CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bobby2008

[Tempatan] AirAsia Indonesia (QZ8501): Bangkai Pesawat Telah Dikesan #2428

[Copy link]
Post time 29-12-2014 03:38 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 29-12-2014 03:32 PM
***Berita yang belum sahih lagi, tengok boleh .. percaya jangan

Beredar Foto AirAsia QZ8501 Terd ...

emm..ada dpt jgk dlm wassap....dikatakan di belitung kan..tp xde pengesahan pihak berkuasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 03:38 PM | Show all posts

@geenie i check MH punya insure ada cover for death, under medical coverage. Domestic up to 150k, international up to 300k
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:41 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 29-12-2014 02:38 PM
Dedua tak dapat ape, sebab takde konsenses untuk kedua2 kategori tersebut dalam insurans.  Kat court ...

Yg MH370 tu dapat je pampasan insuran kan? Memang ada dalam newspaper bagitau wang insuran akan di-disburse batch by batch.

Yg MH17 tu pun katanya diorang akan bagi jugak wang insuran walaupun sepatutnya tak cover kemalangan yg disebabkan oleh act-of-terror. Tapi bagi jugak atas dasar perikemanusiaan gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:41 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 29-12-2014 03:32 PM
***Berita yang belum sahih lagi, tengok boleh .. percaya jangan

Beredar Foto AirAsia QZ8501 Terd ...




Confirm bukan. Ini yg skidded dkt kuching airport lama dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:44 PM | Show all posts
Sebelum Di AirAsia, Kapten Iriyanto Berkhidmat Di Adam Air


Memetik kenyataan daripada Kompas.com, sebelum Kapten Iriyanto menjadi juruterbang di AirAsia, beliau pernah berkhidmat di Adam Air, sebuah syarikat penerbangan tempatan di sana.Namun disebabkan syarikat tersebut telah jatuh muflis, beliau telah membuat keputusan untuk berhijrah ke AirAsia.

“Setahu saya, Iriyanto pernah berkhidmat di Adam Air sebelum ke AirAsia pada Mac 2008,” kata Hendro Kusumo Broto, sepupu kepada Iriyanto.

Sedikit info mengenai Adam Air, syarikat tersebut jatuh muflis akibat kegagalan dalam beberapa faktor seperti keselamatan dan beberapa juruterbangnya dilihat tidak mempunyai waktu pengalaman penerbangan yang cukup.
Terdapat sebuah laporan mendedahkan Syarikat Adam Air telah melanggar piawaian keselamatan penerbangan antarabangsa berikutan beberapa kes masalah teknikal yang menyebabkan beberapa beberapa siri pendaratan kecemasan telah dilakukan.
Perkara ini telah dinilai oleh Kesatuan Eropah (EU) yang telah memutuskan untuk mengharamkan syarikat tersebut membuat penerbangan ke Amerika Syarikat.
Berikut merupakan beberapa kes yang dilaporkan.
Pesawat penarbangan 782
Pada Februari 2006, Pesawat 782 milik Adam Air melalui penerbangan Jakarta ke Makassar telah terputus hubungan selama 20 minit dengan menara kawalan. Pesawat tersebut kemudiannya dilihat telah melaui titik “blind spot” di dalam radar yang membuatkan pesawat tersebut lenyap selama beberapa jam yang akhirnya membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Tambolaka.
Sejurus selepas kejadian tersebut juruterbang dalam kejadian itu dipecat dan Adam Air dilihat telah melanggar beberapa peraturan Keselamatan, termasuk mengeluarkan pesawat sebelum tiba masanya untuk diperiksa oleh pihak berkuasa penerbangan.
Pesawat penerbangan  574
Pada 1 Januari 2007, pengawal trafik udara di Sulawesi telah terputus hubungan dengan Boeing 737-400 pesawat 574 yang dilaporkan telah hilang kawalan yang seterusnya pada 10 Januari menemukan beberapa serpihan iaitu 300 Meter di persisiran pantai Sulawesi.
Pesawat milik Adam Air tersebut membawa sejumlah 96 orang penumpang (85 Dewasa, 7 Kanak-Kanak dan 4 Bayi) dan enam anak kapal dalam penerbangan menuju Manado didapati telah terhempas di perairan Majene, Sulawesi Barat.
Pesawat penerbangan 172
Pada 21 Februari 2007, pesawat penerbangan 172 milik Adam Air melalui penerbangan Jakarta ke Surabaya telah melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Juanda akibat fuselage pada pesawat tersebut mengalamai masalah teknikal.
Pesawat  penerbangan 292
Pada 10 Mac 2008, sebuah pesawat Boeung 737-400 milik Adam Air melalui penerbangan dari Jakarta ke Batam telah tergelincir sajauh 75 Meter di Lapangan Terbang Batam akibat kerosakan di salah sebuah sayap. Disebabkan kes terakhir ini, Syarikat tersebut telah dilihat memberhentikan perkhidamatanya pada hari kelapan peristiwa tersebut.
Namun apa yang pasti, kami yakin Kapten Irianto mempunyai pengalaman penerbangan yang cukup kerana beliau dikatakan seorang juruterbang yang sangat cekap dan mempunyai pengalaman di udara sebanyak 6100 jam penerbangan, manakala pembantunya sebanyak 2,275 jam waktu penerbangan di rekodkan.
Pesawat AirAsia QZ 8501 yang dikendalikan oleh Kapten Irianto hilang dari pantauan radar kira-kira pukul 7.24 pagi semalam. - MYNEWSHUB.CC


