CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roti_banjir

[Tempatan] Jangan liberal agama, bekas pegawai khas Najib ingatkan Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 18-5-2018 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-5-2018 11:47 PM
better ambik view dari ISTAC, CASIS and IKIM and yg bertauliah aswj. jakim would know.

Jakim ni ramai wahabbi kan...elok la semua wahabbi ni takda keja dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2018 10:15 AM | Show all posts
Surat terbuka kepada bekas pembantu Najib, Fathul Bari
Saya ingin ucap terima kasih pada Ustaz kerana menyuarakan peringatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya jangan membawa masuk pemikiran liberal. Tetapi saya rasa Ustaz tidak perlu bimbang atau cemas mengenai hal ini. Saya percaya sahabat-sahabat kita yang berfikiran progresif (bukan liberal) akan diberi peranan oleh Dr Mahathir untuk membantunya dalam urusan ini.
Tetapi ada hal lain yang saya ingin sampaikan kepada Ustaz melalui tulisan ini.
Saya terdorong menulis surat ini apabila melihat nama Ustaz dalam laporan FMT dan terus terang saya nyatakan bahawa saya rasa alergik setiap kali apabila ternampak nama Ustaz di mana-mana sahaja sejak Ustaz masuk Umno dulu.
Maka saya ambil peluang ini untuk menyuarakan apa yang terbungkam di dalam lubuk hati saya mengenai kekecewaan saya terhadap Ustaz.
Surat ini saya jadikan ia terbuka supaya boleh dibaca secara umum oleh sesiapa sahaja kerana hal ini menyangkut tentang persoalan kepentingan ummah yang saya rasa telah dikelirukan oleh agamawan dan golongan cerdik pandai seperti Ustaz.
Untuk makluman Ustaz, kita sama-sama adalah pendokong Sunnah. Saya biasa ikuti majlis ilmu yang Ustaz sampaikan di salah sebuah rumah sahabat kita di Taman Tun Dr Ismail waktu Ustaz baru pulang dari Madinah dan bertugas di Institut Jantung Negara sebagai pegawai agama. Kalau Ustaz jumpa saya, saya percaya Ustaz akan masih mengenali saya, insya Allah.
Ini isunya: Saya amat musykil kenapa Ustaz tidak tegakkan sunnah Nabi dan para sahabat baginda dari segi cara berpolitik sepanjang Ustaz berada dalam Umno. Islam ajar penganutnya supaya jangan menyokong pemimpin yang jahat. Jahat di sini termasuk mencuri duit dan harta rakyat, kuat memberi dan menerima rasuah, dan kuat kelentong.
Tetapi Ustaz telah memilih untuk bersama pemimpin-pemimpin begini atas kerelaan Ustaz sendiri.
Apa justifikasi yang Ustaz boleh beri apabila mengajak umat Islam bersama-sama sokong pemimpin-pemimpin yang angkuh dan berganding bahu dengan ketua mereka membelasah duit rakyat, untuk mereka terus memimpin Malaysia?
Tolong tunjuk saya di mana dalam Al-Quran dan sirah Nabi yang Nabi dan para sahabat baginda pernah mengajar umatnya berpolitik dengan cara begini.
Jangan malukan perjuangan sunnah di Malaysia. Perjuangan sunnah di Malaysia sudah melangkau jauh dari bab nak hentam orang tentang amalan-amalan bid’ah dan perkara-perkara lain yang sempit.
Perjuangan sunnah yang lebih utama kini ialah tentang bagaimana kita boleh pelajari dan gunakan prinsip serta dasar yang telah dibentuk dan dilaksanakan oleh Nabi dan para sahabat baginda untuk jadikan ruh Islam itu hidup mekar sebagai Ad-Diin yang bersifat rahmataan lil ‘alamin dengan nilai-nilai kemanusiaan yang sejagat tanpa berkompromi dalam permasalahan aqidah.
Bahkan keperluan ini lebih mendesak di dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia. Fiqh yang perlu kita guna mestilah menjurus ke arah dakwah yang mampu menjadikan Islam menarik untuk didekati dan dipelajari secara sukarela oleh orang-orang bukan Islam.
Kejayaan sebenar kita di sisi Allah diukur apabila kita mampu membuat orang bukan Islam memilih dan menerima agama Islam secara berbondong-bondong tanpa paksaan, sebagai sistem hidup yang dapat memberi mereka keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Lihat Surah An-Nasr ayat 1-3.
Masalahnya ialah apabila Ustaz sokong dan berkhidmat untuk golongan sebegini, orang jadi keliru dengan Islam. Bukan hanya bukan-Muslim yang bingung, malah umat Islampun sama-sama bingung juga!
Apa sandaran agama yg Ustaz gunakan bagi mewajarkan tindakan ini? Adakah Ustaz berada dalam keadaan darurat seperti Ammar bin Yasir yang dipaksa menyanjung berhala kafir Quraisy dan berlepas diri dari Rasullullah untuk selamatkan nyawanya setelah ibubapanya syahid?
Setahu saya, Ustaz memilih untuk masuk Umno atas kerelaan sendiri. Dan apabila dia berhadapan dengan berbagai skandal yang berskala mega seperti 1MDB, Felda, KWAP, Tabung Haji dan yang lain-lain, Ustaz tetap teguh menyokongnya.
Sunnah Nabi yang mana satu yang Ustaz jadikan sandaran di sini? Kenapa tidak Ustaz tinggalkan saja dia dan mereka yang bersama-samanya dalam Umno?
Saya nasihatkan Ustaz lebih baik buat pengakuan taubat dan penyesalan secara terbuka atas pendirian Ustaz yang telah tersilap langkah menyokong dan mengajak umat Islam menyokong Umno. Ini saja yang saya lihat boleh tebus balik kesalahan Ustaz dan rasa malu yang Ustaz telah bawa kepada perjuangan Sunnah di Malaysia.
Selagi Ustaz tidak lakukan ini, saya akan memandang Ustaz sebagai seorang pendokong kemungkaran yang tidak menyesal dengan tindakan untuk duduk bersama pemimpin yang zalim.
Nasib baik Umar al-Khattab tidak hidup bersama kita pada hari ini. Kalau dia ada, mahu dikerjakannya!
Selain ini, kedudukan sebegini berisiko tinggi untuk tidak diakui oleh Nabi sebagai umatnya di akhirat kelak. Hadisnya sahih dan saya percaya Ustaz lebih arif mengenainya.
Akhir kata, saya berdoa semoga Allah akan beri kesedaran kepada Ustaz di bulan mulia yang penuh keberkatan ini atas kesalahan besar Ustaz terhadap umat Islam di Malaysia kerana menyebabkan ramai orang berpihak kepada kebatilan.
Disebabkan peranan Ustaz dalam Umno yang terang-terang menyokong kepimpinan Najib Razak, Ustaz telah memberi mesej tersirat yang kuat bahawa seolah-olahnya tidak menjadi kesalahan untuk memilih pemimpin sepertinya dalam keadaan bukan darurat dan tanpa paksaan.
Inilah kelebihan demokrasi sebenarnya. Kita diberi kebebasan memilih pemimpin tanpa perlu mengangkat senjata.
Tetapi awas! Di akhirat nanti, kita pasti akan dipertanggung-jawabkan atas pilihan tersebut. Dan menurut perkiraan saya, Ustaz telah memainkan peranan yang besar mempengaruhi orang lain membuat pilihan yang terang-terang menyalahi agama.
Manan Razali ialah pembaca FMT.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 10:16 AM | Show all posts
menjawab lar ko wahai ostad FB
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Diamla sampah

