CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}

  [Copy link]
Post time 26-9-2012 07:08 AM | Show all posts
orangbesi posted on 25-9-2012 11:03 AM
uueehhhhh
kena makan sehari gak tu
nak cari PENYUDAH syair hang ni

pelan-pelan kayuh tuan..bukan senang semudah berlagu syair...selagi tak dipecahkan yang 'kotor' di dalam  hati tu...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2012 07:20 AM | Show all posts
orangbesi posted on 25-9-2012 11:59 AM
tu yg cik mek molek kat sini
miftahujamilah tu
kasi aku cooollllllllllllllllllllllllllllll kat s ...

hehe..macam2 la orangbesi...awak tu besi..kenap api panas ..cair pun payah gak..saya teringat ada satu cerita..seorang lelaki alim dan warak bersolat di masjid..dalam masjid itu ada seorang lelaki yang memerhatikannya..kemudian selepas solat dia pun menangis beratap hiba ..sambil berdoa "ya Allah akulah hambaMu yang hina ,lemah dan berdosa  ..bla..bla.." kemudian pakcik tu tadi datang tegur  dia ..dan berkata "kamu pembohong!" sambil tersenyum. terus lelaki tu naik angin..agak-agaknya apa sebab pak cik tu cakap begitu??..mari kita fikir-fikirkan kita cuma melihat sekilas pandang ...tanpa merenung dalam2..bila orang tengking herdik kita..kita cepat naik angin...kita tak fikir lagi apa yang ditegur itu..sebab kita rasa kita dah betul dan kita tak seperti yang diungkapkan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 08:56 AM | Show all posts
miftahuljamilah posted on 26-9-2012 07:20 AM
hehe..macam2 la orangbesi...awak tu besi..kenap api panas ..cair pun payah gak..saya teringat ada  ...

apa motif nak tengking-tengking org dalam masjid masa org lain tengah berdoa. apa hak kita nak tengking org lain? apatah lagi di dalam masjid. kalau nak tegur pun tak bolehkah dengan cara yang berhemah? kalau kita di tempat pakcik tadi, tengah berdoa dan kemudian org tengking kita dengan ucapan "kamu pembohong" agaknya apa reaksi kita ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 10:03 AM | Show all posts
miftahuljamilah posted on 26-9-2012 07:20 AM
hehe..macam2 la orangbesi...awak tu besi..kenap api panas ..cair pun payah gak..saya teringat ada  ...

Saya faham kiasan kamu. Tapi kamu lupa bahawa dosa FITNAH yg dilemparkan, apatah lagi sesama Muslim, adalah lebih besar dari membunuh. Dan dosa kita sesama manusia yg pernah kita FITNAH, tidak akan dimaafkan, selagi orang yg kita fitnah itu tidak memaafkan kita. Jangan fikir diri kita sudah cukup bagus sehingga kita merasakan diri kita dengan sewenangnya boleh memfitnah manusia lain sesuka hati kita, hanya kerana BERBURUK SANGKA dengan manusia lain. Di akhirat kelak, di tengah-tengah berbiliion manusia dari semenjak Adam sehingga akhir zaman, bisakah kita mencari kembali orang-orang yang pernah kita fitnahkan itu? Di dunia ini bolehlah kita bermegah dengan ilmu setitis air laut yg kita ada. Tapi di akhirat, semua manusia itu SAMA di sisi Allah. Yg bakal membezakan kita, hanya Iman dan Amalan kita sewaktu di dunia ini.

Kita melihat output dan result, tapi Allah melihat usaha. Dan segala yg ada di sini, hanyalah usaha-usaha utk menyedarkan manusia di luar sana. Jika thread ini boleh menjadi pemangkin utk memberikan kesedaran kepada kita, itu semua kurniaan Allah. Thread ini hanyalah asbabnya.

Jadi kalau mahu menyampaikan teguran, lakukan saja secara berhemah, bukan dengan cara MEMFITNAH dengan mengatakan ada forumer yg mahu memurtadkan forumer lain. Konon ada forumer yg mahu mengkristiankan forumer lain. Tuduhan itu sendiri sesuatu yg sangat berat dan membabitkan semua yg ada di sini. Adakah kamu mahu memikul beban itu bagi si pelempar fitnah? Dari kata-kata kamu, kelihatan kamu sendiri sudah cukup arif dan jauh lebih berilmu dari kami di sini, apakah hukumnya MEMFITNAH manusia lain sedangkan orang yg difitnah itu langsung tidak melakukan seperti yg difitnahkan? Hanya kerana berburuk sangka, dan hanya kerana mahu membalas dendam kerana threadnya pernah ditutup oleh forumer lain, jadi dia membalasnya dengan melakukan perkara itu kepada seseorang yg tiada kena mengena dengan perbalahannya bersama orang lain. Apakah sikap sebegini adalah dianggap MULIA di sisi ajaran Islam? Mahu disamakan dengan pakcik yg menengking - 'kamu pembohong!',  di dalam masjid?

