CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

All About Sabah - Part 7

   Close [Copy link]
Post time 6-11-2012 10:41 AM | Show all posts
br balik dr kk
info sana leh katakan tiap ari ujan..tp x la lama kejap2 jek
kalo nak g pulau boleh lg la..sbb pas ujan kadang panas terik lak

sana dok le meridien..sewa keta amek kat mudah..dpt myvi baru 150/day
puas ati la sbb myvi br 2 mggu kuar
ms nak blk kk ujan renyai2 jek..masa nak take off x ujan pon tp nk smpai kl lg teruk ujan nye
siap kapten bgtau ngan heavy rain/ thunderstorm bagai..ishh takut gak time plane langgar2 awn tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2012 01:31 PM | Show all posts
Zura ada jumpa satu blog, yg mana owner blog tu ada membership dengan The Cottage Hotel kt Kundasang tuh. Dia izinkan sesape nk guna no membership dia, nnt kita akan dapat 15% diskaun untuk mana2 bilik...

http://hussenhmhuda.wordpress.com/2009/06/05/kundasang/
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 01:54 PM | Show all posts
salam,

saya akan ke KK insyAllah pada 6- 9 Dis 2012 ni, saya nak tanya pendapat forumer disini  ada tak yang pernah menggunakan Aura Biru Services punya pakej... ok ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 04:00 PM | Show all posts
sabah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 05:06 PM | Show all posts
Baru pulang dari KK pagi semalam.

Tiba di KK jam 1.05pm dari Penang. 'Ter'awal 30 minit.

Book kereta dengan sewabah.com. Tapi perkhidmatan tidak memuaskan. Berurusan dengan salah sorang admin sebulan sebelum flight. Katanya book online je kalau pi november. So kami pun buat online booking. After few hours, dapat approval melalui email jugak. Siap dengan booking number bagai dan rate RM250 Saga Auto dengan GPS untuk dua hari.

Silap saya tak follow up dengan depa. Silap jugak tak block dengan deposit. [Tapi kalau nak depo, cakap ler nak depo, kan?]

Pagi sabtu saya call orang yang saya berurusan tu untuk tanya status kereta, dia tak angkat call. Saya SMS, tidak dibalas. Call 3 4 kali, hampa. Langkah terakhir, saya WhatsApp Tango (salah sorang admin yang sediakan live supoort 24/7 katanya). Lagi sepuluh menet nak nak take off, dapat reply dari Tango. Tango cakap kereta Saga yang kami book ada masalah. Takde kereta ganti. Tapi Tanggo bagi contact number orang lain.

Sampai KK, terus contact no yang diberi. Orang tu boleh bagi Viva Auto dengan harga RM100 sehari. Kami ok je. Tapi kena amik kat 1Borneo. Kami ok lagi. Dia suruh amik taxi pi sana. Nasib ler duk Tune Hotel je. So ok lah. Charge Taxi ke area 1Borneo RM50. On the way ke sana, dia cakap saya ni emergency case. So kete tadi cancel. Ada manual je. Rate sama. Saya ok je.

Rupanya orang yang saya contact di sabah pun, orang tengah je. Dia pun amik ntah sape punya kete bagi sewa. Tapi kami tetap ok. Bila kunci diserah, ayat standard 'kalau ada apa2 masalah, telefon je bah'. kami ok je.

Yang jadik tak ok, bila kereta yang diberi, tayarnya masuk paku. Masa memula dapat kereta, rasa berat jah. Pusing steering pun cam lepas tak lepas. Kami bajet viva neh takde power steering kot (walhal tayar takde angin. masa amik kete tu, tengah hujan. ingat kurang angin cam biasa je. so nanti nak pam lah masa isi minyak sebelum ke kundasang). Masa pam angin, bacaan 5 psi jah. Sah. Tayar masuk paku. Tapi masa ni dah gelap dalam kul 8pm lebih. Tawakal je isi angin penuh untuk balik 1 Borneo dan tengok apa cerita esok harinya. Disebabkan percaya dengan ayat 'kalau ada apa2 masalah, telefon saja bah', kami pun tepon lah. Bila call, suruh isi angin tayar. Ok.

