Rumah tu takde owner. Rumah kosong sarang penagih dadah. Mmg kes kalau suspek dia penagih dan jenayah berlaku kat sarang penagih, susah nak dapat mcm pembunuh Audrey Melissa Bathinathan pun sama, yg kena bunuh dekat terowong bawah tanah utk ke Masjid Negara dulu.
Tu la org dok kata kes cangkul masuk vagina kat Indon tu kejam, padahal kat Malaysia kes lebih kurang serupa dah lama dah pernah berlaku. Budak pulak tu yang kena.
Post time 29-8-2017 10:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ipo replied at 14-8-2017 10:43 PM
kesian pasangan talwar tu
dipenjara seumur hidup..
Sy pun peminat RAM (Ramlee Awang Murshid)..N minat juga bc thread di board MPS nie..Cuma quote dlm Novel RAM tu ada sikit pembetulan,Ipo..'Biar tersalah ampun..Jgn tersilap hukum..' Okay..jom smbg bc thread yg best nie.. ^.^
Post time 3-9-2017 06:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dani-rox replied at 14-6-2017 02:04 AM
ADAKAH LIZZIE BORDEN PEMBUNUH SEBENAR IBU BAPANYA?
aku pun rasa lizzie ni pmbunuhnya dan emma juga turut bersubahat... besttt sungguh baca kisah2 benar dn belum terungkai misterinya sehingga skrg... dan us mmg dah berabad maju jauh ktinggalan ngara mesia.. mesia xsmpat rasa kot ngara maju sbb skrg pun dah mula menjunam ..teruskan tt...
Deborah Ann ‘Debbie’ Wolfe, 28thn, adalah seorg jururawat yg berkerja di Hospital Veteran di Fayetteville, North Carolina. Fayetteville – yg terletak di Cumberland County, NC, juga menempatkan Fort Brag iaitu salah sebuah kem tentera terbesar Amerika Sykt.
Wanita itu tinggal bersendirian di dlm sebuah kabin kecil, yg terletak di celah2 pokok pain di pinggir hutan – beberapa ratus meter jauhnya dari jln utama. Pada waktu itu, menurut rakan2 dan ahli keluarga yg rapat dgnnya, Debbie sgt bahagia dgn kehidupannya. Selain mempunyai teman lelaki yg serius, dia juga amat rapat dgn ibunya, Jenny Edwards. Kedua2 anak beranak akan berhubung setiap hari dan berkongsi kisah seharian mereka.
Kabin kepunyaan Debbie Wolfe pd 2010
Pada tengah hari Rabu 25 Disember 1985, Debbie Wolfe dikatakan terus pulang ke rumah selepas menamatkan syifnya pd hari tersebut. Namun keluarga dan rakan2nya mula bimbang apb. dia tidak datang kerja pd pkl 8 keesokan paginya. Pd 26 Disember, ibu Debbie, Jenny cuba menghubungi kabin anaknya tetapi tiada jawapan. Menurut Pn Edwards, Debbie adalah seorg yg menepati masa. Bimbang akan keadaan anaknya, wanita itu menelefon kenalan keluarganya, Kevin Gorton dan mereka berdua bergegas dgn menaiki kereta menuju ke kabin Debbie.
Debbie Wolfe sgt mementingkan kebersihan dan kekemasan rumahnya itu, dan dia juga menitik beratkan kebajikan dua ekor anjing peliharaannya.
Namun setibanya mereka di situ, kabin tersebut dlm keadaan aneh – luar drpd kebiasaan. Tin2 bir bertaburan di halaman rumah, anjing2 dlm keadaan lapar dan pakaian seragam jururawat Debbie berselerak di lantai dapur, bersama beberapa barangan peribadi. Kedua2 Jenny dan Kevin merasakan ada sesuatu yg tak kena. Ketika melihat2 sekeliling bilik tidur, Kevin menemui beg tangan Debbie seolah2 dilemparkan ke bwh katilnya.
Ibu Debbie yg masih bingung, cuba memeriksa mesin mesej suara anaknya. Mungkin ada mesej di situ yg boleh memberikan petunjuk di mana Debbie berada. Apa yg Jenny dan Kevin dpt dengar drpd pita tersebut adalah suara org asing; kedua2nya mula panik. Mesej itu dirakam awal pagi – suara seorg lelaki dari Hospital Veteran, bertanyakan khabar Debbie. Pemanggil lelaki itu juga menyatakan Debbie telah beberapa hari tidak hadir ke tempat kerjanya. Ini membuatkan Jenny Edwards berasa amat pelik, kerana mesej lelaki itu tidak benar langsung – Ketika mesej tersebut dirakam, Debbie baru saja didapati tidak datang kerja utk beberapa jam.
