CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 15-10-2010 12:42 PM | Show all posts
Akak setuju tak garam cumalah medium/element dan doa/bacaan quran tu sendiri adalah yang mutlak.. seperti kita perlu makan untuk kenyang.


bintang Post at 15-10-2010 12:08 PM


Setuju tak kalau beras kunyit, asap kemiyan dan mungkin juga sirih pinang sebagai medium juga ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2010 12:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-10-2010 13:11
Akak setuju tak garam cumalah medium/element dan doa/bacaan quran tu sendiri adalah yang mutlak.. seperti kita perlu makan untuk kenyang.

Apabila bercakap pasal bid'ah, orang yang berjalan kaki ke masjid Rasulullah berkata setiap langkahnya adalah pahala, jika menaiki unta setiap langkah unta tersebut adalah pahala. Apakah bonceng motosikal, kete, flight tade pahala? Kerana Rasul saw tidak menyebutnya?bintang Post at 15-10-2010 12:08 [url=http://forum.cari.com.my/redirect.php?
goto=findpost&pid=40765458&ptid=504661][/url]


Apabila telah datang arahan dan perintah Allah dalam Quran agar kita bermohon secara langsung padaNya dan perkataan "mohon" itu sendiri memang tidak memerlukan medium,  lalu apabila kita engkar dan masih keras kepala nak guna medium jugak maka akan kafirlah kita ! Ini bukan bab bidaah lagi dah chek oii, tapi ini bab menolak perintah Allah!

Belek maksud ayat-ayat Quran, guna akal untuk fahami nya ! Lihat 2 maksud ayat bawah ni , yang mana Allah menyuruh manusia mohon ampun kepadaNya dan mohon perlindungan syaitan kepadaNya . Nampak perkataan "mohon" ?

4:106 dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

41:36 Dan jika setan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

MOHON maksudnya kena direct terus pada Allah berdoa tanpa any medium !

Orang kafir guna sungai ganges, guna paderi , guna tok sami untuk mohon pengampunan dosa, dan orang kafir guna garam lada , holy water , salib dan bermacam benda lagi lah sebagai medium untuk menghalang gangguan syaitan,  tapi orang Islam Allah sendiri suruh berdoa terus pd Nya tanpa medium dalam bab taubat dan bab perlindungan dari gangguan syaitan !

Sebab tu Nabi tak tunjuk guna medium benda untuk mengatasi gangguan syaitan . Kita hanya boleh berdoa direct pada Allah menggunakan cara yang Allah tunjuk dalam Quran Sunnah semata-mata tanpa guna medium apa pun ketika nak bertaubat dan ketika nak berlindung dari gangguan syaitan !

16:98 Apabila kamu membaca Al Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk.    

3:36 "Maka tatkala istri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: ""Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada setan yang terkutuk."""


Kalau nak taubat pada Allah pi pandai-pandai letak syarat kena makan buah limau dulu maka kafir laa jadinya walau menyatakan makan buah limau tu sebagai ikhtiar saja sekalipun dan hati berharap pada Allah sepenuhnya sekalipun  !  Kafir kerana apa ? Kerana meletakkan medium pada perkara yang Allah memerintahkan untuk dilakukan secara berdoa terus padaNya !

Begitulah juga dengan manusia yang memandai-mandai pi letak medium garam lada itu ini untuk mengatasi gangguan syaitan,  sedangkan dah jelas PERINTAH Allah untuk bermohon terus padaNya secara direct tanpa medium benda apa pun bila mai bab mengatasi gangguan syaitan ! Kafir lah orang yang memandai pi letak medium tu !  

Ada faham atau selamanya akan blur ? Tepuk dada sendiri laa kerana itu pilihan sendiri nak faham atau tak nak faham  , kalau masih blur jugak maka elok tepuk kepala sendiri aje laa kan .
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 12:51 PM | Show all posts
Setuju tak kalau beras kunyit, asap kemiyan dan mungkin juga sirih pinang sebagai medium juga ?  ...
Hang Post at 15-10-2010 12:42



    No.. kena lihat apa yang hendak dibuat sebagai medium tuh. Garam dan lada hitam adalah ketakutan jin, beras kunyit kemiyan dan sirih pinang adalah kegemaran jin.

Lada hitam yang dibacakan al fatihah atau ayat-ayat suci lain diletakkan pada kaki pesakit yang dirasuk jin, pesakit akan menjerit kesakitan dan akan timbul dialog yang bukan dari diri pesakit. Tapi tidak dengan beras kunyit...

