CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jelita

[V43] ~ ALL ABOUT NUR FAZURA ~ HAPPY 1ST WEDDING ANNIVERSARY

 Close [Copy link]
Post time 11-12-2018 05:01 PM | Show all posts
eee...malunya salah benang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 05:06 PM | Show all posts
ini artikel tahun 2008 - memahami seorang fazura

Maaf, tetapi bukan melupakan
Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]

BOLEH dikatakan, sebelum ini aktres jelita dan berbakat besar, Nur Fazura Sharifudin atau Fazura diumpamakan individu mudah melatah, selain cepat melenting.

Kemarahan wanita ini bukannya tidak bertempat, sebaliknya Fazura lekas naik angin tatkala perihal peribadi dicuit media dan masyarakat.

Kini segala-galanya berubah setelah Fazura bebas daripada pertuduhan mencederakan seorang suri rumah di sebuah kelab malam empat tahun lalu.

�Sebelum ini, saya cepat marah. Sebaik saja saya dibebaskan daripada tuduhan itu, saya terus layu. Bermacam kelainan diri mula timbul kesan daripada kes berkenaan,� ungkap Fazura semasa ditemui pada majlis kesyukuran dan rumah terbuka Aidilfitri di Restoran Puteri, Sungai Penchala hujung minggu nan lalu.

Lancar sungguh bibir gadis berusia 25 tahun ini bercerita tentang kisah silam yang pernah dilalui itu, tanpa sedikitpun berselindung. Butir bicaranya cukup matang dan bernas, menandakan diri kini melangkah setapak ke depan, menjadi insan lebih baik daripada hari sebelumnya.

Jelas Fazura, sebelum ini sikapnya cukup defensif. Pantang sahaja ada perkara tidak baik berlaku kepada dirinya, dia senang mengamuk tidak tentu pasal.

�Dulu saya memang cepat nak meradang kalau ada orang lain kacau kisah peribadi atau usik saya. Saya seboleh-bolehnya mungkin akan elakkan supaya tak ada mana-mana pihak mengguris hati saya, buat saya marah.

�Syukurlah, kini saya lebih tenang dan berkeyakinan menghadapi sebarang perkara. Sikap ini berubah secara drastik dalam diri,� sahut anak kedua daripada empat beradik ini.

Pelakon yang terkenal menerusi siri dan filem Gol & Gincu ini memberitahu, sebelum �terjerumus� dalam kes berkenaan, dia mudah berang dengan pertanyaan bersifat provokasi daripada orang keliling.

Pantang sahaja ada cerita negatif tentang dirinya, maka dia pantas mempersoal perkara itu semula. Sikap buruk itu membuatkan dia dinilai sebagai pelakon berkarektor jahat sekali gus gemar mencetus kontroversi tidak berkesudahan.

�Kalau ada siapa-siapa nak cari pasal, sudah tentu saya terus bangkit mempertahankan diri. Memang saya pantang diusik masa tu.

�Setelah bebas dan melalui pengalaman memeritkan empat tahun sebelum ini, kini saya mampu mengimbangi diri, untuk berada di posisi tengah-tengah.

�Sekarang saya tak bagi orang ambil kesempatan pada diri, pada masa sama, tak jadi individu teruk, ikrar Fazura yakin tanpa ada sebarang keraguan.

Disaran ambil tindakan

Empat tahun ditimpa malapetaka besar itu, Fazura mengaku dia marah dengan individu terlibat, dek reputasi diri sebagai seorang pelakon dan model tercalar.

�Ramai kenalan suruh saya ambil tindakan semula terhadap wanita itu kerana sepanjang tempoh tersebut, saya kehilangan banyak tawaran lakonan dan peluang menjadi jurucakap produk.

�Entahlah, setakat ini saya belum ada sebarang rancangan, tutur Fazura ringkas tentang rencana untuk melawan semula terhadap wanita yang pernah menghuru-hara hidupnya.

Begitupun, jelas Fazura, dia sudah memaafkan wanita terbabit, namun untuk melontarkan terus kejadian itu dalam fikiran, tidak sama sekali.

�Bayangkan, selama empat tahun saya menerima bermacam tanggapan tidak baik daripada orang ramai. Karier seni saya terus menurun ditambah dengan kehilangan banyak tawaran menjadi duta.

�Saya sedar dalam keadaan kes itu masih berjalan di mahkamah, sudah tentu ada sesetengah pihak tak berani mempertaruh saya untuk jadi model atau jurucakap.

�Kini setelah semuanya selesai, saya nak pandang ke depan dan lakukan apa jua demi mencapai kejayaan dalam kerjaya, azam Fazura.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 05:09 PM | Show all posts
Jelita replied at 11-12-2018 09:00 AM
ehhh lupa nak bagi tahu. ai dah try trufitz..sedap la tapi tak makan hari2. nih ada tinggal 1 peket  ...

review laa kaka jel. iols mcm berminat tp as supplemen jer lah. sbb iols pemalas nak buat breakfast skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 05:10 PM | Show all posts
sora13 replied at 11-12-2018 09:06 AM
ini artikel tahun 2008 - memahami seorang fazura

Maaf, tetapi bukan melupakan

lps kes tu, fazzy did actually saman that lady kan? tp taktau mana silap, maybe point tak dpt jd duta tu contains element of uncertainty, sheols kalah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa nak tunggu role yg epik tu susah kut...tokoh politic perempuan ramai...tapi tu agak politically incorrect kalu Cuba dihidupkan...x kan nak watak shamsiah fakeh pula....
Tunggu putri hang li po le...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 11-12-2018 05:31 PM
Saya rasa nak tunggu role yg epik tu susah kut...tokoh politic perempuan ramai...tapi tu agak politi ...