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:36 AM | Show all posts
ustaz fathul ni pgawai khas c najib??? dia ni kan yg ckp psl zikir imam syafie tu..mcm mn la c najib ni ble ambik dia sbg pegawai khas??
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgn tun berani pulak tegur apesal ngan najib dulu ko diam???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang komplen barang naik pon ko boleh jawab itu semua ketentuan tuhan..

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:58 AM | Show all posts
penunggang agama semata2.. dah nak ilang job baru nak up diri... jijik dgn org2 macam nie...lebih baik jer jadi binatang dari penunggang agama nie..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2018 11:29 AM | Show all posts
kakaro940 replied at 18-5-2018 10:36 AM
ustaz fathul ni pgawai khas c najib??? dia ni kan yg ckp psl zikir imam syafie tu..mcm mn la c najib ...

requirement utama kena pandai jilat dan kipas.... tuh yg spi keluar fahaman dia sendiri, harga barang naik ketentuan tuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 11:46 AM | Show all posts
baru sekrg nak berbunyi, dasar suka menangguk di air yg keruh!
dulu naper x nasihat jibon jgn mkn rasuah, kakmah jgn boros?
Takut kene sumpah dengan Mr Ji kakmah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Penunggang agama..senang ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 12:11 PM | Show all posts
Orix replied at 17-5-2018 12:02 PM
Liberal ke? Zaman Najib pemberi dedak ko lah yg plg lawak sekali... nk verify jantina Sajat pn JAKIM ...

kaaan..setuju sgt..xyah ckp banyak laaa mende senang pon xleh buat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 18-5-2018 10:41 AM
Orang komplen barang naik pon ko boleh jawab itu semua ketentuan tuhan..

jijik sejijiknye ostat ni seolah menghalalkan je stiap yg blaku..ketentuan jua lah skrg bile die hilang job kan

sah2 ostat ni ilang job sbg pgawai khas..tu merempan menegor tun..dlu iye kan aje perbuatan pemimpin yg korup..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 18-5-2018 12:17 PM
jijik sejijiknye ostat ni seolah menghalalkan je stiap yg blaku..ketentuan jua lah skrg bile die h ...

Nak je tanya apa komen ustaz pasal barang2 yg dirampas tu?

Itu semua ketentuan Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 12:55 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 17-5-2018 11:39 AM
Liberal sangat ke Islam di zaman Tun berbanding di zaman Datuk Seri?

no such thing islam liberal dlm negara kita.liberal ni kalau ikutkan  agama pun tak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 01:38 AM | Show all posts
alesandra replied at 18-5-2018 12:55 PM
no such thing islam liberal dlm negara kita.liberal ni kalau ikutkan  agama pun tak percaya

ada ciri ciri islam liberal.
banyak buku dah ceritakan tentang ini.

percaya pada agama tu konsep umum. tauhid rububiyyah.

semua islam atau bukan islam boleh cakap dia percaya kepada Allah swt.

tapi dalam islam ade hadis jibrail tu islam - iman - ihsan. konsep teras.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dok nasihat Tun M, sekali kalau dia cermin muka dia.. dialah penunggang agama, yg kedua ustad kazim
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 12:26 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 20-5-2018 01:38 AM
ada ciri ciri islam liberal.
banyak buku dah ceritakan tentang ini.

oh dear lobainita....kamu dari puak konservatif sering menghukum,melabel dan menfitnah moderate sebagai liberal.kamu akn dipersoalkan nanti dan moga mendapat pembalasan setimpal.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
abaikan je ustad penyokong penyangak mcm ni. nampak sgt ustad vellfire jangan end up dlm hellfire sudah la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.132729 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list