CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 15-11-2011 11:36 PM | Show all posts
Reply 900# bunga321

Nak pinjam mata buat sesesaat...pas tue hang ambik balik laaa....hehehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 11:37 PM | Show all posts
Reply 899# chefmizan


    U la kan cheff. Tapi ape yang cheff kaulat n yang lain ajar suruh amalkan ayat2 ke doa ke surah yg dah di post dlm post yg awal bunga dah siap catit dalam buku nota bunga. N bunga akan cuba amlkan. Insyallah sgala nasihat tunjuk ajar untuk kebaikkan bersama sesama islam kan insyallah. Moga kita ni sentiase di lindunginye. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:42 PM | Show all posts
Reply 901# sofiera



Ala, sesaat ke, amik je la terusm eh. Nnt kite takde mata pulok. Hish. Mase start nampak memacam tu mmg tak dpt tdo malam. Memang nak nangis. Tapi banyak pada marah n geram sbb bende tu dok kacau kite kan. Bunga banyak kene mase start pindah rumah baru. . Nnt bunga update lg. Ape yg bunga update adalah utk renungan kite bersama mungkin ade hikmah d sebalik kejadian. Bunga langsung tak mintak. Awk nak tiap2 mlm takleh tdo? Hish. Tp skng dah kurang alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:46 PM | Show all posts
Mase tiime diorg sibuk menyakat bunga gila2 tu mase bunga tiap2 malam takleh tido. Keje pon terganggu. Sampai doa kat allah. Ya allah ya tuhan ku. Malam ni aku nak tido dengan tenang tanpa gangguan. Alhamdulillah. Klu tak bunga asik dapat mimpi, dapat rasa n lihat memacam. Nauzubillah. Tamau lg dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 11:58 PM | Show all posts
Reply  sofiera



Ala, sesaat ke, amik je la terusm eh. Nnt kite takde mata pulok. Hish. Mase  ...
bunga321 Post at 15-11-2011 23:42



    Taknak laaa....sesaaat jer...hehehe lebih sesaat dari tue....sy taknak{:4_189:} {:4_190:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 12:03 AM | Show all posts
Reply 887# KAULAT

eh yeke? emmm....x perasan lak ade camp site kat ctu....rasenye itu check point first kot....itu pun dah x larat....hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2011 12:05 AM | Show all posts
Reply 899# chefmizan


oh gitu ya chef..
alhamdulillah, skang ni gun da xhomesick lagi dan kemana pun gun pegi mesti ada kawan, dulu ala2 bdak manje gitu{:4_237:} ..skang da biase hdup kat asrama dan banyak sgt dpt pngalaman...pe kte orang 'alah bisa tegal biasa'{:4_233:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 12:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by nufaha at 16-11-2011 11:16

Nak cite kisah kat gunung ledang lak

kisah nyer berlaku sethn lepas....ktorg g daki gunung ledang....

siang tuh seharian lah daki gunung ledang...memang letih n sgt2 menguji mental n fizikal....

malam menginap resort kat ctu....member sy neh yg kene...bukan sy....member sy neh die balik dr toilet kalau x silap, dan die menuju ke dorm, ktorg dok ramai2 dlm satu dorm, dorm kan panjang, dorm kan ade 2 pintu, satu pintu hujung sini, satu lagi hujung sana (korang paham ker mcm boleh tunjuk jek kan? hahaha) so, member neh die nampak lah ade member laen masuk ikut pintu hujung lg satu, so die decide nak ikut pintu tuh memandangkan pintu tuh lagi dekat dgn katilnya, die memang cam lah itu member ktorg jugak sbb ktorg semua pakai t-shirt yang sama, jadi bile sampai kat pintu tuh die ketuk r mintak member tuh bukak, sbb die memang nampak ade org masuk lalu ikut pintu tuh, tapi bile ketuk2, xda org bukak, terpaksa r die patah balik, ikut pintu lagi satu, sekali die masuk, xde sape pun kat dorm tuh, semua kat bawah time tuh ikut aktiviti.

