|
nak bertanya geng2 kat sini...
tadi kat surau solat isyak imam solat 3 rakaat jer.. makmum belakang remind ngan subhanallah pon tak sedar,
pas bagi salam, ada makmum inform tuan imam ni kata kurang 1 rakaattt. imam ni pikir1-2 minit then decided to repeat solat isyakkkk 4 rakaat.
soalan aku...
1. makmum lain patut continue rakaat ke4 or ikut bagi salam cam imam?
2. imam yg dah lps kasi salam dan sedar kurang satu rakaat, apa yg sepatut dia buat?
btw, ni surau kecik jer dlm 23 jemaah dan imam ni bukan primarynyer imam kat kawasan aku ni.
sekian.. wallahu'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Nak tanya perkara2 yg membatalkan puasa secara details ...Mmg ada belajar tp bila tiba was2 nk kene carik balik nas2 yg dah lama tinggal ........minta yg ariff tolong jawab |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #942 takumi86's post
Soalan spt nih dah saya jawap dlm posting #843
Secara ringkasnya menurut hadis Nabi SAW :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah sembahyang bersama kami di suatu petang, samada sembahyang Asar atau sembahyang Zuhur. Pada rakaat yang kedua baginda memberi salam. Kemudian baginda bersandar dibatang tamar yang berada pada arah Kiblat. Di antara Sahabat yang menjadi makmum termasuklah Abu Bakar dan Umar, namun keduanya tidak berani berkata-kata. Sementara sahabat-sahabat lain terpegun kerana sembahyang dilakukan terlalu singkat.
Lalu seorang Sahabat bernama Zul Yadain berdiri seraya berkata: Wahai Rasulullah! Adakah sembahyang disingkatkan iaitu diqasar atau anda terlupa? Rasulullah s.a.w memandang ke kanan dan kiri lalu baginda bertanya: Adakah benar apa yang diucapkan oleh Zul Yadain tadi? Sahabat-sahabat menjawab: Benar! Anda hanya sembahyang dua rakaat sahaja. Seketika itu juga Rasulullah s.a.w menyambung sembahyang dua rakaat lagi dan baginda memberi salam. Setelah itu baginda bertakbir kemudian sujud, kemudian bertakbir lalu bangkit dari sujud, kemudian baginda bertakbir lagi lalu sujud buat kali kedua, kemudian bertakbir dan bangkit dari sujud.
Bagaimana pun penjelasan ulamak di dalam keadaan di atas ini berserta beberapa syarat :
- Tempuh masa di antara kekhilafaan solat itu dan tersedar dari kekhilafaan tidak terlalu lama.
- Tidak berkata banyak di antara tempuh kekhilafaan itu apabila ditegur - berdasar dari hadis Nabi SAW di atas.
Jadi dlm kes yg sdr tanyakan tu, sepatutnya apabila selesai salam, makmum yg berada di belakang wajib memberitahu keadaan yg sebenar mengenai kekurangan rakaat solat Isyak tersebut. Imam seterusnya akan memimpin tambahan saty rakaat Isyak yg tertinggal itu.
Benda nih soal fardhu ain, bukan saja imam tapi makmum di belakang pun wajib mempunyai ilmu bagaimana hendak mengatasi apabila terjadi kejadian spt ini.
Pernah diceritakan oleh Ustaz Haron Din kejadian yg berlaku di Mekah ketika umrah, seorang jemaah Malaysia nih membuat solat fardhu lalu dalam solatnya dia ditepuk pada bahu kerana ada orang lain ingin berimam dgnnya. Mula2 makmum dibelakangnya cuma satu orang tapi kemudian bertambah ramai. Yang lucunya pada rakaat terakhir waktu sujud....imam dari Malaysia nih sujud terlalu lama. Rasa pelik gak makmum dibelakang....sedar2 bila makmum di belakang bangkit dari sujud imam nih dah hilang tah ke mana. Takut kot kerana tak biasa pimpin makmum yg ramai....lebih baik cabut lari. |
|
|
|
|
|
|
|
camner ye?
nk tnye ni.. camner nk wat ngan org yg liat solat? jenuh paksa tp cmtu gak.. xkn ari2 nk pksa kot?
x paksa kang, x solat lak..klu de pndekatan psikologi ke.. ape ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #944 noriabdullah's post
ok thanks..
so, makmum kena ikut la perbuatan imam (tahayad akhir pada rakaat ke3 + bagi salam sekali)? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #946 takumi86's post
Ya apa yg makmum perlu buat ialah menurut imam dgn membuat tahiyyat akhir pada rakaat 3 dan kemudian memberi salam ( semua ini dibuat kerana imam tidak sedar setelah ditegur dgn "subhanallah" ). Kemudian salah seorang dibelakang imam wajib memperingatkan imam bahawa mereka kekurangan satu rakaat....lalu seterusnya imam dan jemaah yg ada membuat baki satu rakaat yg tertinggal itu. Kalau nak buat sujud sahwi sebelum dalam rakaat ke-4 itu cuma sunat sahaja.
