|
atiqullah posted on 19-2-2013 07:48 PM
ha,sembang punya sembang punyalah lama,ni dah sampai, sapa sanggup?
"Dialah yang telah mengutus ...
simple je ya AYAT TUHAN ni
tapi berat utk yg sanggup memikulnya
ayuh
mari banteras TUHAN nan palsu
yg diada-adakan sebagai habuan menyesatkan manusia
dgn pengikut2nya
dr golongan jin dan manusia
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 19-2-2013 10:07 PM
salam
aaii .. kat sini pun ada soalan yang sama ..
camni kaa?????
kirim salam kat tok guru hang ya
kasitau -babi kurap dah keluar dr sarang
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau
ALLAH tu WUJUD
dan lawannya TIADA
maka sekalian makhluk ni tak wujud ke???
mana leh kita sam WUJUD dgn PENCIPTA.......................... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
semoga kita semua bertemu jalan yg lurus lg dirahmati..
p/s:ada juga yg memahami ilmu yg sgt penting ni..alhamdulillah
salam perkenalan dari sy.. |
|
|
|
|
|
|
|
luzd111 posted on 22-2-2013 01:22 PM
salam semua
semoga kita semua bertemu jalan yg lurus lg dirahmati..
walaikumsalam... semoga kita semua mendapat hidayah...
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 21-2-2013 04:34 PM
salam
صفة سلبيه
aikk
DZAT TUHAN lagi
sembang je kottt
yg SIFAT TUHAN...pun kita dok merangkak lagi
dah gi pulun DZATNYA
NAK DIBINASAKAN keee?????
bukan aku kata, TUHAN YG BERKATA!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Baik dan jahat
Putih dan hitam
Adam dan iblis ....
Rahsia Maha Pencipta |
|
|
|
|
|
|
|
Memahami ma'rifatullah itu WAJIB kepada yang mahu beriman. Hakikat ma'rifatullah itu perlu dilihat berdasarkan kepada keterangan Al-Quran sebagai petunjuk yang BENAR lagi MEMBENARKAN dengan apa yang kita ketahui. Jalan untuk mengetahui hakikat itu pilihan manusia itu sendiri berdasarkan kepada syariat yang dilakukan samaada mengikut ketetapanNya atau sebaliknya. Tiadalah HAQ kepada yang mengaku beriman untuk menidakkan kebenaran yang datangnya dari Allah, Tuhan sekelian alam. Di bawah ini disertakan perihal ilmu ma'rifatullah yang PALING MUDAH untuk difahami akan tetapi disusahkan oleh pandangan ilmu yang dianggap terlalu TINGGI (berbentuk kebatilan) oleh mereka-mereka yang tidak mahu mengambil pelajaran dari Al-Quran itu sendiri. Tidakkah JELAS apa yang diterangkan di dalam Al-Quran itu membuktikan kebenaran apa yang sedang dilalui oleh semua manusia di muka bumi ini? Marilah kita melihat petikan dari tafsir surah Al-Zumar berkaitan ma'rifatullah :
Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. (5) Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (6) Last edited by Abangcute on 24-2-2013 12:14 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada tuhan melainkan Allah ...
sudah sebut sudah tahu tiada tuhan (tuhan itu tiada)
masih lagi gemar menyebut ya tuhan ....
kenapa erk??
Tiada yang lain .... selain Allah
(myseposen)
Last edited by dinsmann on 24-2-2013 03:13 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Menyentuh perihal "Tuhan itu tiada" perlu kepada ilmu. Tuhan itu sebenarnya ada dalam pelbagai bentuk. Sebelum itu, sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Al-Quran, sama-samalah kita merenung seketika keterangan ini:
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (163) Al-Baqarah
Menyatakan Tuhan itu tiada merujuk kepada kata-kata yang tiada asasnya kerana setiap makluk PASTI ada TuhanNya. Menyalahkan sesuatu perkara tidak didasarkan kepada ilmuNYA, boleh menyebabkan mudarat kepada hati kerana itu maksud bertuhan dan bukan dimaksudkan Tuhan itu tiada.
Tiada Tuhan selain dari Allah itu suatu kenyataan yang datangnya dari Allah. Manusia terkadang lalai membezakan perkataan yang diubah mengikut selera hatinya dengan meletakkan perkataan kepentingan kehebatan tanpa ilmuNya, maka akan dizahirkan maksud Tiada Tuhan melainkan makhluk-makhlukNya.