sorry...x bp nak seram...nasib lah lepas balik baru member cerite....huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 12:22 AM | Show all posts
chef or TT or forumer laen...sy just nak tanye/ mintak pendapat tentang masalah yg dihadapi oleh member sy....

member sy rase bilik die mcm ade something, tp x tw lah mender, member sy neh kalo tido kat atas katil die mimpi ngeri, tp bile die letak buku yassin kat atas katil baru lah die x mimpi ngeri, then ade member die (member sy gak) dok tumpang bilik die, pastu member die neh adelah tido kat katil die 2 mlm berturut2 n 2 mlm berturut2 tuh jugak die mimpi ngeri, member die neh ble tido kat lantai xdelak mimpi ngeri, jd mlm seterusnye die letak yassin kat katil, barulah die x mimpi ngeri, dorg ade gak suruh sy lak tido kat katil member sy tuh nak tgk sejauh mane kebenaran mimpi ngeri tuh.....tp sy lak x berani....huhuhuhu....

bilik member sy neh adelah kat hostel, ktorg neh masih student...apsal ek? adekah ade kaitan dgn sejaah bilik tuh? emmmm...sape2 boleh tolong jwb? huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 12:46 AM | Show all posts
Reply 817# chefmizan


    'Malam semalam lepas maghrib semua ayah mengaji. Lepas tu tiba2 anak Nida melalak tak hengat dunia. Ayah berlari la turun. Tanya kenapa. Ibu cakap ada yang tegur baby. Ayah naik ambil selendang yang kamu bagi aritu. Ayah libas2 la baby,senyap sekejap. Pastu dengar pintu bilik air macam ada orang hempas. Nak kata ada orang semua orang dalam rumah ni ada depan mata ayah. Ayah gi dapur pastu tanya la sape?.. Senyap je. Ayah pasang lampu bilik air buka pintu takde apa2. Masa tengah selak pintu tu ayah terasa ada angin lalu sejuk sangat angin tu. Sambil tutup pintu ayah selawat dan baca ayatul Kursi. Elok je ayah pusing nampak 'benda' tengah berdiri belakang ibu kamu. Ibu dengan Nida tak nampak agaknya. Yang baby ni sekali lagi melalak. Ayah akut jugak la kot nanti dia sampuk salah sorang tu. Ayah jerit panggil ibu suruh beralih tempat. 'Benda' tu marah agaknya dia pusing mengadap ayah. Sekelip mata tau2 dia dah depan mata ayah. Ayah memang terpaku. Ibu kamu perasa agaknya dia baca apa ntah baru la 'benda' tu sikit2 menjauhkan diri. Bila ayah dah boleh bergerak ayah bantu ibu kamu semua masuk bilik. Ayah pasang cd surah Yassin kuat2 dalam bilik sambil suruh ibu selawat dan baca ayatul Kursi. Masa tu memang ayah nekad nak halau 'benda' tu. Apa jadi pun jadi la.

     Masa ayah keluar bilik tak nampak pun 'benda' tu mana duduk. Tercari2 jugak. Ingatkan dah takde. Yang si baby pun dah senyap sikit melalaknya. Ayah naik atas amik Quran nak bawak turun. Nak mengaji kat bawah. Elok je ayah duduk kat sofa,'benda' tu pun duduk kat sofa depan ayah. Memang seriau gile la masa tu. Ayah tak pandang tapi memang masa tu 'benda' tu mengadap seolah2 menenung ayah. Ayah cuba buka Quran tapi tak boleh. Puas jugak la selawat dalam hati,tapi macam tak berkesan. Dalam masa yang sama ayah dengar bunyi barang2 besar kat rumah atas jatuh. Kuat bunyinya. Dalam samar2 cahaya lampu beranda luar ayah nampak dari cermin penampakkan mundar mandir kat luar rumah. Masa tu memang ayah kaku tak boleh buat apa2. Yang boleh bergerak masa tu cuma mulut. Ayah tanya kenapa 'ko' datang sini. 'Benda' tu tak jawab. Dalam usaha melepaskan diri tu ayah nampak yang kat luar dah masuk. Berdiri betul2 kat bawah tangga(menuju kerumah atas). MashaALLAH dalam hati ayah kenapa banyak sangat ni. Ayah masa tu risaukan ibu kamu semua dalam bilik.

