CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

PANDAY ~ Another Echo's Soap

 Close [Copy link]
Post time 6-7-2005 03:44 PM | Show all posts
Wa...nape EchoTin dtg kat Sabah je...
Turun la semenanjunh sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2005 02:58 PM | Show all posts
UTUSAN MALAYSIA - HIBURAN
Catatan - Pertemuan dengan Jericho
Oleh FARIZA SAIDIN


Keinginan mengenali lebih dekat pelakon tampan Filipina, Jericho Vibar Rosales sudah lama terpendam di hati. Bayangkan, hampir dua tahun setia menyaksikan lakonannya melalui telenovela Pengako Sa'Yo dan Sana'y Wala Nang Wakas (SWNW) di kaca TV Astro dan TV3. Walau drama itu sudah pun tamat beberapa bulan lalu, namun keberkesanan lakonan Jericho Vibar Rosales sebagai Angelo dan Christian dalam Pengako Sa'Yo dan SWNW, masih jelas tergambar dalam ingatan.

Baru-baru ini, Jericho diterbangkan ke Kuala Lumpur oleh Mega Wajasinar Sdn. Bhd., untuk menjalani penggambaran filem Bilut.

Banyak persoalan yang ingin diajukan khusus tentang kehidupan peribadinya yang dikatakan banyak persamaan dengan cerita SWNW.

SWNW mengisahkan cinta tiga segi antara Christian (Jericho), Ara (Kristine Hermosa), Leo (Diether Ocampo) dan Mary Ann (Angelika de la Cruz).

Percintaan yang dipaparkan dalam telenovela itu khabarnya adalah realiti kehidupan Jericho sendiri.

Itulah yang ingin diketahui. Cerita di sebalik cerita SWNW ini.

Temu janji bersama Jericho atau lebih mesra dipanggil Echo diaturkan oleh pengurusnya pada pukul 9 malam baru-baru ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.

Namun disebabkan penggambarannya melewati masa, waktu yang ditetapkan ditunda melebihi sejam.

Risau juga, takut kalau pertemuan dibatalkan. Maklum mungkin dia kepenatan menjalani penggambaran.

Tapi itu tidak terjadi. Sebaliknya, sebaik bersua muka, pelakon popular Filipina ini ceria menyapa walaupun wajahnya nampak keletihan.

Sejam berbual dengannya, sedikit pun tidak nampak keresahan atau kebosanan pada wajahnya.

Romantis

Perwatakannya yang lembut dan romantis sebagaimana digambarkan dalam kedua-dua telenovela itu sebenarnya tidak jauh berbeza dengan realiti dirinya.

Pemuda kelahiran 22 September 1979 di Quezon, Filipina ini sesungguhnya seorang yang berjiwa tenang. Pandangan matanya yang redup membayangkan perwatakannya yang lembut. Bicaranya sentiasa diiringi senyuman serta senda gurau memperlihatkan sifatnya yang riang.

Tatkala ditanya, ``Saya dengar anda digelar playboy. Betul ke?''.

Echo ketawa kecil menjawab, ``Oh tidak, saya memang suka berkawan.''

Apa pun beliau mengakui, pasangannya dalam Pangako Sa'Yo dan Sana'y Wala Nang Wakas iaitu Kristine Hermosa pernah menjadi teman wanitanya selama dua tahun. Malah sebelum itu, Echo turut mengakui mempunyai hubungan intim dengan Angelika de la Cruz

Jadi benarlah cerita Sana'y Wala Nang Wakas yang berkisar tentang cinta tiga segi itu berdasarkan kisah cinta Jericho?

``Itu berlaku secara kebetulan,'' kata Jericho. Menurutnya, dia telah berpisah dengan Angelika sebelum bertemu Kristine di lokasi Sana'y Walas Nang Wakas.

``Tapi Kristine kini menjadi teman wanita Diether dan saya kembali solo,'' kata Echo tersenyum.

Menjawab pertanyaan, bila agaknya beliau akan mengakhiri masa bujangnya, pelakon ini sekadar berkata, ``Entahlah masa akan menentukan, tapi rasanya tidak dalam masa terdekat ini. Saya tiada sasaran.''

Pilihan hatinya, gadis yang sederhana dan memahaminya, tidak kira pelakon atau tidak.

``Tak kisah asalkan kami ada persefahaman,'' ujar bintang Virgo yang juga mempunyai kumpulan pemuziknya sendiri, The Jeans.

Anak ketiga daripada empat beradik ini mula melangkah ke bidang seni pada usia 17 tahun ketika menjuarai pertandingan mencari bintang di Manila.

Berkembang

Kariernya berkembang setelah dipilih menyertai bengkel anjuran salah sebuah syarikat penerbitan ABS/CBN dan kemudiannya menjadi hos sebuah rancangan ala ala `Jalan Jalan Cari Makan' iaitu `Eat Bulaga's'.

