CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: darlingangel

Jemari Seni

 Close [Copy link]
Post time 26-11-2007 01:48 PM | Show all posts

Reply #1291 NickyAzrai's post

lebih happenin?? ....cissh jeles tahap gaban haku dgn ayat ko nie nick...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 01:57 PM | Show all posts

Reply #1290 NickyAzrai's post

dpt yg baru kluar dr oven tu yg mahal weiii......:kiss: :kiss:

haku dpt yg dah suam2 kuku sikit......;) ;)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by silencez at 13-11-2007 11:33 PM
http://img256.imageshack.us/img256/7099/sepatufrontcoverbb9.jpg
tadi jenguk website jemari seni.. buku baru ruby hazri ni akan mula ada di pasaran disember depan.
harga: rm21. pembelian melalu ...


wah... karya terbaru dari ruby hazri... kena masuk senarai buku yg perlu dibeli utk next month...
tak sabarnya nak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2007 09:32 AM | Show all posts

Reply #1305 NickyAzrai's post

ya hang mmg 200% btul...:victory: :victory:

hang jgn risau sil, majlis JS memang enjoy, depa2 mmg best sgtt especially kakSu:kiss: :kiss: ...haku sedey lerr x dpt pie ...so xdptlah  peluk kakSu yg comey & gebu tuu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 12:43 PM | Show all posts

Reply #1309 Acun's post

launching buku baru Jemari Seni tu laa cun .....kat Bandar Seri Putra, Bangi...nick pie haku rasa , sil xtaw laa....hang nak pie pun boleh cun...pi email kat ruby/wan amalyn depa nanti bagi hang details --->
[email protected]
[email protected]

[ Last edited by  aprilsnow at 29-11-2007 12:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 12:47 PM | Show all posts

Reply #1310 aprilsnow's post

insyaallah cing.. kalau takde aral. dah dapat map malam tadi.  
tadi dah call kak su.. sbb hari tu ada order buku, kalau jadi datang ahad ni, ambil ahad nanti terus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2007 12:54 PM | Show all posts

Reply #1311 silencez's post

bestnyerr dpt pie kan sil...nanti hang ngan nick joint tangan tolong peluk kaKsu yg gebu comey tu utk haku ye....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 01:32 PM | Show all posts
mph alamanda ni mmg hampeh la
semlm dekat 1/2 jam aku tawaf 3 kali kat rak novel melayu yg xseberapa tu,akhirnya terselit la 1 SAHAJA RADHA di celah2 novel lain..labyrinth,gurindam jiwa n zahrah de tigris pun ada tak sampai 10..yg lelain tu lagi la takde
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2007 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by aprilsnow at 29-11-2007 12:43 PM
launching buku baru Jemari Seni tu laa cun .....kat Bandar Seri Putra, Bangi...nick pie haku rasa , sil xtaw laa....hang nak pie pun boleh cun...pi email kat ruby/wan amalyn depa na ...



hmmmm jauhhhnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 04:11 PM | Show all posts

Reply #1311 silencez's post

caya lah sil , jd gak hang gi ye
:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 05:10 PM | Show all posts
okeh, ni review panjang ZDT

Tajuk: Zahrah de Tigris
Pengarang: Khairyn Othman
Penerbit: Jemari Seni Publishing;
Cetakan pertama, 2007
Mukasurat: 501
Genre: Fiksyen

Ceritaini cerita cinta sebenarnya. Cinta kepada manusia dan kemanusiaan dalamdiri Khairunnisa yang terperangkap dalam pergolakan perang di Iraq.Cinta yang mendorong Nisa memilih untuk membantu warga Achehmembangunkan semula wilayah yang musnah selepas bencana tsunami selepaskembali dari Iraq. Nisa seorang yang kuat semangat, berdikari, tegastetapi amat penyayang. Satu watak yang mewakili wanita Malaysia moden.Peribadi Nisa mungkin juga terbentuk daripada disiplin kewartawanannyasebelum melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di Glasgow. Berada di Glasgow mendedahkan mengenalkan Nisa kepada aktivis-aktivis hak asasi manusia dan anti perang secara global. Nisa degil dan sentiasa membuat keputusan mengikut pertimbangan sendiri tetapi kerap tersepitantara tindakan yang diambil dan penerimaan ahli keluarganya.

