|
[Jenayah]
Kakitangan TV9 ditemui mati di rumahnya. UPDATE: Suami didakwa membunuh. Page66
[Copy link]
|
|
Puaih hati la kot laki dia, aniaya bini sampai mati!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
ms_relax posted on 30-7-2012 11:28 PM ![](static/image/common/back.gif)
hmmm...selalunya lelaki/suami akan bertindak diluar kewarasan bila dia dicabar/dihina/dimaki oleh is ...
arwah lari kunci pintu,
part mana cabar maki ke apa...
nampak u salahkan perempuan jugak..
kalau dah pembunuh, ianya tidak
perlukan apa alasan pun...
dengan punya banyak jenayah di malaysia buat masa ini,
alasan dah out dah tuk jadikan alasan ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
bridex posted on 31-7-2012 02:41 AM ![](static/image/common/back.gif)
rasanya baik think positive je... mungkin si suami di provoke semasa bertengkar... bapak arwah pon a ...
kenapa tak kata aje laki dia jerut arwah sebab gf dia suruh,
ni bebalik kata arwah provoke...
ingat semua ppuan suka nak naikkan darah
lelaki yang sudah diketahui panas baran....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya aku bersyukur sgt-sgt dapat ayah yg terbaik, jentik mak akupun tak pernah walaupun kami hidup susah, lima beradik...hidup sentiasa gembira. Cara pendidikan yg agak keras dr mak aku buatkan aku sgt-sgt tak bg kompromi ttg keganasan r/tangga. Nak komen banyak2 pasal kes mcm ni agak sukar juga sbb tak ada sesiapa yg tahu masalah sebenar. Bunuh diri hanya sebab didera? Boleh jadi bg org yg tak tahu menghargai akal dan hidup, suami bunuh? Harap dia dapat balasan yg sewajarnya walaupun dia hire lawyer tahap tertinggi sekalipun....bulan-bulan puasa ni kalau berdoa Allah makbul dgn segera
takziah kpd keluarga allahyarhamah dan tempatkan arwah bersama-sama org2 yg beriman |
|
|
|
|
|
|
|
clearcut case. arwah mninggal kena jerut ngan somi keparat. fullstop. |
|
|
|
|
|
|
|
patut kalau dah hubungan bermasalah cerai saja.tak perlu nak mengadap sampai kena macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
In my opinion; isteri bersabar dgn si suami kaki pukul daripada meminta cerai kerana
- dia percaya dia akan dpt mengubah perangai si suami
- beranggapan itu sebagai hukuman kerana tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri
- si suami amat charming; meminta maaf janji tak buat lagi, walaupon dia pukul bini tapi hati tetap sayang, sejarah keluarga si suami yg kekonon nya ada unsur keganasan rumah tangga juga etc etc
- di ugut suami contohnya kalau cerai, dia akan ambil semua anak2 bawa lari dan si isteri takkan dpt jumpa mereka lagi.
- perasaan rendah diri & malu si isteri dengan org sekeliling - teutamanya wanita yang berkerjaya dan sukses. Seboleh2nya dia tidak mahu rakan sekerja mengetahui kegagalan rumahtangga nya. Dia tidak mahu dianggap sebagai isteri yang 'fail'.
- stigma masyarakat terhadap janda.
Sekian analisis saya di awal pagi ini ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
Takziah kepada keluarga mangsa. semoga kematiannya akan mendapat pengadilan yang sewajarnya. ![](static/image/smiley/default/innocent0001.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
forex posted on 31-7-2012 03:13 PM ![](static/image/common/back.gif)
tanda itam kat pipi, masalah jantung
oo really....![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
So pempuan pempuan di luar sana yang belum kawen dan sedang mencari calon, cari la calon yang bukan dari spesis panas baran atau puak puak kaki ganja dan judi |
|
|
|
|
|
|
|
Orange1 posted on 1-8-2012 02:01 AM ![](static/image/common/back.gif)
Ini cuma apa yang aku nampak je ye sbb belum diputuskan apa2 lagi oleh court. Pic laki dia berdiri m ...
btl sgt2...aku pon pasan gak |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen posted on 31-7-2012 10:37 PM ![](static/image/common/back.gif)
okay...hopefully kite semua sama2kuat ..mau jadi ibu kena kuat tak bleh takut2 l ...
sangat setuju! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dh tinggal serumah tidur sekatil baru tahu suami panas baran,kaki pompuan,kaki ganja....etc...
masa ber kapel..smua kaver..
marriage is like u play game...
u ll win or loose it... |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox posted on 1-8-2012 06:03 AM ![](static/image/common/back.gif)
In my opinion; isteri bersabar dgn si suami kaki pukul daripada meminta cerai kerana
- dia percaya ...
inilah yg saya maksudkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ombak_rindu posted on 31-7-2012 02:42 PM ![](static/image/common/back.gif)
dari blog mazidul:
Isnin, 30 Julai 2012 8:48:00 PTG GMT+08:00
dilla nadila berkata...
rasanya Dilla ni pun tahu dr cerita suami arwah kan...bkn dia ada masa kejadian...pun.......
|
|
|
|
|
|
|
|
ms_relax posted on 31-7-2012 01:28 PM ![](static/image/common/back.gif)
hmmm...selalunya lelaki/suami akan bertindak diluar kewarasan bila dia dicabar/dihina/dimaki oleh is ...
khennn...saya pon fikir macam tu jugak...![](static/image/smiley/onion/sigh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ambil dari blog Mazidul ada gambar rumah mereka.
