|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: YOU ARE MAGIC
[Copy link]
|
|
mcm mana lah nanti
elon tu semua benda dia nak cut
|
|
|
|
|
|
|
|
Gamuda mulakan pembinaan pusat data di Port Dickson
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/473017680_1136929907794094_7341661095625020294_n_1736410034.jpg)
[size=14.399999618530273px]Azmi (dua dari kanan) bertukar dokumen MoU bersama Mohd Khidir sambil disaksikan oleh Aminuddin (tiga dari kanan).
[size=14.399999618530273px]
PORT DICKSON: Gamuda Bhd dan kerajaan Negeri Sembilan hari ini meraikan majlis pecah tanah hab infrastruktur Pusat Data Port Dickson. Ia susulan perjanjian jual beli yang dimeterai oleh anak syarikat milik penuh Gamuda, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd dengan West Synergy Sdn Bhd pada 30 Disember 2024 untuk memperoleh tanah pertanian pegangan bebas seluas 157.71 hektar pada harga RM424.4 juta secara tunai bagi membangunkan infrastruktur pusat data dan awan bertaraf dunia. Selain majlis pecah tanah, Gamuda dan Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporated (MBINS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), diwakili oleh Pengarah Eksekutif Gamuda, Datuk Azmi Mat Nor, dan Pegawai Kewangan Negeri Sembilan merangkap Pengarah Urusan MBINS, Datuk Mohd Khidir Majid. Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Gamuda dalam kenyataan hari ini berkata, di bawah MoU itu, ia akan membina loji rawatan air (WTP) dengan kapasiti 65 juta liter sehari. "WTP ini bukan sahaja akan menjadi sumber bekalan air utama untuk pusat data di Negeri Sembilan, tetapi yang lebih penting, 25 peratus daripada kapasiti WTP akan diperuntukkan untuk kegunaan domestik rakyat Negeri Sembilan, memberikan bekalan air yang stabil untuk negeri ini.
"Kapasiti selebihnya akan diperuntukkan untuk operasi pusat data bagi memastikan perkhidmatan tidak terganggu. Aset dan tanah itu akan kekal di bawah pemilikan MBINS. "Pembinaan WTP ini adalah langkah strategik dan melengkapi projek pusat data bagi memastikan kemudahan ini dapat beroperasi secara optimum," katanya. Lebih utama lagi, langkah ini adalah usaha proaktif untuk memastikan keterjaminan air bagi Negeri Sembilan dengan bekalan air bersih yang boleh dipercayai di Port Dickson dan kawasan sekitarnya, sekali gus mengurangkan kadar gangguan bekalan air di kawasan berkenaan. Ini adalah kerjasama yang menguntungkan antara Kerajaan Negeri Sembilan dan Gamuda. Pelaburan Gamuda adalah contoh yang baik pelaburan swasta boleh sejajar dengan kepentingan awam untuk membawa manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negeri.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/01/1347019/gamuda-mulakan-pembinaan-pusat-data-di-port-dickson
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Video montaj TMM 2026 akan dibuat semula - King Sing
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_6338843993835684249_y_1736399441.jpg)
[size=14.399999618530273px]King Sing ditemui media selepas majlis perasmian Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) 2025. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 akan dibuat semula mengikut zon dan tempat menarik di setiap negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing. King Sing berkata, pihaknya mengaku tidak berpuas hati dengan video promosi TMM 2026 yang dilancarkan kelmarin.
Susulan itu, beliau mengarahkan video promosi yang dalam proses diselesaikan dibuat semula memandang ia belum dimuktamadkan lagi. "Saya sudah lihat video promosi berkenaan sebab ia terlompat-lompat, sekejap Pahang, sekejap Perak, sekejap Selangor, sekejap Sabah, sekejap balik lagi Pahang. Lompat sini, lompat sana. "Kalau Pahang terus promosi Pahang. Jangan lompat sini, lompat sana. Kalau kita buat sebegitu, nanti pelancong di luar negara keliru. Jadi, kita mahu promosi itu serius," katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Wilayah Tengah 2025, di sini, hari ini. Dalam pada itu, menegaskan video montaj berdurasi 41 saat yang mencetuskan kontroversi sejak semalam adalah bukan video rasmi yang akan digunakan untuk tujuan promosi kelak. "Kelmarin, kita cuma rasmi logo sahaja, bukan video promosi Tahun Melawat Malaysia dan ia tidak boleh dijadikan untuk tujuan itu," katanya. Sejak semalam, video montaj TMM 2026 menerima kritikan termasuk pemimpin pembangkang yang menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menarik semula video terbabit kerana didakwa cuai susulan tiada elemen masjid dipaparkan sedangkan terdapat paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil. Mengulas lanjut, King Sing mengingatkan semua pihak tidak membangkitkan isu perkauman, keagamaan dan mempolitikkan susulan video montaj terbabit. "Jangan politikkan semua perkara. Ia akan mengelirukan dan beri tekanan kepada masyarakat kita. "Jangan buat sebegitu, sama ada media atau daripada sosial media ataupun mana-mana pihak," katanya. Semalam, King Sing menerusi kenyataan memberi jaminan elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi TMM 2026 yang lebih terperinci dalam masa terdekat.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1346887/video-montaj-tmm-2026-akan-dibuat-semula-king-sing
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MOTAC cadang wajibkan ujian air kencing pemandu bas sebelum mula tugas
