|
Saya Lebih Suci Dari Johan - Statement Lana (Pg36)
[Copy link]
|
|
ZaraPalarae posted on 28-12-2013 05:14 PM
sama!
aku pon bayangkan lana sgt tenang masa menutur kata2 tu
sedasss ayat utk johanotelo "Lelak ...
Dr tak minat terus terminat plk lana nie...npk pandai handle masalah..tak meroyan bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
eyrA622 posted on 28-12-2013 07:07 PM
Dr tak minat terus terminat plk lana nie...npk pandai handle masalah..tak meroyan bagai
wah2. serius? mcm yuni la kan. x kacau asben dahlia. #abamkucen. kikikiki. |
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 posted on 28-12-2013 07:13 PM
wah2. serius? mcm yuni la kan. x kacau asben dahlia. #abamkucen. kikikiki.
Hahaha...lebih kurg lah..walaupun yuni tu seksi semcm..tp hati baik..siap bg nasihat lg
|
|
|
|
|
|
|
|
serius, dulu iols lana ni neutral jer, skrg rasa respek dgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
eyrA622 posted on 28-12-2013 07:07 PM
Dr tak minat terus terminat plk lana nie...npk pandai handle masalah..tak meroyan bagai
Yes. Mebi sbb usia dia yg da mmg matang kan kak long. *Eh tp ade jek retis yg lagi kertu dr sheols tp kuat je muyan.
Bagus lah kalau lana tak gitu. Ni antara contoh dont judge a book by its cover. Gitewww.
Hehe hai kak long. Lama tak ramas ramas mesraaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk citer kat astro tajuk Menggali Nur Allah... begitu istiqamah sekali jejaka ini |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta ‘kilat’ artis kita
Hanya dua saja lagi kita akan melangkah tahun baru 2014. Dengan industri filem yang suram, nyata cerita mengenai penggiat seni kita tidak pernah sepi dan sunyi dari cerita kontroversi dan sensasi.
Tentunya cerita yang hangat menjadi bualan sepanjang minggu lalu ialah cinta kilat pelakon Johan As’ari dengan Lana Nordin. Dulu apabila Johan mengumumkan mahu melamar Lana sebagai isteri selepas tiga hari berkenalan, ramai terkejut dan tidak percaya kerana latar kedua-dua bagai langit dengan bumi.
Kata orang, lelaki yang baik bertemu jodoh dengan wanita baik begitu juga sebaliknya. Tapi dalam soal jodoh, kita hanya mampu merancang, Allah menentukan kerana ia antara rahsia Yang Maha Berkuasa.
Di kalangan artis tanah air, mereka yang berpenampilan sopan dan bertudung, bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. Namun ada juga hubungan cinta di kalangan artis mendapat halangan keluarga kerana latar berbeza.
Ada yang bersabar menanti restu dan akhirnya hidup bahagia bersama pasangan tetapi ada juga terpaksa menguburkan cinta mereka. Penyanyi Shila Amzah pernah melalui pengalaman cinta terhalang dengan Sharnaaz Ahmad yang dilabel budak kasar dan lantang bersuara hingga cinta mereka tidak direstui keluarga dan akhirnya putus di tengah jalan.
Pengalaman itu dikongsi Shila melalui lagu Masih Aku Cinta yang kini sedang meletop diputarkan di radio. Antara lain, Shila mengatakan ‘satu dunia menentang cinta kita, akhirnya kita terpisah jua’.
Ketika Shila bercinta dengan Shaarnaz, dia popular dengan lagu Patah Seribu dan turut dilamar berlakon sama dalam drama judul sama. Akhirnya memang retak seribu apabila perpisahan mereka diiringi luka dan kepedihan sampai berbalas-balas kenyataan media.
Ternyata cinta pertama Shila memberi seribu pengertian dalam hidupnya dan tentunya satu proses kematangan kepada dirinya. Shila bertuah kerana mempunyai keluarga yang berdiri kukuh di belakangnya untuk melindungi dirinya agar terus mengikut landasan yang betul.
Apabila hasilkan Masih Aku Cinta, Shila rapat pula dengan Johan As’ari apabila Johan menjayakan video klipnya. Hubungan rapat mereka seperti direstui keluarga, sangat berbeza ketika berkawan dengan Sharnaaz. Ibu Shila dan ibu Johan juga berkawan baik dan mungkin dalam hati kedua-dua wanita ini ada menyimpan harapan untuk berbesan.
Peminat juga suka melihat mereka yang disifatkan sama-sama daripada keluarga baik-baik dan sesuai sebagai pasangan. Bagaimanapun, tiba-tiba Johan mengumumkan memilih Lana Nordin sebagai calon isteri dan Shila cepat-cepat mengundur diri daripada terus berkawan dengan Johan.
