Post Last Edit by serikandi_gurl at 19-9-2011 13:39
Few weeks before ada wat linguine carbonara...mmg best...akan buat lagi
Antara bahan2nyer ialah (untuk 2-3 orang makan): http://de-serikandi.blogspot.com/2011/09/linguine-carbonara.html
Satu tin cendawan butang Kimball
5 ekor sotong dibuang kulit ungu tu, dibersihkan dan dipotong-potong
Beberapa ekor udang dikopek, dibuang belakang dan dibersihkan (ikut sesedap hati nak bubuh byk ke sikit)
1 tin sos Carbonara Cendawan jenama Prego yang 420g
5 batang Chicken Frankfuther perasa Italianies cap Ayamas dipotong-potong
Minyak Zaitun / Minyak Jagung / Minyak masak
sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit daun parsley (optional)
sedikit sebuk parsley (optional)
Sedikit daun basil mccormick (optional)
sedikit paprika mccormick (optional)
sedikit black pepper (optional)
sedikit sesame oil (optional)
garam
Setengah peket Linguine San Remo
Jom tgk pula cara2:
1) Potong cendawan macam gambar di bawah.
2)Sotong yang dah dipotong dandibersihkan, diperap sekejap bersama olive oil, sedikit sesame oil,black pepper, serbuk parsley mccormick.
3) Chicken Frankfuther Ayamaspilihan daku Italianies (almaklum nak makan masakan ala2Italy...huhu)..digaul sikit ngan Olive Oil
4) Udang juga diperap sekejap bersama olive oil, sedikit sesame oil, black pepper, serbuk parsley mccormick.
5) Antara barang2 daku
6) Gunakan Periuk non-stick panaskan dan masukkan dalam 3 sudu besar minyak Olive oil
7) Masukkan Bawang besar dan bawang putih yg telah dipotong dan tumiskan.
8) Masukkan sotong dan udang dan goreng ditumis bersama sebentar
9) Dan tutup periuk dan biarkan sebentar.
10) Lepas tu masukkan Hotdog Ayamas Italianies dan kacau rata.
11) Masukkan pula button mushroom dan daun parley. Gaulkan rata
| Ni rupa daun parsley. Saya pilih English parsley :-) |
12) Masukkan pula satu tin Carbonara dan 3/4 tin air (gunakan tin Prego carbonara). Kacau rata lagi
13)Akhir Sekali, Kacau rata. Masukkan garam, gula, black pepper, serbukparsley, serbuk paprika secukup rasa dan kacau sehingga masak.
Untuk Pasta, saya pakai San Remo Linguine :
Masukkanair dalam periuk dan letak dalam 2-3 sudu besar minyak zaitun / minyaksayur / minyak masak dan biarkan menggelegak dan masukkan pasta danbiarkan sehingga masak.
Angkat dan toskan.
Dan.....Hidangkan :-)
Wallaaah!! Slurrp dan mmg sedap. No regrets!!
| Saya letakkan grated mozarella cheese |
| masukkan dalam microwave dalam 1 minit utk cairkan cheese.
(Sorry gambar sikit blurr sbb pakai HP je :-)) |
Selamat Mencuber !! :-)
|