CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fasmy98

All About Medan, Sumatera Utara - Part 2

  [Copy link]
Post time 9-2-2013 01:30 PM | Show all posts
feezasabri posted on 5-2-2013 02:55 PM
salam..
ada info camne nak buat backpack cam awak?? ke ade blog..
kalo tak keberatan.. boleh s ...

nti blh feeza blh bca blog sy. xabis lg entrinya nti fre sy smbung lg.. almt blog nti sy pm ok
smua tu penglaman sy p medan cara backpack. xde booking2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2013 01:30 PM | Show all posts
cikyayan posted on 8-2-2013 10:58 AM
mmg cantik sgt kat danau toba tu kan...

org yg dh smp xkan lupakan DT kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 01:34 PM | Show all posts
cancer_files posted on 9-2-2013 01:25 PM
ha...kapan ke Medan? tak bagitau...
kita boleh jumpa padahal....saya tinggal di medan....

iye???? alahai.... sy terlalu sibuk sblum ke medan. byk yg xsempt nk update mklumt kt sni.. klu la blh jpe cancer alangkah bgusnye.. nx time nk pegi lg ni. blh jpe cancer la klw gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 02:46 PM | Show all posts
bee2801 posted on 9-2-2013 12:34 PM
iye???? alahai.... sy terlalu sibuk sblum ke medan. byk yg xsempt nk update mklumt kt sni.. klu la ...

iya...yang sekarang di medan sis melur_30 dan dah saya ajak ke tempat makan di sini yang banyak orang tak tau....
ok, mungkin lain kali boleh jumpa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 08:27 PM | Show all posts
dvpro posted on 5-2-2013 06:48 PM
Harga RM1200 full board 3h/2m tu utk brp orang? Guna kereta apa?

saya pergi 3 dewasa 1 kanak2. ambil 1 bilik dan xtra bed. naik Innova. cover semua lunch dinner dan bfast. termasuk parking dan entrance fee ke tempat pelancongan serta tambang feri ke samosir.
Sebenarnya kalu ambil supir sahaja, murah sikit. Tapi kena book hotel,prepaid dan lain2lagi. Pakej saya, sampai kat Medan baru bayar!  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 08:29 PM | Show all posts
datuksri posted on 9-2-2013 08:27 PM
saya pergi 3 dewasa 1 kanak2. ambil 1 bilik dan xtra bed. naik Innova. cover semua lunch dinner da ...

Thanks for sharing Datuk Seri.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2013 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya dituk2 saat ini.lepak Di bagus bay 2 mlm.cuaca disini mendung & hujan tapi kulit dah mcm udang kena panggang huhuhu.. Harini cuma sempat merempit ke nainggolan aje.dpt lihat 6x pelangi.subhanallah, kagum sgt.esok insyallah akan ke efrata waterfall, pusuk buhit dan pantai pasir putih. Hopefully semuanya berjalan lancar Dan jglah kulit makin terbakar huhuhu Last edited by melur_30 on 9-2-2013 08:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2013 08:34 PM | Show all posts
dmarlinda posted on 8-2-2013 05:12 PM
Alhamdulillah....lega dengar cerita drp datuksri coz saya pergi nanti pun insya Allah ambik Pak Ri ...

Tempat makan, biasale nasi padang. kalau makan sendiri mungkin lebih jimat. Kat DT jgn lupa makan ikan pora-pora dan ikan nila@ ikan tilapia. Sedap sangat. Saya gi 3 Dewasa 1 Kanak2. Makan memang mewah. sampai x larat nak makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2013 10:35 PM | Show all posts
joejambu posted on 9-2-2013 12:28 AM
haha, nak tergelak bila baca statement org malaysia sume kaya2 amik travel agen. tu la, joe pon sl ...

