CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azrain98

[Dunia] Pesawat MH17 (Amsterdam - KL) Terhempas di Ukraine! 295 Maut! V2

 Close [Copy link]
Post time 18-7-2014 04:00 PM | Show all posts
annehuda posted on 18-7-2014 03:59 PM
oh iye? sbb aku mmg terasa pas tragedi mh370 tu mmg sah2 kite kene buli ngan china

Salah seorang krew pesawat, Azrina Yakob.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2014 04:00 PM | Show all posts
d'zeck posted on 18-7-2014 02:44 PM
SIA dan penerbangan india yang
menyusul di belakang pun bersalah sama la ye ahbeng?

Itu tidak menunjukkan mereka betul. Kalau boleh, kena buat lagi bagus dari orang lain

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:00 PM | Show all posts
lilyrosemell posted on 18-7-2014 03:52 PM
Hebak2 rakyat mesia ni.....bagi komen itu ini....sudahnya semua mcm menampakkan kebodohan sendiri...

agree..

byk sgt org bijak pandai kt sini...
sampai labelkn org "pprt" bagai...hina sgt ke org yg dok kt pprt ?
bila kes minah cdm maki2..korang kutuk dia xde adab..
yg korang dok hina pprt bagai ni...ber"adab sgt ler yer



Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:01 PM | Show all posts
annehuda posted on 18-7-2014 03:52 PM
The bullying of smallcountries by big ones, the trampling of justice and decency in thepursuit of  ...

Personally saya rasa ia merujuk kepada Ukraine. Bayangkan ukraine terkapai-kapai mempertahankan diri seorang diri tanpa bantuan NATO dan US, puak pemberontak pula dapat bekalan senjata dari Russia. Dan jika US dan NATO hantar military aid, maka perang sudah hampir pasti berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:01 PM | Show all posts
Changa posted on 18-7-2014 12:32 PM
zone restrict below FL32 jah, MH17 fly FL33 dan pesawat SIA dan india airlines ada belakang MH17.
...

ye betul tu.. pagi2 kul 3 pagi semalam aku dah tepek routes sia, mas, india air cuma 23 km je jarak antara 1 sama lain..

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:01 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2014 04:01 PM | Show all posts
Nahas MH17: Anak saudara harap dapat lihat jasad juruterbang
            AHLI keluarga menunjukkan foto Kapten pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin (kiri) yang dipercayai terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di timur Ukraine, tengah malam tadi. - Foto L Manimaran      
                                        KUALA KANGSAR: "Kalau betul ayah saudara saya tiada lagi, saya harap dapat melihat jasadnya dan kebumikan dengan cara yang elok.

"Apapun kami sekeluarga masih berharap dia masih hidup," kata Nur Suraya Dusuki, 29, anak saudara juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50.      
Beliau berkata, sebaik mengetahui nahas itu melalui internet jam 12 tengah malam tadi, ahli keluarganya termasuk kakak Wan Amran, Wan Aini, 61, terus menjerit.


      
"Kami terlalu terkejut, tak percaya dan tak boleh berkata apa-apa dan semua kami menjerit...kami tak sangka dia pergi dengan begitu tragis.

"Kami tahu kejadian itu melalui internet dan apabila periksa nama (kru dan penumpang), nama bapa saudara saya berada paling atas," katanya ketika ditemui di rumahnya yang juga kampung halaman Wan Amran di Kampung Jias, Kota Lama Kiri, dekat sini.

Nur Suraya berkata, selepas mengetahui kejadian itu ahli keluarga mereka berkumpul dan pada jam 2 pagi, Wan Aini dan berberapa adik beradik mereka pergi ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, bapa saudaranya itu bersama isterinya, Mariam Yusuf serta dua anak lelaki mereka pulang ke kampung mereka minggu lalu.      
"Ketika itu dia (Wan Amran) membeli berpuluh-puluh jenis juadah berbuka dan memanggil semua adik-beradiknya berbuka bersama di rumah kami.

"Dia juga seorang yang ceria, selalu melawak, orang berpengaruh dalam keluarga tetapi apabila pulang baru-baru ini dia lebih diam dan seperti bermenung.

"Hari raya pertama nanti dia kata akan singgah sekejap di kampung sebab tidak boleh bercuti. Dia juga ada beritahu mahu menunaikan fardu Haji di Makkah tahun ini tetapi sudah takdir hajat itu tidak kesampaian," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:02 PM | Show all posts
perang_candu posted on 18-7-2014 03:57 PM
32000 ft tu sebenarnya di luar kemampuan apa apa senjata milik pejuang pemisah. sebab tu diaorang  ...

If your comment pun dia tak faham eloklah dia masuk sekolah balik
..budak sekolah pondok lg senang dr buda vitara weh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2014 04:02 PM | Show all posts
alinone78 posted on 18-7-2014 03:58 PM
Blackbox kena bagi kat Malaysia sebab registered bawah Malaysia Airlines

Sumber : astro awani

Aku pun pelik, asal blackbox kita depa buat mcm reta sendiri?

Ada apa2 prosedur penyerahan kah? Minta pakar2 kat sini bg pencerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:02 PM | Show all posts
razhar posted on 18-7-2014 03:35 PM
ye..bizi lepas submit dua - tiga nama/nick ke pihak berkuasa kerana mempromosi pengganas....
...

Ooooo.........yg mcm budak 16 tahun dalam Penjara Pengkalan Cepa tu kaaa.