Pemergian Nisa ke Iraq pada awalnya adalah kerana tawaran gaji yang lumayan untuk berkhidmat sebagai guru kepada anak-anak mangsa perang dengan sebuah yayasan yang dibiayai sepenuhnya oleh hartawan Kuwait. Dengan wang yang bakal dikumpul, dia sangat berharap untuk menaikkan taraf kehidupan sendiri dan juga keluarganya. Jadi sebenarnya keputusan Nisa disebalik tawaran materialistik itu adalah cinta yang mendalam kepada keluarganya dan mahu mereka menikmati kehidupan yang lebih baik. Namun bagi keluarga Nisa pula, demi cinta, ahli keluarga perlu sentiasa bersatu dan menanggung susah senang bersama. Tentulah sukar bagi mana-mana ibubapa yang tinggal di Malaysia yang aman damai menerima keputusan anak yang memilih untuk keluar dari zon selesa dan berkhidmat di bumi yangsedang bergolak. Persepsi biasa, dalam perang kematian adalah lumrah.Sedangkan hakikatnya mati menjemput kita tanpa mengira masa dan tempat,cuma dengan sebab yang berbeza.

Catatan kehidupan Nisa ditulissendiri dalam blognya bagi meluahkan perasaan terhadap kekejaman dan ketidakadilan yang berleluasa di bumi . Rakyat Iraq juga cintakan kedamaian. Namun kerana pemimpin yang ujub dengan kehebatan dirisendiri, tamakkan kuasa dan wang dari hasil bumi Iraq, rakyat biasa lahyang menanggung akibatnya. Iraq sudah biasa bermandi darah. Dari kolonialisme, krisis Iraq-Iran, pembersihan etnik Kurdish, perangTeluk, kejatuhan Saddam sehingga penaklukan tentera bersekutu atasdasar keamanan, rakyat Iraq sebenarnya telah banyak menanggungpenderitaan. Ramai yang terkorban kerana lumrahnya dalam perang amat sukar untuk membezakan rakyat biasa dengan anggota tentera, rumah,sekolah atau hospital juga disangka kubu tentera.Perang juga membuktikan kemanusiaan adalah sejagat, tidak hanya berteraskan ras atau agama, apatah lagi sempadan wilayah. Di bumi yang bergolak, akan ada manusia yang berhati mulia sanggup meninggalkan keselesaan di tanahair sendiri, berdepan dengan risiko kematian dan dikuburkan tanpa nisan, atau menjadi tahanan pihak yang bersenjata. Nisa menjadi sukarelawan di hospital setelah sekolah tempatnya bertugas dimusnahkan.Dan Nisa berkenalan dengan ramai lagi sukarelawan asing. Ironinya,tidak ramai rakyat Malaysia yang mengaku saudara seagama dengan rakyat Iraq yang menjadi sukarelawan.

Dengan Maura, Nisa menunjukkan keikhlasan dan cintanya kepada agama dan saudaranya Iraq mendahului kepentingan diri sendiri. Dengan Dr Patrick Deveraux, Nisa perlu meyakinkan bahawa penderitaan yang mereka saksika bukanlah kerana agama dan tuhan kerana tiada agama yang menyeru penganutnya bermusuhan dan berperang dan tuhan sentiasa menyayangi hambanya. Apa yang berlaku adalah akibat kelemahan manusia mengawal nafsu, tamak dan haloba. Nisamendapat keluarga angkat yang berfahaman syiah, dan ini membuka satu lagi ruang kepada Nisa untuk menunjukkan bahawa biar apapun fahaman,dalam Islam semua adalah bersaudara.

Selepas Mariam teman serumahnya ditangkap pemberontak dan dibunuh sebelum sempat dibawakanwang tebusan, Dr Patrick Deveraux yang membawa wang tebusan kepada pemberontak juga dikhabarkan turut terbunuh. Nisa dan Dr Patrick amat akrab, sebagai mana Patrick menyayangi Nisa, Nisa juga cintakan Patrick namun baginya cinta kepada Allah lebih utama. Agama memisahkan mereka.Jadi, perasaan itu tidak dizahirkan semasa hayat Patrick. Nisa sebenarnya sangat terasa dengan kehilangan Patrick. Jadi, kepulanganNisa ke Malaysia sebenarnya adalah untuk mengubati hati yang kecewa walaupun memang dia dinasihatkan supaya keluar dari Iraq atas sebabkeselamatan.