mmg btul aku sblum p byk jgk study bckpacker ke medan. mmg info dr malaysian xbyk. klw ada dr web traveler mat saleh. n las aku abik kputusn main terjh aje. xcuba xtau kan.. medan ni mmg advnture (dr segi kena kenceng). sbnrye byk je public trnsport cuma org kita xfamiliar sb kbykn abik TA
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 09:03 AM | Show all posts
Alhamdulillah, selamat tiba dari Medan @ lebih tepatnya sumatra utra..kalau orang lain bawa balik macam2 benda, tapi saya cuma bawa pulang kulit yang rentung..memang terbakar sungguh kulitnya walaupun cuaca di sana taklah terik mana pun huhuhu..pada kawan2 yang nak backpack, dont worry public transport sgt mudah kat sana...yang penting, semangat kena kuatlah..6d 5n, saya cuma habis Rp850,000 sahaja.

thanks a lot to cancer_files sebab sudi teman keliling kota medan...terima kasih juga utk TST nya

ini lebih kurang rentetan pengalaman saya

1st day
tiba di medan jam 8.45am. ambil becak menuju ke Jl SM Raja dgn harga Rp20,000. seharusnya ke bukit lawang tetapi bila melihatkan cuaca mendung semacam, cancel plan. saya decided utk stay aje di medan.check in residence hotel, ekonomi room Rp70,000/night. oklah, dah nama pun ekonomi tak boleh nak harapkan yang lebih2.letak beg, p tukar sikit duit di money changer, Hotel Semarak (lagi murah tukar kat Msia) terus saya ambil becak ke Muzium Sumatera Utara. Bayaran masuk Rp750 sahaja (yeayy, murah!! ). Dari info yang saya baca, katanya muzium ini antara muzium terbaik yang ada di Indonesia. Dari segi pengisian, oklah. Mungkin benar tetapi sayangnya serba-serbi tak terjaga. Maksud saya, dinding di conteng anak2 sekolah manakala petugasnya pula boleh pula dok bantai mengilai-ngilai dalam tu.. terganggu dibuatnya, dan bukan saya seorang sahaja yang rasa begitu tetapi pelancong yang lain juga melahirkan rasa yang sama huhuhu..

Dari muzium saya bergerak pula ke Tjong A Fie Mansion. Memang niat nak masuk dalam ne sbab last time ke Medan cuma tgk dari luar aje huhuhu. Bayaran masuk Rp35,000 termasuk guide. Wow, itu ajelah yang mampu saya luahkan. Kepada pencinta sejarah, tak rugi masuk di sini.

Untuk ke dua tempat ini, saya naik becak dgn harga Rp30,000 (mahalkan? itu pun dah siap bertegang leher dgn supir becak tu sebab mulanya janji harga lain tapi akhirnya dia minta harga lain huhuhu). Dari Mansion, saya ke Medan Plaza untuk membuang masa (tak tahu nak buat apa dah..lain2 tempat saya dah p dulu huhuhu).

Malamnya lepas maghrib lepak dgn cancer di stadium teladan pekena TST (Rp7,000).

2nd day
Cancer bawa saya keliling kota medan. Dari Jl SM Raja ke Kantor pos dengan angkutan, Rp3,000. Pusing keliling; kantor pos, kampung madras, sun plaza untuk gramedia dan petangnya kami dibawa Ridu ke area Universitas Sumatera Utara untuk layan kolok durian (must try!!) dan kemudiannya ke Jl. SM Raja untuk pekena bakso (yummyyy!!). Lepas makan, bergegas kembali ke masjid raya untuk tunggu teman-teman yang akan tiba dari kuala lumpur.  Malamnya cuma lepak di sekitar Jl. SM Raja sahaja pekena murtabak dan mee aceh

3rd day
Jam 3.20am, kami bergerak menuju ke Parapat dengan menumpang van koran/surat khabar hehehe. Perjalanan lancar cuma sesekali stop sebab mereka hantar news paper di beberapa kdai. Hinggalah van memasuki Parapat, macet sebab banyak pula kenderaan yang rosak pagi tu. Tersadai di situ hampir 2 1/2jam. Tiba di pekan Parapat sekitar jam 8.++am. dari masjid naik angkut ke dermaga tiga saudara (Rp2,000) untuk feri ke Tuk-Tuk (Rp10,000). Oleh kerana masih awal pagi, cuma ada 6 org penumpang aje. Di Tuk-Tuk kami menginap di Bagus Bay (3 nights) dgn harga Rp150,000/night - kami tinggal di rumah adat Batak (boleh muat 4 orang).

