Kerja Rumah Semperna Cuti Sekolah
JAWAPAN :-
(1) Mak Limah ada lima orang anak. Sorang nama Abu. Sorang nama Ahmad. Sorang nama Ali. Sorang nama Amin. Sorang lagi nama apa?
Jawapan : Limah
(2) Kalau 1+1=2, jawapan lain dia apa?
Jawapan : Jawapan lain salah la...
(3) Lima pasang stoking direndam dalam Laut Merah. Setiap pasang stoking itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
Jawapan : stokin itu basah la...
(4) Kenapa di tepi rel keretapi diletakkan batu kerikil?
Jawapan : kerana kalau letak isang goreng pasti jadi rebutan...
(5) 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masalah tetapi 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Persoalannya kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?
Jawapan : kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan burung-burung tidak boleh terbang seperti biasa.
(6) Dalam banyak banyak negara, negara apakah tidak boleh duduk?
Jawapan : Negaraku
(7) Kalau seorang, sendiri tahu. Kalau berdua, dua-dua sama tahu. Kalau bertiga pulak, tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagi lah tak tahu. Apakah dia?
Jawapan : Kentut
(8) Jawapan : zoll...
huraian :
Persepsi otak, akal dan minda dalam mentafsir huruf kepada kefahaman membuatkan kadang-kadang salah tafsir sesuatu perkataan.
Bagaimana kadang-kadang kita baca no plat BAB 1234 sebagai 'BABI234'.. Dengan kata lain,
zoog, zolo, zoR dan zoB
juga boleh disalah-tafsir oleh pembaca.
Kegagalan menyampaikan mungkin disebabkan
masalah pemberi maklumat (tulisan dan ejaan pada nota)
dan penyampai maklumat (si pembaca nota)
Jadi, jawapannya:
zoog adalah 2009
zolo adalah 2010
??? adalah 2011
zoR adalah 2012 (1 dan 2 bergabung menjadi R)
dan
zoB adalah 2013 (1 dan 3 bergabung menjadi B)
Maka,
baris ketiga ialah
zoll (sepatutnya ditulis 2011) Terima kasih kerana sudi menjawab.................![](static/image/smiley/miluegg/blossom.jpg) |