Neelofa Kongsi Kisah Sejak Kecil Di PBB [size=0.688em]Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 6:15 Am oleh: [size=11.008px]NUR ASYIKIN MAYUDIN
[email protected]
[size=0.875em]BUAT pertama kali pelakonNeelofa diundang untuk menjadi panel bagi Program Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat lalu. [size=0.875em]Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 28, berkata acara MiSK United Nations Development Programme (Youth-UNDP forum) berlangsung selama sehari dan selepas itu dia terus terbang ke Milan untuk tugasan kerja pula. [size=0.875em]"Pada persidangan program belia tersebut, saya jadi salah salah seorang panel. Saya banyak berkongsi tentang pengalaman dan bagaimana kita nak meraikan kepelbagaian budaya. [size=0.875em]"Selesai sahaja program itu, saya terus ke Milan untuk menghadiri acara Swarovski Spring Summer Collection Fashion Show dan makan malam dengan kedutaan," kata Neelofa kepada mStar Online. [size=0.875em]Menurut pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini, slot yang ada pada program tersebut diisi dengan pengalamannya sejak kecil sehingga kini. [size=0.875em]"Antara pengalaman yang saya kongsi ketika usia saya 16 tahun pernah tinggal di rumah tumpangan di Jepun untuk 10 hari dan belajar serta menerima budaya mereka. [size=0.875em]"Selain itu, saya akan cerita bagaimana saya pernah ambil jurusan perfileman di Los Angeles pada 2013," ujarnya. [size=0.875em]Sebelum itu Neelofa pernah menghadiri kursus persidangan berkenaan selama 16 hari bertempat di New York, Amerika Syarikat, pada pertengahan Ogos lalu. [size=0.875em]Malah, pengacara program Meletop ini juga telah dilantik menjadi Duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50). [size=0.875em]
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 5eBRWC6EmpLXRm5E.99
|