Rakaman mesej suara pd minit 2:43 - 3:07
Jenny dan Kevin meluaskan pencarian mereka hingga ke luar kabin dan ke kolam berhampiran. Mereka gagal menemui Debbie. Oleh itu, Jenny menghubungi Jabatan Syerif Cumberland County, dan panggilannya diterima oleh salah seorg pegawainya Kapten Jack Watts. Apabila dia tiba di kabin itu, Kapt. Watts beranggapan bahawa Jenny dan Kevin telah pun melakukan pencarian di kolam, maka tiada sbb baginya utk mengerahkan pasukan penyelam. Sama ada kesilapan yg tidak sengaja atau kerana bertugas sambil lewa, Kapt. Watts tidak mengambil kira bahawa pencarian ibu Debbie dan rakannya hanyalah kawasan sekeliling kolam itu – adalah mustahil bg kedua2nya pd masa yg sama mempunyai kelengkapan utk menyelam. Anjing2 penghidu polis juga dibawa ke kwsn kabin, namun masih tidak menemui apa2.
Kolam berhampiran kabin Debbie
Tidak berpuas hati dgn cara penyiasatan jabatan Syerif, Jenny Edwards mengupah pasukan penyelamnya sendiri. Bertemankan cuaca sejuk 1 Januari 1986, Kevin Gorton dan rakannya Gordon Childress mula menyelam kolam itu utk mencari Debbie Wolfe. Kedua2 lelaki itu sudah biasa dgn tugas pencarian termasuklah menyelam ke dlm air.
Tidak lama kemudian Childress ternampak dua set kesan seretan kaki pd lumpur tebal kolam tersebut. Lebih kurang dua minit selepas memasuki air yg penuh keladak, Gordon Childress menemui satu mayat.
Lakon semula penemuan mayat Debbie
Mayat Debbie berada 30 kaki drpd pesisiran kolam, dan tenggelam sedalam 5 ½ kaki.
Mengingati semula penemuannya itu, Childress berkata, “Mayat itu berada di dlm tong yg kelihatan terbakar, jenis tong dram minyak 55 gelen tetapi berkarat dan berlubang2.”
Contoh tong dram besi 55 gelen
Setelah mayat ditemui, jabatan Syerif menghantar bbrp pegawainya ke tempat kejadian. Mayat itu dikenalpasti sbg Debbie Wolfe.
Bedah siasat ke atas mayat Debbie dijalankan oleh Dr. William Oliver pd 2 Januari 1986. Punca kematian wanita itu dilaporkan sbg tidak konklusif. Pemeriksa perubatan itu tidak dpt menentukan sama ada wanita itu mati akibat lemas atau dibunuh. Walau bagaimanapun, petunjuk dan klu di luar dan dlm kabin, serta posisi mayat Debbie itu sendiri sepatutnya cukup kuat utk menyedarkan para penyiasat bahawa mereka sedang berhadapan dgn kes pembunuhan.
Hasil penemuan autopsi juga seharusnya menimbulkan syak wasangka berkenaan kematian Debbie. Dia mempunyai kesan2 melecet pd jari2nya -- mungkin kecederaan drpd mempertahankan diri. Mayat lemas yg tipikal dikatakan mempunyai mata terbeliak dan mulut terbuka besar, manakala tangan dan lengan dlm keadaan spt mencakar, kerana berusaha utk menyelamatkan dirinya. Namun mata dan mulut Debbie tertutup, dan tubuhnya seolah2 dlm keadaan tenang dan relaks.
Tambahan pula, mangsa lemas akan mempunyai buih putih di dlm saluran pernafasan, yg dlm sesetengah kes buih itu turut terkeluar pd mulut dan lubang hidung. Dlm kes Debbie, tiada sebarang buih ditemui pd mulut mahupun saluran pernafasan wanita itu. Kehadiran buih adalah perkara yg penting – ia adalah menandakan mangsa masih hidup ketika kejadian lemas. Adakah Debbie tidak sedar ketika tubuhnya memasuki kolam? Menurut autopsi, terdapat air sebanyak setengah sudu saja yg dijumpai pd bahagian paru2nya.