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:45 PM | Show all posts
geenie replied at 29-12-2014 03:34 PM
ini kapal yg skidded kat kuching ari tuh. cube tgk registration no kt tail. tuh 9M tuh. bukan  PK
...

sy tergelak je bila tgk ada org post gambar tu kat FB....nampak sgt dia penipu...

http://hazmanfadzil.com/tag/pembatalan-pesawat-mas/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2014 03:47 PM | Show all posts
Juruterbang Pesawat QZ8501 Terbang Terlalu Perlahan? – Pakar
Sebuah helikopter Tentera Laut Republik Indonesia yang terlibat dalam operasi SAR mencari pesawat AirAsia QZ8501.

Pakar penerbangan melihat pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia yang kini hilang itu terbang terlalu perlahan kira-kira 160 kilometer (km) sejam lebih perlahan daripada kelajuan biasa ketika menghadapi cuaca buruk.

Ketika ini pelbagai spekulasi dan teori dikemukakan berkenaan punca yang menyebabkan pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara Indonesia pada pukul 7.24 pagi semalam.

Seorang pakar penerbangan Geoffrey Thomas yang dipetik web Daily Mail UK berkata, beliau telah mendapatkan pandangan juruterbang lain dan mereka turut sependapat kerana kelajuan pesawat malang itu terlalu perlahan.
“Pesawat QZ8501 terbang terlalu perlahan, kira-kira 100 knot iaitu 160 km sejam lebih perlahan, pada ketinggian itu, ia amat berbahaya.

“Para juruterbang lain, percaya kru pesawat itu cuba mengelak cuaca buruk berkenaan dengan terbang menaik tetapi kemudian menyedari bahawa mereka terbang terlalu perlahan menyebabkan pesawat menjadi pegun.

“Ia mirip dengan apa yang terjadi kepada pesawat Air France AF447 yang terhempas pada 2009,” katanya dipetik laman itu.

Pesawat malang milik Perancis itu terhempas di Lautan Atlantik ketika dalam penerbangan dari Rio De Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis.

Menurut Thomas perkara itu juga boleh terjadi pada sebuah pesawat A320 yang canggih dan moden kerana hanya cuaca yang amat buruk boleh menyebabkan perkara ini.
“Juruterbang ini telah terperangkap dalam satu cuaca yang begitu buruk, pasti ada sesuatu yang telah berlaku,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pesawat A320 juga tidak dilengkapi dengan sistem radar terkini

Radar yang digunakan pesawat jenis itu sesekali akan menghadapi masalah dalam cuaca ribut petir dan adakalanya ia memberikan data yang salah kepada juruterbang.

Teknologi radar yang terkini, yang mula digunakan oleh syarikat penerbangan Qantas pada 2002, memberikan data yang lebih jelas dan tepat berkenaan ribut petir tetapi ia hanya akan digunakan oleh pesawat A320 pada tahun depan.

“Jika anda tidak memiliki sistem rada yang mempunyai pelbagai fungsi, anda terpaksa mengemudi radar berkenaan secara manual dan kemudian mengkaji data secara sendiri tentang kelembapan awan sebelum membuat keputusan.

“Anda boleh tersilap, ia boleh terjadi,” kata Thomas.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam sidang medianya di Surabaya, Indonesia menyifatkan kehilangan sebuah pesawat merupakan satu mimpi ngeri dalam hidupnya.

Pesawat QZ8501 membawa 162 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal dikemudi oleh Kapten Iriyanto dengan dibantu pembantu juruterbangnya warganegara Perancis.

Dua anggota Taktikal Tentera Laut Republik Indonesia meneliti peta ketika operasi SAR mengesan pesawat AirAsia yang hilang.

Ia sedang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura yang penerbangan biasa hanya akan mengambil masa kira-kira dua jam sahaja

.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) udara yang digerakkan semalam disambung lagi hari ini selepas ditangguhkan ekoran cuaca gelap apabila malam melibatkan tiga buah negara diketuai Indonesia, Malaysia dan Singapura. – MYNEWSHUB.CC

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:48 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 29-12-2014 03:32 PM
***Berita yang belum sahih lagi, tengok boleh .. percaya jangan

Beredar Foto AirAsia QZ8501 Terd ...




