CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 28-8-2015 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cik.nana replied at 19-8-2015 04:38 AM
Meh nak update sikit cerita Abg An ni. Lepas ni kita tutup terus cerita dia sebab cik.nana malas dah ...

Akhirnya TT sambung jugak cite abng AN ni.   
Tp sedih la ending die..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 04:35 PM | Show all posts
cik.nana replied at 5-12-2014 10:55 AM
Kisah 12 - Kompilasi 'Jurassic Park'

#1 - Ada satu malam, dah lewat bebenor, jiran bilik sebelah, ...

nana....ko budak UITM jengka ek......
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila sambung cik.nana... best sgt citer2 cik.nana ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 12:46 PM | Show all posts
zameyla replied at 27-8-2015 12:26 PM
adakah abgku jugak terkena air rebusan tali lembu???

symptom2nye begitu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 02:19 PM | Show all posts
mek_tok replied at 1-9-2015 12:46 PM
symptom2nye begitu ke??

errmm...nampak gayanya cenggitu la...lebih berat ke belah sana...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 04:12 PM | Show all posts
cik.nana replied at 30-7-2015 09:35 AM
Kisah 33 - Kisah Sepupuku (part III)

Subuh selepas kejadian malam tu, aku dapat SMS dari Abg An.  ...

ok....i cry at this part

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2015 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
next story plis!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:59 AM | Show all posts
lavender_aqua replied at 26-12-2014 03:00 PM
hati kering el ni
aqua kalau gitu, taubat sanggup jalan jauh gi toilet lain dari masuk situ dah
...

Aqua,dila rasekan baik g berubat.sbb besenyer kalu kat bdn kita ada lebam2 pastu selalu nmpak kelibat.mknenye ada jin yg suke kat kita.
kadang2 dia akan dtg dlm bentuk mimpi.contoh dia akan nmpk mcm laki hemsem.tp kalu dlm mimpi tu kita dh buat seks gan laki hensem tu.
susah dh nk berubat.so sebelum keadaan jd lebih teruk g la cari mne2 ustaz. just pandangan dila.kalu salah sory.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 04:27 PM | Show all posts
cik.nana replied at 28-1-2015 05:02 PM
Kisah 26 - Bulan Puasa Pun Ada Hantu Ka??

Alkisahnya, dah nak dekat Raya masa ni. Zaman sekolah r ...

dila pun bru tau yg hantu@jin nie x kene rantai.hanya syaitan yg kene rantai.so kalu bulan pose xyah la nk mgedik jln mlm2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:13 PM | Show all posts
tunggu TT hapdet kembali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 12:49 PM | Show all posts

Awat teriak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 12:50 PM | Show all posts
mek_tok replied at 26-8-2015 04:50 PM
fuhh.. follow cerita cik.nana sampai takut nak p toilet kat ofis..

mek pun ada cerita nak share.. ...

Mcm sedih la pulak cerita mek ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 02:51 PM | Show all posts
evilcooler replied at 19-8-2015 02:32 PM
Kesian...

Tak ada sesuatu pun terjadi jika bukan kerana izin Allah. Ini adalah kifarah atas perbu ...

boleh agak ke? nana hati2 jelah sbb sepupu ada ckp nak tikam @ bunuh kan....Dr. psikatri yg bg tahu ..klu org tgh stress /depress @ dlm kategori sakit psikologi ni klu dia ada sebut nak tikam @ bunuh , mmg kebarangkalian dia akan buat itu tinggi.so hati2 , nauzubillah.kang dia terpacul depan pintu rumah nana .....
mcm kes kat gemencih. dh tak igt apa, di sembelihnya kepala bapak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:00 PM | Show all posts
evilcooler replied at 19-8-2015 02:32 PM
Kesian...

Tak ada sesuatu pun terjadi jika bukan kerana izin Allah. Ini adalah kifarah atas perbu ...

boleh agak ke? nana hati2 jelah sbb sepupu ada ckp nak tikam @ bunuh kan....Dr. psikatri yg bg tahu ..klu org tgh stress /depress @ dlm kategori sakit psikologi ni klu dia ada sebut nak tikam @ bunuh , mmg kebarangkalian dia akan buat itu tinggi.so hati2 , nauzubillah.kang dia terpacul depan pintu rumah nana .....
mcm kes kat gemencih. dh tak igt apa, di sembelihnya kepala bapak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 11:29 AM | Show all posts
we want more we want more


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 01:07 PM | Show all posts

rs simpati sgt
kenapa la blh jd smpi mcm tu
ade something wrong somewhere
hrp abg an dlm keadaan selamat je


btw, kenapa aku rs mcm dejavu bc cerita u ni
pnh share kt thread lain ke?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2015 03:52 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 8-9-2015 01:07 PM
rs simpati sgt
kenapa la blh jd smpi mcm tu
ade something wrong somewhere

Takde share memana rasanya. Sini je yg cik.nana cerita.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2015 04:48 PM | Show all posts
Kisah 34 - 'Spiderman' Bergayut di Siling