     Yang bawah tangga tadi ayah nampak slow2 'dia' bergerak ke anak tangga. Pastu hilang. Yang depan ayah pun hilang. Lama jugak la ayah terpaku kat sofa tu. Pastu degar ibu kamu tanya dari dalam bilik ok ke tak. Ayah cakap takde pape. Ayah try nak ngaji. Baru je baca bismillah dung tam,dung tam dengar barang2 kat umah atas macam dicampak2. Ayah ingat nak naik tapi risau jadi pape ayah baca je la Quran kat bawah. Yang ayah heran kenapa ayah baca pun benda tu still mengamuk kat atas?. Bunyi cermin pecah la. Barang2 pecah la. Bila masa ayah berhenti 'benda' tu turun tangga. Ayah sambung 'dia' naik balik. Ntah sampai pukul berapa ntah ayah tertidur kat sofa. Sedar2 ibu kamu kejut. Ayah bangun solat isyak semua ibu kamu ajak tengok luar rumah. Sebab dengar macam suami nida balik. Bila buka pintu takde pulak kereta dia. Ibu suruh keluar tengok depan rumah. Ayah pun keluar la. Nasib baik lampu luar pasang. Takde la gelap sangat. Melilau jugak la sampai jalan utama depan rumah takde jugak.

     Pusing nak balik rumah ayah tengok ada 'benda' tengah bergayut kat tingkap bilik nida. Ayah diam je masa tu macam terperanjat. Pastu dengar ibu kamu menjerit. Berlari ayah masuk rumah tapi pintu pulak berkunci. Ayah jerit2 dari luar suruh ibu bukak pintu tapi tak bukak2. Ayah lari ke cermin tempat 'benda' tadi bergayut,nasib baik dah takde. Ayah ketuk2 tingkap nak suruh ibu kamu keluar buka pintu. Tapi tak jawab2. Ayah dah tak sedap hati sebab dari luar memang ayah dengar suara ibu kamu menjerit tak henti2. Jenuh ayah tendang pintu tu(pintu hall tengah) tapi tak pecah2 padahal nipis je. Memang ayah takut sangat masa tu,yela dalam rumah semua perempuan,macam2 boleh jadi. Ibu kamu pulak tak berhenti2 menjerit. Kebetulan masa tu Wak(jiran sebelah tu) baru balik dari umah mangsa datang jenguk. Wak tanya kenapa. Ayah bagitau sikit2 je. Wak kata meh kita baca apa2 yang tau. Masa baca tu lagi kuat ayah dengar suara ibu kamu menjerit. Tanya wak. Wak kata tak dengar pape. Lepas je abis baca pintu tu elok je terbuka. Masuk tengok ibu,nida dgn baby nyenyak je tidur. Ayah kejut semua sebab Wak cakap tidur je rumah dia. Tu yang subuh2 Ibu call kamu suruh balik.

Nanti sambung bahagian saya pulak menhadapi 'benda2' ni dirumah. Sehingga membawa saya ke tempat kejadian.

Wallahualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 12:51 AM | Show all posts
Reply 909# nufaha


    Mimpi biasanya adalah berkaitan.. Mungkin bukan kategori deejavu,tapi kemungkinan besar ada sejarah terhadap katil atau tilam tu. Atau juga mainan syaitan.. Sebab tu di haruskan untuk mengamalkan baca doa tidur,Selawat,Fatihah,dan mengucap sebelum tidur..


Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2011 08:34 AM | Show all posts
Assalammualaikum,

selamat pagi...Selamat melayari "Tetamu Tak Diundang"
Kebiasaannya..bila kita berada atau pertama kalinya atau berada ditempat baru,kita kena menghormati tempat tu dulu,
sebab mungkin tempat tu ada yang menghuni,

Berbalik pada cerita nufaha apa yang saya boleh gambarkan mungkin dikatil tu atau bilik tu pernah berlaku sesuatu kejadian yang telah lama berlalu,dan ia tidak diceritakan,

Dan mungkin juga mainan perasaan dimana bila orang yang pernah terkena bercerita pada member lain dan member tu tido dikatil tu...biasanya ia akan terbawak-bawak hingga terlena..

Sebab tu sebelum tido kita digalakkan membaca surah supaya kita tidak leka atau mengelamun sebelum tido,dikuatiri membawa hingga termimpi-mimpi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 09:00 AM | Show all posts
tak sabar nak tahu seterusnya apa yg berlaku cheff mizan... up date cepat tauuu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 11:39 AM | Show all posts
hi semua... TT dan tetamu2 yang semakin ramai bertandang...

akak pernah posting sekali dua sebelum ni, nak update citer tapi malas la plak..

cuma ada cerpen (hehehe.. cerita pendek kawan akak ler..)

baru2 ni dia ada call akak, kita org berbual2 dan tetiba2 terbuka lak citer seram ni.. menurut kata dia, sekarang ni dia dalam usaha nak gi berubat, tapi tak tau kenapa dia malas ya amat nak pegi.. umah yang dia duduk skrg ni asalnya tak da apa2, tp selepas dia stop meniaga jambu pakchu tu yang dia perasan dan terasa kehidupan dia ada kelainan sedikit.. dia perasan semua ni berlaku selepas dia berhentikan pekerja indon dia tu..

menurut kata kawan akak ni, orang2 yang dia jumpa utk berubat kata tubuh badan dia ni mcm magnet (ntah cemana nak citer yer, mcm tak percaya, tp ntah lah...). Menda2 ghaib ni macam cepat tertarik dan suka ikut dia...

kawan akak perasan, yang paling obvious sekarang ni is menda yang ikut dia tu macam toyol, kalau dia kat dapur, dia terasa2 jer menda tu lalu lalang belakang dia.. dan bila tidur memalam tu dia akan terasa pintu bilik dia dibuka dan ternampak bayang2 si toyol yang tak berapa nak toyol ni berdiri kat pintu, ala mcm kita baring ngadap pintu, pastu somebody nak masuk, kan kita nampak dia berdiri tapi tak perasan muka sebab bilik kita gelap dan cuma lampu kat luar je terpasang...

dia menyampah ngan benda tu (dia kata dia dah tak takut dah jadinya sebab menda tu kerap sangat mengikut dia).  si toyol tu suka gak usik2 dia, kadang2 waktu tidur (asben dia jarang2 gak ada kat umah sebab asben dia mlm2 buat part time) dia dpt rasa tilam dia di pijak oleh menda tu dan kadang2 bila anak dia tido berbantalkan lengan dia, si toyol ni akan mencuit2 hujung jari jemari dia, dia kata tangan2 tu sejuk jer...

tp memandangkan dia dah tak kuasa melayan, dia biarkan jer menda tu membilang2 jari jemari dia.. anak lelaki dia (now umur dlm 6 tahun gitu) selalu bagi tau yang dia terserempak dengan menatang tu tp kawan aku cuba pujuk dan kata tak de apa2..

smpi la ni pun kawan aku tu tak jugak pegi berubat, dia kata dia malas, bila agak2 rajin nnt dia pegi ler...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 02:01 PM | Show all posts
hi semua... TT dan tetamu2 yang semakin ramai bertandang...

akak pernah posting sekali dua sebelu ...
puanlina Post at 16-11-2011 10:39



beraninya kawan pn lina ni.......dengar bunyi pelik skit pun aku dah takut...apatah lagik dok main cak2...{:4_190:}
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 03:09 PM | Show all posts
cerita yang best chefmizan n TT..tak sabar nak tunggu sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2011 03:43 PM | Show all posts
Reply  ana_princess