Yang nak tekankan ialah jin alah dengan garam dan lada hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 12:59 PM | Show all posts
No.. kena lihat apa yang hendak dibuat sebagai medium tuh. Garam dan lada hitam adalah ketakutan jin, beras kunyit kemiyan dan sirih pinang adalah kegemaran jin.
bintang Post at 15-10-2010 12:51 PM


Dari mana dalil yang kata garam & lada hitam ni jin takut?
Dari mana pula dalil yang kata beras kunyit, kemiyan & sirih pinang ni jin suka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-10-2010 13:10
Garam dan lada hitam adalah ketakutan jin, beras kunyit kemiyan dan sirih pinang adalah kegemaran jin.

bintang Post at 15-10-2010 12:51


Perkara yang jelas tertera seperti perkataan "mohonlah" yang terdapat dalam Quran pun kau gagal untuk faham bahwa "mohonlah" tak memerlukan medium , inikan pulak perkara yang ghaib seperti bab jin syaitan lagilah pemahaman kau tak boleh pakai langsung . Simple logik kan.  Yang mudah dan tersurat pun kau kantoi kaw-kaw inikan pulak nak cakap bab ghaib !

Allah dan RasulNya tak pernah menyatakan jinsyaitan takut pada garam lada lalu kau guna otak kau sendirilah ye untuk tahu perkara ghaib , sedangkan apa yang ditakutkan dalam hati manusia lain yang berdiri di depan mata kau pun otak kau tak boleh tahu apa dia ,  inikan pula apa yang di takutkan oleh makhluk ghaib dari pandangan mata kau langsung macam jinsyaitan tu semua  !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 01:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-10-2010 13:09
Dari mana dalil yang kata garam & lada hitam ni jin takut?
Dari mana pula dalil yang kata beras ...
Hang Post at 15-10-2010 12:59


Depa tanya kat jinsyaitan tu laa sendiri yang dok bisik dalam minda depa tu kemudian depa percaya cakap jinsyaitan tu lalu depa anggap bisikan jinsyaitan sebagai kebenaran . Sedangkan Allah suruh bermohon terus padaNya tapi depa tolak perintah Allah tu lalu depa ikut bisikan syaitan pada depa yang suruh guna lada garam itu ini agar depa jadi kafir pada Allah !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2010 01:24 PM | Show all posts
Apabila telah datang arahan dan perintah Allah dalam Quran agar kita bermohon secara langsung p ...
blastoff Post at 15-10-2010 12:48



    Salam blast,

bintang da baca semua penerangan tersebut dan FAHAM permohonan terus kepada Allah. Namun perlu kita ingat dengan ikhtiari. Sakit perlu kepada ikhtiar. Doa adalah sandarannya dengan ikhtiar. Apa bila kita lapar, logik tak berdoa; 'Ya Allah kenyang lah perut ku ni, wahai Engkau yang Maha Mendengar, perkenanlah doa hamba-Mu yang lapar ini.'  Adakah perut kita akan kenyang? Tanpa kita berikhtiar mencari makanan yang boleh mengakibatkan kita kenyang?

Dan sakit ini bukan fizikal sahaja sepertimana kita mencari doktor untuk berubat batuk yang teruk dijangkiti kuman. Nak bunuh kuman penyebab batuk itu cukupkah kita menadah tangan berdoa; 'Pulihkanlah batukku ini ya Allah.' kecuali doa itu disertakan dengan ikhtiar mencari ubat buat badan kita.

Sakit yang disebabkan jin perlu kepada element seperti perubatan allopathy. Element tersebut perlu kepada sesuatu yang alah dengan jin selain bacaan quran dan permohonan kepada Allah.

Sewaktu Maryam as sakit hendak bersalin dan beliau as merintih dalam kesakitan, lalu malaikat menyuruhnya goyangkan pokok kurma tempat dia bersandar dan memakannya. Apakah di sini Maryam as perlu perantaraan tersebut memudahkannya bersalin dan menyihatkan badannya selepas bersalin?

Berdoa untuk menghalau gangguan iblis dalam solat, hindar dari perbuatan mungkar dan keji, yes doa-doa tersebut terlalu banyak diajar dalam quran. Namun yang ditekankan di sini ialah PENYAKIT yang membuat manusia hilang akal, tidak normal dirasuk sehingga ada kes dibaca ayat qudsi, pesakit yang bersuara jin menegur, bacaan tu salah..!

Jika anda berkata khufarat ini dengan tangkal, meletak ayat-ayat quran dalam bentuk tulisan dan dipakaikan kepada pesakit, yes bintang setuju sebab itu menjatuhkan darjat ayat quran tu sendiri dan bukan dari sunnatullah.

