CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Austris

~~Penghuni Alam~~last story page 99~~

   Close [Copy link]
Post time 25-3-2011 07:15 PM | Show all posts
perghhh...baru habis merempit kt benang ni 3jam aku baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2011 07:43 PM | Show all posts
sila hapdet bg mengubat ketagihan aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 07:52 PM | Show all posts
errkk.. aku nk rikues ko g soal selidik walid ko pasal cite sebenar jebat, tuah n PGL... plezzzz.......


sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 08:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by Austris at 25-3-2011 20:38

Alaa citer restoran western tu tak da la pjg sangat. Tapi aku selit ngan cerita lain lagila yer? Hahahaha.

Sebelum tu sila baca amanat ini dengan hati yg ikhlas. Hehehehe “buat pertama kalinya aku siyes.siyes aku ckp korang jgnlah out topic.sian kat org lain yg nak baca” harap disemat elok2 ye? Hehehehe.

Okeh jum sambung citer lagi…sebenarnya tak berapa ada mood nak bercerita ni. hehehe. Tapi digagahkan jugak bercerita. Maklumla putus cinta kekdahnya. Wakakakaakaka.

Okeh mengenai restoran western food tu tak da apa yg menarik sangat. Tapi makanan dia sangat sedap. Hahaha. Masa tu aku deting kat situ r, pas abis makanan kitorang kuar nak berjalan2 soping perabih duit. Tetiba masa aku berdiri kat pintu kuar restoran tu, (ngah tunggu bf bayar bil) aku terasa macam ada sesorang yang amatlah hensemnya sedang perhatikan aku. Aish aku apa lagi cover cun lah. Wakakakaka. Walopon aku tak cun. Hahaha.

Cara dia tengok tu macam renungan bapak tajam lah. Dalam hati aku “ish awat tengok gitu sekali. Ada tak kena ke dengan pakaian aku?” tapi masih kaber lagi. Heheh. Bila bf dah habis bayar, dia datang kat aku. Aku tanya la dia, ada apa2 yang tak kena ke ngan aku. Dia kata “ok je. Apahal tersengih2 dari tadi.” Oo dia perasanla aku sengih kambing. Wakkaka. Pastu aku cakap gini “tu..mamat yang duduk kat kerusi tu asek tenung je dari tadi” masa ni aku memang langsung tak tengok kat mamat tu. Bf aku pandang la tempat aku tunjuk tu. “tak da sapa pun” aikkkk takkan mata bf aku ni buta? Spek tak cukup power ke.  Wakakaka.

Pastu aku cakap la “tuuuuuu kat kerusi dekat kaunter tuuu. Takkan tak nampak kot!” bf aku tengok lagi. Pastu dia geleng kepala. Tak da sapa pun dia cakap. Aku bengang aku toleh sendiri kat kerusi tu…cuba teka siapa aku nampak??

Mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii memang lah hensem sekali mamat itu sedang mencangkung atas kerusi memerhati kat aku. Dengan lidah terjelir keluar, rambut panjang. Cemana aku kata tu “mamat ensem???” wakakakaka. Patutlah renungan dia amatlah tajam. Hahaha.

Serta merta muka aku pucat. Terus ajak bf aku balik. Nak soping pon tak de mood dah. Huhuhu. Hilang semangat kena usha ngan ‘pakwe ensem’. Sib baik tak terkencing terberak kat situ. Eeuuww. Tak ku ingin p makan kat situ dah.

…………………………………………………………………………………………...........................................................

Orait, oleh sebab esok aku nak p bercuti, jadi sabtu ngan ahad aku tak online. Huhuhu. Jom kita kongsi cerita pasallll…….hah!!! kejadian umah sewa aku. Hahahaha. Peristiwa ni berlaku tahun lepas kot. Masa tu aku keje kat putrajaya. Lagi 2,3 hari nak raya gitu, aku ngan akak2 lain balik kampung masing2 r. aku paling muda dalam umah tu. Sebelum tu kitorang bincangla, nak balik sekian2 haribulan.

Bila dah lepas raya semua tu, kitorang pun bertolak dari kampung ke putrajaya. Aku orang pertama sampai kat rumah tu. Sekitar jam 8 malam. Akak2 lain semua masih dalam perjalanan.

