|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
teringat kes arwah adik nurin... 1 lagi kes
Boy in the Box (Philadelphia)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
best sgt laaaaaaaa cerita2 kat dlm ni, baru iols terbaca. .
yg talvar tu siapa laa pembunuh sbnr dia tu yaa? uwaaa, otak iols xboleh nak hadam. . |
|
|
|
|
|
|
|
kisah boy in the box ni sedih sgt... ada satu teori yg boleh diterima akal, pd thn 80an sorg pompuan yg menghidap sakit mental meluahkan rahsia familynya dgn psychiatrist - emaknya pernah beli seorg budak lelaki drpd sebuah keluarga miskin dlm thn 50an. budak tu didera dan dijadikan sex slave sampai mati. jd dia dan emaknya menaiki kereta dan buang mayat budak tersebut kat pinggir hutan (di mana mayatnya ditemui) - info ni padan dgn cerita seorg saksi yg ternampak dua org perempuan tgh keluarkan 'kotak' dr boot kereta. tp bila polis soalsiasat jiran rapat pompuan nih, dia org cakap tak pernah nampak pun kelibat budak lelaki kat rumahnya. namun kalo tak silap, dlm sesi psikiatri pompuan tu beritahu sepanjang hayat budak tuh hanya berada di basement saja. jd tak mustahil dia diarah utk dok diam2 kalo ada tetamu datang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mohon bersabar sistur, belum ada masa terluang utk mencsi dan menaip cerita baru
|
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 7-9-2017 12:48 PM
tengok org keje bedahsiasat ni, teringat kat movie autopsy of jane doe
Seram kan???tapi syiok tengok |
|
|
|
|
|
|
|
I tengok channed diva siang tadi ada kes2 pembunuhan tapi solved la. Terjebak tengok back-to-back 2 episod. Satu tu kes misteri kehilangan pengantin laki hari reception. Pergelutan berlaku dan kawan pengantin dan pengantin perempuan terlibat. Hujung2 takda dakwaan sebab pembunuhan tu berlaku demi menyelamatkan nyawa kawan tu. Satu lagi kes best friend aniaya sebab jeles kan kehidupan kawan dia. Memang la enemy tu sometimes among best friend, sebab they knew almost everything about you. Jadi lebih baik maintain low dan berpada semua segi. |
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA SEBENARNYA JEROME?
Digby Neck; sekarang.
Pada 1863, Nova Scotia adalah sebuah daerah di Kanada yg agak terpencil dan tenang. Kebanyakan aktiviti perniagaan dan komunikasi adalah melalui kapal atau laluan yg menghubungkannya dgn New Brunswick. Sepanjang pesisiran, industri utama mereka adalah perikanan.
Pada 8 Sept. seorg budak lelaki bernama George Colin Albright atau 'Collie', 8thn, sedang bersiar2 di tepi pantai Sandy Cove, Digby Neck, Nova Scotia -- Dia terlihat sesuatu yg ganjil, terdampar di pasir. Apabila dia mendekatinya, Collie menyedari objek itu sebenarnya seorg lelaki muda berkulit gelap, kudung kedua2 belah kakinya. Budak itu segera berlari mendapatkan bantuan, ttpi mengambil masa yg lama utk meyakinkan org kampung dgn penemuannya itu. Akhirnya dua org petani mengikuti Collie kembali ke tepi pantai. Setelah beberapa ketika terperanjat dgn apa yg mereka lihat, pemuda malang itu diselamatkan dan dibawa ke rumah Collie utk mendptkan penjagaan dan rawatan.
Tempat Jerome dijumpai
Dgn itu bermulalah misteri yg penuh kontroversi yg tidak dpt dirungkaikan sehingga kini. Tangan pemuda itu dikatakan berkulit halus dan lembut, menunjukkan dia tidak pernah melakukan kerja2 berat. Tidak lama kemudian org2 kpg mula berspekulasi mengatakan pemuda itu berkemungkinan seorg pegawai tentera yg terlibat dgn perang di Eropah, atau perang saudara di Amerika Sykt yg sedang berlangsung ketika itu. Ada juga berpendapat, barangkali dia berdarah kerabat diraja salah sebuah negara Eropah, telah melakukan sesuatu yg memalukan keluarganya lantas dihukum dgn kedua2 kakinya dipotong dan seterusnya dibuang jauh2. Selain itu, mungkin dia disingkirkan dlm perebutan harta. Apa yg menyukarkan mereka utk mendapatkan maklumat latar belakang pemuda tersebut adalah kekangan bahasa, dia spt tidak faham sepatah pun perkataan Inggeris.
