|
Interesting la yg bab x bole marah org sesuka hati. |
|
|
|
|
|
|
|
salam TT n kwn2.
ini lah di manakan manusia parasit.
bila khatam thread ni, rose rasa rose paham perasaan tt. sbb rose pun ada pengalaman dgn org or family parasit ni.
sekali diorang masuk dalam hidup kita, susah nak outkan diorang ni.
izinkan rose cite ye.. walaupun bukan pasal jiran..tapi still pasal family parasit.
haish perasaan tu macam mana nak cakap ye.. orang utara kata lemas perut, semak kepala.
cite nye dari rose kecil lagi.. kakak rose la yang mula kenal dgn family parasit ni.
dari kak rose, melarat ke parent rose, melarat pula ke maklong, bila mak long meninggal, datang balik ke mak rose. pastu pause beberapa tahun..sekarang datang balik.. astagfirullahalazimmm... istifar je la..
1st skali.. kak rose kenal diorang ni masa kakak rose kerja kat hotel kat langkawi, family parasit ni pun belum kahwin lagi, so rose kenalkan sebagai Jay dan Nor. Jay ni orang siam, Nor ni orang Baling kedah.
masa awal2 kenal tu biasala semua nampak baik. okay je. setahun kak rose kerja kat hotel tu, kak rose berenti pindah ke pekan kuah, langkawi dan bukak restoren, dan kebetulan pulak Jay n Nor ni baru berenti kerja kat hotel tu, dan tengah cari kerja, sebab diorang ni memang pandai memasak, so kak rose ambil jadi tukang masak, masa ni diorang dah kahwin. start dari sini la baru tau hitam putih hati masing2.
antara cerita nye..tak lama berkerja kat restoren kak rose, maka beranak la Nor ni, diorang beranak kat kampung Nor, Baling. tapi diorang takde transport nak balik dari Baling ke Langkawi, maka minta la tolong kak rose ambilkan. kak rose tak dapat tolong sebab kat langkawi kan..apa korang nak bawa jet bawak balik ke.. haha.. so mama n arwah ayah rose la tolong ambilkan, ayah rose sewa van kilang tempat ayah rose kerja tu.. gi ke baling. dah ambil n hantar ke jety, ingatkan ko nak bayar la minyak n van tu.. sesen pun takde, dengan happy nya diorang naik bot ke langkawi.. okay itu satu..
cita antara diorang dengan kak rose,rose tak tau sangat sebab kak rose tak berapa cerita, tapi abang ipar rose memang bengang dengan diorang sampai takmau tengok muka diorang la. kak rose pun sama, buat bolayan.
setelah beberapa tahun kat langkawi, diorang pindah ke perlis. tempat rose pulak.
di situ diorang memparasit kauw kauw la.
arwah ayah n mama rose ada buat kedai, n ada lagi satu kedai utk disewa. memandang diorang ni nak kerja buat kedai dengan ayah, si Jay ni nak buat roti canai, so ayah bagi la sewa kedai tu kat diorang. masa nak pindah masuk barang, siap sewa lori.. DREBAR LORI TU LAST2 DATANG MINTAK PAYMENT KAT MAMA ROSE hokay.. alasan Jay ni takde duit nak bayar. sampai kesudah tak bayar balik tau.
beberapa bulan berumah tangga kat kedai sewa ayah rose, makin naik tocang Jay n Nor ni. ada sekali tu, kak rose balik kampung, langsung Nor ni tak datang melawat pun jumpa kak Rose. petang tu kebetulan ayah rose nak tengok kedai, sambil tengok2 kedai, ayah rose bagitau la yang kak rose dah ada kat kampung.. Nor leh cakap dengan berlagak nya.. "Dah dia balik awat dia tak mai sini".. perh tuan puteri okay. bukan rose nak kutuk, tapi seriusly sedar le sapa awak tu..
Once ayah rose dengar ayat berlagak tu, terus keluar amukan darah tentera beliau. mengamuk sakan la ayah, memang ayah halau suruh keluar masa tu juga.. nasib baik mama rose ada sekali, tenangkan ayah. beberapa hari lepas tu memang diorang keluar, tapi tak lari jauh, diorang sewa kedai kat kampung sebelah je.
ayah rose memang tak cakap dengan Jay n Nor ni sampai la kesudah.
but that's not the end..