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:02 PM | Show all posts
MelahJanda posted on 18-7-2014 03:54 PM
Pemisah if back up by russia
Jadi reti jugok guna hi tech gadget

toooooootttttt salah.......membiar kan pemisah menembak civilian plane..umpana jerut leher sendirk la....putin is not so stupid compared to obomba.... obomba dah lama duk provoke putin supaya masuk sempadan ukraine...masuk nya bermakna obomba akan guna UN utk kena kan tindakan keras ke atas rusia...tapi ye la putin ni masey cirdik compared dgn penyokong2 pengganas ISIS/ISIL ni..x makan umpan....even pemisah yang sokong rusia dah hampir kena blasah dgn federal army..putin masih tgk jah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuh dia...
Amerika dah offer pakar kat presiden Ukraine
N Ukraine agreed
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai xnak komen ape2 sbb ai tak pakar dalam bidang ni.. so peratikan aje komen uols.. mana yang tak tau tu baik diam sajo.. simpan sikit bimbo uols untuk hari raya nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:03 PM | Show all posts
Ketua Pramugara mohon maaf tak dapat beraya bersama ibu
ALOR GAJAH: Ketua Pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Mohamad Ghafar Abu Bakar sempat memohon maaf kepada ibunya berikutan tidak dapat pulang berhari raya kali ini kerana bertugas.

Maimon Sarpan, 74, berkata tiada siapa menyangka anak sulung daripada tiga beradik itu itu tidak dapat meraikan hari raya bersama-sama keluarga untuk selama-lamanya.      

"Saya tidak tahu nak cakap apa bila tahu berita ini, hancur luluh hati saya mengenang anak saya itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah di sini hari ini.


      
Katanya, Isnin lepas anaknya itu pulang dan berbuka puasa bersama-sama keluarga dan sempat memohon maaf tidak dapat meraikan hari raya bersama kerana akan bertugas ke China.

"Anak saya sempat bagi duit raya kepada anak buah dia dan saya sendiri kerana tahu dia tidak dapat pulang berhari raya," katanya.

Mohamad Ghafar, 54, adalah antara 15 anak kapal dan 283 penumpang MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.      
Maimon berkata, beliau mengetahui tentang tragedi yang menimpa anaknya yang mesra dengan panggilan 'Salem' daripada menantunya Normi Abdullah, 54, tengah malam tadi.

"Menantu saya telefon suruh buka televisyen tengok berita, katanya kapal terbang (dinaiki) anak saya terhempas, memang saya betul-betul terperanjat namun saya reda dengan ketentuan Allah SWT," katanya.

Beliau kali terakhir bercakap dengan anaknya itu melalui telefon pada Selasa lepas yang memberitahu akan berangkat ke Amsterdam pada keesokan harinya untuk bertugas.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:03 PM | Show all posts
seri_mawr posted on 18-7-2014 02:32 PM
tapi thinker_bell...

dengan akal aku yang tgh waras ni...aku tgk cara ko post tu mcm ko tgh sal ...

tapi ayat ko semua ckp knp MAS tak tukar laluan...

'apapun kena percaya Qada dan Qada Allah....
klu tak air crashed pun...penumpang dlm tu mmg dah di takdirkan meninggal pada hari tersebut...mungkin cara lain....
Ajal dan maut tidak tunggu kita walaupun sesaat...'

bersetuju dgn ayat u yg bawah tu...iols tunggu jgk sape yg akan explain mcm tu..lebih tepat sebenarnya..
mcm mana punya elak sekalipun..tetap akan berlaku kerana..qada' dan qadar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2014 04:03 PM | Show all posts
JantanLombok posted on 18-7-2014 01:00 PM
Bukan kesalahan pilot semuanya sebab flight plan sebenarnya (seerti airplane lainnya) sudah diteta ...

ko memang bodo.

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

Dukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini mengesahkan bahawa salah seorang penumpang tragedi kemalangan pesawat Malaysia Airlines ,MH 17 adalah pelaut Malaysia. Mangsa tragedi kemalangan ialah Allahyarham Hasni Hardi Bin Parlan (200701000348)  yang berasal daripada Segamat, Johor.

Unit Pembangunan Pelaut, Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan (HEPP) telah menghubungi ibu mangsa pada pagi tadi sekitar jam 11.30 pagi dan dalam usaha menyampaikan bantuan khairat kematian kepada keluarga mangsa . Dalam masa yang sama Bahagian Hal Ehwal Pelaut & Pelabuhan  dengan bantuan Komuniti Perkapalan Malaysia akan membantu menguruskan urusan tuntutan insurans. Untuk makluman, Allahyarham bekerja sebagai "Cargo Engineer" di atas kapal LNG, Teekay  Gas dari United Kingdom. Ketika tragedi berlaku Allahyarham baru sahaja turun dari kapal dan dalam perjalanan pulang berhari raya bersama keluarga di Malaysia.

Allahyarham meninggalkan seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Al Fatihah..

Sekian, terima kasih.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:03 PM | Show all posts
crossfire posted on 18-7-2014 04:00 PM
Salah seorang krew pesawat, Azrina Yakob.

senior sekolah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:03 PM | Show all posts
perang_candu posted on 18-7-2014 03:57 PM
32000 ft tu sebenarnya di luar kemampuan apa apa senjata milik pejuang pemisah. sebab tu diaorang  ...

penjelasan yang bagus

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.302031 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list