Alkisahnya, masa aku umur dalam 7/8 tahun (tak ingat exactly), ada satu bisul yg tumbuh kat bahagian pelipis belah kanan. Mula-mula tu Abah ngan Mama kata biar je sampai bisul tu 'masak'. Tapi lama-kelamaan bisul tu jadi makin besar. Besar sampai tahap dah sepet mata aku belah kanan. Pergi klinik, doktor kata nak potong. Harusla aku meraung macam orang gila kan bila doktor kata nak potong. Sesuka hati dia je nak potong. Ingat aku ayam/ikan ke? Tak jadi la doktor nak buat apa-apa, bagi ubat je suruh sapu dan makan antibiotik. Tapi bisul aku tu tetap tak masak-masak. Takde 'mata' pun, jadi Abah ngan Mama takut nak pecahkan. Dan Abah akhirnya buat keputusan nak bawak aku balik kampung, berubat cara kampung pulak.

Memandangkan masa tu bukan cuti sekolah, aku balik kampung dengan Abah je. Mama dan adik-adik lain tak ikut. Kemain kesukaan la aku dapat ponteng sekolah, dapat balik kampung pulak tu. Macam-macam Tok ngan Wan jamu aku makan, bawak naik motor round kampung apa semua. Almaklum, cucu kesayangan. Wan panggil la seorang lelaki ni untuk tengokkan bisul aku dan ubatkan. Orang tu panggil aku duduk depan dia dan dia pun belek-belek bisul aku yg dah membesar macam busut apa je. Masa ni sebelah mata aku dah hampir tertutup pun. Tapi yang aku ingat, aku tak rasa sakit pun. Kalau tak, idokla aku nak melasak panjat pokok apa semua dengan sepupu aku.

Orang tu sentuh bisul aku sambil baca sesuatu. Daannnnnn... aku rasa macam ada benda menguit-nguit, bergerak-gerak dalam bisul tu. Macam ada ulat menggeletis, paham tak? Aku terus rasa geli aku pun menjerit la sambil tepis tangan orang tu. Sumpah geli gila rasa bila macam ada benda bergerak-gerak kat bahagian muka. Aku terus lari pergi duduk kat Abah, cakap kat Abah tak nak la macam tu, macam ada ulat jalan atas muka. Abah pandang orang tu, orang tu senyum je. Dia pun ada buat ubat suruh sapu kat bisul aku tu. Aku tak sure la ubat apa tu, tapi tak silap macam ada buah pinang ngan kapur dalam ubat tu. Dia tumbuk hancur, campur air jadi macam paste lepas tu tepek kat bisul. Masa tu aku rasa macam bisul aku disedut-sedut je, sakit oi!

Malam tu, aku temankan Tok memasak kat dapur. Rumah kampung belah Abah ni, kat belakangnya ialah ladang getah sejauh pandangan aku yg kecik ni. Tok dengan Wan selalu larang aku dengan sepupu main kat belakang sebab yela, ladang getah kan. Buatnya ada rimau ke, ular sawa ke, naya je. Rumah Tok ni bebetul dok atas tanah, tak tinggi macam rumah kampung biasa. Kat dapur pulak ada 1 pintu yg menghadap ladang getah tu. Pintu tu sentiasa ditutup, sebab takut binatang masuk. Bila malam, belakang tu memang gelap pekat. Jadinya mulut aku dok potpetpotpet dengan Tok aku yg tengah masak. Sedang aku dok berkicau tu, tiba-tiba terdengar ketukan kat pintu dapur tu. Slow je. Tok aku yg tengah goreng ikan stop kejap. Aku pun berhenti bercakap.

Aku: Tok, sapa tu?
Tok: Tak tau...

Kami pasang telinga, tunggu. Dah takde bunyi ketukan dah. Jadi kami pun abaikan je la bunyi tu, dan aku sambung bercerita dan Tok sambung masak. Tak lama mana, bunyi pulak ketukan di pintu tu. Tok, tok, tok. Kami pun terdiam la sekali lagi. Masa tu, Wan aku pun masuk dapur nak minum air. Aku pun cakapla kat Wan, ada orang ketuk pintu dapur. Tok dan Wan berpandangan seketika. Kemudian Wan ambil torchlight, Wan buka pintu dapur tu. Aku pun menyibuk sama, menjengah ke luar. Memang tak nampak apa. Hitam, gelap, pekat. Wan suluh-suluh sikit. "Takdak apa aih," kata Wan pada kami. Bila Wan tutup je pintu, terdengar bunyi ketukan. Wan terus tarik pintu. Takde apa.

Wan: Jangan dok main sangat, cucu aku ada ni.

