|
namun dia pelu berhati-
hati. Bimbang Kai akan bertindak diluar
dugaan.
.typo.LOL. |
|
|
|
|
|
|
|
Pautan ke Amariya diklik. Dan seperti biasa, QI terus belayar ke alam 'mimpi'. Dia mengenyeh-genyehkan matanya. Terkebil-kebil dia memerhati sekeliling. Dia tidak lagi berada di biliknya tetapi dia berada di suatu tempat yang asing. Tempat yang asing tetapi tidak pelik pada pandangan matanya, cuma...
'Eh.. aku di mana? Takkan Amariya sudah mengalami peralihan zamankah??'
Tiba-tiba sebelah kasut melayang entah dari mana mengenai kepalanya. Elok saja kasut itu tergolek di hadapannya. Kasut itu kelihatan bergerak-gerak.
'Ni zaman kasut bergerak sendiri kah?' Qi sudah mula cuak.
Dia memerhati sekeliling. Tak ada pula kelibat Tron di mana-mana. Pelik. Selalunya ada saja mahluk berbulu itu menempel di mana-mana sepanjang dia di Amariya. Matanya membulat memerhati kasut yang hanya sebelah itu.
'Ong! Ong! ONG!'
Seekor katak yang kelihatan tercungap-cungap muncul dari dalam kasut itu. Kedengaran bunyi orang menyumpah-nyumpah di sebalik tembok, tempat Qi berada. Perlahan-lahan dia menghampiri tembok itu, untuk melihat gerangan yang sedang memaki hamun... katak dan kasut??
kenot help it oso....
|
|
|
|
|
|
|
|
kompius iols... siapa sebenarnya penulis cerita ini?
nicki... iols sarankan kamu berkolaborasi dgn conan
|
|
|
|
|
|
|
|
udah lambat sangat hapdet..
amber buat iklan la kejap
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpun... suh Conan je sambung cerita ni sampai tamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Si tecik kena chickenpox.
Makin lambat le hapdetnyeee...
|
|
|
|
|
|
|
|
alololoooo... mana dapatnya tu?
abangnya tak kena ka? aku dulu kena cacar air.. 2 minggu tak gi skolah..
balik skolah dpt kije skolah tinggi mcm bukit
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 31
Bekas kayu empat segi yang terletak tidak jauh dari tempat mereka duduk dicapai Kai. Bekas itu lalu dibuka. Sekeping daun dari Pokok Ruda yang telah kering dikeluarkan dari bekas. Dirata-ratakan dengan tapak tangan sehingga tegang. Kemudian, sebuah bekas kecil bulat pula dibuka. Sedikit Tembakau diletakkan di atas daun itu sebelum digulung kemas. Kemudian, Kai mencapai pula sebatang kayu halus. Digoreskan kayu itu pada atas penutup bekas. Api menyala dengan sekali gores lalu dicucuh pada gulungan tembakau tadi. Api dipadamkan dan gulungan itu dihisap dalam-dalam. Penuh nikmat.
Kai sedar, gerak-gerinya diperhatikan oleh dua bersaudara itu namun dia buat tak endah. Sebenarnya, dia sendiri pun kurang pasti siapa pemuda-pemuda ini. Tapi satu yang dia yakin, pemuda-pemuda ini bukan dari keturunan jelata. Mungkin bangsawan dari Amariya. Rouman percaya sekali pada mereka, terutamanya pada yang bernama Zuhril itu. Jadi, dia tidak punya sebab untuk berasa sangsi walaupun tidak dinafikan, banyak sekali persoalan yang timbul dibenaknya.
"Panglima." Zuhril menegur apabila melihat Kai seolah-olah tenggelam dalam fikiran, bersama-sama hembusan asap dari gulungan tembakaunya.
"Aku sendiri tidak pasti, sama ada anak Raja Zulkhan itu masih hidup atau telah mati." Kai bersuara setelah menghisap gulungan tembakaunya. Ada nada sesalan terluah bersama ayat itu. Kemudian, satu keluhan dilepaskan.
“Aku sepatutnya mempertahankan keluarga Raja Zulkhan. Tetapi, apabila Ratu Sellie sendiri membenarkan puterinya diambil oleh mereka, aku tidak mampu berbuat apa-apa lagi.”
Zuhril mendengar tekun walaupun masih terasa kabur dengan cerita itu.
"Setelah perang itu tamat..." Kai menarik nafas dan terus menyambung cerita... |
|
|
|
|
|
|
|
WOW!! di keramat ada mancis api?? |
|
|
|
|
|
|
|
adakah arania puteri yang diculik itu?? syakilla pula sebenarnya puteri raja amariya?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku bayangkan masa tembakau dinyalakan tu..
masa tu..seorang lelaki tua di kampung sedang menggulung rokok daun dan bubuh tembakau . pastu dinyalakan..
lalu dihisap dan dihembus penuh nikmat sambil memandang sawah padi...
ya ya je..
|
|
|
|
|
|
|
|
nikmat cuuuuu!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehehehe. Lawak pulak memikirkan depan rumah Kai ada sawoh padi...
|
|
|
|
|
|
|
|
weh hak ni apa pulak gambo nya???
awat pc aku tak leh nampak apa2
|
|
|
|
|
|
|
|
Lembah Keramat adalah dibawah jajahan Amariya dan yang termakmur. Raja Aryan telah berwasiat bahawa Lembah Keramat akan ditadbir oleh Raja Zulkhan, dibawah pemerintahan Raja Amsyar. Namun, perang saudara yang tercetus menyebabkan tempat ini tidak lagi seaman dulu. Mereka bimbang Lembah Keramat akan diserang pada bila-bila masa, di Desa Maiya terutamanya kerana di situlah letaknya singgahsana Raja Zulkhan.