Sejak Part 1 saya sudah berkata, jika ada sesiapa yg tidak menyukai thread ini, saya tidak pernah memaksa anda masuk ke sini atau berada di sini. Itu pilihan anda. Namun sangat anih, apabila melihat ada yg tidak suka kepada apa yg dibincangkan di dalam thread ini, tapi masih mahu membuang masa berada di sini, melemparkan kiasan, sindiran2 halus, umpatan2 indirect dan fitnah, yg merosakkan hati anda sendiri. Kadang kita galak menegur orang, kita lupa melihat diri kita sendiri (termasuk saya).

Maaf jika saya terlalu lancang berbicara. Namun sebagai pembuka thread, saya kira saya mempunyai sedikit hak untuk mengawasi hala tuju thread ini supaya tidak off-track. Kita di sini semua 'sesat', dan semuanya mencari jalan yg lurus utk pulang. Tapi jalan lurus itu tidak akan kita ketemu, seandainya di dalam hati kita masih kotor dan masih menganggap diri kita jauh lebih baik dari orang lain, meskipun kita sekadar berkias dalam menegur. Kita tak sedar, ada manusia-manusia lain yg dapat 'merasa' kemualan itu, meskipun kita melakukannya dalam cara yg paling halus. Saya juga tidak terkecuali. Saya juga adalah di antara manusia-manusia yg memualkan itu. Saya lupa, saya ini jauh lebih buruk dari semua di sini tapi begitu galak mahu menegur manusia lain. Jadi kita berpada-padalah di dalam menegur sesiapa. Jangan kita lupa untuk melihat hati kita sendiri, dalam masa kita menegur orang lain, meskipun secara berkias. Allah tidak sesekali LALAI dari menilai hati kita. Allah melihat jauh ke dalam HATI.

Maaf sekali lagi. Yg baik itu datang dari kasih sayang Allah. Dan yg buruk itu adalah kelemahan dari saya. Jazaakallahu khair. Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:08 AM | Show all posts
eurasia_nur posted on 25-9-2012 12:02 PM
hahaha...ada like tak??nak like ni.. hehe da terpesong dari tajuk trade ni..adess... jangan marah  ...

ok tuuu

tuhan pun inginkan
agar manusia hidup aman damai
hidup bersama2 bergembira
dgn JANJI2NYA yg DIA AKAN TEPATI


CANTIKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
like sangat2 leeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:12 AM | Show all posts
miftahuljamilah posted on 26-9-2012 07:20 AM
hehe..macam2 la orangbesi...awak tu besi..kenap api panas ..cair pun payah gak..saya teringat ada  ...

apa nak buat
kan dah diCIPTAKAN
SYURGA n NERAKA
...................leh pilih kannnnnnn
betol ke????


hang agak laaa
ada yg faham tak ayat yg kedua tu
kisah pak cik tu.....................????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2012 10:44 AM | Show all posts
orangbesi posted on 26-9-2012 10:08 AM
ok tuuu

tuhan pun inginkan

hahaha.. blur seketika..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 10:51 AM | Show all posts
eurasia_nur posted on 26-9-2012 10:44 AM
hahaha.. blur seketika..

laaaaa
hang ni
dr dok peRASAan yg bukan2 je
dok ingat nak mati jeeee
atau dok ingat nak idup 1000 taun jeeee

selaraskan kedua-duanya tu sebaik mungkin
baru jadi insan yg mithali....................
leh le bantu mereka2 yg lain pulak kannnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2012 11:07 AM | Show all posts
orangbesi posted on 26-9-2012 10:51 AM
laaaaa
hang ni
dr dok peRASAan yg bukan2 je

xda la.. lau ada yg bukan2 da lah curah dalam ni..
ape la..
ari2 berfikir tentang kematian..
dalam cara ape kita mati..
subhanallah..
kita taktau...
moga2 dapat petunjuk dan hidayah dari ALLAH...


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 02:31 PM | Show all posts
andria posted on 26-9-2012 10:03 AM
Saya faham kiasan kamu. Tapi kamu lupa bahawa dosa FITNAH yg dilemparkan, apatah lagi sesama Musli ...

saya tak sebut menengking..saya mengatakan lelaki itu "menegur" benar membaca mempunyai semantik berbeza jika dibaca ..ia bergantung pada intonasi sebab reaksi kita tidak terlihat di papan skrin melainkan ikon dan tulisan saja..jika dengan tulisan kita dicuit pun  kita belum mampu nak baca dengan berlapang dada dan bertenang macamana kita nak hadapi pelbagai lagi ujian-ujian lain..anggap saja orangbesi tu mengomel yang tak terkesan di hati anda..kemudian kita tapis satu persatu..kata dalam doa mengaku kita hamba yang hina dina ..tapi masih bajet diri tu besar dan perlu disanjung dipuji dan diberi kedudukan..sebenarnya pak cik tu just cuit sikit je nak test market..kalau kita marah..sahla kena juaaal...macam citer P Ramlee..hehe