Hati itu ada 2 ruang yang akan menzahirkan sifat. Apapun sifat sebenar bergantung kepada kepercayaan kepada 2 perkara ini :
1) Bersifat makhluk
2) Bersifat ketuhanan
Bersifat makhluk itu memerlukan dalil. Antara dalilnya yang kukuh adalah berdasarkan keterangan ini :
Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)? "Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?" (34) Yunus
Menyembah makhluk-makhluk termasuklah menyembah/memanggil/memuja malaikat itu sendiri kerana dengan ilmu tauhid sahaja yang akan membezakan perkara ini. Adapun perkara-perkara yang menyatakan sesuatu makhluk (berupa wang, pangkat, kepandaian, keturunan, harta benda dan kuasa memerintah) itu antara penyebabkan hati manusia sukar diilhamkan ketaqwaan malah diilhamkan kefasikan (yang berbentuk kemusnahan umat manusia). Untuk zaman ini, ilham ketaqwaan sukar diperolehi disebabkan oleh SUASANA PERSEKITARAN yang kurang memberangsangkan terutama dari kalangan umat Islam itu sendiri yang bersikap tertutup bila menyentuh hal ehwal agama disebabkan oleh adat itu sendiri.
2) Bersifat ketuhanan merujuk kepada perkara ini (hanya menyembah Allah). Ini termasuklah perbuatan, kata-kata dan niat yang dizahirkan itu semata-mata kerana Allah dan bukannya mengharapkan ganjaran di dunia akan tetapi memastikan apa yang dilakukan di dunia itu mengikut kehendak dan ketetapan Allah, dalam erti kata "Kami dengar, kami taat". Dalil ilmu yang paling jelas :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (255) Al-Baqarah atau lebih dikenali sebagai ayat KURSI.
Tidak mungkin manusia itu tidak bertuhan pada hatinya kerana itu ketetapan Allah terhadap ciptaanNya dari kalangan makhluk-makhlukNya antaranya dikenali sebagai manusia. Sedangkan orang yang tidak waras menunjukkan bukti ketuhanan apatah diri kita yang bersifat lemah.
Soalan dari kenyataan yang dikemukakan oleh segelintir umat yang mengaku Islam : Adakah iblis bijak dalam mengenal Tuhannya? Jawapan mudah : Tidak, kerana itu iblis digelincirkan dari syurga dan sesungguhnya iblis itu dari kalangan jin. Dirinya hanya bijak untuk menyebabkan manusia kembali jahil dan sesat disebabkan sumpahnya didepan Allah disebabkan janji Allah terhadap dirinya. Sesungguhnya manusia yang bijak itu mampu mengenali perbuatan iblis dan keturunannya yang dimaksudkan Allah dalam erti kata musuh terhadap manusia itu sendiri. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekelian, iblis dan bala tenteranya bertindak mencantikkan sesuatu perkara yang berbentuk kepentingan duniawi (samaada kebenaran atau kebatilan) terhadap sekelian manusia itupun jika diri manusia itu sedar atau tidak sedar langsung akan kehadiran mereka-mereka (syaitan-syaitan) dari kalangan manusia dan jin. Hanya Allah jualah tempat kita berlindung dan berharap supaya amal-amal kita tidak dirosakkan oleh hawa nafsu kita sendiri disebabkan oleh mereka.
Contoh mudah:
Adakah di dalam diri kita menyatakan sesuatu yang mementingkan perkara yang bersifat makhluk? Jika ada, belum tentu kita semua dikategorikan beriman kepada Allah malah kebarangkalian tinggi untuk mendapatkan iman sebesar zarah itu BELUM TENTU wujud dalam diri kita? Renung-renungkanlah...
Wallah Hualam
Last edited by Abangcute on 24-2-2013 11:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah adalah Allah. Sudah terang disebut "Tiada tuhan yang disembah ..."
Ilmu bahasa Melayu sahaja. Bila berputar dgn berpintal lidah terjadi
bermacam kefahaman dan bermacam wali, semuanya wali nafsu
Bagaimana fikiran insan tentang kewalian? Hanya berprasangka sudah ada wali
sebelum ini. Sudah amankah dunia ini? Selagi belum ada kedamaian belumlah ada
wali Allah yang sebenar.
