CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 1-12-2010 09:21 PM | Show all posts
Reply 880# Kia_picanto

Harap2lah dpt petunjuk yg terbaik kan

bila hang balik msia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 09:24 PM | Show all posts
Reply 881# qimi08


    hujung tahun nih
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 09:53 PM | Show all posts
tinggal jejakzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 06:47 AM | Show all posts
seronok baca
watak gadis yang masih ada sifat kekampungan dan educated , watak cikgu Amir dan watak lelaki playboy
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:02 AM | Show all posts
salam akak
nak entry lg plsssssss
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:46 AM | Show all posts
Reply  qimi08


    hujung tahun nih
Kia_picanto Post at 1-12-2010 21:24



   uishh, dah tak lama ye dik, sampai je kia helo2 ler kite2 kat sini,
tahniah kia, dapat jugak hang perabis blajar ..!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2010 10:03 AM | Show all posts
smlm dah siap sambungan tp tak ada line plak

........................................................................................................

Amir memandang wajah yang terbias di cermin bilik mandi. Bengkak matanya sudah surut. Cuma tulang pipinya masih lebam dan luka di bibirnya belum sembuh sepenuhnya. Dia menyeringai ketika menggosok gigi. Pedih!

Malang tidak berbau. Apa yang berlaku sungguh tak di jangka. Aku tak pernah pinjam duit dari Along. Tak pernah menodai anak dara maupun isteri orang. Juga tidak pernah mencuri atau merosakkan harta benda orang lain. Selama tiga tahun dia di Kuala Kangsar hidupnya tenang saja. Tiba tiba  dia di  “ ambush” selepas menghantar kereta nya untuk di servis. Ketika menunggu bas untuk pulang , dia di serang empat orang pemuda. Empat lawan satu mana aci. Itu pun teruk juga mereka kena bedal. Celaka punya samseng. Bukan samseng pun tapi setakat  mat rempit dan mat pit yang di bayar untuk menggertak mangsa. Setelah berfikir panjang baru lah dia dapat teka siapa dalangnya. Tak sangka dia begitu nekad untuk mendapat apa yang dia mahu sehingga sanggup membayar orang untuk mencederakan aku. Ptuiiihhh! Pondan Siam! Kalau dia lelaki sejati mesti berani  bersemuka. Satu lawan satu. Amir mengepal penumbuk menahan geram. Kau belum tahu siapa aku.

Amir turun ke dapur. Sambil membancuh Milo, dia terdengar suara Khairul

“ Mir, baik kau  report polis. Ini dah jadi kes ugut. Kau tengok ni”

Amir bergegas ke depan. Khairul memegang kertas yang di conteng “ KALAU CIKGU NAK HIDUP, PERGI JAUH DARI  KK”

Darah Amir berderau. Namun dia memaksa diri untuk mempamerkan wajah tak beriak
“ Mana kau jumpa ni?”

“ Tertempek kat cermin kereta engkau.  Mulanya aku tak nak cabutkan tapi aku takut pula kalau jiran kita ternampak. Mesti mereka panic. Tapi kau jangan takut , aku alas dengan saputangan. Cap jari aku tak ada. Polis boleh dapat cap jari orang yang nak bunuh kau” Berkobar kobar peminat No 1 CSI bercerita.  

Amir melepaskan keluhan. Khairul ni betul bendul lah. “ Tak semudah itu. Mesti mastermind suruh orang lain tulis. Lagipun aku malas nak buat report. Nanti  kecoh.” Ada lagi sebab kenapa dia tidak mahu kes ini di perbesarkan. Dia takut publisiti. Kalau sekolah tahu panjang ceritanya nanti. Lagipun dia pasti dalang  di belakang ini cuma mahu menakutkan nya.  Ini bukan kerja seorang professional. Kertas itu di simpan dalam laci.

“ Habis tu kau nak biarkan orang jahat tu bebas? Biar kuncu kuncu dia balun kau lagi? Silap haribulan mereka tembak kau terus. Kau tak sayang nyawa kah? Aku hairan lah Mir. Kenapa kau nak senyapkan hal ini? Dengan aku pun kau nak berahsia. Kau boleh percaya kat aku lah. Bukan sehari dua kau kenal aku” Khairul membebel sambil menarik kerusi di meja makan. Sekeping roti bakar di sapu peanut butter di kunyah.