Isnin, Julai 30, 2012 TRAGEDI "JERUTAN DI BULAN RAMADAN" - AL FATIHAH
Barangkali ramai telah mengetahui berhubung kejadian kakitangan wanita TV9, Syaleza Jaafar, 30 tahun, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, 2 hari lalu.
Berita amat menyayat hati itu antaranya disiarkan di sini dan di sini.
Pada ketika berita terbabit dicetak, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Berikutan itu, malam tadi, saya sempat mencatatkan pandangan berhubung kes kematian mengejut dan disimpan di dalam bentuk entri draf sehingga saya terbitkan sebentar tadi, klik di sini.
Petang semalam, saya berada di luar lokasi kejadian.
"Rumah arwah di tingkat satu, rumah ada air con itu," bisik rakan, Roslan Salleh.
Roslan, 38 tahun, bertugas sebagai jurukamera sambilan, stringer TV9 sejak 7 tahun lalu.
Turut berada di lokasi sama, Ketua Polis Daerah, OCPD Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. Ketika melangkah keluar dari kenderaan, saya melihat beliau sedang berbual bersama beberapa wartawan lain.
Saya sempat bersalaman dengan beliau, OCPD mempunyai hubungan baik dengan pengamal media cetak dan elektronik itu.
Di sekitar kawasan sama, berdiri beberapa pegawai polis termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, KBSJD, Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Petaling Jaya, DSP Aziz Baba, berbaju merah.
Hemat saya, jarang benar OCPD dan KBSJD, hadir di lokasi kejadian jika kes itu bakal kekal diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Saya juga sempat bertemu beberapa penduduk di kawasan terbabit sekaligus mendengar cerita 'menarik' mereka kongsikan.
"Selepas jenazah dibawa oleh ambulan ke Hospital Sungai Buloh, kami bertanya kepada suami si mati, mengapakah tidak pergi ke hospital? Katanya, biarlah polis membuat kerja mereka terlebih dahulu, lagi pun bedah siasat hanya akan dilakukan pagi esok," ujar penduduk.
Ihsan : Roslan Salleh
Kira-kira jam 11 pagi tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh.
Sewaktu kejadian, mangsa berada di rumah bersama suami dan anak lelaki berusia 2 tahun.
"Secara psikologi, di bulan Ramadan Al-Mubarak dan mempunyai anak kecil, janggal benar jika si mati membunuh diri seperti didakwa. Saya percaya hasil bedah siasat lengkap dilaksanakan oleh doktor pakar akan memberikan petunjuk sebenar berhubung kejadian itu," komen kenalan, penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affendi Hashim.
Saya menghubungi Kamal, awal malam tadi melalui telefon.
Ihsan : Kosmo
Doktor pakar mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher mangsa serta lebam di tubuh.
Sila teliti laporan akhbar Kosmo klik di sini.
Kira-kira jam 4 petang semalam, beberapa anggota polis dari IPD Petaling Jaya dilaporkan turut mengiringi sewaktu jenazah mangsa dibawa pulang ke kampung halaman di Johor.
Suspek dilaporkan ditahan lebih kurang pada jam 10.15 malam oleh 3 anggota polis dari IPD Petaling Jaya di Felda Redong 1, Labis dan direman 7 hari bermula hari ini.
Saya bersimpati dengan kejadian kejam menimpa mangsa, pernah saya temui beberapa kali sewaktu berkunjung ke pejabat TV9 di Sri Pentas.
Hemat saya, dakwaan awal mangsa beragama Islam membunuh diri barangkali dipandang serong oleh majoriti ahli masyarakat berbanding andai dia dibunuh. Membunuh diri, tindakan didorong kehendak individu manakala jika dibunuh, mangsa tidak mempunyai pilihan sebagai wanita, insan lemah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Syaleza dan ditempatkan di kalangan roh orang beriman.
Al-Fatihah!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes Syaleza: Henti semua spekulasi
KUALA LUMPUR 31 Julai - Semua pihak diminta menghentikan sebarang spekulasi dan teori berhubung kematian Eksekutif Pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaafar, malam Sabtu lalu.
Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, teori-teori yang dibangkitkan dan diperdebat secara umum itu dibimbangi akan menjejaskan siasatan pihak polis.
"Berdasarkan prinsip maqasid syariah atau objektif syariah, setiap individu bukan sahaja mempunyai hak terhadap nyawanya tetapi juga hak terhadap maruah serta kehormatan dirinya.
"Oleh itu, kita di SukaGuam berpendapat bahawa ruang harus diberikan kepada pihak berkuasa bagi menentukan motif dan kesahihan kes tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, akhbar melaporkan mayat Syazela ditemui oleh suaminya pukul 7.25 malam selepas tidak menjawab panggilan ketika dipanggil untuk berbuka puasa.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa le masalah depa ni smpi berbunuh-bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
org mental xkan ngaku dia mental
satu lg statement desperate dikluarkan oleh saspek |
|
|
|
|
|
|
| |
|