Para penyiasat dr jabatan Syerif Cumberland County tidak bersetuju dgn teori pembunuhan itu. Teori mereka pula; “Berkemungkinan Cik Wolfe sedang bermain2 dgn anjingnya dan dia terjatuh ke dlm kolam, atau mungkin juga dia cuba menyelamatkan anjingnya yg terjatuh. Cik Wolfe terus ketakutan dan jd hilang arah ketika di dlm air.”
Mereka juga menyatakan barangkali Debbie mengalami sindrom ‘immersion’ iaitu kecederaan pd kaki mangsa yg terdedah pd kelembapan dan suhu sejuk (air atau lumpur) utk jangka masa panjang atau berulang2 kali. Kesan2nya adalah kesejukan terlampau, rasa kaku, pucat dan kulit sentiasa kebasahan. Ini diikuti dgn kesan melepuh.
Namun, hasil autopsi tidak menemui apa simptom berkaitan dgn sindrom ‘immersion’, lagipun kaki Debbie tertutup dgn seluar dan kasutnya ketika dijumpai.
Detektif2 Syerif turut menafikan yg mayat Debbie berada di dlm tong, langsung menjawab teori tersebut dgn pernyataan ini;
“Apa yg dilihat sbg tong bg para penyelam, adalah sebenarnya jaket Debbie yg membelon dan mengembang ketika dia terbaring pd sudut tertentu di dasar kolam tersebut.”
Walau bagaimanapun, dua penyelam yg dimaksudkan; Kevin Gorton dan Gordon Childress, menolak teori polis itu:
“Tong dram besi berkapasiti 55 gelen yg berkarat, di situlah mayat Debbie ditemui.”
Pn Edwards kemudiannya teringat sebiji tong yg diletakkan bersebelahan kabin Debbie, digunakan utk menyimpan kayu api. Jenny pun pergi ke kabin itu semula utk mencari tong tersebut, tetapi ia sudah tiada di tempat yg selalu dilihatnya sebelum ini. Namun, dia masih dpt melihat kesan lekukan di tanah yg terhasil dr berat tong itu.
Pihak polis gagal bertindak mengambil tong itu pd hari penyelam menemui mayat Debbie. Apabila keluarga wanita itu datang ke kabin pd keesokan harinya tong itu telah hilang! Dan tiba2 polis menafikan kewujudan tong dram di tempat kejadian. Apapun, timbalan Syerif, Don Smith pula mengakui dia pernah melihat sebiji tong di situ.
Pada waktu itu, keluarga Debbie merasakan ada bbrp perkara mengenai kematian Debbie yg tidak masuk akal. Polis berkeras mengatakan kes ini hanyalah satu kemalangan. Jenny Edwards bertambah syak wasangka berkenaan kes anaknya apb. dia menerima pakaian Debbie drpd pejabat pemeriksa perubatan yg menjalankan autopsi.
Puan Edwards sgt yakin bahawa anak perempuannya telah dibunuh.
Dia memeriksa setiap item pakaian yg dipakai mayat anaknya – “Sangat pelik,” kata Jenny.” Ini semua bukan pakaian Debbie.”
Seluar jenis corduroy terlalu besar dan panjang, dan tidakberzip
Saiz cup dan lilitan baju dalam terlalu besar – Bra mayat Debbiememakai saiz 38-C, sedangkan saiz sebenarnya 34-B
Kasut Nike tiga kali lebih besar dan merupakan kasut utklelaki. Mayat Debbie ditemui memakai kasut lelaki saiz 6, Debbie ketika hidupmemakai kasut wanita saiz 7.
Ketika mayatnya dijumpai, Debbie memakai jaket tenterakeluaran baru yg bukan miliknya mahupun org2 yg dikenalinya. Jaket itu tiadatag nama dan tiada klu utk mengesan pemilik sebenarnya.
Mayat Debbie juga memakai t-shirt hitam yg tertulis ‘PittsburghSteelers’ di hadapannya. Keluarga dan teman lelaki wanita tersebut menyatakantidak pernah melihat t-shirt itu sebelum kematiannya.
Dgn banyak persoalan autopsi yg tidak terjawab, pakaian asing yg dipakai oleh mangsa dan barangan2 pelik bertaburan di kabin, keluarga Debbie Wolfe amat pasti bahawa perlakuan khianat telah berlaku.