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_6338843993835684241_y_1736400694.jpg)
[size=14.399999618530273px]King Sing berucap pada majlis perasmian Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) 2025.- Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bercadang mewajibkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas persiaran sebelum mereka memulakan tugas. Menteri, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan pemandu bas mengambil dadah ketika bertugas. "Kita dapati berlaku beberapa siri kemalangan membabitkan pelancong. Ada polis memaklumkan sesetengah pemandu bas mengambil dadah atas alasan dipaksa majikan bekerja selama 12 jam. "Pihak agensi pelancongan juga digesa supaya menjaga keselamatan pelancong termasuk dari segi penyediaan pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh," katanya kepada pemberita selepas Majlis Libat Urus bersama Pemain Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) di sini, hari ini. Dalam kejadian 23 Disember lalu, tujuh termasuk lima sekeluarga maut, manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 204 (KM) Lebuhraya PLUS arah utara di Melaka. Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi menambah jumlah pegawai penguatkuasaan dalam kementerian berkenaan bagi mengatasi beberapa isu dibangkitkan pemain industri. "Kita sedia maklum mengenai isu ramai agensi pelancongan tidak berlesen. Bagi mengatasi masalah ini, kita memerlukan penambahan pegawai penguatkuasaan. "Ini juga termasuk bagi mengatasi isu agensi pelancongan serta pemandu pelancong yang menyewa lesen mereka kepada orang luar seperti yang berlaku di Sabah," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1346904/motac-cadang-wajibkan-ujian-air-kencing-pemandu-bas-sebelum-mula
|
|
|
|
|
|
|
|
'Jangan promosi hotel lima bintang tapi pengunjung dapat tiga bintang'
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/pelancongan_1736409753.jpg)
[size=14.399999618530273px]Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing diiringi Timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan (tiga dari kiri) bersama rakan strategik industri pelancongan ketika majlis perasmian Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan (Wilayah Tengah) 2025 di Petaling Jaya. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Penggiat industri pelancongan disaran menaik taraf perkhidmatan sebagai persediaan menghadapi jumlah kemasukan pelancong yang tinggi. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata perkara itu turut merangkumi penarafan hotel yang sebenar.
"Apabila mempromosikan hotel, pihak berkaitan perlu menggunakan gambar sebenar. Jangan dalam gambar seperti lima bintang tetapi bila sampai ke hotel macam tiga bintang sahaja. "Kita tidak mahu pelancong berasa tertipu dengan apa yang ditawarkan dan ini penting bagi menjaga imej Malaysia kepada negara luar," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis libat urus bersama penggiat industri pelancongan (Wilayah Tengah) di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk P Manoharan. Sesi libat urus itu bertujuan memberi gambaran menyeluruh mengenai kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan maklumat terkini mengenai insentif serta geran padanan ditawarkan oleh kementerian. Ia seperti Galakan Melancong (GAMELAN), Geran Sokongan Sektor (GSSP) dan Geran Sektor Penerbangan dan Carter (GSPC). King Sing berkata, kerjasama antara MOTAC dengan 39 rakan strategik daripada persatuan pelancongan, perkhidmatan pengangkutan hingga media tempatan adalah bukti sinergi berharga membabitkan sektor awam dan swasta. "Melalui inisiatif dan aktiviti bersama, kami berhasrat mempromosi kepelbagaian produk pelancongan Malaysia dan meletakkan negara ini sebagai destinasi pelancongan utama.
"Kerjasama tidak eksklusif ini diharap akan membolehkan kami memanfaatkan kepakaran mereka untuk menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026)," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia menerima 22.5 juta ketibaan pelancong dari Januari hingga November 2024 dengan pertumbuhan 26 peratus berbanding tempoh sama pada 2023. Perangkaan 10 pasaran utama yang menyumbang kepada jumlah pelancong berkenaan adalah Singapura, Indonesia, China, Thailand, India, Brunei, Korea Selatan, Filipina, Australia dan Taiwan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1347007/jangan-promosi-hotel-lima-bintang-tapi-pengunjung-dapat-tiga-bintang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Gagal bayar hutang RM37,000, juruacara dicederakan dan dilarikan rakan
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/Logo_Polis_1736409606.jpg)
ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki dipukul dan dilarikan sekumpulan individu yang juga rakannya ketika berada di kedai makan kawasan Taman Nusa Bestari, Skudai di sini 2 Januari lalu dipercayai kerana gagal melunaskan hutang RM37,000. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata mangsa berusia 34 tahun yang bekerja sebagai juruacara berhutang untuk kegunaan peribadi daripada beberapa rakannya, namun gagal membayar hutang itu. Katanya, dalam tempoh kurang lima jam, mangsa diselamatkan dan lima lelaki berumur antara 20 hingga 29 tahun ditahan. "Pihak polis menerima laporan daripada teman wanita mangsa, berumur 29 tahun berhubung kejadian.