Anda tidak pernah melihat dan menghadapi bagaimana kesakitan orang yang kena penyakit dari akibat jin/iblis. Anda tentu tak percaya betapa orang-orang biasa (yang tak biasa berhadapan dengan jin/iblis) bacaan quran mereka seolah-olah tidak berkesan dan jin/iblis tidak pernah merasa takut...! Dan tidak ingin melarikan diri langsung..! malah depa ini pula kena rasuk atau mengalami ketakutan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 01:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-10-2010 13:27

Saya nak tanya, ada orang Islam yang berani guna medium ka atas nama ikhtiar ketika bertaubat pada Allah ? Boleh guna medium ketika memohon ampun pada Allah ?

Dua perintah Allah untuk bermohon padaNya dalam dua maksud ayat Quran bawah ni ada bezakah dari segi cara dan kaedahnya ? Sejak bila pulak nak mohon pada Allah kena pakai medium ???

4:106 dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

41:36 Dan jika setan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2010 01:27 PM | Show all posts
Dari mana dalil yang kata garam & lada hitam ni jin takut?
Dari mana pula dalil yang kata beras ...
Hang Post at 15-10-2010 12:59



    Semua perkara perlu kepada dalil kah? Mana dalil gandum apabila dimakan kenyangnya sama dengan memakan nasi kecuali bertanya kepada pemakan makanan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 01:29 PM | Show all posts
Perkara yang jelas tertera seperti perkataan "mohonlah" yang terdapat dalam Quran pun kau gagal  ...
blastoff Post at 15-10-2010 13:05



    Mohonlah kepada Allah apabila kamu lapar, nescaya Allah kenyangkan perutmu.

Ok, mohon tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 01:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-10-2010 13:35
Semua perkara perlu kepada dalil kah? Mana dalil gandum apabila dimakan kenyangnya sama de ...
bintang Post at 15-10-2010 13:27


Kau mohon ampun pada Allah macam mana ? Guna medium apa ? Letak tongkat ? Letak kain ? Kau lempar apa sebagai ikhtiar ketika kau mohon ampun pada Allah ? Macam penganut agama hindu yang kena mandi kat ganges sebagai ikhtiar kah ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 01:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-10-2010 13:34
Mohonlah kepada Allah apabila kamu lapar, nescaya Allah kenyangkan perutmu.

Ok, mohon t ...
bintang Post at 15-10-2010 13:29
Ada Allah suruh mohon direct padaNya ketika lapar agar perut kenyang ? Mana ayat Quran yang sebut gitu ??   Kenapa kau nak samakan ayat Quran yang Allah suruh direct bermohon padaNya dengan perkara yang tak di suruh Allah pulak ? Kau tak fahamkah yang mana satu perintah Allah ?? Sampai macam tu sekali kau blur !
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 01:36 PM | Show all posts
Kau mohon ampun pada Allah macam mana ? Guna medium apa ? Letak tongkat ? Letak kain ? Kau lempa ...
blastoff Post at 15-10-2010 13:30



    Bukankah kita bercakap pasal perubatan? Apa kaitan dengan mohon ampun kepad Allah? Anda melarikan topik asal dengan meninggalkan ayat 'ikhtiari' yang bintang sebutkan apabila kita memohon berdasarkan sakit fizikal bukan permohonan ampun kepada Allah..!

Jika topik ini berkenaan taubat atau atau memohon ampun kepada Allah, tentu sekali bintang akan bercakap berkenaan topik tersbut..! Jangan meleretkan cerita dengan topik tak berkisar padanya.


Jawab soalan mudah bintang; Kamu berdoa kepada Allah ketika kamu lapar tanpa ada medium yang membolehkan kamu kenyang?

Inikah doa kamu? 'ya Allah, kenyangkan perutku kerana aku ini lapar.'
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 01:41 PM | Show all posts
Ada Allah suruh mohon direct padaNya ketika lapar agar perut kenyang ? Mana ayat Quran yang sebut gitu ??   Kenapa kau nak samakan ayat Quran yang Allah suruh direct bermohon padaNya dengan perkara yang tak di suruh Allah pulak ? Kau tak fahamkah yang mana satu perintah Allah ?? Sampai macam tu sekali kau blur !
blastoff Post at 15-10-2010 13:33



Kamu yang blur

Mana ayat Allah yang melarang penggunaan lada hitam dan garam? Tanpa sekelumit pun meninggalkan permohonan doa kepada Allah. Nak tegaskan sekali lagi, tanpa meninggalkan ayat-ayat Allah dalam setiap perubatan menghalau jin/iblis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 02:23 PM | Show all posts
Dari mana dalil yang kata garam & lada hitam ni jin takut?
Dari mana pula dalil yang kata beras kunyit, kemiyan & sirih pinang ni jin suka?
Hang Post at 15-10-2010 12:59


Boleh saya tanya Encik Hang...?

