Allah Berfirman :"Dan andaikata mereka itu bersikap benar terhadap Allah, pastilah hal itu amat baik untuk mereka sendiri." (Surah Muhammad: 21)
Dari Ibnu Mas'ud r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya kebenaran-baik yang berupa ucapan atau perbuatan-itu menunjukkan kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke syurga dan sesungguhnya seseorang itu nescaya melakukan kebenaran sehingga dicatatlah pada sisi Allah sebagai seorang yang ahli melakukan kebenaran. Dan sesungguhnya berdusta itu menunjukkan kepada kecurangan dan sesungguhnya kecurangan itu menunjukkan kepada neraka dan sesungguhnya seseorang itu nescaya berdusta sehingga dicatatlah pada sisi Allah sebagai seorang yang ahli berdusta." (Muttafaq ‘Alaih)
Author|Post time 28-4-2019 09:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
1 hari 1 hadis
SALING MENCINTAI KERANA ALLAH SWT
AKAN BEROLEH NAUNGAN-NYA AKHIRAT
Saidina Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku-naungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku."
Author|Post time 28-4-2019 09:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
TERIMALAH SEDEKAH YANG DIBERIKAN
WALAUPUN KITA TIDAK MENGHARAPKANNYA
Daripada Saidina Abdullah Ibn Umar r.a. beliau telah mendengar ayahnya berkata,
"Ketika Rasulullah SAW memberi bahagian sedekah padaku, maka aku berkata,
'Berikanlah sedekah itu kepada orang yang lebih memerlukannya daripadaku'.
Ketika Baginda SAW memberikan sedekah itu padaku sekali lagi, maka aku tetap berkata demikian, maka Baginda SAW bersabda,
'Terimalah bahagian sedekah itu lalu simpanlah atau sedekahkan lagi. Bahagian sedekah yang diberikan padamu tanpa kamu harap-harapkan dan tanpa kamu minta, maka terimalah.
Sedangkan yang tidak diberikan padamu, maka janganlah kamu mengharapkannya'."
Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:
1. Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
2. Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa). 3. Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga. Mereka yang terus melaksanakan belbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan akan menyediakan dengan rahmah Allah untuknya masuk ke dalam syurga.
4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan yang, kita dianjurkan untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.
5. Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.
Post time 6-5-2019 07:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
*Subahanallah..*
Pada suatu hari, Rasulullah saw sedang berkumpul dengan para sahabatnya. Di tengah perbincangan dengan para sahabat, tiba-tiba Rasulullah saw tertawa ringan sampai terlihat gigi depannya.
Umar r.a yang berada di situ, bertanya :
*" Apa yang membuatmu tertawa wahai Rasulullah? "*
Rasulullah SAW menjawab :
*" Aku di beritahu Malaikat, bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala di hadapan Allah swt. "*
Salah seorang mengadu kepada Allah sambil berkata :
*‘ Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku kerana dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku. '*
Allah SWT berfirman :
*" Bagaimana mungkin Aku mengambil kebaikan saudaramu ini, kerana tidak ada kebaikan di dalam dirinya sedikitpun. "*
Orang itu berkata :
*" Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku di pikul olehnya. "*
Sampai di sini, mata Rasulullah saw berkaca-kaca. Rasulullah saw tidak mampu menahan titisan airmatanya. Beliau menangis.
Lalu, beliau Rasulullah berkata :
*" Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosanya. "*
Rasulullah saw melanjutkan kisahnya.
Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi :
*" Sekarang angkat kepalamu. "*
Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata :
*" Ya Rabb, aku melihat di depanku ada istana-istana yang terbuat dari emas, dengan puri dan singgasananya yang terbuat dari emas & perak bertatahkan intan berlian. Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, Ya Rabb ? "*
*Untuk orang shiddiq yang mana, Ya Rabb?*
*Untuk Syuhada yang mana, Ya Rabb? "*
Allah SWT berfirman :
*" Istana itu di berikan kepada orang yang mampu membayar harganya. "*
Orang itu berkata :
*" Siapakah yang mampu membayar harganya, Ya Rabb ? "*
Allah berfirman :
*" Engkau pun mampu membayar harganya. "*
Orang itu terheran-heran, sambil berkata :
*" Dengan cara apa aku membayarnya, Ya Rabb? "*
Allah berfirman :
*" Caranya, engkau MAAFkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku. "*
Orang itu berkata :
*" Ya Rabb, kini aku memaafkannya. "*
Allah berfirman :
*" Kalau begitu, pimpin tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk syurga bersamamu. "*
Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah saw. berkata:
*" Bertakwalah kalian kepada Allah swt dan hendaknya kalian SALING BERDAMAI dan MEMAAFkan. Sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin. "*
(Kisah di atas terdapat dalam hadits yang di riwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih).