“Relaks lah Khai. Aku tahu apa yang aku buat. Diam tak semestinya mengalah.” Amir meneguk Milo dengan hati hati. Mulutnya masih sakit. Nasib baik kecederaannya tidak serius. Tak ada tulang yang patah.  Tak sia sia dia belajar taekwando masa di sekolah dulu. Talipinggang hitam 3rd Dan yang di perolehi menyelamatkan nyawanya. Kalau tidak mesti teruk dia di kerjakan oleh samseng kampung empat ekor tu.

Khairul mendepakan tangan “ Okay. Terserah pada kau. Aku dah tak nak cakap banyak. Kau boleh fikir sendiri apa yang patut kau buat.”

“ Thanks Khai. Kau lah sahabat aku dunia akhirat. Jangan risau. Aku akan pastikan kau tak terancam. Cuma satu saja aku minta. Kalau orang cari aku, jangan cakap yang aku ada sini.  Kau goreng sajalah apa pun, kata aku balik kampung kah, pergi holiday kah.”

“ Si Ecah tu seorang saja yang cari kau. Dah dua kali dia datang. Obses betul dia dengan kau. Eh, kau jadi pergi Bukit Merah?” Hujung bibir Khairul tercunggit. Setiap kali Aishah Izzati datang, itulah soalan yang pasti di tanya. Samada Cikgu Amir akan ke Bukit Merah. Agaknya minah tu dah merancang untuk menggoda Amir habis habisan.

“ Jadi kot.Muka aku dah tak teruk sangat kan?” Selagi mukanya masih ada kesan pergelutan tempuh hari Amir bertekad untuk tidak keluar rumah. Macam macam orang speku nanti. Lebih lagi dia seorang guru sekolah yang sepatutnya menjadi contoh baik. Hatinya meronta untuk berjumpa Dahlia tapi dia terpaksa berdiam diri. Bad timing! Pertaruhan membuat karipap makin dekat. Tapi apa kata Dahlia dan Cikgu Zul kalau aku ke rumah mereka dengan muka lebam. Peluang untuk memenangi hati Dahlia dan bakal pak mertua makin tipis. Aku kena buat sesuatu yang drastik.


Khairul membelek muka sahabatnya. “  Dah ada rupa muka manusia. Masa mula kena dulu macam adik beradik Frankenstein. Seronoklah Ecah kalau kau pergi. Aku rasa dia dah beli bikini untuk di pakai nanti. Habislah kau kena goda…ha ! ha!’

“ Cehhh! Dengar saja pun dah loya. Kalau aku tengok mesti termuntah kot” Lainlah kalau Cik Pai Ayam pakai bikini. Body dia slim dan mantap. Macam Jessica Alba.

“ Aku dah lambat ni. Aku pergi dulu. Kau jaga jaga tau.’ Khairul mengambil briefcase dan meninggalkan rumah. Dia sempat memerhati keadaaan sekeliling kalau ada benda atau orang yang mencurigakan. Semua biasa saja. Line clear!

Setelah memastikan yang semua pintu sudah di kunci, Amir masuk ke biliknya. Laci meja sisi katil di buka. Bekas berisi business card holder di keluarkan. Satu demi satu kad di tarik hingga sampai kepada nama yang di cari.

Nombor telefon di tekan. Harap nombor ini masih di gunakan. Amir menunggu dengan debaran sehingga suara lelaki yang garau menjawab.

“ Ivan, its me. Amir”

“Wah.. long time no see.  Lu punya family cari lu, tau.”

‘ Saya tau. Tapi itu hal tunggu dulu.  Ini lagi urgent. Saya mau minta tolong sikit”

“ Boleh… boleh. Itu memang saya punya kerja. Tolong sama orang. Lu punya pasal apa apa pun boleh lah Amir.”

“ Okay, nanti I bagi you nama satu orang. You cari information pasal dia. Everything. Mana dia tinggal, siapa dia punya kawan. Mana dia selalu lepak.” Nalurinya mengatakan orang baik tak akan suruh samseng pukul saingannya. Mesti dia ada sisi hitam. Aku akan bongkar rahsianya.