Lepas zohor, sewa motor (Rp50,000) menuju ke Onan Runggu dan Nainggolan. Sayangnya hujan..dalam dok redah hujan sesekali kami berhenti jugalah utk berteduh bila keadaan semakin lebat. Walaupun cuaca kurang baik, satu yang paling best kami dapat lihat 7 pelangi petang itu (1 pelangi 'double layer'). Tak tahu nak cakap apalah, Subhanallah. View dari Onan Runggu sangat superb!! Air terjun pun banyak yang kami jumpa petang tu. Sekitar jam 4.++pm, patah balik ke Tuk Tuk sebab hujan semakin lebat, dan lebat dan lebat

Malamnya pula ada batak show di hotel, jadinya apa lagi lah, goyang mak lemah kami malam tu

day 4
Sekali lagi sewa motor (Rp50,000) dan kali ini kami akan menuju ke Efrata waterfall. Gerak jam 8.30am tiba di Efrata jam 12.25pm, bayangkan betapa kematunya montot tetapi view ala2 NZ tau especially landscapenya, sangat memukau (sungguh saya tak tipu!) Cuaca agak bagus, boleh lihat dengan jelas puncak Pusut Buhit. Sayangnya waktu tak mengizinkan utk ke hot spring yang ada di Pusut Buhit (lihat dari jauh aje). Ke puncak Tele pun tidak sebab keadaannya agak rawan/bahaya.

Odw balik kami lepak di Pantai Pasir Putih dan lepak di satu port best berdekatan jeti simanindo. sekali lagi tak tahu nak cakap macam mana, cantik sgt2lah viewnya. kami lepak di situ hingga jam merangkak ke 4.++ pm sebelum bergegas pulang ke hotel untuk mengelak hujan.

malamnya, pengsan kepenatan.

day 5
kami sewa basikal hari ini dengan harga Rp25,000 (selepas ditawar). Kali ini kami kembali mengayuh ke 'port' kami berdekatan jetty simanindo (memang dah jatuh cinta dgn tmpt ini). Sebelum tu singgah di stone chair (Rp3,000) tapi tak ambik guide pun sebab rimas didesak; cuma ambik gambar dan terus keluar. 3 jam mengayuh basikal sebelum tiba di 'port' kegemaran kami (siap kena kejar dgn anjing lagi dan dibuli oleh anak2 skolah ) . Kami lepak di 'port' sampai jam 1.30pm, dan berpatah balik ke Tomok (kawan2 nak cari FM dan t-shirt). Dari Tomok, kembali semula ke Tuk-Tuk. Bila dilihat pada peta, macam tak percaya kami berjaya menganyuh sekitar 50km.

Again, malam tu kami pengsan kerana kepenatan.

day 6
Jam 4am dah bangun gara2 terlebih tidur. after subuh terus ke jeti untuk layan sunrise..sekitar jam 11.00am, kembali ke dermaga tiga saudara, parapat untuk kembali ke medan. sekali lagi, tumpang van koran/suratkhabar untuk kembali ke kota Medan. Kami tiba sekitar jam 6.++pm dan terus ke masjid raya utk ketemu cancer buat kali terakhir (sob, sob, sob; sedih lah pula hehee). Sempatlah layan bakso buat kali terakhir sebelum bergegas ke bandara kerana flight ke KL jam 9.20pm.

