|
salam semua
1 group singaporean yang buat trip jogja-bromo 9-14 june
1 group singaporean jogja city tour trip 13-17 june
1 group malaysian 9-12 june
Nizam said thank you,because it has been taken from the NJT(nizamjogjatour) service during the tour in JOGJA.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
thanks for the 5 groups that have beenable to transport 40% discount for birthday bleesing NJT to 2nd on July 2011.
also, the group who took courses discount for tranportation troughout the year 2011 |
|
|
|
|
|
|
|
Do not foerget !!! 20% discount for transport until the mont of dec 2011.,if U make Wester Union for transfer to the Nizam.for deposite.
[email protected]
FB:NizamJogjaTransport
+62 85 8686 3 9988 |
|
|
|
|
|
|
|
Jogja 9-12 June lepas...Supir Nizam+Pak Totok...x nak citer panjang..let the pictures talk..
Ta ...
nashrudean Post at 17-6-2011 21:52
dean..pegi overnite or balik hari? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 859# nashrudean
cantik gambarnya...saya sgt suka he.he... |
|
|
|
|
|
|
|
kenape rmh nie senyap je.... tak de sape2 lg nak citer ke? citer la lg....
saye nie baru nak terpikir-pikir utk ke jogja, so nak la tau citer3 kt sana |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by lot10 at 23-6-2011 10:44
kenape rmh nie senyap je.... tak de sape2 lg nak citer ke? citer la lg....
saye nie baru nak terpi ...
NyanNyan Post at 23-6-2011 08:47
Ini cerita saya masa pergi Yogja last April.
1st day -
Mendarat di airport Solo. Lepas makan tengahari di Solo terus ke Manohara Hotel, Yogjakarta. Hotel itu bersebelahan dengan Candi Borobudur. Hotel dia quite nice sejuk je mata memandang. Menginap kat sana coz nak tengok sunrise. Harga bilik lebih kurang dalam IDR 670,000 tak termasuk pakej sunrise. Tapi saya rasa berbaloi jugaklah sebab kita orang sharing satu bilik. Pukul 4 pagi dia orang dah buat wake up call. Untuk pakej sunrise pulak pihak hotel caj lebih kurang IDR 170,000. dan dapat free torchlight. Sebelum pergi kena pakai kain sarung yang disediakan oleh hotel. .
Berbekalkan torchlight kita org dibawa oleh guard hotel sampai ke Candi Borobudur. Sampai kat Candi tu dah nampak ramai orang mostly foreigners (mat saleh) coz nak tangkap gambar sunrise yang muncul dari belakang gunung merapi. Saya and the geng sebok tangkap gambar kat area candi tu.
Pukul 8 pagi candi dah buka untuk public dan org mula ramai. Kalau duduk hotel ni ada privacy sikit sebab tak campur dgn ramai orang dan senang nak bergambar. Yang penting tak dikacau oleh paparazi (jual-jualan) . Lepas tu kita org breakfast kat hotel. Make sure simpan entrance tiket sebab dia ada voucher untuk breakfast. Dia bagi pisang goreng keju. Sedap. Ada gambar tapi tak tahu nak tepek. Check out dalam 10 pagi coz nak destinasi seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
2nd day
Terus ke Ketep Pass nak tgk pemandangan dari situ. Cantik. Lepas tu pergi Perkampungan Sleman tengok buah salak dan ada juga kesan2 kena gempa bumi dulu. Lepas tu makan tengahari di Restro Buyung. Restoran ni interior dia mcam Rest. Istana Bambu, kat KL. (Ada seorang forumer kita pernah gi sini dan ada gambar rest. ni). Surau ada disediakan. Kat sana ada pelukis yang boleh lukis wajah kita. Oleh kerana kesuntukan masa, kawan saya hanya bagi gambar dia melalui mms ke phone pelukis.
Lepas sembahyang jamak kami terus ke Pantai Parangtiris (betul ke ejaan). Kat sana naik kereta kuda. Ombaknya kuat sungguh. Tapi pasir kat tepi pantai tu macam hitam sikit. Mungkin kesan gempa kot! Minum air kelapa kat situ dan lepas tu pergi ke Kota Gede.
Kat Kota Gede tengok barang2 seperti cincin, gelang, etc. dibuat daripda silver. Sebab kami sampai agak lewat tak dapatlah tengok macamana dia org buat brg2 tu. Selepas gi Kota Gede, badan pun dah rasa penat terus check in hotel Ibis, Malioboro. Yang seronoknya hotel ni bersebelahan dengan mall. Senanglah nak meronda dan cari makan.