“ Cari info saja kah? Talak syok lah. Tak mau kasi pukul?” Kedengaran tawa garau lelaki Cina

“ Man man lah. Saya tak suka pukul orang. Cari info dulu. Lepas dapat info kita tengok apa mau buat. ”

“ Okay, friend. Hantar dia punya nama. Tiga hari semua settle. Duit kasi 10 percent dulu.”

Amir mengakhiri perbualan. Dia tersenyum sinis. Kau ingat kau hebat? Kau main kotor, aku pun boleh main permainan yang sama. Kau belum tahu lagi langit ini tinggi atau rendah. Aku akan cari sampai lubang cacing. Don’t mess with me.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 10:11 AM | Show all posts
Atikah menyusun semula buku di bahagian buku teks dan buku latihan. Pelajar sekolah yang kerap mengunjungi Toko Buku Nilam selalu menyelak buku dan meletak kembali di tempat berlainan. Biasalah. Nama pun budak sekolah. Dia sudah lali dengan kerenah adik adik yang ramai.

Dahlia membuang pandang pada pembantu baru nya. Sudah lima hari Atikah bekerja di Toko Buku Nilam. Gadis yang mulanya amat pemalu kini semakin mesra. Kehadirannya banyak memudahkan kerja Dahlia. Ringan tulang dan tak banyak kerenah. Setiap pagi sebelum pukul 9 , dia sudah tercegat di depan pintu. Sebelum pulang  dia akan menyapu lantai dan mengelap pintu kaca. Sejak Atikah bekerja dengannya dapatlah Dahlia keluar untuk urusan perbankan dan bayaran bil. Tak perlu lagi dia terkejar kejar mengerjakan solat dan makan tengahari. Thank you Cikgu Amir! Tapi kelibat Cikgu Amir langsung tak nampak selepas mereka pergi ke Sayong. Hairan juga. Takkan dia dah kena sound dengan Babah? Babah memang nak kena kalau dia berani tegah Cikgu Amir dari berkawan dengan aku. Lia.. Lia.. hebat betul penangan Cikgu Amir sampai sanggup bertekak dengan bapa sendiri. Padahal Cikgu Amir tak kisah pun dengan aku. Mungkin dia sibuk dengan kelas tambahan di sekolah, Dahlia menyedapkan hati. Hujung minggu sudah hampir. Dia teringat pesanan karipap Cikgu Amir. Apa aku nak buat dengan 50 biji karipap kalau Cikgu Amir terlupa atau tak jadi ambil?


“ Kak Lia, kenapa termenung? Ingatkan boyfriend ya?” Usikan  Atikah menyentak Dahlia.

“ Boyfriend mana pula? Kak Lia tak ada boyfriend lah”

“ Habis tu, dapat bunga hari hari dari siapa? Takkan orang bunian yang hantar” Atikah ketawa kecil sambil menunjuk ke arah jambangan bunga lily yang baru di hantar oleh florist. Untung jadi orang cantik. Kak Lia bukan saja lawa tapi murah hati juga. Berpasang pasang baju yang di beri oleh Dahlia pada keluarganya Semua masih baru dan cantik.

Membazir! Dahlia mengebam bibir. Bunga yang di hantar dua hari sudah pun masih segar lagi. Apa motif Farid? Nak buat aku terpesona dengan aura romantis nya? Kalau hantar cokelat kah, KFC kah lagi berbaloi. Paling paling pun mee goreng mamak. Hishhh… otak aku ni asyik nak konar ke Cikgu Amir juga. Hatinya masih berat untuk memberi jawapan pada Farid. Tapi deadline makin dekat. Tinggal sehari lagi saja.

“ Kalau Tikah nak bawa balik bunga, ambil lah.” Pelawa Dahlia.

“ Eh, mana boleh. Orang tu bagi kat Kak Lia. Tak baik lah kalau Tikah ambil pulak. Kenapa Kak Lia tak bawa balik rumah? Kak Lia tak suka orang yang bagi bunga ini?”
teka Atikah.

“ No komen” Gelengan kepala Dahlia di iring tawa. Setakat ini hatinya masih berbolak balik. Yes or No? I still don’t know. Bukan senang nak buat keputusan yang akan mempengaruhi seluruh hidupnya.