Dia membuang gambar- gambar mereka berdua di laman Instagram serta menggugurkan nama Johan dalam senarai laman sosial Twitternya. Ada yang melihat tindakan Shila sebagai luahan rasa kecewa dirinya tetapi Shila sudah memberi penjelasan dirinya ‘keluar’ dari hidup Johan sebagai menghormati hubungan barunya dengan Lana.
Ternyata gadis yang baik seperti Shila masih belum bertemu jodoh sesuai dengannya. Apabila hubungan Shila dan Johan putus, penangannya juga cukup besar. Ada yang simpati, ada mencebik. Sekali lagi pasangan ND Lala dan Fauziah Sarman diuji tapi rasanya ketika ini, Shila dan keluarganya mampu tersenyum apabila satu Malaysia dikejutkan dengan berita Johan memutuskan cinta kilatnya dengan Lana.
Jika sebulan lalu Johan mengejutkan masyarakat dengan pengakuan mencintai Lana dan ingin melamarnya sebagai isteri walaupun baru tiga hari bertemu, minggu lalu Johan mengejutkan peminat apabila mengatakan hubungan mereka sudah berakhir kerana tiada restu keluarga.
Rasanya ada yang tidak kena dengan Johan yang mula dikenali sebagai Botak dalam siri Juvana. Saya juga tertarik dengan persoalan ditimbulkan seorang rakan mengenai apa lagi yang diinginkan Johan sebenarnya. Dulu dengan Izreen Azminda, kemudian dikaitkan dengan Fasha Sandha, Nabila Huda dan Shila.
Apa yang jelas di sini, hati Johan mudah cair dengan wanita yang rapat dengannya. Apakah sebab dia mengaku anak emak menyebabkan dia suka dimanjakan setiap masa tetapi waktu sama takut dengan komitmen?
Kasihan Lana, maruahnya seperti dipijak-pijak. Walaupun mungkin ada yang memandang sinis kepada imej Lana, hakikatnya dia juga punya maruah dan harga diri. Ketika dia ingin berubah ke arah kebaikan dengan membuang imej seksi, tentunya dia menyambut baik tangan dihulurkan lelaki yang dikenali dengan imej warak.
Dalam hati mungkin Lana melihat seperti Allah memberi tongkat kepada si buta yang sedang meraba-raba mencari jalan. Belum apa- apa, hati Johan berubah.
Semoga Lana tabah terima dugaan ini kerana setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya. Kalau bukan sebagai hukuman atas apa yang pernah kita lakukan dulu, ia sebagai pengajaran kepada kita untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Harap impian Lana untuk berubah tidak terputus di tengah jalan. Teruskan usaha yang murni ini kerana imej Lana kini sedikit demi sedikit sudah mula berubah kepada positif berbanding dulu, banyak yang negatif diperkatakan terhadap dirinya.
Percikan tempias negatif itu kini terpalit kepada Johan yang selama ini dilingkari imej bersih. Allah maha adil dan semoga kita belajar dari kesilapan dan selamat melangkah tahun baru dengan semangat dan kehidupan yang lebih baik.
Credits: hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Lana tak dendam
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
Seperti mana gempar apabila pelakon Johan As'ari, 27, mengumumkan mahu melamar pelakon Lana Nordin, 34, selepas tiga hari berkenalan, situasi sama berlaku apabila bintang utama drama bersiri Juvana itu mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta mereka, minggu lalu.
Alasan Johan, dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Lana kerana menghormati ibunya. Ternyata apa yang diperkatakan sebelum ini mengenai ibunya tidak boleh merestui pilihan Johan adalah benar dan Johan mengesahkan perkara itu.
Dalam hangat orang memperkatakan isu itu, Johan pula dikatakan membuat kenyataan sebaliknya apabila menegaskan selama ini dia dan Lana hanya kawan rapat. Mereka juga sama-sama berlakon teater Bahayanya Wanita yang kini dipentaskan di Istana Budaya.
Mengapa tiba-tiba pelakon yang dikenali dengan imej warak ini mengubah kenyataan dalam tempoh sebulan? Ketika berkongsi kisah cintanya dengan Lana, Johan mengakui begitu yakin dengan kata hatinya kerana bayangan Lana dilihatnya ketika berdoa di depan kaabah. Bagaimanapun, tiba-tiba lain pula kenyataannya apabila mengatakan antara dirinya dengan Lana tidak lebih sebagai kawan rapat. Ramai melihat keputusan Johan bukan disebabkan ibunya tetapi atas kehendak dirinya sendiri. Tambah pula sebelum ini perkara sama pernah berlaku sewaktu dia menjalin hubungan dengan pelakon drama, Izreen Azmindar. Johan juga pernah dikaitkan dengan ramai selebriti popular antaranya Fasha Sandha, Nabila Huda, Nita Hamzah dan Shila Amza tetapi perkara itu dinafikan dan menegaskan antara mereka tidak lebih sebagai kawan rapat. Dia juga pernah memberi kenyataan mahu bertunang dengan gadis yang bertugas di stesen televisyen terkemuka, namun cerita itu lenyap apabila namanya mula dikaitkan dengan Shila.