Esoknya singgah Shell area UMS tu nak check tayar. Bacaan memang teruk. Disebabkan percaya sekali lagi dengan ayat 'kalau ada apa2 masalah, telefon saja bah', kami pun tepon lah. Bila call, suruh isi angin tayar lagi dan suruh guna tayar spare je. Cemana nak ke kundasang dengan tayar spare? Larat ke nak daki bukit naik Desa Cattle Dairy farm dengan tayar spare? Haih.

Kami call lagi tanya ada kereta ganti tak sebab nak jalan jauh. Memula dia layan cakap takde la etc, last2 dia letak telefon dan off terus. mak aih. Sakit jiwa den. kami decide untuk tukar tayar dan jalan dalam KK je. Bila nak tukar, tools untuk tukar tayar tak cukop lengkap. Hadoi lah. Seb baik kebetulan pagi tu ada sorang mekanik tengah tukar tayar kat Shell area UMS. Dia pun ada masalah tayar masuk paku. nak masukkan 'cacing', tapi alat tu terpatah sebab tayar dia tu 4WD punya. So Sabahan ni la yang tolong kami tukar tayar dan tunjuk jalan pi workshop. Workshop tu tak berapa jauh dari 1Borneo. Upah masukkan cacing RM5.

Disebabkan tayar dah ok, kami terus ler ke Kundasang.

p/s: nanti sambung, kekekkee Last edited by ubatnyamuk on 6-11-2012 07:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 05:27 PM | Show all posts
Lepas selesaikan masalah tayar, terus ke Kundasang. Hajat hati nak pi Tamu Gaya pagi tu sebab nak sambung shopping petang semalam, tapi kensel. Terus je ke Kundasang. Dalam perjalanan, tak memasal je join konvoi Borneo Kelisa Club. Kekkekee.

Destinasi pertama, Pekan Nabalu. Disebabkan saya hanya mampu compare rega souvenir di KK Plaza, 1Borneo, sebahagian Pasar Kraftangan dan Pekan Nabalu, saya dapati di Pekan Nabalu memang murah. Keychain longgok2 tu leh dapat 8 untuk RM10. Kat KK Plaza 5 jah. 1Borneo 6. Magnet pun murah kat nabalu gak. Cuma 4 untuk RM10 tu, design nya agak lama lah jugak. Tshirt 100% cotton, RM20 paling murah. Rega tempat lain, tak survey sangat. Rata2 RM23-25 sehelai. Kalau tshirt jenis kena basuh 50x baru sedap dipakai tu, RM8. Saya x sempat survey di Tamu Gaya. Mungkin boleh dapat lebih murah.

Sepanjang jalan, dia punya view memang spectacular. Rasa nak berenti je amik gambo banyak2. kekekeke. Tapi sebab plan nak pi Poring Ladang Tea bagai, so tak leh la buang masa. Huhu. Dapatler tengok puncak gunung (ye kot) walau dia suka main nyorok2. Oh ya. kami bertolak dalam jam 9 pagi. Kat Nabalu, tak nampak pun peak nya. Nampak masa tengah drive je.

Platform kayu kat Nabalu tu, tidak di maintain dengan baik. So ditutup kepada awam. Baru nak fefeeling dejavu ngan Ammar. Terus tak jadi.

Lepas Nabalu, terus ke Ranau. View area Kundasang pun sangat memukau. Kami singgah masa balik je nanti. Sebab hajat di hati nak ke Sabah Tea dan Poring. Singgah lunch di Pekan Ranau. Makan nasik di Kirasu Cafe. Siap ada wifi lagi. Hikhikhik.

Dari Ranau ke Sabah tea. Nak naik ladang tu, sumpah lagi mencabar ladang teh Sungai Palas kat Cameron tu. Yang ni ok jah. Cuma jangan terlebih emosi bila tengok ladang teh dia, macam kebun campuran je. Huhuhu. View Sg. Palas Cameron tu serius lagi lawa. Huhuhu. Tak lama pun kat sini. rega teh pun mahal. Serbuk teh biasa yang paling kecik RM5. Walhal kat KK Plaza leh dapat RM1.50 je. Yang berperisa je mahal sket. Dalam RM5.50.

p/s: sambung lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2012 08:35 PM | Show all posts
Salam nak tanya kawan2 yang pergi KK dari jb naik AA
Kalau promo biasa2 bapa ke leh dapat paling murah?
Now return rm 178/pax
Ada x promo2 biasa dapat harga lagi murah?