Telah ramai yang meninggalkan Desa Maiya. Khabar angin bertiup kencang bahawa Tentera Diraja Amariya akan menyerang tempat ini pada bila-bila masa saja. Kekalahan Raja Zulkhan membawa bencana pada seluruh Keramat Maiya, itulah berita yang dibawa angin lalu. Demi menyelamatkan diri, penduduk Keramat Maiya mencari perlindungan di tempat lain. Malah, ada yang secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada Amariya sebagai cara menyelamatkan diri.
Kurang dari dari sepuluh keluarga yang kekal tinggal di Desa Maiya dimana kesemuanya terlalu setia dengan Raja Zulkhan. Pada mereka, Raja Zulkhan adalah seorang Raja yang baik, adil dan saksama namun, entah mengapa semenjak kemangkatan Raja Aryan, sikap dan peribadi Raja Zulkhan berubah sedikit demi sedikit. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Raja Zulkhan sehingga menyebabkan dia berubah menjadi perengus. Perubahan itu akhirnya membawa kepada peperangan dengan adiknya sendiri. Raja Amsyar.
Mereka yang kekal setia di Desa Maiya ini akan mempertahankan tempat mereka dengan apa cara sekalipun. Itu janji mereka. Ratu Sellie dan puterinya masih ada di sini. Mereka tidak akan sekali-kali membenarkan isteri dan pewaris Raja Zulkhan itu diapa-apakan. Kedatangan Tentera Amariya itu dinanti penuh debar. Walaupun sudah bersumpah setia, tidak mampu mereka menyangkal rasa gerun yang melanda.
Dalam resah, dalam berjaga-jaga, yang dinanti itu tidak jua kunjung tiba. Khabar angin yang bertiup kencang itu kekal menjadi khabar angin semata-mata. Malah, berita yang mereka dengar, Raja Amsyar memberi pengampunan kepada tentera dan pengikut Raja Zulkhan yang turut serta memerangi Amariya, dengan syarat mereka tidak akan sekali-kali mengkhianati Amariya lagi. Ada juga yang telah dijatuhi hukuman, buat mereka yang kekal mahu memerangi Amariya.
Kehidupan mereka tetap diteruskan namun agak sukar untuk kembali makmur seperti dulu. Walaupun masih dibawah jajahan Amariya, Lembah Keramat seolah-olah terpinggir.
Kai menghentikan bicara seketika lalu dia menyalakan sebatang lagi gulungan tembakau. Di sedut dalam-dalam.
“Pada masa itu, keadaan Ratu Sellie pula seperti tidak tentu arah. Tidak keterlaluan jika aku katakan, dia kehilangan jiwa. Setiap hari Ratu Sellie menangis dan meratap hiba. Makan dan minum hanya apabila dipaksa. Bersedih dan termenung sepanjang masa. Sehinggakan puterinya itu langsung terabai. Mujur ada Mak Inang. Dialah yang menjaga Puteri itu seperti anaknya sendiri.”
“Hampir sepurnama berlalu...” Kai menghembuskan asap ke udara. “Ratu Sellie dikunjungi oleh mereka.”
“Siapa?” Pantas Zuhril bertanya namun Kai hanya membalas dengan senyuman yang sukar ditafsir maknanya. |
|
|
|
|
|
|
|
eh tadi elok je gambornye.. pekeheinyeee..
gambor nenek isap rokok daun gergasi
|
|
|
|
|
|
|
|
Singgahsana itu sudah lama hilang akan serinya. Semenjak Raja Zulkhan berubah laku. Setelah tamat perang itu. Ianya berterusan begitu seolah-olah, tiada apa lagi dalam dunia ini yang mampu menggembirakan penghuninya. Bagai tiada lagi suluhan cahaya menyinari alam. Jika ada pun pembawa ceria, hanyalah Puteri itu. Yang masih lagi terlalu kecil untuk mengerti apa yang berlaku. Yang masih terlalu hijau untuk memahami. Asalnya dia permata hati namun kini, bondanya sendiri terlalu mengikut rasa sehingga terabai puteri kecil itu.
Hanya Mak Inang setia menjaga dan mengasuh, melayani setiap kerenah dan kelaku Sang Puteri. Mak Inang berusaha memujuk Ratu Sellie, agar melupakan segala sedih dan pilu. Supaya Sang Puteri kembali merasa kasih sayang dari seorang ibu. Walaupun terasa usahanya itu hanya sia-sia namun, perkataan putus asa tidak pernah hadir. Mak Inang mencuba sedaya-upayanya agar Ratu Sellie kembali seperti semula.
Ratu Sellie, wanita berdarah bangsawan itu memang terkenal dengan kejelitaannya. Tiada yang setara. Tapi kini, kejelitaanya pudar, hanya tinggal sisa. Kelihatan tidak terurus dan jauh lebih berumur dari usianya yang sebenar. Dia terlalu mengikut rasa. Berterusan meratap hiba tanpa menghiraukan keadaan di sekeliling.
Suatu hari, setelah hampir sepurnama perang itu tamat, singgahsana itu telah dikunjungi tetamu dengan tak disangka-sangka. Ratu Sellie benar-benar terkejut dengan kemunculan itu. Tidak ramai, hanya berdua sahaja tanpa pengiring seperti selayaknya. Dalam keadaan Ratu Sellie yang sebegitu, untuk menerima tetamu yang datang dari Amariya itu amatlah tidak dialukan. |
|
|
|
|
|
|
|
ratu sellie???...ibunda Syakilla kah??
|
|
|
|
|
|
|
|
Jeng jeng jeng
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|