Sebaliknya, katakan ketika solat fardhu Isyak selepas rakaat ke-4 imam tiba2 bangkit ( maknanya imam nih tak sedar di dah buat 4 rakaat ), maka makmum di belakang tidak wajib mengikut imam. Makmum cuma duduk pada posisi tahiyyat akhir dan perlu menegur imam dgn "subhanallah". Jika imam itu sedar diwajib turun dan membuat tahiyyat akhir. Dari sini makmum cuma ikut imam yg baru sedar kesilapan itu sehingga salam.
Atau boleh juga makmum ketika imam bangkit selepas rakaat ke-4 utk bermufaraqah dan bercerai dari berjemaah dgn imam...membaca tahiyyat sehingga habis dan memberi salam. Tapi lebih baik langkah yg pertama di atas tadi.
Wallahu A'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salah ke perumpamaan sebegini :-
"JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN"
ayat "Di tangan" tu salah ker?
sbb ada org tego pola dia kata xleh guna ayat camgitu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by polaris_girlz at 19-9-2008 06:00 PM 
salah ke perumpamaan sebegini :-
"JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN"
ayat "Di tangan" tu salah ker?
sbb ada org tego pola dia kata xleh guna ayat camgitu
salah ke
tangan adalah kuasa
di tangan bermaksud dalam kekuasaan/penentuan/penetapan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #949 ianho's post
menurut org tu
Cuba selidiki dan memahami "sifat 20" ...Allah itu BUKAN/TIDAK "baharu" ianya TIDAK dapat sama sekali boleh diandaikan atau menyamai makhluk apabila kita membentangkan fakta penjelasan.. ..contoh "ditangan" lansung kaitan denga maha suci ALLAH.
sesungguhnya...x terlintas ingin menyama kan sebegitu rupa  |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua....
nak tanya, bolehkah sy puasa sunat 6 Syawal sedangkan saya belum qadha puasa Ramadhan...? jika saya puasa 6 Syawal, adakah puasa tu dikira puasa ganti..? atau saya dikira puasa ganti tapi pada masa sama saya dikira puasa sunat juga...?
thanks... |
|
|
|
|
|
|
|
bergantung pada niat.. puasa sunat Syawal lain, puasa ganti lain..
betul tak? |
|
|
|
|
|
|
|
salah ke perumpamaan sebegini :-
"JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN"
ayat "Di tangan" tu salah ker?
sbb ada org tego pola dia kata xleh guna ayat camgitu
JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN nih cuma pepatah Melayu saja. Kalau nak lebih tepat kita tgk Hadis Qudsi pula. Apa yg dimaksudkan dgn Hadis Qudsi ini ialah firman Allah SWT tetapi disampaikan melalui lidah Rasulullah SAW :
Wahai anak Adam ! Mari ke mari kepada Ku, nescaya Aku akan mendatangi mu. Dan datanglah kepada Ku, nescaya Aku akan berlari kepada mu.
( Riwayat Ahmad )
Adakah berlari dalam Hadis Qudsi ini bermaksud Allah mempunyai kaki spt manusia. Sudah tentu tidak ! Sifat kebesaran Allah SWT tidak sama spt manusia yg lemah dan menjadi hamba yg sentiasa tunduk kepadaNya.
Apa yg cuma nak disampaikan di sini ialah galakan kepada kita semua utk mendekati Allah SWT dgn membuat amal ibadat dan kebakikan, sentiasa mengingati Allah pada waktu senang atau susah serta melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Semakin banyak amal kebaikan yg kita lakukan ini maka Allah akan mendatang kepada kita dgn pahala dan keberkatan. Hidup kita akan lebih terasa dekat kepada Allah dgn hidayah dan mendapat lindungan cahaya keimanan daripadaNya. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, bolehkah sy puasa sunat 6 Syawal sedangkan saya belum qadhapuasa Ramadhan...? jika saya puasa 6 Syawal, adakah puasa tu dikirapuasa ganti..? atau saya dikira puasa ganti tapi pada masa sama sayadikira puasa sunat juga...?