Lepas mandi ngan solat maghrib (walopon lewat, aku peduli apa hahaha) aku bukak tv. Sekali amekkkk korang penah tgk citer dorm? Citer hantu tu? Haaa hantu tu sedang memunculkan dirinya di kaca tv. Menjerit r aku. Terus tutup tv. Masuk bilik…senyap. Tak lama lepas tu dengar bunyi pintu utama kena ketuk. Siap panggil nama aku lagi. Aku ni senyap memang tak berani nak jawab. Tak lama pas tu, dengar bunyi grill kena bukak…pastu tombol pintu kena pulas….aku plak amek selimut..kelubung muka. Berpeluh tayah cakapla. Wakakakaka.

“laaa awat tak bukak pintu? Kak ina ni malas nak amek kunci dalam beg tangan, pasai barang banyak…” dengar suara akak tu, terus aku bukak muka. Sengih je la yg aku mampu buat. Wakakakakaka.

Korang terkena?? Wakakakaka.

Okeh nanti aku citer lain…
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888

aku rasa mcm nak cerita lagi...tapi bukan pasal walid aku la. hurm ni nak citer semua pengalaman aku. citer pasal walid aku kira stop sampai situ r, sebab aku cuma nak citer dari zaman keganasan seorang daddy sehingga dia menjadi seorang walid. skang dia dah jadi walid. wakakaka.

oleh sebab aku pon nak tumpang glemer, aku letaklah pengalaman aku sikit. hehe.

aku masih berkisar dengan rumah sewa. aku tatau lah kenapa la rumah sewa tu asek aku je yang nampak menatang makhluk tu. sebenarnya aku tatau nak klasifikasikan jenis hantu ni. yang aku tau cuma pocong. sebab cara dia bergerak tu memang amatlah berbeza dari hantu2 yg lain. haha.

okeylah, akk satu bilik aku ni kerja dia berkaitan ngan projek luar ofis. so kadang2 dia ada meeting n balik tengah2 malam. satu malam tu dia balik kul 3 pagi. aku terjaga. pastu aku bukak lampu bilik. memang terangla yg amat. sakit mata aku. dah lepas dia mandi semua, kitorang duduk bersembang2 sekejap. mujur esok hari minggu. jadi tak da hal la aku nak berjaga sikit.

lepas dia pakai cream malam kat muka, aku tutup lampu. pastu dalam samar2 tu aku nampak macam sesuatu bergentayangan kat depan muka dia. benda tu kecik tau mula2. makin lama makin membesar. cara benda tu bergentayangan macam labah2 monster. aku jenguk je menatang tu. dalam tak pakai spek tu, aku yg lurus ni p cari tali yg membuatkan benda tu tergantung. "aik tak da pun tali..cemana dia tergantung?" aku leh terfikir lak camtu?? tak de rasa takut pulak tu. pastu benda ni makin lama makin dekat dengan muka akk ni.

aku yang terkenal ngan mulut capui, tegur la benda tu. " mak aiii besarnyer!" kuat ok suara aku. akk tu terkejut, benda tu pon hilang. tak lama pastu baru aku rasa...ooo hantu la tadi.. huhuhu,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 08:27 PM | Show all posts
Reply 884# Austris

tak terkena pun wakakakkaa. nak tanya mamat yang mencangkung tu masa mula2 nampak tu rupa manusia ke pastu baru nampak muka sebenar? apa jadah dia ada kat situ nak tumpang mkn beger gak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2011 09:28 PM | Show all posts
Reply  Austris

tak terkena pun wakakakkaa. nak tanya mamat yang mencangkung tu masa mula2 namp ...
pinktriangle Post at 25-3-2011 20:27


memang tak nampak. nampak dia pakai baju putih ja. guna hujung mata ja tgk. kira tak clear la. skali tgk betul2 memang laaa mamat ituuu sedang mengusha awek cun. wakakakaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2011 09:29 PM | Show all posts
errkk.. aku nk rikues ko g soal selidik walid ko pasal cite sebenar jebat, tuah n PGL... plezzzz.... ...
missnourell Post at 25-3-2011 19:52



   hahaha, tu kena tunggu aku balik kampung baru leh rikues citer. cakap dalam tepon..parak kedit aku. wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 09:54 PM | Show all posts
memang tak nampak. nampak dia pakai baju putih ja. guna hujung mata ja tgk. kira tak clear la. s ...
Austris Post at 25-3-2011 21:28