     Dalam keluarga saya memang pantang balik rumah maghrib2 ni.. Kecuali da ...
chefmizan Post at 9-11-2011 17:26


chefmizan..same dgn family sy..ms kecik2 dulu kepantangan ayah kalau balik umah maghrib2..mmg dia akan pastikan sebelum maghrib anak2 dia ade kat umah...kalau ade yg mandi selepas dia mandi siaplah kena marah...dah besar ni masing2 dh kawen,kalau balik smpai waktu maghrib,mmg ayah n mak xbg terus masuk umah..duk luar kejap bace ape yg patut br masuk rumah terutamanya kalau ade baby dlm rumah memang kitaorg x dibenarkan terus masuk ke dlm rumah..risau ade yg mengikut kalau balik jauh2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 04:11 PM | Show all posts
best la thread ni...teringat citer mase baru2 pindah rumah yang ayah n mak duduk sekarang..rumah kg puteri la..mase tu puteri baru darjah 2..sekitar tahun 89 kalau xsilap..rumah yang ayah n mak tinggal sekarang ni dibina atas tapak hutan..rumah atas bukit..mase buat rumah tu ayah tak tengok pun kawasan tu..terus je buat rumah..bile rumah dah siap,ayahlah orang pertama yang tido kat rumah tu dulu..mengikut cerita ayah mase tido untuk pertama kalinya mlm tu kedengaran bising sgt seolah2 ade yg berpesta atas bumbung rumah..

Ayah puteri pulak jenis yang tak nak percaya makhluk2 halus ni..so dia buat mcm  takde ape yg berlaku..kami tetaplah berpindah ke rumah tu..perkara yg paling tak dapat puteri lupekan bilamana menjelang maghrib je hingga ke subuh, kami satu keluarga dilanda gatal2 satu badan..bergarulah kami satu keluarga..gatalnye hingga keluar bintat2 yg besar2 tu..rata ayah bawak kami sekeluarga ke klinik dan hospital tapi doctor still tak dapat nak trace punca gatal2 tu...yang peliknya gatal2 dan bintat2 tu berlaku antara maghrib hingga ke subuh je...

puteri pulak seringkali diganggu dgn bunyi-bunyian..setiap tgh malam automatik mata terjaga dan dgr mcm2 bunyi kat luar rumah..pernah puteri dgr bunyi org selak suratkhabar, bukak radio dan dgr org berjalan..tp tak penah pula benda2 tu tunjukkan dirinya..yang abang puteri pulak penah bermimpi ade seorang tua yg berjumpe dengannya dan mengajaknye pergi ke satu tempat,sampai je kat tempat tu, terus dipukulnya belakang abg puteri,dan bile abg puteri sedar, dia berada di bwh katil kakak puteri..sedangkan dia sbnrnye tidur di bilik dia sendiri..masa dia sedar tu, pintu bilik kami (puteri kongsi bilik dgn kakak puteri) bertutup dan masa dia balik ke bilik dia sendiri pintu bilik dia juga bertutup..memang sgt misteri..

bile dicerita semua dgn ayah, baru ayah terfikir yg tapak buat rumah tu mungkin ade sesuatu yg mendiami sebelum kami..jadi ayah bertemu dgn ade seorang atuk tu yg ade hubungan persaudaraan dgn ayah tengok2kan rumah tu..mmg betul kwsn rumah kami tu ade yg tinggal..benda tu marah tempatnye diceroboh..sbb itu benda tu mengganggu..lepas je rumah tu dipagari, alhamdulilah sehingga kini takde dah benda2 tu menggangu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 04:50 PM | Show all posts
semakin menarik...sila sambung chef..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 07:28 PM | Show all posts
fuhhh!!!..berpeluh nk ngabeskan thread ni...best2!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058209 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list