan manusia.
IgE
Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalang sebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf & bahagian otak manusia.
IgG
Merupakan komposisi tertinggi dalam antibodi, mengaktifkan sel darah putih untuk menentang serangan kuman bakteria, terutama E-coli, kuman bakteria yang kerap dijumpai dalam usus pesakit
.
IgD
Membekalkan haba, membantu penyerapan kalsium & pengagihan kalsium pada tulang.
IgFI & IgFII
IgF merangsang pertumbuhan kulit baru. Mengekalkan ketegangan kulit dan melawan fungus, bacteria, virus dan pathogen.

Kandungan Tambahan

Complex Lipid (Dipatent - Unik)
Mengikut kajian tanpa Complex Lipid, penyerapan kolostrum yang diambil hanya sebanyak 20% sahaja, manakala 80% lagi akan dikeluarkan. Dengannya 80% akan diserap dan hanya 20% akan dikumuhkan.
Probiotix
Khasiat probiotix adalah seperti yang terdapat di dalam Yakult.
Prebiotix
Pemangkin kepada probiotix


banyak yng misleading dlm kandungan susu ni seperti yg dikatakan...

cth:
1. Potassium=bersama sodium membantu pertumbuhan sel dan otot...??????? LOL (sapa la saintis yang pandai sgt ni buat claim camni)
2. IgA= juga membantu menghasilkan protein dalam badan.....(kat mana dapat mender ni????)
3. IgE=Fungsi sebagai bahan peroksida, melindungi sel-sel membran, menghalangsebarang tumbesaran sel penyakit, menguatkan tulang, sistem saraf &bahagian otak manusia.....(mana dapat camni aku taktau......)
4. IgD= membantu penyerapan kalsium dan pengagihan kalsium....(memandai jerrr.....tu Vitamin D la...yang ader kaitan ngn kalsium...bukannyer IgD.....asalkan ader 'D' ....mesti diorang ingat "letak jerla kalsium...bukannyer kustomer tahu kan???")
5. IgF...??? bila masa pulak ader immunoglobulins IgF? tak pernah dengar pung...

byk lagi....hmmm...korang pecaya dgn produk camni yg menipu customer??

taperla nak minum pun.....mmg susu bagus....tapi claiming this susu penawar byk penyakit...cthnyher stroke...sampai nak patient tak payah makan ubat2 hospital...ni melampau....merbahayakan kesihatan orang lain tau.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:18 AM | Show all posts

Reply #862 Arissa_Sofea's post

Uiks... itu info dari website distributor produk ni... bukan info dari syarikat...
Mungkin sebab tu antara website terawal pasal produk ni.. so semer orang dok kopi teh jadi nampak cam info standard pasal produk ni...

Huhu.... kalau banyak lagi yg misleading sudi2kan la cik Arissa senaraikan kat sini...  Den pon nak tau gak....  

So sape2 yg suka kopiteh tu elok la kaji dulu info tu sahih ker idak sebelum sebarkan kat orang ek....

Wallahu A'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:45 AM | Show all posts

Reply #862 Arissa_Sofea's post

ooo...gitu...
takpe...sy print info nih...
pastu esok sy tanyakan kat leader...
Insya'Allah...apa2 nanti sy bgtau kat sini...

tp mmg salah la klu ckp dah minum kolostrum ni tak payah mkn ubat doc lagi...
mcm mana pun ubat yg doc bg tu ttp kena teruskan...
kolostrum ni sbg mknan tambahan shj...
siapa2 yg dpt faedah dari kolostrum ni...kira bonus la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:53 AM | Show all posts

Reply #865 vantage's post

a ah ler.. esok Wan hamidi nak datang rumah...
boleh tanya dia skali... tunjuk terus forum ni
kalau dia ada masa ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2008 10:58 AM | Show all posts
wahh...dah banyak yang berlaku dalam ni...tak sempat nak merempit..bizi ngan keje2 akhir di sekolah...almaklum la dah nak cuti panjang...ape2 nanti teman baca segala info dalam web tuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:00 AM | Show all posts
Jangan la cakap... dah ambik produk ni tak yah ambik makan ubat doc...

Produk ni hanya supplement untuk menguatkan antibodi..
Jika antibodi kuat insyaAllah secara tak langsung boleh membantu orang2 yang ada masalah kesihatan.