    Adakah "mamat hensem" simpanan owner western food tue.....pakai pelaris untuk mengamit n menjilat makanan yang dikatakan sedap pada customer untuk datang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2011 10:11 PM | Show all posts
hahaha, tu kena tunggu aku balik kampung baru leh rikues citer. cakap dalam tepon..parak ke ...
Austris Post at 25-3-2011 21:29



    hoccay, aku tabah menunggu.. berdoalah dikau agar aku x merusuh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 10:46 PM | Show all posts
Reply 884# Austris


kesian TT..pesal mlm ni takda mood plak nak citer-citer?  

..bila dah ada mood sambung balek pasal keluarga pakcik r ngan putri b boleh?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2011 11:18 PM | Show all posts
Tahniah TT .... mu dah berjaya buat aku merempit lbh 2 jam nak habiskan baca cite2 mu.....dah lama x de kisah yg besh gini kat MPS ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2011 09:53 AM | Show all posts
sebelum aku kuar pagi ni deting, aku nak terangkan sikitla. korang janganlah sentap ngan ayat ni "Lepas mandi ngan solat maghrib (walopon lewat, aku peduli apa hahaha)".

sebenarnya aku tak rasa diri aku bagus dengan solat lewat. dan sebenarnya jugak, walaupun aku tahu aku lewat dalam solat, tapi aku tetap mengerjakan solat maghrib. sebab tu aku letak "Aku peduli apa".. aku tak peduli pon walau maghrib aku lewat..janji aku tetap mengerjakan suruhan dan perintah Allah. Allah tidak memandang waktu di tempat pertama..tetapi Allah itu memandang hati hambaNYA dalam beribadah.

maka sesuailah dengan sebuah cerita pada zaman rasulullah ketika suatu waktu rasulullah berbual dengan ibilis yang tidak mahu masuk ke dalam sebuah rumah ibadah kerana takutkan seorang hamba yang tertidur. rasulullah pelik lalu bertanya "kenapa takut pada yg sedang tidur? sedangkan tidak takut pada hamba yang sedang solat"? maka iblis menjawab " walaupun hamba itu kelihatan sedang tidur, tetapi dia sentiasa mengingati Allha, tidak seperti yang sedang solat itu..."

aku harap korang pahamla apa yang aku cuba nak sampaikan. ..

p/s: aku pun sentap gak bila ada forumer kata aku ni dah cukup baik ke untuk berkata sedemikian. wakakakakakakaka. cuba paham maksud aku ye?  ok sedikit cerita sebelum aku keluar.... ni nak cerita pasal isteri pakcik hassan tu.

haa sebelum ni korang ada cakap pasal mak andam, kan? heh heh heh. isteri pakcik hasan ni seorang mak andam kat tempat aku. aku kenal dia masa dia nak mekapkan akk aku kawen. mula2 aku nampak muka dia tu... ok..lawa tak da apa pun yang mencela wajah dia tu.

oleh sebab aku ni jahat, aku renung muka dia dalam2. hehehe. aku nak tulis pun,,,serba salah. kang orang kata aku ni dah terlalu baik ker? wakakakaka.  tapi sebab aku dah kata aku ni jahat, maka aku tulis gak r. hehehehe. dann...aku nampaklah sesuatu yang tersembunyi di sebalik wajah cantik makcik tu.

aku pun apa lagi, tanya r "mak cik, masa sampai umah ni tadi, susah ke senang nak masuk halaman umah ni?" uikk terkejut gakla si makcik ni. dia tanya kenapa cakap gitu? aku geleng jelah. aku kata, tak da apa2. pastu terus dia sambung pasang pelamin.

tok tek tok tek tok tek...dah siap...dah kenduri, dah habis. wah advance punyer citer. ye r...aku nak p toilet sat... sakit perutt.......................tungguuuu....

wahh sangat legaa. hahahaha. okeh sambung! bila kenduri dah habis, aku g r tanya walid aku.."abah, tak perasan apa2 ke kat mak andam tu?" walid aku senyum ja. pastu aku cakap, " muka dia macam ular," lagi terkekeh2 walid aku gelak. "betullah tu" walid aku cakap.