Ada tak dari Sunnah yang menyatakan Jin takut kepada Serigala?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 02:35 PM | Show all posts
....mnm 77 berbahasa indah tapi dia terang-terang menyokong perbuatan khurafat dan sesat yang membawa pada kekafiran dan kebanyakan missionary kristian pun berbahasa indah jugak tapi mengaburi kebenaran dengan bahasa indah mereka tu !
blastoff Post at 15-10-2010 11:39


Sempat lagi membidas saya.... takpa no.... Punya dia terdesak nak menang sampai membawa contoh meyamakan dengan missionary kristian....

Dia ni memang terasa sangat dirinya tu betul. Saya teringat kisah Iblis, tapi taknak lah saya nak samakan dia ni macam perangai Iblis. Tak sampai hati!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2010 02:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 15-10-2010 14:43
Bukankah kita bercakap pasal perubatan? Apa kaitan dengan mohon ampun kepad Allah? Anda melarikan topik asal dengan meninggalkan ayat 'ikhtiari' yang bintang sebutkan apabila kita memohon berdasarkan sakit fizikal bukan permohonan ampun kepada Allah..!
bintang Post at 15-10-2010 13:36


Thread ni pasal perubatan ?? Berubat bangunan ? Bangunan sakit sampai nak kena berubat bangunan tu dengan lempar garam dan lada ? Kau tu yang blur sampai menyangka bangunan ada jin pun ada kaitan dengan perubatan badan manusia ! Kau tak fahamkah beza bangunan yang di buat dari batu-bata dengan sakit di tubuh badan manusia ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 02:43 PM | Show all posts
Allah dan RasulNya tak pernah menyatakan jinsyaitan takut pada garam lada lalu kau guna otak kau sendirilah ye untuk tahu perkara ghaib , sedangkan apa yang ditakutkan dalam hati manusia lain yang berdiri di depan mata kau pun otak kau tak boleh tahu apa dia ,  inikan pula apa yang di takutkan oleh makhluk ghaib dari pandangan mata kau langsung macam jinsyaitan tu semua  !


Mencelah persoalan Blastoff kepada bintang.....

Terang dulu apakah itu perkara Ghaib? Jin tu dia boleh ghaib, dia boleh jelma.

Adakah dia termasuk dalam alam Ghaib yang manusia langsung tidak boleh melintasinya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 02:51 PM | Show all posts
Jawab soalan mudah bintang; Kamu berdoa kepada Allah ketika kamu lapar tanpa ada medium yang membolehkan kamu kenyang?

Inikah doa kamu? 'ya Allah, kenyangkan perutku kerana aku ini lapar.'bintang Post at 15-10-2010 13:36


Kau mohon ampun pada Allah guna medium apa ? Soalan saya yang mudah ni pun kau mengelak nak jawab lalu ada hati lah pulak nak SURUH saya jawab soalan merapu kau tu  . Kau ingat kau boss saya ka yang nak arah saya jawab itu ini ? Allah tak suruh saya melayan soalan jahil .
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 02:51 PM | Show all posts
Thread ni pasal perubatan ?? Berubat bangunan ? Bangunan sakit sampai nak kena berubat bangunan  ...
blastoff Post at 15-10-2010 14:42



    Bila kita tidak cuba berlapang dada, tidak membuang ego dalam diri, inilah akibatnya...

Dari satu babak ke babak lain, tanpa cuba memahami hakikat yang telah ramai orang sampaikan di sini dalam bahasa yang sangat mudah, cukup dengan dalil pulak tu. Sehingga bintang rasakan nas yang anda letak di sini anda sendiri tidak memahaminya.

Baiklah dengan bahasa mudah;  Jin juga ada kampung halaman dan negeri macam manusia jugak. Bayangkan kampung halaman anda dicerobohi apa tindakan anda? Berdiam diri? Mengamuk? Sedangkan berlainan pendapat boleh separa isim inikan pula kampung kena ceroboh.... camtu la jin (baca surah al Jin - Jin ada kafir dan islam) apabila tempat depa kena ceroboh mengamuk la weh...  antaranya menganggu manusia-manusia lemah di situ. Oh, nanti tak faham pulak... bangunan tu didirikan dia atas perkampungan jin itu yang mengamuk tuh. So, sarkastiknya bangunan tu la kena ubatkan supaya jin tak pi kaco lagi manusia yang duk dalam bangunan tuh. Kalo jin nak kaco ayam, burung pi la tade sape nak halang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.993059 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list