Lepas mandi kami gi mall untuk makan malam. Makan kat pizza hut je. Lepas tu balik bilik dan terus zzzzz! |
|
|
|
|
|
|
|
3rd day (Shopping day)
Breakfast kat Mc Donald sebelah hotel. Tak ambil bfast kat hotel coz mahal sikit. After bfast terus ke Pasar Beringharjo kat hujung Malioboro St. Belilah kain batik sikit utk anak2. Telekung dia tak byk choice dan design pun kureng. Rasanya murah lagi kat Bandung. Almost half day jugaklah dalam tu. Boleh tahan jugak panasnya.
Kemudian makan tengahari kat mall. Lepas tu balik bilik. Petang gi pusing2 naik beca meronda tpt2 yang ditetapkan oleh orang beca tu. Saja je nak tengok2 keadaan di sana. Seriau gak naik beca ni. Kereta kiri kanan tapi alhamdulillah selamat. Mula2 gi tengok tpt batik, lepas tu pergi tpt Bakpia. Gi kat Bakpia Pathuk 25. Sedap makan panas2. Suka yang cheese punya. Lupalah berapa org beca ni charge tapi ok lah harganya. Reasonable. 2 orang satu beca. Kesian gak tengok pakcik beca ni. Kita org bagi tips lebih sikit.
Sebelah malam kami gi tgk Ramayana performance kat Prambanan Temple. Kami book melalui hotel. Hotel Ibis tak sediakan transport. Transport kami ambil dari teksi yang sentiasa ada depan hotel. Dari hotel ke Prambanan rate teksi x adalah mahal. Tapi menyesal pulak sebab tak suruh pakcik teksi tu tunggu sampai performance tu habis. Ingatkan ada transport dari Prambanan ke hotel disediakan. Memanglah ada transport disediakan tapi charges dia agak mahal. Kalau suruh pakcik teksi tu tunggu mungkin tak semahal itu.
Tapi tak apalah janji selamat sampai kat hotel. Performance Ramayana ok gak not bad. Cuma bagi saya agak lama sikit. Ada break pulak tu. Ramai juga tourists yang balik awal. Mungkin terlalu banyak watak dalam ramayana yang buat dia org boring sikit. Kebetulan ada group budak2 kolej yang tgk sekali. Lepas performance sesi tangkap gambar. Tapi kami nak cepat balik dan dalam dewan tu agak panas sikit.
Sampai hotel borak2 jap dgn kawan dan terus tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by lot10 at 23-6-2011 16:05
4th day
Breakfast kat Mc Donald lagi. Pengalaman saya kat Indonesia susah nak cari breakfast kalau bukan hotel yang sediakan. Kalau di Malaysia, boleh pergi kedai mamak, restoran pun byk buka waktu pagi. Tak tahulah kalau ada yang jual2 kat depan rumah tapi tak beranilah nak mencuba. Gambar kawan saya yang dilukis tu dah siap tapi taklah cantik sangat.
After breakfast, gi Taman Sari Water Castle. Naik teksi je gi sana. Kali ni mintak org teksi tu tunggu. Cantik gak tgk tpt Putri Kraton mandi manda. Ada pakcik yang kerja kat situ bagi penerangan. Menarik juga ceritanya. Menurut pakcik tu putri2 akan mandi disitu dan raja akan tgk dari bilik khas dan memilih putri mana yang dia berkenan untuk mandi bersama raja. Lepas tu pergi tengok tempat sembahyang dia orang kat basement berbentuk bulat. Tempat wudhuk dia pun nampak menarik.
Lepas gi Taman Sari balik hotel dan packing untuk pergi ke Solo. Sempat jugak shopping beg sandang yang bersulam kat mall tu. Pernah nampak beg sulam kat KLCC harganya RM 100. itu pun beg kecil tapi kat Jogja cuma RM 30 je. Lagipun anak2 yang suruh belikan.
Dah janji dengan driver ambil kami pukul 11 a.m. Jogja ke Solo dalam 2 jam perjalanan. Makan tengahari kat Restoran Nasi Padang on the way gi Solo. Di Solo kami tinggal di hotel Indah Palace. Cantik gak hotel ni. Hotel ni menyediakan servis airport transfer. Coz last day kita org tak ambil driver.
Lepas check in kita org gi Pasar Kelewer. Kami sampai agak lewat. Saya rasa batik kat sini lagi cantik berbanding di Jogja. Pasarnya agak padat dan panas. Belilah kain kaftan dan kain ela utk kegunaan sendiri. Selepas itu kami gi mall kat town Solo. Makan malam kat sana. Makan kat food court je. Harganya murah..
