|
Kau telah gambarkan sifat aku. Memang, aku akan berkasar sedikit dengan lelaki.hoho..err...Esmira tu nama aku kan ek? erkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak taulah apa saktinya Zuhril ni. Belum tau lagi nak letak superpower apa....
Thanks
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 1-2-2015 07:02 AM
Sayang…sayang Puteri Ku sayang
Wajahmu seindah bulan mengambang
Sayang…sayang Puteri Ku sayang
Sayang …sayang di ambil orang…
Hendak ku cari tak tahu di mana
Janji termeteri tidak dilaksana
Sayang…sayang jauh di mata
Jelmalah sayang pulang segera…
Dalam perjalanan, Mak Inang kerap menyanyi. Esmira pula hanya mendiamkan diri. Tangannya memegang kejap lengan Mak Inang, seolah-olah bimbang Mak Inang akan melarikan diri. Riak wajah Mak Inang kosong namun lagunya bernada sayu.
Sayang…sayang Puteri Ku sayang
Sayang sayang marilah pulang
Bunga Kemboja putih berkembang
Untukmu puteri Mak Inang sayang
Zuhril memasang telinga pada nyanyian Mak Inang. Hanya itu yang diulang-ulang oleh perempuan tua itu. Sesekali, dia berpandangan dengan Zamzam yang sekali-sekala, turut memerhatikan Mak Inang. Pelbagai persoalan timbul di benak masing-masing.
Mereka akhirnya tiba di sebuah desa. Desa Maiya. Itulah nama yang disebut oleh Esmira tadi.
Zuhril meyorot pandang ke arah kawasan sekeliling. Sekali lagi, hatinya terpesona dengan keindahan ini. Perasaan yang sama dia rasa ketika berada di Singgahsana tadi. Mengapa dia berasa begini, Zuhril pun tidak pasti. Bagai ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Padahal, desa ini biasa-biasa saja. Sama seperti yang terdapat di Amariya.
Tapi, ada sesuatu yang pelik.
“Desa ini terlalu sunyi.” Zamzam berbisik di telinga Zuhril. Nampaknya, Zamzam juga menyedari perkara itu.
“Benar.” Jawab Zuhril, perlahan. Matanya memandang pula pada Esmira dan Mak Inang. Esmira kekal mendiamkan diri manakala Mak Inang masih menyanyi.
“Kita sudah tiba.” Tiba-tiba saja, Esmira berkata namun dia tidak memandang langsung kepada tetamu tidak diundangnya itu. Nyanyian Mak Inang turut terhenti.
Sekali lagi, Zamzam dan Zuhril saling berpandangan. Firus pula, bersiap-sedia dengan segala kemungkinan.
“Inilah Desa Maiya.” Ujar Esmira lagi.
“Esmira.” Panggil Zuhril. Esmira menoleh.
“Maaf jika aku bertanya.”
Esmira mengangkat kening.
“Desa ini, masihkah ada penghuninya?”
Esmira senyum namun matanya menyorot tajam. “Ada.”
“Tapi, kenapa terlalu sunyi?”
Esmira tertawa kecil, tergeleng beberapa kali. “Ramai yang sudah meninggalkan tempat ini, malah seluruh Keramat Maiya setelah kekalahan Raja Zulkhan. Tempat ini kata mereka tidak bertuah.”
Zuhril diam. Perkara yang sama juga diberitahu oleh Rouman di pekan tadi.
“Mengapa kau masih di sini?” Zamzam pula bertanya.
“Kerana aku punya tanggungjawab untuk menjaga Mak Inang.” Suara Esmira mendatar.
Terdiam seketika.
“Aku mahu menghantar Mak Inang ke rumah dahulu. Dia perlu diberi makan dan tidur. Jika tidak, perangainya makin menjadi-jadi.” Esmira memecah sunyi.
“Kalian tunggu di sini.”
“Tunggu di sini? Tapi….”
“Aku akan kembali.” Pantas Esmira memotong kata Zuhril. Selepas itu, Esmira menarik lengan Mak Inang lalu membimbing orang tua itu berjalan meninggalkan tetamunya tanpa sempat ditegah. Zamzam, Zuhril dan Firus terpinga-pinga.
“Zuhril!” Zamzam memanggil setelah kelibat Esmira dan Mak Inang hilang. Zuhril hanya memandang Zamzam, tidak bersuara.
“Bagaimana sekarang?” Keras suara Zamzam bertanya. Zuhril kekal diam. Otaknya juga sedang berfikir.
“Aku yakin, perempuan itu penipu. Ini semua perangkap!” Suara Zamzam berubah berang.
“Sabar Zamzam. Mana tahu, dia memang mahu menolong kita.”