Perbualan mereka terhenti bila beberapa pelanggan masuk. Dahlia terus menunjukkan novel novel Melayu yang ada. Lagenda Budak Setan antara novel yang laku sebab filem sedang meletop di panggung. Selain itu Dahlia turut rekomen beberapa buku yang di rasakan menarik. Tiba tiba lengannya di sentuh.

“ Dahlia, saya nak tanya. Awak ada jumpa Amir?” Suara tegang membuat Dahlia terus menoleh. Matanya bertentang dengan Aishah Izzati.  Kenapa dia ini tanya aku? Tiba tiba saja masuk dan terus sergah. Kerja aku jaga kedai buku, bukan jaga Amir.

“ Tak ada pun.” Jawab Dahlia pendek. Dia kembali melayan pelanggan.

“ Dahlia , jangan tipu. Aku tahu dia selalu datang sini.”  Dengus Aishah Izatti. Matanya meliar.

Hai… macam orang hilang  laki pula. Apa hubungan sebenar Aishah Izzati dengan Cikgu Amir? Ingat aku sembunyikan Cikgu Amir dalam bilik stor? Kurang sopan sungguh Cikgu ini. Kalau macam inilah perangai guru, tak hairan kalau anak murid  jadi samseng. Api kemarahan Dahlia mula menyala. Sabar… sabar. Aku tak boleh bertindak sesuka hati. Habis semua pelanggan cabut lari nanti.

“ Sekejap, ya.” katanya pada pelanggan tadi. Dahlia membawa Aishah ke satu sudut.  

“ Kali terakhir Cikgu Amir datang sini hari Isnin. Lepas itu saya tak nampak dia. Kenapa awak cari dia di sini? Pergi lah cari  di rumah dia. ” Suaranya terpaksa di lembutkan. Kalau ikutkan hati dia ingin melengking  minah perangai macam polis pencen ini.

“ Jangan tipu. Takkan awak tak tahu di mana cikgu Amir?”

“ Kenapa saya perlu ambil tahu? ” Dahlia buat muka seposen. Roman Aishah Izzati  mula berbahang. Kalau ada tanduk dah terkeluar agaknya.

“ Aku serius ni. Aku dah call handphone dia tapi tak ada orang jawab. Pergi ke rumah dia pun housemate dia kata dia tak ada. Macam mana ni? Kita nak pergi ke Bukit Merah Ahad nanti.”  Suara guru pelatih itu makin meninggi. Berpasang mata terus tertumpu ke arahnya.

Walaupun rengekan Aishah menjengkelkan, bibit cuak mula timbul. Kemana perginya Cikgu Amir? Kalau  Khairul pun tak tahu, memang pelik. Dahlia menggaru pelipis.

“ Sorry lah. Saya betul betul tak tahu. Cikgu Amir tu orang dewasa, bukan budak kecil. Suka hati lah ke mana dia nak pergi. Bukan dia perlu minta kebenaran sesiapa pun.”

Aishah mendongkol. Dia tetap tak puas hati. Dahlia mesti sembunyikan sesuatu. Nak pulun Cikgu Amir seorang lah konon. Aku yang akan ikut Cikgu Amir ke Bukit Merah, bukan dia. Tengoklah nanti siapa yang akan dapat Cikgu Amir. Tapi macam mana kalau Cikgu Amir tak pergi ke Bukit Merah? Rosaklah plan aku. Dengan dengusan geram, Aishah Izzati menolak kasar daun pintu Toko Buku Nilam. Kakinya di hentak sambil keluar.

Atikah memandang dengan kaget.

“ Kenapa dengan orang itu Kak? Pelik lah. Siapa dia ?”  

“ Tak usah pedulikan dia. Pergi layan pelanggan” bisik Dahlia. Dia sendiri tertanya tanya. Kenapa Aishah Izzati begitu mengambil berat tentang keberadaan Cikgu Amir? Apa hubungan mereka  sebenarnya? Hummmm…. Rasa pedih mula menular. Kenapa aku nak sedih pula? Kalau Aishah dengan Cikgu Amir sedang bercinta pun, itu hak mereka. Kalau Cikgu Amir suka perempuan yang  meroyan tak tentu pasal, aku nak kata apa.