Berada di samping keluarga tidak mampu memadamkan kenangan, Nisa kemudiannya mengambil keputusan untuk menjadi sukarelawan membangunkan bumi Acheh. Kali ini mendapat sokongan padu keluarganya yang turut menyertai Nisa untuk merayakan Aidil Adha disana. Di Acheh Nisa bertemu semula dengan Patrick Deveraux yang telah memeluk Islam yang pada kali ini menjadi sukarelawan dalam pendidikan.Mereka bernikah menetap di Paris kerana Patrick a.k.a Taufik bertugas di sana. Jadi cerita cinta ini berakhir dengan kegembiraan.

Bagi yang kurang mengikuti berita semasa di Iraq, banyak peristiwa yangdipaparkan dalam buku ini yang tidak dipaparkan dalam semua media.Walaupun kebanyakan watak dalam cerita ini adalah fiksyen,peristiwa-peristiwa yang diceritakan adalah yang sebenarnya berlaku.Walaupun tujuan pendudukan tentera bersekutu di Iraq dikatakan untuk menjatuhkan Saddam Hussin dan memulihkan keamanan untuk sementara sebelum tugas memerintah diserahkan kepada warga Iraq sendiri, realiti yang berlaku amat menyedihkan. Saddam telah dijatuhkan dan dihukum,pilihanraya dan pemilihan perdana menteri juga telah dibuat, namun Iraq masih bergolak. Selain menentang tentera bersekutu, rakyat Iraq turut berperang sesama sendiri akibat permusuhan ekstrimis Syiah-Sunni yang memuncak akibat dendam lama semenjak pemerintahan Saddam.

Buku ini merupakan karya pertama Khairyn yang diterbitkan, ceritanya masih sekitar tema yang amat popular dan sejagat-cinta. Pada aku buku ni ada kelainan kerana tumpuan tidak begitu diberikan kepada watak-watak dalam cerita, sebaliknya lebih kepada peristiwa yang berlaku dan kesannya.Watak-watak hanya dicipta sebagai medium penyampaian cerita. Jadi aku berpendapat mesej yang nak disampaikan adalah kemanusiaan yang hilang dan muncul dalam perang. Apabila hilang perasaan cinta dalam diri, maka peperangan akan meletus, tapi yang akan menderita akibat perang adalah mereka sebenarnya tak terlibat langsung, terutamanya kanak-kanak yang kehilangan keluarga dan cacat akibat perang. Merekalah yang menanggung trauma sebenarnya. Bagi kita di Malaysia, kalau kita ke sana sebagais ukarelawan (yang sebenarnya tak ramai pun yang sanggup), kalau berhadapan dengan keadaan genting, kita masih boleh mengambil jalan mudah pulang ke tanah air. Bagi mereka di sana, ke manakah lagi hendak melarikan diri kerana di situlah tanah air mereka. Walaupun akan mendapat perlindungan dari negara luar, takkan sama tempat sendiri.

[ Last edited by  mantan at 1-12-2007 05:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 05:40 PM | Show all posts
bila buku ruby hazri nak kuar ek...
this week kan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by mariss at 3-12-2007 05:40 PM
bila buku ruby hazri nak kuar ek...
this week kan...


aha...this week.
5 Dis nti di pasaran
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 11:39 AM | Show all posts

Reply #1320 dyea's post

esk la..weekend ni leh g cari
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 08:58 AM | Show all posts
Hari ni buku mula d jual, kan..tapi yg pasti buku ni blom dpt landing Brunei lagi ni... blom mendarat!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 04:56 PM | Show all posts
tengah baca RADHA..
hmm nape aku rasa bosan eh??best mmg best tp ada sedikit bosan
tak kena citarasa aku kot
at least,terbitan most terbitan jemari seni ni masih tak mengecewakan aku sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2007 09:41 AM | Show all posts