Soalan sebegini saya pernah ajukan kepada seorang Ustaz. Katanya bagi orang2 perempuan terutamanya, dibolehkan utk meneruskan puasa sunat 6 hari dlm bulan Syawal terlebih dahulu sebelum membuat qada' puasa yg ditinggalkan. Ini kerana dibimbangi tidak sempat bagi mereka utk merebut ganjaran pahala kerana pusingan darah bulanan ( haid ) yg menyusul sebelum habis puasa qada' teresebut diganti.
Mengenai soalan samada boleh digabungkan puasa enam dan puasa qada'. Pendapat ulamak berbeza2, ada yg kata boleh dan ada pula yg kata tak boleh.
Yg kata boleh tu spt di sini :
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/niat-sekali-qadha-dan-puasa-enam.html
Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya 杫aknimelakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabilaberlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita bolehmemilih seperti berikut;
a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.
b)Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, haruskita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kitalakukan pada bulan-bulan lain.
c) Jika kita tidak mampu berpuasakedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalamsatu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasadengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknyapahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkiraialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.
Dan juga di sini :
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=260
Adapun bagi orang yangmeninggalkan puasanya kerana uzur syarie, maka bolehlah ia melakukanqada Ramadan sekali gus dengan puasa enam dalam bulan Syawal dengansyarat hendaklah berniat bagi kedua-duanya bagi tujuan mendapatkanganjaran kedua-duanya sekali iaitu ganjaran puasa qada dan ganjaranpuasa sunat.
Begitulah juga orang yang berniat puasa wajib samaada puasa qada atau puasa nazar atau puasa kifarah, maka orang yangmengerjakan puasa-puasa tersebut pada hari yang disunatkan untukberpuasa seperti Hari Arafah atau pada hari Isnin dan hari Khamis ataupada Hari Asyura dan puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya, bolehlahia berniat bagi kedua-duanya iaitu niat puasa wajib dan puasa sunat.Jika dia hanya berniat puasa sunat atau puasa wajib sahaja, dia hanyaakan mendapat ganjaran bagi puasa yang diniatkannya. Sekalipun puasawajib itu dilakukan pada hari yang disunatkan berpuasa.
Tetapi kalau tgk balik pada hadis2 Nabi SAW memang tidak pernah baginda memberi sabda yg memboleh digabung kedua2 puasa sunat dan qada wajib ini, cuma ianya adalah pendapat ulamak sahaja.
Kalau diteliti bagaimana ada ulamak yg membolehkan digabungkan kedua2 puasa ini, rujukannya terdapat di sini :
http://www.darulfuqaha.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=156
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum menggabungkan puasa qada' dan 6 hari syawal ini. Menurut kebanyakan ulama, niat puasa yang mengabungkan antara qada' dan puasa sunat Syawal hanya menjadikan ia sah untuk puasa qada' sahaja.
Menurut Ibn Hazim kedua-duanya tidak sah. (al-Muhalla, juz 4, hlm. 302) Hujah mereka ialah kerana kedua-dua ibadah tersebut merupakan ibadah yang dimaksudkan dan menjadi matlamat secara tersendiri. (Ibn Rajab al-Hanbali, al-Qawa`id, hlm. 24).Puasa Qada Ramadhan adalah dituntut kerana meninggalkan puasa Ramadhan. Puasa 6 Syawwal pula dituntut sebagai ekoran daripada puasa wajib Ramadhan.
Mereka sepakat bahawa menggabungkan niat dibolehkan pada ibadah yang berbentuk alat atau pada ibadah yang saling kait mengait.Misalnya seorang yang berjunub pada hari Jumaat berniat mengangkat hadas dan mandi sunat Jumaat sekaligus. Janabah terangkat dan pahala mandi Jumaat akan terhasil. Ini kerana ibadah mandi hadas adalah alat untuk mendapat kesucian. Ibadah mandi sunat Jumaat juga bertujuan untuk membersihkan diri.