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 08:40 AM | Show all posts
Lepas kecewa di Sabah Tea, terus tak jadi nak pi Poring. Sebab tak larat nak menapak sebelum naik Canopy Walk. Kekeke. Dah tua. Skru lutut pun dah longgar. So skip jah Canopy Walk lagipun dah pernah try canopy Walk Sungai Sedim, Kedah. kekekek. Lebih kurang je kot. Huehuehue. Poring hot springs tu, memang x minat. Tagal Fish Spa pun tak minat. So memang takde lah nak singgah pun.

On the way ke Kundasang, singgah kat Petronas Ranau kot. Berenti solat. Toilet ok. Oh ya. Toilet kat petrol station yang kami singgah, sume memang bersih2 (kecuali airport. huhu. terbantut hajat).

Sampai kundasang, main belasah je masuk jalan yang ada. Kekekkee. Terlepas war memorial tu sebab asyik sangat cari jalan nak kena dairy farm tu. Lepas turun naik bukit dengan jayanya (gear 1 2 je masa daki bukit. tapi seriyesli tak sangka viva leh naik. kekekek. kagum kejap) jumpa simpang ke kiri dan tetiba rasa cam kat New Zealand. Eh. (walhal tak pernah pi pun NZ. kekeke)

Sampai sini dalam jam 2.00pm gitu kot. lembu2 sume tengah lenggang kangkong nak pi tempat milking. Lepas amik gambo sana sini, masuk kilang sat. Terus pi tempat perahan tu. Lembu2 dah siap beratur. yang belakang2, amik masa tenangkan diri jilat2 blok garam kaler bata merah tu (ye kot garam. belasah je ni bagi fakta. kekekek). Tapi prosesnya tak mula pun lagi sebab lembu yang dah awal2 beratur tu, siap makan2 lagi. Malas nak tunggu lelama dalam tu. Lepas tengok proses packing susu, beli susu (rasa cam air kosong jah. Saya suka. Sebab cair sket. Rasa pun, tak macam lembu sangat. Hu). Kami lebih banyak spend masa kat luar je. Menikmati udara segar. Bau najis lembu tu, ada ler sket2. Kekkee. Tapi tak mencucuk sangat ler.

Turun dari dairy farm, baru jumpa war memorial. Try ciken wing gerai depan memorial tu. Sedap. (Tak pi rst. hidayah ka intan sebab nak cepat. huhu)

Ingatkan balik nak berenti Kinabalu Park tu, tapi sebab nak kejar makan lokan bakar dan last minute shopping, so kensel. Len kali je lah ke Kinabalu Park. Huehuehue

On the way balik, pi makan lokan bakar dan try kelapa bakar. Tamak ya hamat amik 2 trays hat besar tu. kekeke. Makan berdua je. Seb baik leh habiskan. Hohoho. Isi kelapa bakar sedap. Tapi air dia, saya tak gemar sangat. Sedap lagi air kelapa biasa. Huehuehue. Lokasi gerai lokan bakar ni, dari kundasang, masuk kanan kat trafik light hala ke Poli KK. Amik pukul 12 kat round about, hala Tuaran. Pepandai ler pilih gerai. Kami belasah je gerai mana ntah. Kekeke. Lokan tu dibakar dengan rempah2 dia (rasanya cam bawang+serai+halia+cili) then di bakar dan makan dengan sos cecah.

Sampai KK, shopping ikan bilis+udang kering+belacan. Kat kedai depan hat tengah penjual dia muka cam Alex Raja Lawak. Rega dia ok ler jugak. Pepandai la tawar. Huehuehue.

Esok pepagi buta terus ke airport terminal 2, flight 7.30am. Tinggal kereta kat parking. Asalnya budak tu suruh inform kalau dah bertolak dari hotel sebab dia nak amik kat airport. Kami bertolak dalam jam 5am gitu. Bila tepon jam 5am, tak angkat pun. Jenuh tepon dekat sepuluh kali sampai jam 6am. Last2 tepon orang tengah yang rekemen kete ni. Dia suruh tinggal je dan manual lock. Ok.