Sahabat-sahabat dan saudara-saudara ku tercinta lagi dikasihi Allah swt ..
Amalan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah swt adalah *meminta maaf*, *memberi maaf*, dan *saling memaafkan*.
*" Maafkan diri saya ya sahabat-sahabat dan saudara-saudara ku tersayang sekiranya pernah menyakitimu dalam perkataan dan perbuatan.*
*Semoga kita bersama-sama masuk syurga nya Allah swt. "*
.....
Mohon maaf zahir batin.
*SALAM RAMADHAN &
SALAM KEMAAFAN
DARI SAYA & KELUARGA
Author|Post time 6-5-2019 08:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
1 hari 1 hadis
*KELEBIHAN RAMADAN* (1)
Saidina "Ubadah bin Somit r.a. meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda pd suatu hari ketika bulan Ramadan telah datang kpd kami. "Telah datang kpd kamu Ramadan, bulan yg diberkati. Allah SWT akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dlm Ramadan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kpd malaikat-Nya. Maka perlihatkan kpd Allah SWT drpd kamu akan kebaikan. Sesungguhnya org yg celaka ialah seseorang yg telah dijauhkan drpd rahmat Allah SWT pd bulan ini."
Author|Post time 6-5-2019 08:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
*KELEBIHAN RAMADAN* (2)
Saidina Abu Sa'id Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT mempunyai hamba-hamba yg dibebaskan (dari api neraka) siang dan malam (bulan Ramadan). Dan bagi setiap orang Islam ada doa yg dimakbulkan pd setiap siang dan malam (Ramadan)."
tq kakseri,
Salam ramadhan juga buat kakseri n semua warga bod Epistemologi, Idea & Pemikiran.
Video berikut ingin himun tujukan khas buat kwn2 semua
Dgn ucapan selamat berpuasa, maaf zahir batin jika ada
Terkhilaf, silap dan salah.
Post time 7-5-2019 11:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
*1 Hari 1 Hadis*
*2 Ramadhan*
Pengajaran:
1. Berpuasa atas dasar iman ialah melaksanakan ibadat puasa dengan meyakini akan kewajipan melaksanakan ibadat puasa kerana perintah Allah.
2. Ihtisab adalah melakukan ibadat puasa dengan ikhlas, menyempurnakan ibadat puasa dengan memelihara perkara yang boleh merosakkan puasa dan hanya mengharap pahala dari Allah. Tidak merasa berat melaksanakannya dan tidak hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
3. Puasa yang dilakukan atas dasar keimanan dan penuh keikhlasan akan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu (dosa kecil)
Post time 8-5-2019 09:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
*1 Hari 1 Hadis*
*3 Ramadhan*
Pengajaran:
1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.
2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.
3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab perbuatan dan perkataan yang buruk serta hina.
4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa
Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW memberikan kabar gembira kepada sahabatnya: "Telah datang kepada kalian bulan ramadhan, bulan yang penuh barakah, bulan yang mana Allah mewajibkan kepada kalian berpuasa. Pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka Jahannam ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu, dan pada bulan itu ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, maka barangsiapa terhalang darinya sungguh ia telah terhalang dari kebaikan." (HR Ahmad No: 8631)
Pengajaran:
Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan yang penuh keberkatan dan kelebihan. Antara kelebihannya:
1. Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.
2. Ramadan adalah bulan ibadah. Pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.
3. Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai.
4. Bulan Ramadan menyediakan satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu lailatul Qadar yg perlu diraih
5. Sesiapa yang terhalang dari merebut peluang untuk melaksanakan pelbagai ibadah di dalamnya, sesungguhnya ia telah terhalang dari mendapat kebaikan.
Post time 10-5-2019 08:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
*1 Hari 1 Hadis*
*4 Ramadhan*
Pengajaran:
1. Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa).