Petunjuk2 yg berat ke arah pembunuhan makin menggunung tetapi tidak dipedulikan oleh para penyiasat. Salah seorg rakan Debbie, Franz Shoaf yg pergi ke kabin utk memberi anjing2nya makan, menemui topi benang biri2 kepunyaan Debbie di kwsn lumpur -- bertentangan dgn lokasi yg di mana dia dikatakan terjatuh dan lemas oleh polis. Keluarga Debbie berasa ini sgt ganjil kerana pd hari kejadian kolam itu hampir diselaputi oleh lapisan ais yg nipis, jd amat mustahil topi itu mampu hanyut dr hujung ke hujung.
Puan Jenny Edwards juga tidak berpuas hati apb. Biro Penyiasatan NC (SBI) memulangkan kasut tenis putih jenama Nike kpdnya, ia bersih dr kotoran dan lumpur. Apabila disoal oleh ibu Debbie, pihak SBI berkeras mengatakan kasut itu tidak pernah dibasuh atau dibersihkan; ia dlm keadaan yg sama spt mula2 ditemui pd mayat Debbie. Namun fakta kasut ini secara tidak langsung telah membatalkan teori sindrom immersion yg digembar gemburkan oleh polis itu sendiri.
Satu lg perkara menarik adalah ketika bapa tiri Debbie melihat2 kabin itu pd 27 Disember 1985. Dgn perasaan ingin tahu, dia mengutip sehelai baju seragam jururawat berlengan pendek berwarna putih yg berada di atas lantai dapur. Menurut salah seorg rakan sekerja Debbie di hospital Veteran, itu bukanlah apa yg dipakai oleh Debbie pd dua hari sebelumnya. Rakan sekerja itu memberitahu kedua2 mereka sedang minum kopi di tempat kerja pd 25 Disember, dan dia tidak sengaja tertumpah sedikit kopi pd lengan baju Debbie. Dia memang yakin wanita itu memakai seragam berlengan panjang.
Puan Edwards teringat semula akan mesej pelik yg ditinggalkan oleh lelaki asing pd mesin anaknya. Lelaki itu berbohong mengenai status kehadiran Debbie di tempat kerja.
Adakah lelaki itu pembunuh sebenar?
Pihak detektif mendakwa mereka pernah menyiasat beberapa pesakit mental di hospital Veteran, termasuk lelaki yg meninggalkan mesej suara itu.
Tidak lama selepas disiasat oleh detektif Syerif, lelaki itu pun terus berpindah ke negeri lain.
Ibu Debbie, Puan Jenny Edwards bekerja tanpa kenal erti penat lelah lebih 20thn hingga saat kematiannya sendiri demi memperjuangkan keadilan utk anaknya.
Dalam dunia penyiasatan, walaupun mangsa sudah tiada di dunia ini tetapi mereka masih mampu ‘bersuara’ dari kubur. Begitulah dgn apa yg berlaku pd Deborah Ann Wolfe.
Terbaru -- Setelah meneliti laporan siasatan 1985, penyiasat persendirian Dr Maurice Godwin mendapati dlm autopsi, swab kesan air mani telah diambil – Adakah Debbie telah diperkosa? Profiling DNA belum wujud pd thn 1985. Dr Godwin yakin dgn teknologi forensik dan DNA sekarang, berkemungkinan besar org yg bertanggungjawab atas kematian Debbie akan dpt ditangkap. Malangnya apb. dicari semula dlm kotak bahan bukti yg disimpan di dlm stor polis, swab tersebut telah hilang, ataupun tersalah letak.
Berjayakah Jabatan Syerif Cumberland County menemui swab air mani itu?
Sehingga kini, pembunuhan Debbie Wolfe masih belum terungkai.
sant replied at 18-8-2017 09:34 AM
Ada satu kes ni kat Malaysia, 12 April 1987. Mangsa nama Ang May Hong, 10, keluar rumah pukul 10.00 ...
thanks sant
dah 30thn kes nih... entah hidup entah dah mati pembunuhnya
kebanyakan kes kat msia nih tak banyak sgt infonya. mungkin nak jaga sensitiviti keluarga dan org tersayang mangsa, atau polis lebih prefer rahsiakan maklumat esp. gory details drpd diketahui org awam.
yeah dani is back ... boleh tak i nak speku , may b some one from hospital veteran tu yg bunuh debbie. dari cara debbie di bunuh seperti `org tu` menyimpan dendam pada debbie. so , bila dapat peluang terus di bunuh.