Pelanggan yang keluar masuk sepanjang hari membuat Dahlia dan Atikah tak menang tangan. Tapi masakan boleh kompelin. Itu rezeki namanya. Waktu petang barulah kedai lengang semula. Dahlia mula menyemak resit jualan harian. Atikah menyelak majalah Jelita.

“ Kak Lia, perempuan yang datang cari Cikgu Amir tu siapa? Awek dia kah?” Perasaan ingin tahu masih menyelubungi Atikah.

Ada bakat jadi Mak Bedah junior, budak ni.  Dahlia menjungkit bahu.

“Agaknya lah. Dia pun guru di Sekolah Sri Kota. Nama dia Aishah Izatti. Tikah tak kenal?” Atikah menggeleng

“ Tak pernah jumpa pun. Dia baru kerja kot. Tikah habis sekolah tahun lepas. Tapi kan, Tikah rasa dia bukan teman wanita Cikgu Amir lah. Macam orang tak betul saja. Tak sesuai dengan Cikgu Amir.”

“ Ya kah?” balas Dahlia tanpa acuh. Tangannya ligat menekan kalkulator. Tinggi jualan sepanjang hari ini. Wang tunai di kunci dalam peti khas. Mungkin “drama”  Aishah Izzati membawa rahmat. Ha! Ha!.

“ A’ah. Cikgu Amir sesuai dengan Kak Lia. Tikah tahu  dia suka Kak Lia. Cara dia pandang Kak Lia pun orang dah tahu. Mak Tikah pun suka kalau Cikgu Amir kawin dengan Kak Lia. Dua dua sama padan. Sorang handsome, sorang cantik” Atikah tersengih macam kerang busuk.

Yeay! Yeay!  Dahlia hampir melompat girang. Kemudian suara kecil membisik. Percayalah sangat cakap budak 18 tahun. Kalau Cikgu Amir suka sangat kat aku mana dia sekarang? Kenapa dah berhari hari tak jumpa? Haila… aku pun dah jadi paranoid macam Aishah Izzati.  Dahlia mengeluh kecil.

“ Tikah, akak nak balik dulu. Akak kena pergi supermarket beli barang dapur. Tikah tolong lock up ya. Hati hati tau. Jangan balik lambat sangat. Kalau ada apa apa , call akak atau bapak akak”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 10:20 AM | Show all posts
best2....
cian cikgu amir....
siapa cikgu amir sebenarnya...
mengapa dia membawa diri ke kk
bagaimana dia blh kenal kaki samseng....
semua akan terjawab jika smiley bg n3 lg
hehehehehe
propa tu ... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 10:36 AM | Show all posts
nyampah tul la ngan esah ni....
gedik bebenor...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 10:44 AM | Show all posts
cian cikgu amir...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:18 AM | Show all posts
kesian cikgu amir...
ni mesti farid yg upah mat rempit dok belasah cikgu amir.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:28 AM | Show all posts
best!!!!!!!!!
kak juna, sambung laa pjg2 lgg............... pleaseeeeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:43 AM | Show all posts
Ala........siannya dahlia
rindu ngan ciku amir
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:47 AM | Show all posts
Reply 893# mikoodette

Ingat siapa tadi ropenya miko tukar avv
comelnya

.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:52 AM | Show all posts
Reply  mikoodette

Ingat siapa tadi ropenya miko tukar avv
comelnya

.
qimi08 Post at 2-12-2010 11:47

huhuhuuhuh... baru jek tuka kak... sbb comel tu laa miko gunakan as avvy.... sukaaa..... {:1_137:} ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 12:06 PM | Show all posts
smiley..nak n3 lagi..hehhee
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 12:14 PM | Show all posts
Reply 889# iwimz


    rasa2nya cikgu amir ada kena mengena dgn x boss dahlia dan mungkin anak puan sri yg order cupcakes before lia balik KK. cuba baca balik posting cerita dari awal..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 12:41 PM | Show all posts
farid nie ade hati nak cari bini yang suci murni, sure tak dapat punya, dahlia hanya utk cikgu amir
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 02:01 PM | Show all posts
chessssss.. farid..udahle kaki betina, kaki pukul pulak.. sib baik ni cuma cerita. Kalo tak dahlia akan jadi 1 lagi mangsa keganasan rumahtangga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054005 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list