Keras suara Wan menegur. Aku heran la, siap ngintai celah ketiak Wan, Wan cakap dengan siapa. Tapi aku takdela nampak sesiapa pulak. Lepas Wan tutup pintu tu, takde dah bunyi ketuk-ketuk. Malamnya, aku ngan Abah tidur kat ruang tamu, depan TV dengan sepupu-sepupu aku. Bila malam dah makin lewat, orang lain semua dah tidur, termasuk Abah. Aku je terkebil-kebil lagi dalam keadaan separa cerah. TV pun dah takde cerita. Aku tidur menelentang masa tu. Tengah aku dok terkebil-kebil nak paksa diri tidur tu, aku dengar macam pintu dapur dibuka. Aku terkejung atas toto. Setau aku, Wan dengan Tok dah tidur. Orang lain semua dah tidur. Sapa pulak buka pintu dapur? Aku rapatkan badan kat Abah.

Dalam pada tu mata aku dok pandang siling. Tak semena-mena, aku nampak macam ada satu bayang hitam pelik kat atas siling. Bentuk dia macam kera pun ada, tapi bukan kera sebab kepala bulat dan botak. Badan tak besar mana, macam pendek melalui pengamatan aku. Dia melekat atas siling macam Spiderman. Aku punyala curious, aku tengok je tak berkelip-kelip mata. Tak terpikir rasa takut pun masa tu. Tapi memang Spiderman tu hitam keseluruhan tubuh dia. Mata je merah. Dia bergerak dari satu penjuru ke satu penjuru rumah. Aku perhati je. Aku tak tahula dia perasan ke tak aku dok tengok dia. Tapi tiba-tiba sampai kat satu penjuru tu, dia berhenti. Dia toleh kepala, mata merah dia pandang aku! Aku terkejut. Aku tak nampak muka, aku nampak sepasang mata merah je, tapi dari mata dia tu macam dia marah je kat aku. Lama dia tengok aku, dan aku perasan dia ubah kedudukan badan dia. Pada pandangan aku masa tu, benda tu macam nak terkam aku. Aku pun apa lagi...

"ABAHHHHHHHHHHH!!!" aku menjerit sekuat hati. Abah terjaga, aku terus duduk tunjuk kat penjuru rumah, tunjuk ke arah benda tu. Tapi ajaibnya, Spiderman tu dah hilang. Takde apa pun kat penjuru siling tu. Wan dgn Tok aku pun sama terjaga dengar aku menjerit. Lampu ruang tamu dibuka.

"Ya Allah, cucu aku!" Tok menjerit sambil tengok aku. Aku terkejut. Abah terkejut. Semua orang pandang aku. Apa hal? Aku blur kejap. Abah capai lengan aku, tengok. Aku pun tengok la, apa yg Abah tengok. Rupanya dekat lengan aku kiri kanan ada macam tompok-tompok merah macam kena gigit nyamuk. Aik, cemana pulak boleh merah-merah lengan aku? Abah tanya aku kenapa aku menjerit. Aku pun cerita la apa yg aku nampak. Bila aku cakap aku dengar pintu dapur terbuka, terus Wan pergi dapur. Kemudian aku dengar Wan membebel-bebel, Wan kata pintu dapur tak tutup. Tengah malam tu jugak Abah suruh aku mandi air yg dah dibacakan sesuatu. Tok mandikan aku, mula dari kaki. Masa air kena kulit aku, aku rasa pedih. Aku bagitau Tok, pedih. Tok suruh aku tahan. Bersekali air mata aku mandi tengah malam buta tu. Dah la sejuk.

Lepas mandi tu, terus mata aku rasa berat. Tok bawa aku tidur dalam bilik dia. Lepas tu memang aku tak sedar apa dah, sampai la ke pagi. Aku bangun hari dah cerah pun. Ada kain basah melekat atas dahi aku. Aku demam rupanya. Aku check lengan, masih ada tompok-tompok merah tapi tak ketara sangat. Lepas tu, aku ingat orang yg buat ubat bisul aku tu ada datang, panggil aku duduk depan dia. Dia pegang kepala aku, baca-baca la sesuatu dan lepas tu aku tak ingat dah apa jadi. Sepupu aku kata aku pengsan. Lepas hari tu, aku bebetul tak ingat dah apa jadi. Abah kata aku demam panas, tidur je. Seminggu lebih jugak aku duduk kampung. Bisul aku tu tak pecah pun, tapi surut dengan sendiri. Lama-lama hilang macam tu je. Tapi berbekas sampai sekarang kat pelipis aku. Rambut pun tak tumbuh situ.

Sampai sekarang jugak tertanya-tanya, menatang apa Spiderman atas silang rumah Tok tu? Dah besar sikit baru aku tau tompok-tompok merah kat lengan aku kemungkinan diludah jin/setan. Bila masa aku kena ludah pun aku tak tau. Dan apa motif aku diludah? Wallahualam.


Tamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 05:29 PM | Show all posts
cik.nana replied at 8-9-2015 04:48 PM
Kisah 34 - 'Spiderman' Bergayut di Siling

Alkisahnya, masa aku umur dalam 7/8 tahun (tak ingat ex ...

serem
as usual




jap...cik nana ni perempuan kan?






Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2015 10:42 PM | Show all posts
seram aih citer hang ni

selalu ka jadi kat hang pa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.220985 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list