Mengenai kenyataannya sebelum ini mahu melamar Lana untuk dijadikan isteri selepas tiga hari bertemu, Johan akui ada niat untuk menyunting Lana.
Katanya, ketika itu dia beranggapan ia tidak akan menimbulkan masalah memandangkan sebelum ini Lana mengatakan dia mengenali ibunya.
LANA kini tidak menoleh lagi mengenang kisah cinta dengan Johan yang terputus di tengah jalan.
“Apabila Lana mengatakan dia mengenali ibu saya, pada fikiran saya hubungan kami tidak akan berhadapan sebarang masalah. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila ibu masih belum dapat menerima Lana.
“Memang saya anak mak dan meletakkan ibu di tahap paling tinggi. Syurga saya di bawah telapak kaki ibu dan naluri ibu sangat kuat hingga saya akur dengan permintaannya. “Saya bimbang perkara ini akan menyebabkan hati Lana lebih disakiti. Restu ibu itu sangat penting bagi saya untuk melayari kehidupan rumahtangga. Contohnya apabila berkahwin, saya mahu isteri dijaga ibu mentua terutama apabila mengandung dan melahirkan.
“Bagaimanapun apabila perkahwinan itu tidak direstui, tentu perkara seperti itu tidak berlaku dan ia pasti akan menyedihkan bukan saja saya malah isteri saya. Apabila berkahwin, perlu ada restu dan reda ibu,” katanya.
Sementara itu Lana atau nama sebenar, Mazlina Hasan Nordin, 34, akui tenang menerima keputusan Johan. Pelakon kelahiran Kuching, Sarawak itu tidak berasa terganggu sewaktu beraksi di pentas teater Bahayanya Wanita. Tambah pula dia dan Johan berkongsi pentas.
Ditemui sebaik pementasan tamat baru-baru ini, Lana menegaskan sebelum ini keputusan untuk bercinta dan melamar datang dari Johan dan untuk memutuskan hubungan mereka juga datang darinya.
“Mengapa saya perlu bersedih dan meratap? Orang sendiri boleh menilai apa juga keputusan dibuat datang daripada pemikiran tidak matang. Saya dari awal lagi sudah menasihatkannya supaya jangan membuat tindakan terburu-buru sama ada membabitkan pengumuman mahu melamar mahupun memutuskan hubungan. Tetapi jalan itu yang dipilih, saya ikut saja. “Lagipun saya ini perempuan apatah lagi sudah dewasa. Keputusan di tangan dia. Sebagai orang matang, saya hanya boleh menasihati tetapi jika dia tidak mahu mendengar, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Dia yang memulakan dan dia juga yang mengakhirinya. “Saya juga tidak berdendam dan menganggap ini semua satu pengalaman untuk mengenal hati budi dan sifat manusia. Kalau ada lagi lelaki seperti Johan yang cuba mahu datang dalam hidup, awal-awal saya sudah dapat mengesannya. Pada saya, apa yang berlaku satu pengalaman hidup cukup berharga,” katanya.
Kata Lana, apa yang membuatkan dia boleh menerima perkara ini dengan tenang kerana ramai peminat memberi kata-kata semangat, memujuk dan memintanya supaya sabar. “Saya berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memujuk dan memberikan kata-kata hikmah menerusi Twitter dan Instagram agar saya kuat berhadapan situasi ini. Syukur apabila perkara ini berlaku, baru saya sedar ramai orang yang sayangkan saya,” katanya.
Mengenai perubahan dilakukan demi Johan sebelum ini, kata Lana sebenarnya apabila usia sudah mencecah 34, dia memang sudah mahu berubah dalam hidup.
Katanya, apabila Johan datang dan beriya-iya mahu menjalin hubungan serius, dia bersyukur kerana memang itulah niat hatinya dari dulu mahukan seorang lelaki yang mempunyai pengetahuan agama dan boleh membimbingnya ke jalan Allah. “Apabila dia mengumumkan mahu melamar, saya memanjatkan syukur dan berasakan doa saya selama ini didengar Allah. Sekurang-kurangnya dia mampu membimbing saya dan anak-anak andai kami berkahwin.