Jadi tidak hairan ketika berada di Malaysia, Jericho sudah boleh mengingati dan menyebut nasi goreng `nasi lemak' `satay' dan `roti canai'.

``Itu perkataan-perkataan pertama yang saya pelajari di sini,'' akuinya. Jericho turut melahirkan rasa bangganya dapat berlakon dalam Bilut dan bersedia untuk kembali andainya ada tawaran sesuai untuknya.

Sepanjang kariernya, Jericho telah membintangi lima siri televisyen dan 10 judul filem.

Hobinya pula meluncur air.

``Saya seorang surfer'', ujarnya riang.

Hobinya menggambarkan dia seorang yang suka cabaran. Memang pun, kata Jericho, dia menantikan tawaran watak orang gila.

``Ia satu cabaran yang teruja.'' kata pemuda kacak ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2005 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by yna@arabella at 6-7-2005 03:26 PM:
Hi sume ...dah lama xlepak cni...!
Hi shane...kak ros...!mana reza? dah lama ke dia xkat cni...
Hi arin...rajin masuk cni nmpk?



yuhuuu wani...
Reply

Use magic Report

emosi This user has been deleted
Post time 7-7-2005 03:45 PM | Show all posts
Ros, tak de gambar ke, article ni?....
Reply

Use magic Report

emosi This user has been deleted
Post time 7-7-2005 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by luvsushi at 5-7-2005 06:31 PM:
emosi....

Love at first sight mana boleh lupa.......datang lah berape banyak loveteam baru pun...it won't be the same as ECHOTIN. Ini semua penangan Pangako Sa Yo. PSY was purely their best t ...


...how I wish Astro tunjuk repeat PSY. :pray:  Teringin sgt nak tgk!...So, far spt tgk screencaps je...huuuhuuuhuuu...:cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2005 10:32 PM | Show all posts
emosi....

astro prima dah pernah tayang PSY 4 years ago. pastu tv2 lak on-air....i don't think astro akan tayang semula. however, if ade petition mintak astro tayang semula...maybe they will reconsider.

i'll always love PSY.  in fact, the pinoys regards PSY as one of their best teleseries in philipines..and the best echotin loveteam ever.

luvsushi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2005 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by emosi at 7-7-2005 03:45 PM:
Ros, tak de gambar ke, article ni?....



:ah: ada... jap lagi ler ros tempek artikel tu... belum scan lagi... ptg skit... insya-Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 10:04 AM | Show all posts
ECHO'S KTEXT PICS




[ Last edited by rosabella on 8-7-2005 at 10:27 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2005 01:08 PM | Show all posts
Ros...: terima kasih for all those pics...:cak:;);)

post lagi ya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 01:44 PM | Show all posts
Cantik sgt...nak lagi...
Reply

Use magic Report

emosi This user has been deleted
Post time 8-7-2005 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by rosabella at 8-7-2005 10:04 AM:
ECHO'S KTEXT PICS


...


:mll::mll::mll:

Aduhai!...mmg nak pengsan tgk gbr ni....

:love:
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 04:13 PM | Show all posts
i wonder.. astro kan dah byk ulang2 series lain..
knape tak nak ulang pangako sayo..
mesti best..
dulu bukan ramai sgt pon yg tgk pangako sayo..
but i want yg ade subtitle..
bukan alih bahase la.. boring
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 04:16 PM | Show all posts
sape perempuan  ngan echo kat last pic tu??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by arincute92 at 8-7-2005 04:16 PM:
sape perempuan  ngan echo kat last pic tu??



pompuan tu ialah Heart Evagelista... heroin citer Panday...


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 04:47 PM | Show all posts
owh.. heart ni.. yg penah ade ape2 ngan gian tu ke? i mean john prats?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by arincute92 at 8-7-2005 04:47 PM:
owh.. heart ni.. yg penah ade ape2 ngan gian tu ke? i mean john prats?




:ah: yup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2005 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by rosabella at 8-7-2005 09:49 AM:



:ah: ada... jap lagi ler ros tempek artikel tu... belum scan lagi... ptg skit... insya-Allah...



alaaa... tak sempat ler nak scan hari ni... nak scan kena pi opis lagi satu... tu yg leceh skit... senin depan nampak gayanya...

:music:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2005 09:03 PM | Show all posts
halooo suma!!

long time no see.. :bgrin:

Echo makin kiutttt ar... :love: :love:
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 11:52 AM | Show all posts
alamak!!!!!!!!!!!!!!
rindu giler kat echoooooo
hari tuh beli urtv, sket jerrr citer pasal echo
tak sabar nak tunggu filem bilut kuar
walaupun plakon tambahan jerrr tapi tetap nak tgk

shane, minat felix gak yekkkk
aku pong minat, dahlah ari tuh aznil suruh felix jadi christian kannnn masa konsert 3
Reply

Use magic Report

loveheart This user has been deleted
Post time 9-7-2005 01:06 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054468 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list