Saya suka kalau Faz dapat watak puteri hang li po..muka dia boleh jadi melayu, cina, siam, pino atau minah salleh. Hindustan pun boleh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2018 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols plk tak kisah faz lakon watak apa saja jdi drive bas pun meols hadap. asalkan faz jgn ssekli ambil watak jdi perempuan kena dera.sepak trajangkah.tak sangup tengok badan comel sheols dperlakukan sbgitu.gitu kepihatinan meols
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 06:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sora13 replied at 11-12-2018 08:37 AM
iols pun dah tak ingat iols pernah post ke tak, kalau terpost gambar fazzy yg sama byk2 kali, jgn ma ...

Salam sora kaka ingat selama ni sora ni alh sorang fans yg nama soratec tu...maap ye ropernya kaka salah org
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
jendul replied at 11-12-2018 10:48 AM
Salam sora kaka ingat selama ni sora ni alh sorang fans yg nama soratec tu...maap ye ropernya kaka ...

Soratec tu Fattahrians frm SG
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sora13 replied at 11-12-2018 05:06 PM
ini artikel tahun 2008 - memahami seorang fazura

Maaf, tetapi bukan melupakan

Setiap ujian Allah hanya untuk umat yang Dia pilih......kental sungguh  hati n keazaman Faz....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Fazzy still duta nutox kan?sbb nmpk sakinah yg promo utk sales lazada
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jendul replied at 11-12-2018 06:48 PM
Salam sora kaka ingat selama ni sora ni alh sorang fans yg nama soratec tu...maap ye ropernya kaka ...

Hahaha...Dulu ramai yg macam kaka tanya saya ni Sora tu ke? Sampai ada rasa nak tukar nama sbb taknak sama tapi malas.  Sora means sky in japanese btw. Hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:00 PM | Show all posts
eely_shana replied at 11-12-2018 04:33 PM
Kalau tak silap iols sebutannya cut bukan cut=potong. Kalau tak silap lah, kalau iols silap mintak ...

Yes..Cut Nyak ni keturunan Aceh...tapi kat Msia pun adaKalau ejaan di Indo is Tjoet Nja'

My granduncle nama Cut Nyak Aziz, sister dia Cut Nyak Rohana
Tapi next generation , anak derang dah tak pakai dah

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lovelovely94 replied at 11-12-2018 07:51 PM
Fazzy still duta nutox kan?sbb nmpk sakinah yg promo utk sales lazada

No more dear.ptghan tahun ni pun nutox ada perkenalkn duta yg baru.i think mybe faz tak nak renew contrak.ya lah kan dh lama sheols brsama nutox tu kn
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:07 PM | Show all posts
Tailgate replied at 11-12-2018 05:36 PM
Saya suka kalau Faz dapat watak puteri hang li po..muka dia boleh jadi melayu, cina, siam, pino at ...

Yes... Hang Li Po , Cik Siti Wan Kembang pun boleh
Atau tokoh wanita mcm Azah Aziz ( mak Tan Sri Zeti)  or  Menteri wanita pertama Tan Sri Fatimah

Tapi tak tau lah ada tak produser nak buat, bcos Msia punya semangat nasionalisme ni kureng sikit berbanding Indo



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 11-12-2018 08:00 PM
Yes..Cut Nyak ni keturunan Aceh...tapi kat Msia pun adaKalau ejaan di Indo is Tjoet Nja'

My gra ...

Kalau ejaan mcm chuols tulis tu 'tjoet' tu sbb pengaruh ejaan belanda kan. Mcm 'soeratkhabar' tu pun sama. Sama jugak teroesir=terusir
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sora13 replied at 11-12-2018 12:19 PM
itulah masalahnya makcik ni ada bakat tapi tak minat pulak. rasanya sheols pernah cakap dalam bany ...

Tu lah psl faz mmg bbakat jdi host.dgn marion dlu pun best jugak tengok.iols tink sheols lebih suka english talkshow.tpi ya lah kn dia mmg tak suka jdi host.dlu pun nona pernah offer  pun dia tolak
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sora13 replied at 11-12-2018 12:38 PM
dari kecik sampai besar, muka babyish tu tak hilang esp time pipi sheols gebus...

Betul sma ja sheols dri dulu.love this pic sora
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 11-12-2018 08:07 PM
No more dear.ptghan tahun ni pun nutox ada perkenalkn duta yg baru.i think mybe faz tak nak renew  ...

Owh yeke lama xmsk forum xtw byk story huhu.may b sheolls nk keluarkn her own brand under trudolly kot. If yes bestnyee good for her bussiness
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 5.666775 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list