Dah boarding baru ler mamat tu tepon tanya kete. Haihhhhhhhh. Kami cakap ler dah parking kat luar. Kat secured parking park. Bukan parking tepi2 jalan. Sebab risau ler jugak. Then dia cam tak puas hati sebab kena bayar parking. Kekekeke. Nasib ler. Dah la meter minyak tipu. Pastu perkhidmatan tak memuaskan. Haih. Sabar je lah.

p/s: sambung lagi. maap ler. macam buat entri blog pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2012 08:58 AM | Show all posts
Tips tak seberapa hasil pengalaman saya:

1. Research. Sila stadi benang Sabah ni. baca dua tiga rumah pun ok dah. Nak cepat lagi, baca 1st page setiap rumah. InsyaAllah ada info. Kalau tak nak baca, gugel je blog2 orang. Baca dan catit.

2. Dairy Farm tu takde dalam gugel maps. Ada kundasang war memorial je. Ikut je jalan ke atas tu. nanti jumpa signboard ke kiri. (saya wonder apa ada kalau terus. Lepas balik dan tengok gugel map, ianya Mesilau nature's Park. Kami tak pi haritu. nanti nak repeat lagi)

3. kalau booking kete awal2, follow up, follow up dan follow up. Saya kureng sket bab2 ni. Sebab tak nak le pushy sangat. Huehue. Last2 diri sendiri terkena.

4. tak yah isi minyak banyak sangat kat viva. wat rugi je. kekekeke.

5. dari penang ke KK amik masa 2-2jam setengah. Better book makanan online. Murah ler singgit dua dan ada stock. Kalau tak, makanan yang kita nak, cepat habis.

6. Souvenir kat Nabalu memang murah kalau tawar gila2. Ni kes tak sempat pi Tamu Gaya dan round habis2 kat pasar kraftangan. Huehuehu

7. Jalan naik kundasang, takdelah seteruk mana. Ok je. Skeri lagi naik cameron ikut Tapah mahupun jalan Grik nak ke Kelantan dari Kedah.

Tu sahaja catitan saya. Gambo2 memang malas nak tepek. Sila imejin sendiri jah. Kekeke
Last edited by ubatnyamuk on 7-11-2012 09:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 03:06 PM | Show all posts
ailoveusomuch posted on 6-11-2012 08:35 PM
Salam nak tanya kawan2 yang pergi KK dari jb naik AA
Kalau promo biasa2 bapa ke leh dapat paling mu ...

promo biasa2 tu tak pastilah pulak...
tapi sy pernah dpt RM205 untuk 5 org masa promo tambang RM3 pada 07/11.
travel pada 03/2012.
thn ni 1st promo yg murah RM80 return. tapi travel next yearlah..

so pd sy harga promo yg awak tanya tu mahal bagi saya yg ada ahli keluarga ramai.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 03:36 PM | Show all posts
mijot posted on 20-9-2012 08:44 PM
alhamdulillah selamat sampai kt KLIA hari ahad lepas.
trip berjalan lancar walaupun terpaksa redah  ...

mijot, anies dah repeat baca story mijot,
tapi ada bende yg tak dpt jawapanya..

mijot masuk KK dr labuan tu ferry tu park kt mana ek? er kt   jety jeselton gak ker?
pastu masa mijot naik train ke papar tu, waktu perjalanan dia berape lama?
mean pergi balik kalau guna train?

bukan apa, sebab next trip, anies sampai awal pukul 7.30am,
then ada 2nd family sampai kul 3pm,
jadi mijot ada cadangan tak kemana kami nk abiskan masa
sementara nk nungu 2nd family tu sampai?
cadang nk buat island hoping, tapi mcm kesian pulak kt diorg yg belum
sampai tu pon nk gi sama..hu..serba salah dah dibuatnya!


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 11:35 PM | Show all posts
ailoveusomuch posted on 6-11-2012 08:35 PM
Salam nak tanya kawan2 yang pergi KK dari jb naik AA
Kalau promo biasa2 bapa ke leh dapat paling mu ...

sy beli masa promo bln 9 baru ni, rm93 return.. tp kena tunggu 9-10 bulan la baru fly..
pada sy klu waktu menunggun 2-3 bulan n perginya x ramai, masih berbaloi harga tu.. sbb tu harga promo biasa.. klu harga biasa, lagi mahal.. skang ni tiket bas jb-kedah pun dah dekat rm70 sehala..

tp apepun, samada harga murah or mahal, terpulang pada poket yg nak membeli..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 08:53 AM | Show all posts
NamaSayaZura posted on 6-11-2012 01:31 PM
Zura ada jumpa satu blog, yg mana owner blog tu ada membership dengan The Cottage Hotel kt Kundasang ...

thanks zura! zura tido hotel ni ke nanti? plan nak tido hotel kat kundasang semalam. tp tengah carihotel yg best! hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:10 AM | Show all posts
nadia204 posted on 8-11-2012 08:53 AM
thanks zura! zura tido hotel ni ke nanti? plan nak tido hotel kat kundasang semalam. tp tengah car ...