Bila ayah rose sakit2, dan meninggal, masa tu Jay n Nor ni datang la.. ok part ni memang diorang buat baik. tak rose nafikan. Jay rajin baca yassin utk arwah ayah, tak tinggal pun arwah. Nor lak tolong masakkan utk majlis tahlil. family rose memang berterima kasih di situ..
Akan tetapi.. baik rupanya ada makna. masa tu memang rose mula mengenali manusia parasit ni.
Bila arwah dah takde, maka kat umah tu tinggal mama je, n maklong pun datang teman mama. Mak long rose memang dok sorang2 je, umah pun dekat je dengan umah rose. tapi mak long rose tak berapa sihat, ada sakit mental. bila tak makan ubat memang naik ke bulan.. rose amek cuti 1 semester masa study dulu nak teman mama n mak long.
So bila mak long dok kat umah kami, umah mak long kat kampung kosong la. n rose perasan hari2 Nor n Jay ni datang umah. siap bawa anak2 diorang 4 orang lagi. kecil2 lagi masa tu. rupanya2, kedai diorang dok sewa tu, tuan umah dah halau dah sebab tak bayar. Rupanya diorang ni pandai timing.
Tengah dok mengadu cita sedih diorang, dengan hajat nak tumpang duduk umah rose sekarang (umah taman) tapi mama rose pandai, dah dapat hint, mama rose tak cakap apa, dengar je. tetiba.. Mak Long rose dengan bebesar hati ajak Jay n Nor ni duduk umah dia. esok nya juga diorang angkut barang pindah uols nak tau.
Imagine uols duduk umah tak pernah bayar sewa. walaupun sewa umah kampung 2 tingkat rm100 sebulan?? maka jadi la satu kerja rose n mama memintak sewa setiap hari. macam kita lak mintak sedekah rasanya. Mak Long rose.. rose taktau apa dah jadi, macam banyak bagi muka kat Jay n Nor ni.
Umah mak long rose ni, actualy umah mama rose sebenarnye, tapi mama bagi mak long duduk situ sebab dia takde sapa2. dulu kami duduk kat situ juga sebelum pindah ke umah taman.. umah mak long ni banyak bilik, so ada la 1 bilik jadi kan store. utk simpan barang2 lama, buku2 study kakak rose, magazine, buku2 rose.. U all know what.. Jay n Nor ni clear up store tu, n bakar semua buku2 n magazine yg ada dlm store tu. yg rose ingat lagi.. koleksi komik Katun Lat rose, api dok jilat.. rose sound terus kat Nor, rose cakap "Tak pernah ada manusia bakar buku!! habis tak guna pun orang jual 2nd hand!!"
Lepas tu, diorang nak guna line talipon pulak. line tu memang ada, cuma telepon je takde, Jay bagitau la kat rose dia nak pakai line tu, rose kat tak yah. kalau nak buat nama sendiri. tapi mak long rose iziin kan pulak.. So..best je diorang pakai sampai dekat RM 1000 bil tu, pastu tak bayar sampai kena potong. n guess who have to pay the billl? yup, mama rose, sebab nama bil tu atas nama mama. mama minta suruh diorang bayar bulan2 sikit2, tapi sama gak, diorang buat macam tu bukan masalah diorang.
Itu tak masuk bil air, dekat rm2000. berapa kali dah mama n rose gi JKR, suruh potong, sampai JKR tu tak mo potong, sebab tak larat nak potong..yang pelik nya, bila dah potong, ada pulak duit Jay g bayar utk sambungkan balik.
Dah satu satu kan.. satu lagi, Jay ni selalu la nak kena cop pasport dia, so kena la gi Padang Besar, bila nak pegi sana, masa tu diroang takde keta lagi, maka minta la tolong nak pinjam kereta rose. rose saje je bagi keta petrol pun tinggal sikit je, kalau nak habis tu, ko bayar la sendiri petrol.. But. boleh pulak dia bawa balik keta tu dengan jarum petrol tu dah merah. perh~!~~
Setelah setahun memparasitkan diri kat umah mak long, tiba pula ajal mak long. kakak rose n family pun balik la ke umah rose. kak rose balik sewa kereta je. selesai je simpan jenazah, Jay minta pinjam keta sekejap kat kak rose, nak pegi Kangar katanya.. tapi uols tau tak, pinjam keta tengah hari, bagi balik pukul 2 pagi!! dengan petrol dah berkelip-kelipan.
