Impian Faizal Ismail Jadi Hos AF2014 Tercapai
KUALA LUMPUR 9 SEPT 2014: Penyampai radio dan pengacara TV Faizal Ismail (FBI) akui teruja dan bersyukur impiannya untuk menjadi hos AF akhirnya tercapai walaupun sebelum ini hanya memasang angan-angan dan tidak menyangka ianya menjadi realiti. “Saya memang peminat AF dari dulu lagi, saya sering berbual-bual dengan isteri saya pada setiap malam konsert , mesti ‘best’ kalau saya jadi hos AF, pasti lebih gamat dan meriah,” WTFFFFF
katanya kepada Murai ditemui selepas Konsert Mingguan Pertama AF2014 di MBSA. Dalam pada itu, dia juga bersedia dengan pelbagai kritikan dan persepsi negatif kerana keputusannya untuk menjadi hos AF berkemungkinan menimbulkan pelbagai tanda tanya. “Saya menerima tawaran ini di bulan Ramadan lalu, tanpa berfikir panjang saya ambil tawaran ini disebabkan saya amat meminati AF, lagipun saya dengan stesen TV Media Prima tidak terikat mana-mana kontrak. Saya bebas untuk memilih apa sahaja tawaran yang diberikan,” katanya. Cabaran yang paling utama untuk AF2014 ini, dia perlu mencari keserasian dengan pengacara AF lain iaitu Zizan Razak. Ini merupakan gandingan pertama Faisal bersama Zizan dalam rancangan TV. “Saya akui, Zizan lebih berpengalaman daripada saya, saya akan belajar selok-belok AF daripada Zizan. Saya akan cuba yang terbaik memeriahkan lagi AF2014 kerana program realiti ini mempunyai pengikutnya tersendiri,” ujarnya. Faizal dan Zizan akan digandingkan bersama pada setiap malam Konsert Mingguan AF2014 yang disiarkan secara langsung setiap hari Ahad jam 9.00 Malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
|