CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Update #114. 'Plot guling Najib' - IGP kata kes tutup, laporan hanya andaian

[Copy link]
 Author| Post time 27-7-2016 11:28 AM | Show all posts
Dakwaan 'konspirasi', polis akan soal pemimpin Pemuda Umno dulu

http://www.malaysiakini.com/news/350059

Hari ini, 11:13 tengahari      Hari ini, 11:18 tengahari

Polis akan menyoal Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkaitan laporannya yang mendakwa wujud konspirasi peringkat tinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini demikian ketika ditanya di bawah seksyen mana laporan itu sedang disiasat.

"Kita perlu menemubual pengadu terlebih dahulu (sebelum memutuskan mengenai klasifikasinya)," kata Khalid.

"Oleh kerana ia adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan individu terkemuka, kita mesti menentukan apa yang mendorong beliau untuk membuat laporan itu, dan sama ada dia boleh memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya," kata Khalid.

Dalam laporan polis yang difailkan semalam, Khairul Azwan menamakan bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua esuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki memberikan maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), tanpa kebenaran.

Dia juga mendakwa bahawa beberapa dokumen yang dikemukakan, telah dipalsukan dan maklumat yang diputarbelit untuk mencapai agenda mereka.

Laporan itu dibuat berikutan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) memfailkan saman sivil berhubung dakwaan salahguna dana 1MDB.

Bank Negara dan SPRM, bersama dengan pihak polis, adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB dan isu derma politik RM2.6 bilion.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 11:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat sendiri yang tak tahan nak.katuhkan najib. Apa kau ingat kau bagud najib sampai orang tak nak jatuhkan kau?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat sendiri yang tak tahan nak.katuhkan najib. Apa kau ingat kau bagud najib sampai orang tak nak jatuhkan kau?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat sendiri yang tak tahan nak.katuhkan najib. Apa kau ingat kau bagud najib sampai orang tak nak jatuhkan kau?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat sendiri yang tak tahan nak.katuhkan najib. Apa kau ingat kau bagud najib sampai orang tak nak jatuhkan kau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2016 12:34 PM | Show all posts
Kesian zeti tu..duk diam2 pun kena sebijik ! Nampak sgt ada org takut dengan  transaksi duit ...ada org spt cacing kepanasan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 12:35 PM | Show all posts
hm semua konspirasi ye. mcm2 hal la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 01:48 PM | Show all posts
bodohnya dia ni , itu je akak nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:54 PM | Show all posts
sikit2 report polis....sikit2 report polis...mcm budak2...agak polis takde keje lain agaknya.dah lah yang kena report tu semua Tan Sri...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 02:06 PM | Show all posts
DrMAZA.com3 hrs ·






Menakutkan jika seseorang terpaksa hidup dalam sebuah masyarakat yang menjadikan orang-orang yang jujur, bijak dan berjasa sebagai penjenayah. Sementara, penjenayah pula ditabalkan sebagai ketua dan dibela. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari keadaan seperti itu.













Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 02:15 PM | Show all posts
Sedih sebenarnya bila da jadi mcm ni..
kalau betul la...aku dok pikir siapa yg paling layak plak lepas ni jadi PM Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
bit replied at 26-7-2016 12:35 PM
dr blog outsyed yg menjadi ketakutan salleh keruak

The utter bangang of Pemuda UMNO

Haillll SOTB!  
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 02:33 PM | Show all posts
Modngengade replied at 26-7-2016 05:17 PM
bila la bijan nak dpt cash yer

tgu ms dan ketika
akn muncul la

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2016 02:41 PM | Show all posts
Dakwaan Guling PM Satu Muslihat Publisiti - Gani Patail

http://www.mstar.com.my/berita/b ... muslihat-publisiti/

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2016 8:28 AM



KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.     

"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.   

"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.

Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.  

Beliau menyatakan demikian menerusi whatsapp'nya bila diminta mengulas mengenai laporan bahawa Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.  

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah hape2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 03:28 PM | Show all posts
ni bukan makan dedah kalo cenggini...ni dah tahap makan berak
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 03:29 PM | Show all posts

sila londehkan lagi semua harta mamat ni...

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 04:20 PM | Show all posts
mujur anuar ebrohem kat sg buluh inn
kalau tak mesti dia org pertama dipersalahkan sbb ada
koneksen dgn FBI,CIA pentagon,agen itu dan ini...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 04:53 PM | Show all posts
zekMR replied at 27-7-2016 12:11 AM
Pasti ada high ranking official yang ada akses untuk dedahkan dokumen2 rahsia rasmi negara

Walaup ...

menda ni bang dijek, dedah dokumen rahsia besar negara segala nih
kan ker semua tu fitnah rekaan dapig, rba, claire, wsj, amareka, yahudi, nasroni yg mahu jatuhkan pemimpin islam?
kalu dah fitnah rekaaan semata
takde sebarang salahlaku, takde sebarang penyelewengan
takde lah wujud dokumen sulit rahsia besar segala jadah tuh, takde apa lah yg bulih dibocor tiga2 tan sri tuh
kalu ya pun nak memacai, paling2 busuk pun kena konsisten lah bang...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.329171 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list