Tapi masa mak long nak meninggal tu, mak long ada la pesan kat mama, suruh amek balik duit yang Jay n Nor pinjam kan kat mak long. so Mama rose dok minta la suruh diorang bayar. tapi selember je tak bayar, siap bagi alasan diorang nak guna duit, nak bayar ALONG lagi.. tup-tup, keluar kereta EXORA uols. taktau la macam mana orang mcm Jay ni qualified dapat pinjaman bank beli kereta, or dia pinjam kat ayah dia yang kat Siam tu ke.. i dont know. So mama rose tak fade up, ko peringat la sendiri. sebab ko hutang dengan orang yang dah meninggal.
Diorang still duduk situ lagi, selama setahun kemudian, dengan stiap bulan mama dok tagih sewa. sampai mama bagi warning, tak mo bayar sewa, sila cari umah lain la. tapi still dah jadi habitat diorang kat situ.. sampai la perlis kena banjir besar masa tu. umah mak long rose kena banjir teruk. so diorang pun lari terus keluar dari umah tu. Syukur Alhamdulillah. sebab kami tak perlu membuat dosa sakit hati dengan perangai diorang.
Diorang lari pun tak lari jauh, still area tempat rose juga. tapi tak de la rose terserempak bila g pasar ke.. shoping ke.. but, these days lately.. makin kerap pula rose terserempak.. baik kat pasar pagi.. pasar mlm..
macam haritu rose pegi pasar mlm, dari jauh dah rose perasan Jay ni dok sengih, tapi rose buat2 tengok tempat lain. Seriusly rose fadeup n rose tak nak ada apa2 kena mengena dengan diorang dah.
Ingat tak rose cakap diorang ni ada anak.. so baru2 ni anak dia yang sulung dah dapat result SPM, maka datangla surat2 tawaran Universiti IPTA n IPTS dan sebagainya, surat tu postman hantar kat umah mak long. motif ko tak update alamat surat menyurat ko??
dah jadi satu hal nak g hantar kat korang pulak.. tapi rose takkan hantar, so rose bagi kat jiran minta tolong jiran post kan.
2 3 hari lepas tu, mama rose dapat SMS dari JAY.. nak minta buah mempelam.. umah mak long rose tu banyak tanam pokok, so sekarang dah datang musim mempelam/mangga. motif ko nak buat mesra minta buah mempelam setelah ko parasit hidup kami?
Astafirullah... mengucappp kejap..
selepas dapat msg tu, mama tak reply. kakak rose pun pesan jangan reply, buat donooo je. tapi apakan daya, terserempak pulak dengan JAY ni kat pasar pagi, orang utara panggil NAT.heheh. dari jauh rose nampak dia sengih2 kat kami, rose terus lari bawa mama pegi tempat lain, dia boleh ikut kami! siap panggil mama lagi.. still dengan niat nak minta buah mempelam. tapi mama cakap mempelam harum manis jangan ambil, sebab dah bagi kat peraih ( orang ambil untuk jual), leh ambil mempelam yang lain je.
Astaghfirullahalazim.. serius panas bila ingat kisah ni. Jom sejuk hati baca Al Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
rose_2011 posted on 28-4-2013 11:00 PM
salam TT n kwn2.
ini lah di manakan manusia parasit.
bila khatam thread ni, rose rasa rose paham p ...
wawawaaaa sama hebat dgn cerita tt. tak faham kenapa la ada org mcm ni wujud dlm utk meriahkan dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
rose_2011 posted on 28-4-2013 11:00 PM
salam TT n kwn2.
ini lah di manakan manusia parasit.
bila khatam thread ni, rose rasa rose paham p ...