2,3 bulan lepas tu, makcik tu datang umah. aku ingat nak kutip hutang, kan. maklumal bab penagnaten belom habis ker. rupanya, dia nak belaja dengan walid aku. dia ceritalah pengalaman dia pertama kali datang umah aku masa nak wat pelamin tu. dia kata mula2 sampai tu, memang dah masuk halaman umah. pastu dia g kat van dia, nak amek perkakas buat pelamin. bila dia toleh balik, depan dia kosong! tak da apa2. putih ja. nak kata poko pon tak da, rumah aku pun ghaib lesap. tapi dia dengar suara org riuh rendah kenduri. dalam dunia tu dia sesorang.

pastu entah cemana, dia jalan teraba2 la..pastu baru nampak rumah aku. dan dia dah berdiri betul2 depan umah. tinggal nak naik tangga je. hehehe.

pasal ular tu, nanti la aku sambung. aku nak mandi..dah lewat ni. bubyeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 10:06 AM | Show all posts
wahhh.....menarek citer aus nih....cpat la sket mandi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 10:25 AM | Show all posts
sebenarnya aku tak rasa diri aku bagus dengan solat lewat. dan sebenarnya jugak, walaupun aku tahu aku lewat dalam solat, tapi aku tetap mengerjakan solat maghrib. sebab tu aku letak "Aku peduli apa".. aku tak peduli pon walau maghrib aku lewat..janji aku tetap mengerjakan suruhan dan perintah Allah. Allah tidak memandang waktu di tempat pertama..tetapi Allah itu memandang hati hambaNYA dalam beribadah.
Austris Post at 26-3-2011 09:53


aku pun sependpt gak ngan ko. mcm aku sblm aku tido aku akan solat isyak. means kalau aku tido pkl 2pg, pkl 1.45pg la baru aku solat isya. sbb bile mcm tu, automatik aku tido dgn keadaan masih dlm wudhu. tu pun kalau aku tak terkentut pas kasi salam
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 11:25 AM | Show all posts
memang besh.aku dah siap pasang khemah kat umah si aus. Supaya setiap kali wayang mula, aku tak miss episod.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 11:32 AM | Show all posts
Allah memang tak tengok waktu mana kita solat asal dalam waktu solat tu je,...
tp solat diawal waktu itu adalah lebih afdhal...ye tak...?

ok, nk tya cmna ya rupa makcik mak andam yg mcm ular tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2011 11:38 AM | Show all posts
Allah memang tak tengok waktu mana kita solat asal dalam waktu solat tu je,...
tp solat diawal wakt ...
sarizu Post at 26-3-2011 11:32



   ye betul tu ...hehe...anggapla kita sama2 hidup dlm berpesan2 kpd kebaikan.. chewahhh...Austris...cito mu ni seddak sungguh..sampai julie yg duk jenjalan sambey usha2 thread member pun tlekat kat sini, nok kelik pon sapa keno cokeh dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 12:34 PM | Show all posts
ni aku pun pertama kali nak siyes...siyes ni ...

Slmt g deting aus...jgn lupa beli beger








Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 01:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinktriangle at 26-3-2011 14:01

ok kawan2 sekalian baik yang rply disini atau hanya just SR.aku dah pm cik aus kita sendiri.

jangan salah paham.apa yang cik aus maksudkan disini pasal dia peduli apa solat lewat tu sebab time tu dia tertdo.tapi dia still solat jugaklah walaupun time tu dah terlewat.dah kata solat tu wajib.Jadi korang jangan pikir pulak sengaja melengah2kan solat/melewatkan solat tu xpe.hukumnya tetap berdosa sebab mendahulukan benda lain selain Allah.Dalam situasi ni dia tak sengaja.Tengok jelah kat mekah camne semua yang berniaga masing2 tutup kedai demi mendirikan solat awal waktu.

kat sini aku tepek satu kisah untuk pedoman bersama.

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar… kisah yang boleh kita renungkan bersama  serta jadikan panduan  dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.


       Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’alayakni lebih kurang 2 kilometer  dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam  sebesar paha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallahkeadaan ular tersebut amat mengerunkan.


Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain  yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbarmereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit  dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitan  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).


Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayatwanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitan sedang membelit jenazahwanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu  Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.


Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat..Bagaimana kalau tak solat langsung….






Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 02:00 PM | Show all posts
adus...mana TT ni cepat la sambung citer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.183043 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list