|
[Jenayah]
Banjir sedang melanda bahagian Pantai timur
[Copy link]
|
|
chit_ana posted on 4-12-2013 03:47 PM
ni kucing...
lembu ke ayam ke x di selamat kn?
ke x ada yang bela lembu ayam?
|
|
|
|
|
|
|
|
KUANTAN
Bantuan kenderaan berat dari Majlis Perbandaran Temerloh telah tiba.
Terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: 1,072 pencawang elektrik di Pahang terjejas
KUANTAN 4 Dis. - Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa menghentikan bekalan elektrik membabitkan 1,072 pencawang di beberapa daerah di negeri ini akibat ditenggelami air ekoran banjir.
TNB dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 62,907 pengguna terjejas ekoran penutupan pencawang tersebut sehingga 12 tengah hari tadi.
Bagaimanapun bekalan elektrik di Kuantan dilaporkan telah kembali pulih. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... jejas#ixzz2mUTL2OE6
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: Kawasan rendah di Kelantan mula dinaiki air
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KUALA KRAI 4 Dis. - Beberapa kawasan rendah di Kelantan, terutama di Kuala Krai mula dinaiki air ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak tiga hari lalu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan, jalan di Kilometer 3.8 Kuala Krai-Chenulang telah ditutup daripada kenderaan ringan selepas air Sungai Durian melimpah sehingga sedalam kira-kira satu meter di atas jalan raya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... i-air#ixzz2mUTsaVH1
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
7,412 mangsa banjir dipindahkan, Mersing paling teruk
Oleh IFQDAR RAHMAN
Banjir: 7,412 dipindahkan di Johor, Mersing paling teruk
JOHOR BAHRU 4 Dis. - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara meningkat dari 6,977 malam tadi kepada 7,412 sehingga 12 tengah hari tadi di seluruh negeri ini.
Mersing mencatatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,693 (1,588 keluarga) diikuti Segamat seramai 1,081 mangsa (278 keluarga), 217 mangsa di Muar (52 keluarga) 216 mangsa di Kluang (55 keluarga), 192 mangsa di Kota Tinggi (40 keluarga) dan 13 mangsa di Batu Pahat (tiga keluarga).
Bagaimanapun, tiada sebarang kematian direkodkan dan proses pemindahan berjalan tanpa sebarang masalah.
Sebanyak 49 pusat pemindahan masih dibuka di seluruh negeri bagi memberi perlindungan kepada kesemua 2,016 keluarga yang terlibat termasuk tiga di Kota Tinggi, lima di Kluang, 21 pusat pemindahan di Mersing, 18 di Segamat, satu di Batu Pahat dan Satu di Muar. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... teruk#ixzz2mUU4AA7h
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Takungan air Empangan Kenyir masih di paras normal
KUALA TERENGGANU 4 Dis. - Khabar angin kononnya Empangan Kenyir tidak lagi mampu menampung takungan dan akan melepaskan air secara berperingkat bagi mengelakkan empangan pecah adalah tidak benar.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu menjelaskan, berdasarkan maklumat yang diterima dari pihak Tenaga Nasional Berhad, sehingga pukul 11 pagi ini bahawa bacaan paras air terkini adalah pada 138 meter.
Paras itu yang meningkat sedikit berbanding 137.10 meter malam tadi masih pada paras normal. Tahap maksimum Empangan Kenyir adalah pada paras 145.0 meter. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ormal#ixzz2mUUEeKgL
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
6 pelajar KIST terperangkap 7 jam diselamatkan
HULU TERENGGANU 4 Dis. - Enam pelajar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) mengalami detik cemas apabila terperangkap selama kira-kira tujuh jam selepas kawasan rumah sewa mereka di Kampung Bukit Tok Bat dekat sini dinaiki air secara mendadak awal pagi tadi.
Menurut salah seorang pelajar terlibat, Fatimah Safiera Mohd. Azmi, 18, dia bersama lima rakan lain menyedari air naik secara mendadak kira-kira pada pukul 6 pagi tadi.
Katanya, beberapa hari lalu warden mereka telah memaklumkan bahawa kawasan yang mereka diduduki akan dinaiki air dan telah bersiap sedia mengemas barangan penting untuk diselamatkan bagaimanapun tidak menyangka ianya akan naik terlalu cepat.
"Saya perasan air mula naik kira-kira pukul 3 pagi tetapi terkejut apabila selepas bangun daripada tidur pukul 6 pagi saya lihat air telah sampai ke paras dada.
"Takut berlaku sesuatu, kami maklumkan kejadian itu kepada warden dan pagi tadi satu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) datang bersama sebuah bot dan menyelamatkan kami," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... atkan#ixzz2mUULLTo5
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
semoga Allah memberi pertolongan dan kekuatan utk menempuh dugaan ini ... simpati buat seluruh kaum keluarga dan penduduk yg terlibat dgn banjir dan segala kepayahan akibat drnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni gambar mlm td. Rumah adik Hakak kt Sungai Karang...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 4-12-2013 03:44 PM
Air lumpur banjir memasuki masjid menjadi jernih.. Subhanallah !