Reply #1323 willy_wonka's post

Eh..betul ker?Ramai yg suka..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 09:52 AM | Show all posts
best tak 2nd novel ruby?coz baca percayalah...kureng sket....baca sinopsis dia memang teruja tp takut kuciwa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 09:09 PM | Show all posts

kopi susu sepatu biru

kopi susu ni berkisarkan kehidupan hidup berjiran. emilia, azwa & khaliza tinggal di rumah no. 11, berjirankan mat, razlan, muiz, shaharudin - rumah no. 9. mcm kucing dgn anjing. terutama, si mat yg suka cari pasal. asalnya, pasal parking kereta. mat suka parking sampaikan masuk ke kawasan rumah sewa emilia, sampai buatkan diorg kadang susah nak keluarkan kereta. dari bab kereta, beralih ke bab kucing. kucing yg mat bela suka bertandang ke rumah sewa emilia.

emilia ada member siber, & mengaku kononnya belajar di uk. sampai 1 masa, emi sedia jumpa sorang member sibernya yg gunakan nick dejavu79 @ kak hasmah. siap dah belikan kerongsang sbg cenderahati. janji kat secret recipe depan sogo (nick.. cing.. ni jugak tmpt pertama kita jumpa kan ). dekat dgn mejanya, duduk sorang lelaki hensem. tunggu punya tunggu, tiba2 datang sorang lelaki botak bertubuh sasa, pakai singlet tak berlengan & berjeans, siap dgn jambangan bunga. si botak datang tuju ke arah emilia & tanya `masyimalo?' terus emilia kaku tak bersuara. akhirnya lelaki hensem kat sebelah meja emi mengaku, dia lah masyimalo - nak selamatkan emilia. kat singlet si botak siap tertulis - dejavu.

mr lapok, sorang lagi member siber emy, berkias nak kenal emy lebih dekat. sbbkan tak nak tertipu lagi, emy hantar gambar sorang kawan yg berbadan besar. mr lapok muyskil juga dgn gambar tu. sbb gambar tu ada gambar pokok kelapa & tarikhnya masih baru, sedangkan emi @ masyimalo kata tak pernah balik lagi sejak mula jejak kaki ke uk. mr lapok hantar gambarnya sbg balasan utk emy. tapi punya terkejut sbb kulit gelap (kopi susu).

adik emy, hanim datang dari kg. pagi tu emy masuk lambat sbb jemput hanim. pagi tu juga pengurus baru emy mula laporkan diri. emy dah minta saiful signkan kedatangan. tapi tertangkap juga. & lebih terkejut sbb pengurus baru tu, jejaka hensem yg dia jumpa kat secret recipe! pengurus baru - zahim, dah mula ada hati kat emy sejak mula nampak emy. byk la taktik. jemput emy ke majlis harijadi anak buah, bawa emy jumpa keluarga, mintak tolong sofea (kawan baik zahim) terangkan kat emy.

hanim pula makin hari, makin rapat dgn mat. buatkan emy lagi menyinga sbbkan diorg dah lancarkan perang dgn jiran sebelah. sampailah mat selamatkan hanim, buatkan emy sejuk hati sikit. mat pulak, bermacam2 cara nak tackle hati emy, tapi masih kekalkan sifat egonya. emy mula baik dgn mat bila mat ditembak waktu nak selamatkan emy dari dijadikan tebusan perompak yg nak rompak bank tmpt emy kerja.

ada satu peristiwa yg buatkan mat & emy berperang besar, sampai emy pindah dari rumah no. 11. nak tahu kesudahannya, kena baca sendiri baru puas. sama ada emy berkesudahan dgn zahim yg mmg tak putus2 nak pikat emy, atau mat yg mahu tapi tak nak ketepikan ego. KSSB ni, best. kelakar. sakit perut tahan ketawa. kiranya boleh la release tension. mmg tak sama dengan `percayalah'.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by silencez at 6-12-2007 09:09 PM
kopi susu ni berkisarkan kehidupan hidup berjiran. emilia, azwa & khaliza tinggal di rumah no. 11, berjirankan mat, razlan, muiz, shaharudin - rumah no. 9. mcm kucing dgn anjing. terutama, si mat ...


Waaahhh...teruja baca ulasan silencez.
X sabar nk ngadap KSSB...tp kena tgu weekend baru free.
Thanx Silencez
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.627388 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list