Begitu juga sekiranya satu amalan itu sememangnya menjadi matlamat manakala satu lagi pula bukan menjadi matlamat. Misalnya seseorang memasuki masjid lalu menunaikan solat sunat sebelum Zohor dan berniat tahiyyatul masjid sekaligus. Ini kerana solat sunat Tahiyyatul masjid tidak menjadi matlamat tetapi yang jadi matlamat ialah solat yang perlu didirikan apabila masuk masjid. Solat sunat sebelum Zohor pula sememangnya menjadi matlamat kerana ia adalah solat yang ada ganjarannya tersendiri. Sekiranya kedua-duanya menjadi matlamat maka ia tidak boleh digabungkan. Contohnya mengabungkan antara qada' subuh dan sunat Dhuha. Qada subuh dituntut kerana meninggalkan solat. Sunat Dhuha pula dituntut kerana masuknya waktu Dhuha. (Ibn Rajab al-Hanbali, al-Qawa`id, hlm.
24).
Sebahagian ulama mengharuskan gabungan antara niat qada' dan niat puasa sunat. Mereka berhujah dengan umum dalil umum tentang niat iaitu sabda Nabi saw: Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat-niat. Dan setiap orang mendapat hanya apa yang diniatkan. (Hadis riwayat Bukhari no1 dan Muslim no 3530).
Jadi yg sebetulnya tidak ada hadis2 Nabi SAW yg dgn tepat menyebut bahawa puasa qada' dan puasa sunat enam boleh digabungkan. Cumanya ada alim ulamak yg membuat kesimpulan dibolehkan gabungan kedua2 puasa ini berpandukan hadis : Setiap amalan adalah berdasarkan kepada niat.
KESIMPULANNYA : Dlm hal spt ini apa yg patut kita buat ialah mengambil jalan yg sebaik mungkin. Iaitu berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal dan kemudiannya menggantikan pula dgn puasa qada' yg tertinggal. Lebih2 lagi pula ada hadis qudsi yg menerangkan betapa besar ganjaran puasa di sisi Allah SWT maka seeluk2nya janganlah ianya dipermudah2kan :
Puasa itu adalah benteng, yang akan dibentengkan oleh sesaorang hamba dari api neraka. Puasa itu adalah bagiKu, dan Aku-lah yg akan membalasnya sendiri.
( Riwayat Ahmad dan Baihaqi )
Wallahu A'lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #954 noriabdullah's post
Alhamdulillah.....thanks sis... |
|
|
|
|
|
|
|
assalammualaikum
saya ingin bertanya kat sini. saya telah 18tahun berumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan.
soalan saya:
baru2 ini suami mengatakan dia tidak cinta dan sayangkan saya lagi dah mau berpisah dgn saya. sudah beberapa kali saya tanya jawapan masih serupa, dia tak mahu saya menjadi isteri nyer lagi. saya ada fone dia on 14/9 n bertanyakan suami kedudukan saya. dia masih maintained yang dia tak mau saya jadi isteri nyer lagi walau pun dia tak lafaz 'aku ceraikan nko'.
sekarang saya nak tau, adakah terjatuh sudah talaq saya? suami dah lama tak berikan saya nafkah batin dahtelah 7 bulan tak balik rumah. perbelanjaan sumer dia bagi tapi jarang sekali dia menghubungi saya atau anak dia.
apa yg perlu saya lakukan? untuk pengetahuan saya bukan tinggal dimalaysia dan suami saya bukan orang melayu.
kami bernikah diUK semasa sama2 belajar dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #956 kiahsueb's post
sedihnya siggy
selagi tak lafaz cerai, dia masih somi akak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #956 kiahsueb's post
ni kena minta bantuan mahkamah syariah. perkahwinan tu didaftarkan di mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #957 indah1285's post
tu ler kenyataan nyer  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #958 ibnur's post
perkahwinan akak didaftarkan diengland, dimasjid kat sini. there was no civil registration though! |
|
|
|
|
|
|
|
apa hukum org x seda da kuar air mani?
sy bumur 14 thn n ada sorg kwn saya nih,dia x sdr dia ada kuar air mani sblum bln puasa aritu...lgpon tu first time dia kuar air mani and then kuar pon cket jer..dia mmg x persn...nk djdkn citer..sluar yg ada air mani tu plk dia smpn n x igt ltk mana...smlm,sblm balik bru dia terjumper suar tuh n nk basuh..tgk2 ada ksn air mani..tu pon naseb baek kitorg,kwn2 dia bgitau tuh air mani klu x...lg la dia x tau...mslhnya puasa n smbahyg dia sbln ni x sah ker sdgkn dia x tau tu air mani n x seda pon tu air mani..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|