Bila baca balik, i nak ckp satu je.. Kok pemalas dasar brengsek betul reporter tribunnews ni. Tak kan la tak pandai nak cari info sebelum siarkan berita pelesu macam ni? Haihss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 03:48 PM | Show all posts
Kittie salu beli insurans sbb byk ulang alik ke Jepun. Coverage MAS & AA sama jer. Kalau yg dekat2 Kittie tak beli la sbb dah cover dgn insurans yang dah ada ni. Kittie mmg ambil insurans kalau jauh2 sbb risau yang bahagian medical cost tu, Kittie ni dah la jenis berpenyakit. Untuk full coverage, kena beli tiket return. Kalau beli tiket sehala, kesihatan/perubatan cover utk first 48 hours jer. Dulu AA takde coverage kesihatan ni untuk tiket sehala, tp sekarang dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:49 PM | Show all posts
Isnin, 29 Disember 2014 @ 3:20 PM

Pesawat AirAsia Zest berdepan masalah tayar di Filipina

MANILA: Sebuah pesawat AirAsia Zest membawa 184 penumpang berdepan masalah tayar di bandar Tagbilaran di tengah Filipina, hari ini mendorong syarikat dimiliki AirAsia Filipina itu membatalkan penerbangannya, kata pegawai.

Insiden itu hadir ketika usaha dilakukan bagi mencari dan menyelamat pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, membawa 162 penumpang termasuk anak kapal.

Sekurang-kurangnya empat penerbangan domestik dari dan ke Tagbilaran telah dibatalkan kerana kejadian itu semalam.

Jurucakap pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina, Eric Apolonio berkata, penerbangan itu membawa 178 penumpang dan enam anak kapal.

Tayar pesawat Airbus A320 itu kemudiannya dipulihkan, membolehkannya meneruskan penerbangan ke ibu negara Filipina itu. -AP




http://www.bharian.com.my/node/25926


mcm-mcm hal la pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:50 PM | Show all posts
hilang ke terhempas?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:51 PM | Show all posts
geenie replied at 29-12-2014 03:34 PM
ini kapal yg skidded kat kuching ari tuh. cube tgk registration no kt tail. tuh 9M tuh. bukan  PK
...
nota kaki: 9M registration a/c utk malaysia. PK registration utk Indonesia

Terimakasih untuk info ni

iols report harap uols dapat tacang lebih untuk info ni .. maner tau momod baik hati kan



Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:52 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 28-12-2014 07:16 PM
naik basikal klo nak.mati bleh mati kak.oi.

laki hakak lagi dasat katanya kat hakak "atas katil pon ramai yg mati"....hakak tawakkal ...inshaaAllah selamat...aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:53 PM | Show all posts
Simunggu replied at 29-12-2014 03:37 PM
6 pesawat di sana masa tu...yg lain selamat...AA hilang....kapal sama...teknology sama...yg berbez ...

macam kes MH17 kan
bertimbun ader pesawat lain masa tu ...


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:53 PM | Show all posts


PEMANDANGAN dari udara sebahagian Pulau Belitung di Laut Jawa, Indonesia. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 disambung semula pagi ini dengan pencarian turut mencakupi Pulau Belitung. - Foto Aizuddin Saad
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:54 PM | Show all posts
macam bermusim aje kes2 macam ni. Kalau musim ular sawa selalu aje musim yg sama. kalau musim dera, hari2 cerita pasal dera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 03:55 PM | Show all posts
Hessa replied at 29-12-2014 03:38 PM
emm..ada dpt jgk dlm wassap....dikatakan di belitung kan..tp xde pengesahan pihak berkuasa..

berita palsu detected

ini kapal yg skidded kat kuching ari tuh. cube tgk registration no kt tail. tuh 9M tuh. bukan  PK

nota kaki: 9M registration a/c utk malaysia. PK registration utk Indonesia

credit to @geenie


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:56 PM | Show all posts
achik2009 replied at 29-12-2014 03:49 PM
Isnin, 29 Disember 2014 @ 3:20 PM

Pesawat AirAsia Zest berdepan masalah tayar di Filipina

tak bgtau plak apsal dgn tayar tuh. tayar tuh ada cycle dia la brapa kali landing nak kene tukar
mende cam nih pn masuk news
kalau lah korang dpt alert senantiasa apa kapal yg kene ground sbb defect ape, korg rakyat marhaen harus freak-out tak mo naik ketebang dah


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:56 PM | Show all posts
juliez replied at 29-12-2014 03:41 PM
Confirm bukan. Ini yg skidded dkt kuching airport lama dulu.

tu la kan
nasib baik geenie bagi info


Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 03:58 PM | Show all posts
teringat mh370.. sampai sekarang takde khabar berita   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.115672 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list