Balik hotel, pergi spa pulak. Lepas tu terus terlelap. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 870# lot10
tq lot10 for ur story. best dpt baca citer camnie. baru la semangat nak gi sana..
tp nak tau, kenapa amik flight ke/dari Solo ek? |
|
|
|
|
|
|
|
5th day
Breakfast kat Hotel. Lepas tu tengok kedai batik kat seberang jalan. Harga mahal sikit dari Pasar Kelewer tapi qualiti o.k. Flight pukul 12.00 tghari. Dah inform dgn hotel perlukan transport nak ke airport. Pukul 10 lebih dah sampai kat airport. Print boarding pass kat kiosk je. Tapi kaunter drop baggage tutup pulak. Terpaksa beratur macam biasa.
Barang2 alhamdulillah tak kena tax pun. Kat airport Malaysia pun tak kena tax.
Overall trip ni memang best. Cuma Pak Supir je tak mesra alam. Nasib baiklah saya dapat tips dari otai2 kat sini. Saya buat itinerary sendiri. Cuma semasa di Solo, saya tak sangka Pak Supir tak tahu langsung restoran yang agak elok. Dia bawa kami tpt yang agak terbuka. Bukan kami tak nak tapi nampak lalat2 berterbangan kat makanan tu.
Bila kami tanya, lain pulak dia jawab. Mengikut supir tu dia kata Pasar Kelewer tutup pukul 2 ptg. tapi bila tanya kat hotel, dia org cakap pukul 4 ptg. Spt jugaklah shopping walaupun dalam keadaan rushing. Kalau tak buat research saya rasa memang hancus trip ni. Next time to be on the safe side, tpt mana nak makan pun kena tahu dan masuk dalam itinerary.
Tapi ada org cakap Supir ni tugasnya hanya untuk drive saja dan bukan tour guide. Tapi bagi saya takkanlah benda2 basic dia pun tak tahu macam tpt makan dan waktu2 pasar dibuka. Apa-apa pun, we enjoyed this trip.
The End! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply lot10
tq lot10 for ur story. best dpt baca citer camnie. baru la semangat nak gi sana..
...
NyanNyan Post at 23-6-2011 14:50
Kami memang plan gi Solo - Jogja. Pertama sebab jimat duit dapat pergi dua-dua tempat sekali. Yang keduanya masa booking (zero fares) tu tak dapat flight direct ke Jogja mungkin dah penuh. Kami pergi berenam. Kalau book utk seorang mungkin ada. Itu yang sampai 5 hari. Tapi kat Solo pun tak sempat sangat meronda. Ingat nak gi Bengawan Solo, tapi tak cukup masa (ada alasan nak repeat). |
|
|
|
|
|
|
|
corak batik solo lagi cantik dr jogja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 874# KenangaPutih
Setuju tuh... Tapi kerana pemasarannya lebih banyak mempromosikan batik yogya... tu yang orang lebih kenal batik yogya...
Yogya ni cam US yang menjadi pusat pemasaran program2 computer yang ditulis programmer2 india... |
|
|
|
|
|
|
|
dean..pegi overnite or balik hari?
About-Jane Post at 21-6-2011 14:14
Tolak dari hotel jam 3.30 pagi..smpai 6.30pagi....lepak sana 2 jam kot terus menuju ke Borobudur...jalan mmg lengang masa pergi.kat Dieng pon xde pelancong lain kecuali kami ber-4 jer..Mungkin pelancong masih takut nak p sbb kes gas beracun tue..
Tapi korang pasan tak..Jogja x ramai tourist matsalleh kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak gi semarang better dr jogja ke solo? ie jarak prjlnan, keadaan jalan, view tepi2 jalan, tmpt2 yg bleh menyinggah ... ke mana2 pon sama? |
|
|
|
|
|
|
|
nyanyan
kalau nak gi semarang,elok dari solo lagi jimat 2 jam .kira solo ni between jogja-semarang.nak gi semarang bila?
Kalau gi semarang jangan lupa pegi jepara bandar ukir kayu kayan.masjid demak.makam sunan kudus,makam sunan kalijaga.kira walisongo yg femes syiar ugama zaman dulu |
|
|
|
|
|
|
|
matsaleh or bule or orang putih
nak tengok diorang? Sila lepak di jalan sosrowijayan.kampong prawirotaman.june.july.august,many eropah stay kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
26hb june ,start cuti sekolah di indonesia.2 minggu diorang cuti.
Belah petang malioboro ramai ngan student tourist.they're from jakarta.bandung.surabaya.malang...betul-betul jogja adalah bandar pelancongan utama di tanah jawa.but masih senang untuk nak dapatkan hotel.
Pagi ke tengah hari cuaca panas
belah petang sejuk,malam udara di jogja sejuk |
|
|
|
|
|
|
| |
|