“Jika benar, mengapa dia tinggalkan kita di sini?” Zamzam menyoal lagi. Hati kembali meruap panas. Bukan saja pada Esmira, kini telah menular pada Zuhril yang mudah percaya pada orang yang tidak dikenali. Juga pada Zaffar, yang telah memberi perintah kepada mereka untuk ke sini.
Jika tidak kerana mahu membuktikan yang dia anak yang boleh diharap, sudah pasti awal-awal lagi dia menolak arahan Zaffar. Zamzam merengus.
“Aku rasa, lebih baik kita pergi dari sini.” Zamzam memandang Zuhril. Kening Zuhril berkerut. “Sebelum apa-apa terjadi pada kita.”
“Tapi…Zamzam. Kita masih perlu dapatkan cerita tentang anak Raja Zulkhan itu.” Zuhril membantah.
“Bapa pasti akan murka jika kita kembali dengan tangan kosong.”
Mendengar kata-kata Zuhril, Zamzam terdiam. Antara perintah Zaffar dan asakan untuk pergi dari sini, dia berada dalam persimpangan.
“Kita cuba lagi di lain waktu.” Zamzam berkata akhirnya.
“Tapi…Zamzam…kita….”
“HOI!”
Satu suara jeritan garau mematikan perbincangan mereka. Tiga kepala berpaling ke belakang.
Ternganga.
Wajah itu sungguh hodoh sekali. Binatang atau sama seperti mereka?
“Nyawa kalian berakhir di sini.”
Bala datang.
Zamzam, Zuhril dan Firus menggenggam hulu pedang masing-masing. |
|
|
|
|
|
|
|
nk perang la niiiiiii..hoho |
|
|
|
|
|
|
|
Bala sudah mariiii!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Bala tua sangat ni...
Kasi yg muda sikit....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dey thambi! Ini rahul daaa. Itu pacit bala ada atas jugaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
sila sambung
#kunyahpopcorn |
|
|
|
|
|
|
|
dlm byk2 nvel sini. yg ni pling aku teruja nk bca sebab 1,bhasa sedap. 2,fantasi je and cintanya kureng.
Aku suka part qi digoda perempuan di pejabat.
Syg, tt jrng update. Takpe, aku tunggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 1-2-2015 05:23 PM
BAB 29
“He...He...He...”
Makhluk itu menyeringai. Satu demi satu dia memandang ke arah wajah tetamu-tetamu yang tidak diundang itu, seolah-olah sedang membuat penghakiman. Bermula dari Firus dan kemudiannya Zuhril. Tatkala memandang Zamzam, matanya mencerun lebih tajam.
Mereka juga turut sama memerhatikan makhluk itu. Dari leher hingga ke bawah, makhluk itu kelihatan sama saja seperti mereka. Tubuhnya yang kekar dan sasa itu langsung tidak dibaluti sebarang baju. Hanya berseluar camping. Namun, wajah makhluk itu menggerunkan. Rambutnya berwarna perang menggerbang laksana singa jantan. Seolah-olah terlahir dari kacukan haiwan. Dan apabila makhluk itu menyeringai kelihatan giginya tajam bertaring.
“Kalian masih muda tapi nampaknya, kalian sudah puas menikmati kehidupan.” Sekali lagi, makhluk itu bersuara.
“Kami datang bukan untuk mencari musuh dengan sesiapa.” Zuhril cuba menggunakan kelebihannya berkata-kata. Seboleh mungkin, dia cuba mengelak untuk berlawan. Nyawa kini menjadi taruhan. Daripada perkiraannya, sukar untuk mereka mengalahkan makhluk itu.
“Kami datang untuk mencari khabar tentang seorang puteri.”
“Walau apa pun tujuan kalian, aku tidak peduli.” Balas makhluk itu dengan pantas. Menyeringai sekali-sekala.
“Jaga-jaga.” Zamzam menjerit memberi amaran apabila makhluk itu mula bertindak.
Makhluk itu melompat tinggi ke udara lalu menjunam terus ke bawah. Sasaran pertamanya adalah Firus yang pada perkiraaannya, yang paling lemah. Satu tendangan tepat mengenai dada Firus lalu terus terundur ke belakang sebelum rebah.
“Firus!”
Zuhril cuba untuk membantu tetapi dia kini adalah sasaran kedua. Pantas makhluk itu berpaling lalu dengan mudah, dia mengelak libasan pedang dari Zuhril. Satu hentakan diberikan pada belakang badan lalu Zuhril terdorong ke depan. Segera, dia kembali bersiaga. Nafas ditarik seketika.
Makhluk itu menyeringai. “Marilah.”
“Hiyaargghhh...” Zuhril meluru ke depan lalu menghayunkan pedang. Makhluk itu tidak melawan, hanya mengelak beberapa kali dari Zuhril. Sesekali, terdengar bunyi seolah-olah makhluk itu ketawa. Zuhril merengus. Makhluk itu sedang memperkecilkannya.