Yang ada adalah wali nafsu, mengharapkan karamah dengan kewalian nafsunya,
dan terzahirlah nyata karamah yang dicita-citakan.
Setakat itu, tidak sampai kepada kehendak Allah. Terhenti di situ. Berakhir di situ.
Manusia di dunia masih bergolak, berbunuhan. Kemana tahap wali mereka, di situ
terjawap siapa sebenarnya mereka, wali nafsu yang pentingkan diri sendiri.
Bangkit dan sedarlah wahai insan, pandanglah dengan pandangan Allah, akan
jelaslah nanti apa yang diprasangkakan.
Itukah wali yang insan banggakan selama ini? Filirkanlah ...
(myseposen jer... jangan fikirkan sangat, teruskanlah pintal memintal)
Last edited by dinsmann on 25-2-2013 02:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dikatakan Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah yang merupakan sebahagian dari ucapan 2 kalimah syahadah, TIADA ALASAN untuk mengeluarkan statement yang mengelirukan umat Islam. -> khusus kepada dinsmann
Ramai manusia menyangka dirinya tahu kepada siapa dirinya menyembah akan tetapi sebenarnya tidak. Sebaik-baik manusia yang BELUM DITITLEKAN olehNYA dengan perkataan BERADA DISISINYA wajiblah memahami ilmu Tauhid dalam erti kata sebenar dalam menyatakan perkataan yang boleh memesongkan fikiran manusia yang jahil dan sesat.
Jika mahu menyatakan perihal wali, apakah begitu penting perkataan wali diperkatakan jika setakat merujuk berdasarkan Al-Quran dan hukum akal yang terbatas disebabkan oleh KETIDAK-MAMPUAN untuk menghadapi ujian penting dalam menentukan tahap kewalian olehNya? Atau menjadi orang yang patuh dan taat pada perintahNya lebih diutamakan ketika di dunia. Jika seseorang yang digelar wali hanya mampu mengarah jin, tidaklah sama dengan wali yang boleh menggerakkan mana-mana makhluk yang dirinya kehendaki dengan kalimah Kun Fa Ya Kun dan terpulang kepada wali berkenaan melakukan mengikut syariat yang mana dirinya sukai samaada kamu suka atau pun tidak suka itulah wali yang paling agung. Dan inilah yang dimaksudkan wali yang berada disisiNya. Kamu ni wali yang berada disisiNya? Kalau belum, ini nasihat saya. Jadilah orang yang beriman dan bertaqwa kerana mencukupi untuk diri kamu untuk kamu mengikut syariat yang ditetapkan olehNya. Saya sebenarnya amat suka mendengar tazkirah/ceramah agama yang datang dari wali agung (beriman dan bertaqwa kepadaNya).
Apakah maksud ini wahai dinsmann? Boleh tolong jelaskan wahai dinsmann?
Tiada tuhan melainkan Allah ...
sudah sebut sudah tahu tiada tuhan (tuhan itu tiada)
masih lagi gemar menyebut ya tuhan ....
kenapa erk??
Sila jelaskan wahai dinsmann kerana kamu seakan-akan mendidik manusia perihal kefahaman yang BERTENTANGAN dengan syariat agama. Jika mahu membawa manusia kearah kebaikkan, janganlah membawa kefahaman tauhid pada arah bertentangan.
Last edited by Abangcute on 25-2-2013 05:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 23-2-2013 02:49 PM
heemmm
iblis pun faham...sangat faham kannn
mmg pun diorang lebih paham dan sgt paham hingga sombong..
tp manusia yg tahu ia lebih arif dari sekalian mahkluk serta zuhud padaNya..
|
|
|
|
|
|
|
|
RE: ilmu makrifat
Abangcute posted on 25-2-2013 08:07 AM
Bila dikatakan Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah dari sebahagian dari 2 kalimah syaha ...
bahaya tul statement tuan paling bawah tu..
Tiada tuhan melainkan Allah ...
sudah sebut sudah tahu tiada tuhan (tuhan itu tiada)
masih lagi gemar menyebut ya tuhan ....
hati2 bila menulis jgn smp silap tulis bahay kat diri sendiri..
skadar peringatan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|