Hampir mati kerana hypothermia (kesejukan melampau), pemuda itu akhirnya sembuh dan sihat di rumah keluarga Albright. Dia juga menerima banyak kunjungan termasuk wartawan, paderi dan pengkaji akademik. W/pun dari segi fizikal berkulit gelap dan mempunyai ciri2 rupa Mediterranean, dia tidak memahami bahasa Perancis, Latin, Itali, Sepanyol dan pelbagai bahasa lain lg. Pemuda itu tidak memperdulikan perhatian org ramai dan agak dingin w/pun dgn tuan rumah yg menumpangkannya. Dia lebih mesra dgn kanak2, kadang2 menghabiskan masa bermain dgn mereka. Di hadapan tetamu dewasa yg tidak diundang, dia akan mencuka dan menderam spt anjing. Apapun, dia tidak pernah bertindak ganas.
Lelaki tersebut dinamakan Jerome; namun org kpg sendiri pun tidak pasti kerana ketika ditanya namanya, dia mengumam dan bunyinya spt menyebut 'Jerome'.
Akhirnya, keluarga Albright terpaksa berhenti menjaga Jerome kerana perbelanjaannya semakin menjadi beban buat sebuah keluarga nelayan yg miskin. Setelah keluar masuk beberapa rumah, penganut Baptist di Digby Neck berpendapat lelaki misteri itu mungkin seorg Katolik. Oleh itu mereka menghantarnya dgn menaiki kapal ke komuniti Perancis di Metghan, di mana Jerome akan menjalani hidupnya sehingga ke penghujung usia. Dikatakan kerajaan Nova Scotia memberikan wang bantuan sebanyak 2 dolar seminggu kpd Jerome, selaku org kurang upaya.
Dia diterima masuk ke dlm keluarga Jean Nicola, seorg penduduk berketurunan Corsica yg fasih dlm beberapa bahasa Eropah termasuk Rusia. Dia juga cuba berbual dgn Jerome dgn mcm2 bahasa yg diketahui namun gagal. Walaupun hubungan antara Jerome dan Jean kurang baik, lelaki misteri itu lebih rapat dgn isteri Nicola, Julitte dan anak tirinya, Madeleine.
Sepanjang hidupnya Jerome cuma mampu mengucapkan beberapa perkataan saja, namun pernah sesekali dia menyebut mengenai sebuah kapal bernama Columbo dan asal sebenar dirinya adalah Trieste.
Selepas kematian Julitte, Nicola kembali ke Eropah dan penjagaan Jerome diambil alih oleh Dedier dan Zabeth Comeau. Wang bantuan 2 dollar dipergunakan oleh pasangan itu utk menampung keluarga besar mereka termasuk anak mereka yg sedang menerima latihan sbg paderi. Pasangan Comeau juga meletakkan harga tiket masuk bg sesiapa yg berminat utk melihat Jerome, yg mereka gembar gemburkan sbg ahli kerabat diraja Eropah.
Walau dieksploitasi dan dipergunakan, Jerome lebih gembira bermain dan ditemani anak2 Comeau. Pada satu hari, 2 org wanita misteri datang melawat ke rumah keluarga itu dan meminta utk bercakap dgn Jerome secara peribadi. Mereka dikatakan berbual dgn suara yg rendah dan berbisik2. Ketika meninggalkan rumah itu, wanita2 tersebut berkata kpd pasangan Comeau,"Nampaknya dia baik2 saja di sini. Biarkan saja dia."
Pada 2008, seorg pakar sejarah tempatan dari Yarmouth, Nova Scotia bernama Fraser Mooney Jr. menulis sebuah buku -- menawarkan jawapan kpd asal usul lelaki misteri bernama Jerome itu, hasil drpd kajiannya yg memakan masa berthn2;
Pada 1859, seorg lelaki berbangsa asing merayau2 di bandar Chipman, New Brunswick, seberang teluk dari Nova Scotia. Entah bagaimana lelaki itu terjatuh ke dlm sungai berais, ttp sempat diselamatkan oleh dua bersaudara. Malangnya kedua2 belah kakinya mengalami gangrene, maka Dr Harry Peters menjalankan pembedahan utk memotong kedua2nya.
Dia mula dikenali sbg 'Gamby', mungkin kerana ketika sedar drpd pembedahan dia asyik menyebut2 'gamba' - iaitu 'kaki' dlm bahasa Itali. Spt mana dia dianggap beban oleh penduduk Digby Neck, begitu jugalah tanggapan penduduk Chipman. Mengikut kajian Mooney Jr., seorg kapten kapal yg singgah ke bandar itu telah dibayar dgn wang yg banyak bg membawa lelaki kurang upaya itu ke tempat yg lebih mesra dan penyayang. Kapal itu melalui Teluk Fundy, dan kapten tersebut mengarahkan krewnya meninggalkan saja lelaki itu di pantai Sandy Cove.