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 02:57 PM | Show all posts
andria posted on 26-9-2012 10:03 AM
Saya faham kiasan kamu. Tapi kamu lupa bahawa dosa FITNAH yg dilemparkan, apatah lagi sesama Musli ...

minta maaf tuan tanah ..saya dah buat kalian rasa tersinggung...saya pun mohon maaf mungkin nampak saya dah luar dari landasan..harap maaf..cuma saya sebenarnya nak mengajak rakan-rakan forumner berbicara secara 'sedar'..dengan membuat beberapa kias ibarat..tak terniat nak menghukum sesiapa..apalagi tuan tanah...saya suka tajuk yang dibincangkan cuma saya ingin mengajak berfikir luar kotak sedikit..jika kehadiran saya di sini mengganggu kalian saya rela mengundur diri..salam
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 05:04 PM | Show all posts
andria posted on 26-9-2012 10:03 AM
Saya faham kiasan kamu. Tapi kamu lupa bahawa dosa FITNAH yg dilemparkan, apatah lagi sesama Musli ...

laaaa
hang ni
kalau marah kat aku.....silakanlah
jangan babitkan insan lain
yg berbincang dgn lembut n sopan.....

kalau hang kata aku fitnah.....memang aku akuinya
dan adalah BENAR
buktinya - napa sekarang hang dah tukar signature hang????
dan adakah post hang yg LEBIH-LEBIH tu
tak mendatangkan fitnah/kekacauan di atas muka bumi juga????

dan satu lagi
sini kita berforum - berbincang
so......faham2lah ya
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 05:06 PM | Show all posts
miftahuljamilah posted on 26-9-2012 02:31 PM
saya tak sebut menengking..saya mengatakan lelaki itu "menegur" benar membaca mempunyai semantik b ...

uuuiiihhhhh
ada pulak cam yg n yai...
aku pun teringin gak
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 05:08 PM | Show all posts
eurasia_nur posted on 26-9-2012 11:07 AM
xda la.. lau ada yg bukan2 da lah curah dalam ni..
ape la..
ari2 berfikir tentang kematian..

laaaaa
yg peRASAan tu
ditujukan pada sesiapa saja kat sini
yg masih dok bermain dgn peRASAan tu
bukan hang leee

kalau DIILHAMKAN JALAN KEFASIKAN ATAU KETAKWAAN
maka cam cik mek kita kata leee
tapisss sendiriiiiiiiii
atau NANTI AKAN DITAPIS HABIS2 SEGALA SESUATU

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 06:07 PM | Show all posts
orangbesi posted on 26-9-2012 05:04 PM
laaaa
hang ni
kalau marah kat aku.....silakanlah

aku suka point ko. tapi xbermakna aku berpihak kat sapa2 ye.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 08:18 PM | Show all posts
Orangbesi ni thread dia tak laku... sbb tu suka menumpang thread Andria... agaknya sbb dia kekurangan perhatian kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2012 10:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 10:11 AM | Show all posts
Sudah ku tahu dari dulu lagi..
keyakinan ini bukanlah untuk dikongsi maupun didakwahi..
kerana ia soal hati..dan hanya hati juga yang mengerti..
lalu apa perlunya ku berdiskusi ..kerana ia takkan dimengerti..

45:17. Kami memberikan mereka bukti-bukti yang nyata daripada Perintah; maka mereka tidak memperselisihkan, kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka. Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan


Salam ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 10:32 AM | Show all posts
adlythegreat posted on 26-9-2012 06:07 PM
aku suka point ko. tapi xbermakna aku berpihak kat sapa2 ye.

cantikkkkk!!!!!!

kita ni sebenarnya masih jahil
dgn aku sekali.........
cuma diperintahkan
agar kita memperbaikinya
mencari jalan yang lebih baik
dari pengamatan kita pada alam sejagat
dan perbincangan sesama kita

hehehe
time aku tersalah...teruk gak kena hentam
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 10:38 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 26-9-2012 08:18 PM
Orangbesi ni thread dia tak laku... sbb tu suka menumpang thread Andria... agaknya sbb dia kekuranga ...

tak laku le
pasal dah tak berani kannnnnn
termasuk hang gak kotttt

dgn puak jin pun dah ketark lutut
pi sembang bab  nak mati pulak....................eeemmmmmmmphhhh

so
dr cakap2 kosong
baik hang kasi point sikit
baru syok kita bergurau senda.........kannn kannnnnn kannnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.469271 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list