Ya Allah.... Allahhuakbar.. |
|
|
|
|
|
|
|
hujang dah berenti....setengah2 tempat letrik dah sambung.....jalan depan umoh terputus hubungan....sebab kawasan rendah...area umah kawasan tinggi.......tok bukok kedai kite arini....tapi premis niaga alhamdulillah ok......baru balek pukul 12 tadi pi hantor makanang ngang selimuk kak org tepi jalang yang tido dalang kete..walaupung tak banyok tapi sekurang2 nye kite dapak senyum sama2 di hari ujian paling kuak bagi oram2 kuantang....line pung tak kuak ni...4 kali refresh baru leh hantor postim......mohon2 banyok2 forumer ngan org2 di luar pahang yang mengikuti laporan banjir di pantai timur ni doa banyok2 bagi kami warga kuantang dan pahang.kemamang chukai dan sume tempat terlibat supaya dikuakkang menghadapai ujian allah ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 4-12-2013 02:35 PM
Usul banjir gamatkan Dewan, Bung suruh Fuziah balik Kuantan
OH ! Binatang pun tak sebinatang Bung gampang ni. Haishhh! mendidih darah tgk Vclip ni. hoii!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
hujang dah berenti....setengah2 tempat letrik dah sambung.....jalan depan umoh terputus hubungan....sebab kawasan rendah...area umah kawasan tinggi.......tok bukok kedai kite arini....tapi premis niaga alhamdulillah ok......baru balek pukul 12 tadi pi hantor makanang ngang selimuk kak org tepi jalang yang tido dalang kete..walaupung tak banyok tapi sekurang2 nye kite dapak senyum sama2 di hari ujian paling kuak bagi oram2 kuantang....line pung tak kuak ni...4 kali refresh baru leh hantor postim......mohon2 banyok2 forumer ngan org2 di luar pahang yang mengikuti laporan banjir di pantai timur ni doa banyok2 bagi kami warga kuantang dan pahang.kemamang chukai dan sume tempat terlibat supaya dikuakkang menghadapai ujian allah ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 4-12-2013 03:34 PM
terima kasih pengundi2 UMNO BN memilih pemimpin mereka camnih ropa...
samsengnye lagak bung ni......
org tgh dlm kesusahan, mintak pertolongan & perhatian, dia nk ajak bergocoh pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Temerloh juga di mula dinaiki air
Lokasi sg guai
laluan guai - charuk puting. air makin naik tetapi masih boleh dilalui kenderaan ringan
laluan guai - tanjung batu tidak boleh dilalui kenderaan ringan
info setakat jam 03:45pm |
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax posted on 4-12-2013 04:04 PM
tomey..area sungai Isap macam mana keadaan? rumah kawan kaka dari semalam dah masuk air
teruk gak ...
sg isap habes athenaz .....lenim tunggu air surut je ....sekurang2 kalau paras pinggang ke dada tu koman2 sehari gak nak tunggu surut......malam tadi pukul 3 pagi punya pengalaman yang paling sedih saya pernoh lalui...sape2 pernah tgok cite bencana alam hollywood tu...camtu la realiti dia berlaku dekat kuantan pagi tadi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
info : PosMalaysiaBerhad
LAPORAN TERKINI BANJIR NEGERI PAHANG:
Perkhidmatan serahan surat/mel/bungkusan ke lokasi berikut tergendala buat sementara waktu disebabkan banjir:
1. Cawangan Serahan Balok (Kg Balok, Balok Baru Lorong 13, Jalan Tengah Sg Karang Darat, Balok Maju, Sg Karang Pantai, Balok Permai, Jalan Quartes Guru, Jalan 25, Kg Selamat, Kg Baru Geleng, Kg Sg Ular, Kg Darat Sg Ular, Cherating Baru, Kg Sg Baging, Cherating, Cherating Damai Jalan 2, Bukit Palas dan Kubang Ikan)
2. Cawangan Serahan Raub (Sg Lui, Sempan, Cheroh, Tras, Ulu Gali, Dong, Ulu Dong)
3. Cawangan Serahan Maran (Taman Maran Jaya, Sungai Luit, Ulu Liut, Taman Chedong, Kg Baru dan Paya Rambutan)
4. Keseluruhan kawasan dibawah Cawangan Serahan Nenasi
5. Sebahagian besar kawasan di bawah Cawangan Serahan Kuantan
6. Keseluruhan kawasan dibawah Cawangan Serahan Paloh Hinai
7. Keseluruhan kawasan dibawah Cawangan Serahan Pekan
8. Cawangan Serahan Sg Lembing (Jalan Kuantan- Sg Lembing)
9. Cawangan Serahan Jerantut (Wakil Pos Kota Gelanggi 1,3 dan Sg Tekam Getah, Sg Tekam Utara dan Kota Gelinggi 2 & 4, Padang Piol, Sg Retang dan Kg-Kg Tradisional di tepi pesisiran Sungai Pahang, Mela)
10. Cawangan Serahan Bandar Pusat Jengka (Kawasan poskod 26400, Bandar Jengka Pahang)
Proses serahan akan dilakukan sebaik sahaja keadaan pulih seperti biasa. Pos Malaysia memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi. |
|
|
|
|
|
|
|
kelantan
terkini di kale tok awang tinggi...
semua penduduk RP diminta berjaga-jaga..
banjir boleh berlaku bila2 masa sahaja...
|
|
|
|
|
|
|
|
chit_ana posted on 4-12-2013 03:47 PM
chhoomeeelllllll...siannyee..duk diam je die..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|