Kinabalu Pine(kpr) - mountain view dari atas katil jer, best, makan kureng.
heritage(perkasa) - lagi tinggi dari kpr mesti lagi cantik view kot. dgr cerita makan sedap.
the cottage - dekat dgn war memorial, satu jalan nak naik ke - mesilau, dairy farm.
kiram village - landscape cantik, dekat dgn dairy farm.
dream world - bilik ada view gunung atau lembah kundasang, dekat dairy farm.
j residence - x nampak gunung kinabalu, tapi view lembah bundu tuhan pon cantik jugak..
homestay walai tokou - sebelah kpr, nak rasa duk rumah penduduk sana? rasa ada aktiviti2 utk pelancong..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:59 AM | Show all posts
shayjr posted on 8-11-2012 10:10 AM
Kinabalu Pine(kpr) - mountain view dari atas katil jer, best, makan kureng.
heritage(perkasa) - l ...

waaaaaaa thanksss shayjr! awak penah duk hotel mana dr senarai kat atas tu??

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 11:08 AM | Show all posts
anieszack posted on 7-11-2012 03:36 PM
mijot, anies dah repeat baca story mijot,
tapi ada bende yg tak dpt jawapanya..

cam tak sempat jer naik ketapi sbb dia gerak sblm kul 8 pagi kut. bace kat longest way home.

pilihan lain rasenye leh gi zoo lok kawi ataupun monsopiad culture village. abis melawat 2 tmpt ni pon dekat petang jugak. pastu balik nak menghala kk satu jalan ngan epot.

tak pon leh ronda2 kk, tengok kk dari menara atas bukit, tawaf pasar filipin banding harga.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2012 11:16 AM | Show all posts
nadia204 posted on 8-11-2012 10:59 AM
waaaaaaa thanksss shayjr! awak penah duk hotel mana dr senarai kat atas tu??

baru penah duk kat kpr jer sbb situ best. lelain penah pegi tgk2 jer. bnyk lagi penginapan area kundasang cam philip garden, rose cabin, strawberry garden (leh petik strawberry rasenye). bnyk info dari menggugel blog, tgk map kat wikimapia dan komen dari tripadvisor.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 12:05 PM | Show all posts
shayjr posted on 8-11-2012 11:08 AM
cam tak sempat jer naik ketapi sbb dia gerak sblm kul 8 pagi kut. bace kat longest way home.

pi ...

terima kasih bnyk yek atas pandangan tu..

ok gak cadangan ke zoo tu..
tapi kt belah mana yek zoo tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 12:10 PM | Show all posts
azlianakasim posted on 7-11-2012 11:35 PM
sy beli masa promo bln 9 baru ni, rm93 return.. tp kena tunggu 9-10 bulan la baru fly..
pada sy k ...
tp apepun, samada harga murah or mahal, terpulang pada poket yg nak membeli.
suka dgn ayat ni...

skrg ni kalau nk compare promo2 yg lepas memang dah tak akan dpt kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 12:35 PM | Show all posts
nadia204 posted on 8-11-2012 08:53 AM
thanks zura! zura tido hotel ni ke nanti? plan nak tido hotel kat kundasang semalam. tp tengah car ...

mula-mula zura plan nak duduk the cottage hotel, sebab dapat diskaun tuh, bilik yang best pong kite akan dapat murah je.. tp bile google gambar hotel tu biasa-biasa jer... tapi cam Shayjr cakap la, the cottage hotel tu dekat ngn kundasang war memorial...

tapi sehari dua ni tetiba gedik nak try duduk kt Kinabalu Pine Resort plk sebab cair tengok pemandangan resort tu yg cantik dan dari resort tu boleh tengok gunung kinbalu.. Tapi yang tak best nye bila baca cerita2 daripada ramai forumer cakap resort ni akan cut off the electricity bila waktu malam...erkk.. tgh konfius nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.353769 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list