@rose_2011
buka thread lain la...mcm x abis je cite tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
@rose_2011 - walaupun pnjng aku bace..abis gak..ape yg aku bole komen..
mmg SYIAAALLLL parasit tu.:@
klau aku nak marah nnt aku rase sesuai aku ulang bace kes ni..baru aku bole ngamuk sakan..:lol |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterbersih posted on 23-5-2013 03:23 AM
@rose_2011 - walaupun pnjng aku bace..abis gak..ape yg aku bole komen..
mmg SYIAAALLLL parasit ...
hehehe panjangkan. malas nak continue2. maaf kalau pening baca karangan rose.hihi
sekarang ni ada gak surat utk anak sulung J n N tu. tapi rose buat dono je. malas nak ada kene mengena dgn diorang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Em... herannya
Ada jugak manusia yg macam tu
Rasanya depa x rasa apa2
Mungkin sbb banyak sgt makan duit haram
Hati dah kering
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih baca benang nii dari tadi...dah khatam pun..
macam2 manusia dalam dunia ni..
yg jenis camni ramai... cuma kisah yg berbeza...
bertabahlah TT dan sesiapa yg ada pengalaman cam TT..
|
|
|
|
|
|
|
|
LaksamanaSunan posted on 26-3-2013 06:27 PM
Assalammualaikum semua..
Nie ada update sikit pasal cerita aku. Bab lain tp ada sikit kaitan dgn ...
gigih akak baca dik oi...
ada update ?? ngeeeee...... |
|
|
|
|
|
|
|
aku duduk kampung tp ada rumah kat shah alam sek 7.
rumah tu mmg kosong sbb aku sayang nak sewakan.
masalah bermula bila dua2 jiran kiri dan kanan bergaduh.. mula2 dulu, jiran sebelah kanan suka tumpang park keta mewah dia kat dlm rumah kami. sbb dia kaya. byk keta cantik2 takde space nak letak. bapak aku pun ckp, bg lah kunci pagar rumah kat dia.masalahnya, bila kami dtg nak potong rumput, keta mahal tu depa tak reti2 nak alih. abis tu camne??
jiran sebelah kiri plak nak sewa rumah kami tu sbb dia nak renovate rumah.
mula2 janji nak duduk 4 bulan aje. tp terus sampai hujung tahun. dan tak byr sewa satu sen pun.
alasannya dia dah mintak kebenaran bapak aku.. eh itu kan rumah aku?
kata nak sewa dlm rumah aje. tp yg sibuk2 cabut pokok bunga yg arwah tanam kenapa?
fikir2 semula, baik la tinggal di kampung ni aje. kejiranan masih berbudi bahasa.
jiran di bandar, walau pun rumah besar mcm istana, tp layanan depa pd org kampung mcm aku ni, mcm lah aku ni bengap sgt. mentang2 lah aku pompuan sorang2.
aku mmg nak jual rumah tu. tp patut2 lah kan.. hospital shah alam kat sek 7 tu dah nak siap. dkt pulak dgn UITM & pusat bandar sek 7 tu. mmg logik la harga yg aku mintak. lagi pun rumah tu dah takde hutang bank. cuma ada personal loan skit masa aku nak ambik kuasa rumah tu dulu.
kalau aku guna agen, pacak notis kat dpn pagar, pengsan agaknya jiran2 aku tu.
tp aku org yg berbudi bahasa. sbb aku mmg dah ckp dulu, kalau aku nak jual rumah tu, aku akan bg tau jiran2 aku ni dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
uhhh best giler cter TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru terbaca thread ni tadi..
Mcm hooked gitu..
Ada masa aku nak backlog sampai abis hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun.... Aku bizi bangat skrg nie, xsempat nk reply posting korang semua. Nnt bila aku free insyaallah aku akan beklog satu2.
Sape2 yg ada cerita seangkatan dgn jiran2 xtau malu sila share kat sini. Jgn segan2. Xpayah mintak izin aku, halal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg best la crite TT walaupun dah melangkaui 2thn....terasa mcm thn ni berlaku...hhehe |
|
|
|
|
|
|
|
ko tukar la nomot tipon mak ko weh.
best lak bace |
|
|
|
|
|
|
|
antara kisah yang menarik yang tak jemu nak baca. hope TT dapat update lagi |
|
|
|
|
|
|
|
wah,baru menjenguk kt thread tt ni.btw,ade jgk ea kejiranan macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran aku plak pemalu ya amat..
Tak penah pun bertegur sapa..
Terserempak kat depan gate pun paling muka |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran yg zalim. Rumah saya rumah sayalah. Rumah awak rumah saya. |
|
|
|
|
|
|
|
best cerita TT dan forumer lain... boleh dijadikan pengajaran... ramai jer jiran yg hampeh tp tak sedor diri... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|