Hasil drpd penelitian rekod2 kapal, Mooney berpendapat Jerome menaiki kapal bernama Columbo yg berlayar dari Eropah, dan mendarat di Halifax, Kanada. Seterusnya menaiki kapal lain yg berlayar ke New Brunswick.
Namun buku Fraser Mooney Jr. penuh kontroversi, dan salah seorg rakan penulis menyifatkan buku tersebut berbentuk spekulasi dan sekadar fiksyen semata2.
Apapun, ramai peminat yg mengikuti kes misteri ini bersetuju dgn teori bahawa Jerome mungkin dlm keadaan yg amat trauma apb. mendapati kedua2 belah kakinya telah dipotong, tambahan pula berada di tempat asing yg dia tidak tahu bahasanya. Berkemungkinan juga, kegagalannya utk mempelajari bahasa Perancis atau Inggeris -- Termasuk berkomunikasi bahasa asal usulnya sendiri, menunjukkan dia menghidapi strok yg mempengaruhi bahagian pertuturannya.
Ini mungkin berpunca drpd hypothermia atau kehilangan darah yg banyak akibat pembedahan itu. Apa yg menarik, w/pun percakapannya terbatas menurut org2 terdekat, Jerome dikatakan sekali sekala menyanyi dgn begitu indah sekali dlm bahasa asing.
Kesukaran Jerome dari segi emosi, yg berlanjutan hingga ke akhir hayatnya, sgt menyerupai kesan2 post-traumatic stress disorder atau gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD) -- Ini terjadi apb. pengidap mengalami sesuatu peristiwa yg membawa tekanan yg sgt berat, diiringi tanda2 cemas, kemurungan, tidur yg terganggu dan kegagalan utk menyesuaikan diri.
Jerome menjalani hidupnya selama 49thn di Nova Scotia sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pd 15 April, 1912 -- hari yg sama kapal RMS Titanic tenggelam.
Wikipedia
Source
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
misteri sungguh kisah jerome ni |
|
|
|
|
|
|
|
Terlayan video autopsy kat youtube TT bg ni sampai lewat malam. exited btl kes2 beliau sampai terkulat-kulat mata dtg opis pagi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Menarik betul kisah Jerome, walaupun begitu dia popular. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb thread ni aku dh mula layan documentary Snapped kat internet
|
|
|
|
|
|
|
|
ahahahaa samalah mula2 tengok satu bideo, pastuh "eh mlm masih muda... tengok satu lg lah..." sekali kat luar tingkap, hari dah nak siang
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tengok jugak lah... btw ai subscribe deadly women, the fifth estate, crime watch daily, dark minds etc
|
|
|
|
|
|
|
|
me too...somehow rasa lupa pada stress when we focus on something else kann?
and cerita2 macam ni buat i focus...
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanka dani. Sape la jerome sebenarnya. Masa dia dijumpai tu kira dah dewasa la kan bukan remaja lagi?
Mungkin la memang naik kapal lalu ditinggalkan. Nak kata dari kawasan dekat2 situ mesti boleh tahu dah asal mana. Ni macam asal jauh dari tempat dia dijumpai |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 20-9-2017 11:26 PM
ahahahaa samalah mula2 tengok satu bideo, pastuh "eh mlm masih muda... tengok satu lg lah... ...
sama la.. sbb tredd ni layan pelbagai case kat utiub... hehe.. im |
|
|
|
|
|
|
|
misterinya pada tangan jerome yang halus dan lembut... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 29-9-2017 10:29 AM
to me, Jerome ni lebih kepada bertuah sebenarnya walaupun misteri
ada je orang yang bela dan jaga dia walaupun ada yang mengeksploitasi Jerome ni like famili Comeau
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu sR kat benang ni sbb mmg suke ngn cite2 pembunuhan misteri thriller bagai ni.
Agak2 kt malaysia ni ada tak kelab peminat kes2 pembunuhan ni ala2 mcm dlm pilem apatah lupa lak tajuk tp pelakon utama charlize Theron tu. Yg kisah dia satu2 nya terselamat drpd dibunuh ketika semua adik beradik n mak dia kena bunuh. Abg dia dituduh membunuh n kena penjara tp setelah 20 thn kot gitu ade ahli kelab peminat cari dia sbb percaya abg dia bkn pembunuh sebenar.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|