“Tidak sangka pula apabila perkara ini berlaku, lain pula jadinya. Begitupun, saya memang mahu berubah. Ingin saya tegaskan di sini perubahan dibuat bukan kerana bercinta dengan Johan semata-mata tetapi ini memang sudah niat hati saya. “Bagaimanapun, biarlah perubahan yang berlaku itu dibuat perlahan-lahan. Saya sendiri kalau boleh tidak mahu lagi berpakaian seksi, biarlah ia sedap mata memandang,” katanya.
Lana juga merancang mahu menunaikan umrah apabila segala kerjanya selesai dan Johan juga begitu. Tujuan mereka ke sana pada awalnya mahu berdoa di hadapan Kaabah agar hubungan dijalin lebih diberkati tetapi sayangnya tiada jodoh antara mereka. Tegas Lana, dia melihat apa yang berlaku ada hikmah dan tidak mahu menoleh kembali ke belakang. Apa juga perancangan dibuat sebelum ini (mahu berubah) akan diteruskan demi kebaikan dirinya dan keluarga.
Credits: hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 28-12-2013 09:20 PM
Cinta ‘kilat’ artis kita
Hanya dua saja lagi kita akan melangkah tahun baru 2014. Dengan indust ...
shanaz pun baru jer delete semua gamba2 dgn lalat kat IG.. betul2 moveon kali ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak cakap la lelaki ni.. Nmpk sgt propa..
|
|
|
|
|
|
|
|
caca_eric posted on 29-12-2013 01:04 PM
shanaz pun baru jer delete semua gamba2 dgn lalat kat IG.. betul2 moveon kali ni..
ot jap...tiba2 jadi suka kt sharnaz lps tgk citer bukan aku tak cinta |
|
|
|
|
|
|
|
lana ni kalau bercakap... suara dia sedap.. & tenang je.. |
|
|
|
|
|
|
|
caca_eric posted on 29-12-2013 01:04 PM
shanaz pun baru jer delete semua gamba2 dgn lalat kat IG.. betul2 moveon kali ni..
Yeszaa go go go abam nanaz ! |
|
|
|
|
|
|
|
caca_eric posted on 29-12-2013 01:04 PM
shanaz pun baru jer delete semua gamba2 dgn lalat kat IG.. betul2 moveon kali ni..
Ye ker? Sbb mommy baru je follow dia...
Tp mmg xde pon nampak gambar lalat..
Yeah nanaz....!! Move on....
Dia xlayak utk u.... |
|
|
|
|
|
|
|
caca_eric posted on 29-12-2013 01:16 PM
lana ni kalau bercakap... suara dia sedap.. & tenang je..
Kan? Tenang jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul alasan Johan putuskan hubungan sbb tak dapat restu mak dia... aku setuju. Aku tak tau apa yang di maksudkan Lana bila dia kata 'cara tak betul' sebab aku tak ada di situ & bukan sedara mara dorang pun.. cuma Lana sebagai perempuan seharus nya bersyukur juga sebab hubungan ni putus pada usia muda, baru sebulan..masa perasaan belum mendalam... belum ada ikatan perkahwinan...kalau dah kawin sedangkan tau dari awal mak tak restu... memang tak bahagia hidup... bercerai berai bila dah beranak pinak lagi susah & menderita....
pada Johan & Lana... bertabahlah... (aku tak nak speku siapa salah)... setiap yang berlaku ada hikmahnya... jangan risau.. setiap insan yang baik tu pasangannya adalah yang baik juga.... sabar2 lah menanti jodoh kamu berdua... |
|
|
|
|
|
|
|
ZaraPalarae posted on 28-12-2013 05:18 PM
aha so uols dah boleh2 standby lah mlm ni yek tgk abam shuk
tp kalau info ni tak tepat mahap dip ...
iols x tgk pon tv smlam..
berjimba ria seharian..
x tau ler ade ke tidak shuk tu kat tb...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku ,kita x boleh marahkan Johan juga,
sebab Lana yg umur 34 patut jgn ambil pusing sgt, patut buat xtahu sudah ,jgn dikomen yg lebih2.
Andartu mcm Lana mmg lah dia harap sgt jadi kahiwn ,tp dia kena ingat ,dia dan bikini hitam sambil pegang tangan omputih ,org hitam, melancong dgn model omputih sinun...mcm mana org nak buat menantu..
Lana patut berubah dan berubah terus....
Jgnlah ajdi mcm perempuan2 sebelum ni yg suka sgt perasan..
Lelaki mmg mcm tu lah...tp perempuan yg xpernah sedar diri ,selalu sgt pecaya ckp2 lelaki...mudah sgt.
Lana ko ada sejarah tersendiri...ko dgn bikini hitam tu dgn al2 pamela anderson tu hanay jantan mcm Tommy Lee saja yg berkenan nak uat menantu . |
|
|
|
|
|
|
| |
|