"Pada lebih kurang jam 11.23 malam, teman wanita mangsa membuat laporan polis, memaklumkan ketika dia bersama mangsa didatangi sekumpulan lelaki. "Mangsa dipukul dan dilarikan dengan menaiki sebuah kereta oleh suspek.
Lima suspek ditahan lebih kurang jam 1.20 pagi di lokasi sekitar Taman Nusa Bestari, sama dengan lokasi mangsa ditemui," katanya pada sidang media di IPD Iskandar Puteri di sini, hari ini. Menurut Kumarasan, hasil semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. "Ujian saringan awal mendapati kesemua suspek negatif dadah. Semasa tangkapan itu, pihak polis turut merampas dua kereta mewah dan sebatang objek keras. "Empat daripada lima suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini dan tidak mengaku bersalah dengan pertuduhan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan bagi pengurungan salah, Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyebabkan cedera menggunakan senjata dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyebabkan kecederaan. "Seorang suspek lagi tidak dituduh dan akan dijadikan saksi pendakwaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1347013/gagal-bayar-hutang-rm37000-juruacara-dicederakan-dan-dilarikan-rakan
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1347013/gagal-bayar-hutang-rm37000-juruacara-dicederakan-dan-dilarikan-rakan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
‘Mulut orang, biarlah saya jadi pasu bunga GV11 pun’
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/01/WhatsApp-Image-2025-01-09-at-15.20.02.jpeg)
Arrora percaya rezeki untuknya di pentas GV11 sudah tertulis biarpun sering mendapat kecaman netizen kononnya dia hanya 'menjual' wajah berbanding bakat nyanyian.
SHAH ALAM – Lali dikecam, penyanyi Arrora Salwa tidak kisah dengan tanggapan negatif segelintir netizen yang mendakwa dia hanya ‘menjual’ wajah cantik berbanding bakat nyanyian di pentas Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11). Kata Arrora, 40, dia menganggap semua kecaman tersebut sebagai satu bentuk hiburan dan menerima dengan berlapang dada. “Saya di GV11 hanya sebagai penyeri sahaja? Okeylah orang cakap macam itu. Biar sajalah saya jadi pasu bunga sekali pun. “Sekurang-kurangnya ada juga penyeri di situ iaitu saya. Rezeki Allah SWT sudah beri dan jangan menidakkan takdir. “Secara jujur, saya selalu anggap setiap minggu adalah minggu terakhir. Sebab itu saya pada peminat supaya jangan letak sebarang harapan terlalu tinggi, risau kecewa. Konsep saya, redah sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini. Tidak menyatakan dirinya kalis kecaman, dia sebaliknya enggan melayan komen sebegitu kerana mahu memastikan kesihatan mental terjaga. “Sebenarnya saya bukan bongkak tetapi semua komen negatif itu, kalau dilayan akan ganggu kesihatan mental. “Saya anggap semua itu sebagai satu bentuk hiburan. Selagi tidak ganggu periuk nasi, memburukkan nama baik, saya okey,” jelasnya. Dalam pada itu, dia meminta pihak yang mengecamnya membuka mata dan sedar bahawa pentas GV11 merupakan sebuah platform besar dan mampu membuka lebih banyak pintu rezeki untuk setiap penyanyi bertanding. “Kalau lihat betul-betul, pentas GV adalah pentas bisnes yang sangat besar. “Pentas ini bukan hanya untuk menyanyi tetapi banyak lagi peluang yang akan terbuka selepas ini. “Jadi, kepada netizen, kalau nak bercakap, buka minda dan lihat betapa besarnya pentas GV ini,” katanya lagi. Selain dikecam dan didoakan agar tersingkir dari pentas GV11, Arrora juga difitnah menggunakan khidmat bomoh atau ‘mak esah’ untuk memenangi pertandingan tersebut. Sudah minggu kelapan, selain Arrora, lapan penyanyi lain yang masih bersaing ialah Liza Aziz, Ronnie Hussein, Ning Baizura, Sheila Abdul, Fairuz Selamat, Zehra Zambri, The Lima dan Dadali Dyrga. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/01/09/mulut-orang-biarlah-saya-jadi-pasu-bunga-gv11-pun/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“Saya di GV11 hanya sebagai penyeri sahaja? Okeylah orang cakap macam itu. Biar sajalah saya jadi pasu bunga sekali pun.
“Sekurang-kurangnya ada juga penyeri di situ iaitu saya. Rezeki Allah SWT sudah beri dan jangan menidakkan takdir.
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
forumer cari start dulu kata rora ni penyeri je |
|
|
|
|
|
|
|
sbb iolss quote masuk rumah borak sini |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|