Kalau penyakit dah sembuh... dah dapat pengesahan dari doktor sendiri.. Doc sendiri ckp takyah bergantung kepada ubat. baru la boleh stop...

Betul tak kenkawan? :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 11:04 AM | Show all posts

Balas #868 tiey\ catat

ya betul...
itu la yang haku selalu ckp dulu....
walaupun bukan doktor....tapi kalau sape2 yang merasai faedah denga mangambil susu nie why not kan...

ubat jangan tinggal...

ini mesti pengedar tegar nieh kui kui kui..opss agak2....kontroversi tak
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by tiey at 14-11-2008 10:18 AM
Uiks... itu info dari website distributor produk ni... bukan info dari syarikat...
Mungkin sebab tu antara website terawal pasal produk ni.. so semer orang dok kopi teh jadi nampak cam info sta ...



alahai...bukan info rasmi pulak dah....adoi...
ikutla korang nak bg excuse camne pun....

kalau cemtu....korang paste kat sini kandungan susu alpha lipid yang korang rasa info dia betoi....
meh aku review tgk....insyaAllah dgn ilmu yang aku studi selama 5 tahun medical school dan 3 tahun pengalaman bekerja di hospital...aku try point out kat mana yang misleading...ok???
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by tiey at 14-11-2008 10:18 AM Uiks... itu info dari website distributor produk ni... bukan info dari syarikat... Mungkin sebab tu antara website terawal pasal produk ni.. so semer orang dok kopi teh jadi nampak cam info sta ...
alahai...bukan info rasmi pulak dah....adoi...ikutla korang nak bg excuse camne pun....kalau cemtu....korang paste kat sini kandungan susu alpha lipid yang korang rasa info dia betoi....meh aku review tgk....insyaAllah dgn ilmu yang aku studi selama 5 tahun medical school dan 2 tahun pengalaman bekerja di hospital...aku try point out kat mana yang misleading...ok???
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:46 AM | Show all posts

Reply #870 Arissa_Sofea's post

Iyer.. website rasmi lam BI jer... mana2 ada lam BM. (betul kan? )
Kalau ada jumpa mana2 website lam BM tu maknanya dari distributor punya la tu..
Mana dia  dapat info kena tanya tuan punya website.

Info yang boleh dipercayai kena tgk kat website rasmi la kot.
Produk Information kat sini

Lain2 artikel kat sini..
http://www.newimageasia.com.my/alpha_lipid_colostrum_articles.html

Sorry tak leh nak sumbat masuk sini pasal semer lam bentuk pdf/presentation.

p/s ada jumpa lam file ICR factor tu yg IGF=Insulin-like Growth Factor bukan IgF=Immunoglobulin F
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:52 AM | Show all posts

Reply #872 tiey's post

kalau IGF tu nak refer kpd insulin-like growth factor....watper yang gi claim tu immunoglobulins...taruk dalam table immunoglobulins??

insulin-like growth factor bukannyer immunoglobulins....IGF tu hormone

kn ke misleading tu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 12:16 PM | Show all posts

Reply #873 Arissa_Sofea's post

Errr... yg tu no komen pasal bukan aku yg buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #874 tiey's post


sabar tiey...sabar...jgn nangis....

takpe...kita tanya kat leader2 esok...
ataupun sapa2 yg free nanti masa ketua saintis dtg kat htl armada...blh tanya...
minggu dpn kan klu tak silap...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 12:44 PM | Show all posts

Reply #875 vantage's post



tanya jangan tak tanya....
nanti mana2 yg misleading tu mintak buang ler dari thread ni...

Terima kasih yer Arissa sbb highlightkan pasal tu...
kalau tak, tak tau pong... almaklum saya mak budak baru nak belajar(berapa kali mau ckp daaa... )

guna produk pon tak sampai sebulan lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 12:48 PM | Show all posts

Reply #876 tiey's post

sama la ngan akak pun....
baru lagi....masih dlm proses mengenali hati budi...
yg elok jdkan tauladan...yg kureng tu jdkan sempadan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 02:37 PM | Show all posts
i dah tengok website alpha lipid ni...and i tengok sijil halal dah expired 2006. So, sijil baru takde ke??

kalau dh ada...plz copy paste here. Thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 03:28 PM | Show all posts

Reply #878 canna's post

cilok dari website salah sorang distributor... harap dihalalkan la

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 04:17 PM | Show all posts
ok thank you. it shud be updated kat website berkenaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.329246 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list