Tiba di rumah sekitar jam 1.00am, pengsan kepenatan..

sekian

* gambar menyusul Last edited by melur_30 on 13-2-2013 09:19 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:36 PM | Show all posts
skang prmo 10 BIG points ke Medan. tp xde geng la nak pegi Mac ni..  =(
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:40 PM | Show all posts
cancer_files posted on 9-2-2013 01:25 PM
ha...kapan ke Medan? tak bagitau...
kita boleh jumpa padahal....saya tinggal di medan....

if i go Medan in Mac, can u accompany/guide me? hehe. rencananya mahu solo travel for 5 days.
tapi kelemahan saya, tak bisa bawa motor or basikal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:41 PM | Show all posts
bee2801 posted on 9-2-2013 01:34 PM
iye???? alahai.... sy terlalu sibuk sblum ke medan. byk yg xsempt nk update mklumt kt sni.. klu la ...

bee, all using public transport ke? or ade sewa motor/basikal?

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 12:57 PM | Show all posts
dmarlinda posted on 8-2-2013 05:12 PM
Alhamdulillah....lega dengar cerita drp datuksri coz saya pergi nanti pun insya Allah ambik Pak Ri ...

boleh dapatkan email Pak Rizal tu tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 01:11 PM | Show all posts
kashaz posted on 13-2-2013 12:40 PM
if i go Medan in Mac, can u accompany/guide me? hehe. rencananya mahu solo travel for 5 days.
tap ...

coppp, maksudnya nak bermotor/basikal tu di mana?? kalau kota medan sungguhlah tak sesuai..biasanya kalau bermotor/basikal tu di samosir; nk jalan kaki pun blh..kalau di kota medan tu sendiri, ambik aje angkut,becak,taxi atau jalan kaki untuk bergerak di sekitarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 01:54 PM | Show all posts
kashaz posted on 13-2-2013 11:40 AM
if i go Medan in Mac, can u accompany/guide me? hehe. rencananya mahu solo travel for 5 days.
tap ...

ok je....asal hanya buat ronda-ronda medan...no. tlp saya ada di sis melur_30
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2013 02:01 PM | Show all posts
melur_30 posted on 13-2-2013 01:11 PM
coppp, maksudnya nak bermotor/basikal tu di mana?? kalau kota medan sungguhlah tak sesuai..biasany ...

aku mmg xleh bike or motor. aku baca based on ur itinerary melur.
kiranya,aku plan nak travel 5 days fully on public transport, minus motor/basikal.

might be solo traveller je.tgh proses meracun orang join me 6-10 mac ni

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:02 PM | Show all posts
cancer_files posted on 13-2-2013 01:54 PM
ok je....asal hanya buat ronda-ronda medan...no. tlp saya ada di sis melur_30

tq. now tengah cuba ajak sorang dua to join me pada 6-10 mac  
if not, probably solo traveller je

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:13 PM | Show all posts
kashaz posted on 13-2-2013 02:01 PM
aku mmg xleh bike or motor. aku baca based on ur itinerary melur.
kiranya,aku plan nak travel 5 d ...

no hal kalau nak travel solo..ramai aje yang boleh dibuat kawan di sana nanti..yang penting jgn sombong...

transport based on what you want to explore..maksud aku kalau just nak explore tomok, so stay aje di tomok dan jalan kaki aje utk kelilingnya except ko nak pusing satu samosir..yg ne kena study betul2 sbab tak semua tempat ada public transport + kalau jalan kaki, aku tak boleh nak bayangkan berapa jarak ko boleh p...


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 02:18 PM | Show all posts
kashaz posted on 13-2-2013 12:41 PM
bee, all using public transport ke? or ade sewa motor/basikal?

mosikal/bsikal xsewa (tp blh je sewa) sb kami bgerak berempt xpecah. sb serik naik becak mula2 smp medan hri prtma tu. so abik kreta msa kami round pulau samosir dgn prjlanan dr samosir/pangururan ke brastagi. blh je abis publik bas (van) tmbg rp70k seorag brsgtgi-brastgi. tp kena tggu van penuh bru blh gerak
dr smosir ke brstagi tu kami abik mpv sbuah- rp500k (muat kmi 4org je) . blh trus jln
jgn risau, klu kita travel sorg atau brdua byk public trnsport sbnrnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 1.407677 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list