Zuhril berhenti melakukan serangan lalu menjarakkan diri dari makhluk itu. Nafasnya turun-naik. Hatinya mula panas. Nampaknya, makhluk itu sengaja memancing kemarahannya. Dia tidak boleh menyerang secara melulu. Makhluk itu diperhatikan tajam.
Zuhril melancarkan satu lagi serangan. Tatkala makhluk itu mengelak ke sisi kiri, segera dia berpusing lalu memberi tendangan sekuat tenaga pada perut sehingga makhluk itu akhirnya tertunduk. Zuhril menggunakan ruang yang ada. Satu hentakan dikenakan pada belakang badan makhluk itu lalu dia jatuh tertiarap. Zuhril menghayun pedang, cuba menikam belakang makhluk itu tetapi segera makhluk itu berguling ke kanan lalu bangun.
“He...He...He...”
Makhluk itu kembali menyeringai. Seolah-olah serangan yang dilakukan Zuhril tadi langsung tidak memberi kesan. |
|
|
|
|
|
|
|
adeh...makhluk tu gelak..He...he...he...
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aih...putihnya taring..pakai Qu Puteh ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
“Makhluk apa ini?” Zuhril merengsa. Sukar baginya untuk menangani makhluk itu. Nafasnya turun naik. Pakaian semakin dibasahi keringat.
“Hey!” Sengaja Zamzam menjerit untuk mengalih perhatian makhluk itu. Separuh tenaga Zuhril sudah habis, dia tahu. Lalu, dia sengaja mencuri masa agar tenaga adiknya itu pulih sedikit sebanyak.
“Carilah lawan yang sesuai denganmu.” Zamzam mencabar walau dalam hati, rasa gerun tidak mampu dibuang. Yang berhadapan mereka kini bukan sebarangan makhluk. Jika tersilap langkah, pastinya di sini tempat mereka dikuburkan. Tetapi, nyawa tetap perlu dipertahankan. Tidak mungkin dia mahu menyerah dengan begitu mudah sebelum melawan.
“He...He...He...” Makhluk itu ketawa lagi. “Lawan yang bagaimana? Seperti kau?”
Zamzam diam. Hulu pedang digenggam sekuat hati sambil memerhatikan tingkah-laku makhluk itu.
“Aku tahu, kependekaranmu jauh lebih hebat dari mereka berdua.” Makhluk itu berkata lagi. Kali ini, tiada lagi ketawa yang terbit dari mulutnya. Kepalanya pula melingas ke kiri dan kanan ketika berkata-kata.
“Apa lagi. Marilah. Aku ingin lihat sejauh mana kehebatanmu, wahai pemuda.” Makhluk itu pula mencabar. Zamzam tidak berganjak namun kekal berwaspada.
“He...He...He.” Makhluk itu ketawa. “Jika begitu, baiklah.” Habis saja berkata-kata, makhluk itu melompat tinggi ke udara.
“Zamzam. Hati-hati.” Zuhril memberi amaran.
Zamzam bersedia dengan segala kemungkinan. Makhluk itu menjunam, mensasarkan bahagian kepala namun Zuhril segera mengelak. Dia berguling ke kiri. Makhluk itu menerjah ke tanah lantas berpusing ke arah Zamzam. Tidak menunggu lama, Zamzam diserang lagi. Tercungap-cungap Zamzam menepis setiap tumbukan dan tendangan namun dia masih mampu bertahan.
Celaka! Zamzam menyumpah dalam hati. Jika dia berterusan bertahan tanpa melawan begini, sudah pasti dia akan kalah. Makhluk itu pula, sudah pasti tidak akan memberi peluang untuk dia melakukan serangan.
“He...He...He...”
Seringai makhluk itu benar-benar membuatkan hati Zamzam terbakar. Makhluk itu pula seolah-olah tidak surut tenaganya. Bagaimana mahu menewaskan dia? Zamzam semakin terdesak.
Satu peluang terbuka. Satu tumbukan dari makhluk dapat dielak lalu Zamzam merebahkan badan sambil kaki kanannya menendang ke bawah lalu melibas kaki makhluk itu. Beberapa kali dia melakukannya sehingga makhluk itu hilang keseimbangan lalu tersungkur jatuh. Segera Zamzam berguling ke tepi lalu berdiri.
Tenaganya semakin berkurangan. Dia mulai kepenatan. Zamzam menghirup udara selaju mungkin untuk melegakan seluruh anggotanya.
“He...He...He...”
Makhluk itu sudah bangkit. Bunyi ketawa makhluk itu benar-benar menjengkelkan. Zamzam merengus. |
|
|
|
|
|
|
|
suka sgt ketawa makhluk ni.annoying pulak aku rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Annoyingkan... tadah telinga ulang dengar benda yg sama...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|