2. Tidak akan ada orang lain yang memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan kecuali orang yang berpuasa.
3. Apabila semua orang yang berpuasa telah memasukki syurga melalui pintu ini, pintu tersebut akan ditutup. Itulah keistimewaan orang yang berpuasa Ramadhan.
Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengan sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan.
Post time 10-5-2019 08:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
*1 Hari 1 Hadis*
*5 Ramadhan*
Pengajaran:
1. Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan malam hari dengan solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal soleh kerana meyakini akan amalan sunnah.
2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah Ta’ala. Kita tidak merasa berat melaksanakan amal. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
3. Semoga ibadat qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu
4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh.
Ayuh, pastikan kita dapat bersama solat tarawikh di masjid atau surau bersama imam hingga selesai. Rugilah kita yang balik awal dari masjid sedangkan imam masih bersolat.
Post time 11-5-2019 12:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
*1 Hari 1 Hadis*
*6 Ramadhan*
Pengajaran:
1. Beribadat perlu mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Ibadat puasa kita perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan kita makan sahur sebelum fajar.
3. Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma.
Bagi yang berpuasa sebaiknya bersahurlah sebagai mencontohi amalan Rasulullah SAW dalam ibadat puasa dan membezakan ibadat puasa orang Islam dengan ahli kitab.
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. .
Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t .
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur dan akhirat.
.
.
.
wallahua'lam...
Post time 14-5-2019 12:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
*1 Hari 1 Hadis*
*7 Ramadhan*
Pengajaran:
1. Ramadan bulan infak. Orang yang menginfak dua jenis harta nya di jalan Allah, dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga.
2. Amalan fardu (seperti solat, puasa, zakat, haji) semasa di dunia akan menyediakan daripada ibadat tersebut pintu ke syurga.
3. Mereka yang ahli Solat, ahli Jihad, ahli Sedekah, masing-masing akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, jihad dan sedekah untuk masuk ke syurga.
4. Ahli puasa akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan
5. Orang yang melaksanakan kesemua ibadat, akan dipanggil dari semua pintu untuk masuk ke syurga.
JOM sempurnakan ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH & PUASA, semoga ia menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita.
*1 Hari 1 Hadis*
*8 Ramadhan*
Pengajaran:
1. Setiap kesusahan dan rasa kelaparan yang timbul kerana ketaatan akan memperolehi ganjaran yang manis di akhirat kelak.
2. Pada hari kiamat, ketika manusia dibangkitkan dari kubur, ciri-ciri orang yang berpuasa adalah bau harum yang akan keluar dari mulut mereka, yang keharumannya melebihi harumnya minyak kasturi.
3. Allah akan mengganti bau mulut orang yang berpuasa dengan ganjaran yang besar di hari akhirat. Mengikut Ibnu Rajab, Segala sesuatu yang dianggap kurang di dunia menurut pandangan manusia namun jika disebabkan melakukan taat kepada Allah dan mencari redhaNya, maka hakikatnya kekurangan tersebut adalah kesempurnaan di sisi Allah (Latoiful Maarif, hal 288).
4. Allah lebih menghargai dan menghormati bau mulut orang berpuasa daripada bau mulut orang tidak puasa. Jadi maksud kalimat tersebut lebih merupakan penghormatan kepada orang yang berpuasa. Kerana orang yang berpuasa, baunya mulut adalah sesuatu yang sukar untuk dihindari.
5. Menurut al-Qadhi Iyadh, di akhirat kelak Allah SWT akan membalas orang yang berpuasa dengan bau wangi di mulutnya yang mengalahkan wanginya minyak kesturi. Oleh kerana itu ulama mengatakan bahwa balasan wangi bau mulut untuk orang berpuasa berlaku di akhirat.
*1 Hari 1 Hadis*
*9 Ramadhan*
Pengajaran:
1. Bersahur adalah sunnah Rasulullah
2. Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering
3. Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa.
4. Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fructosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.
5. Selain glukosa, kurma juga mengandung sejumlah lemak, protein, dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12. Kurma mengandung beberapa mineral, terutama kalsium, sulfat, sodium, fosfor, potassium, magnesium, florin, kuningan, manganese, cobalt, zinc, serta sejumlah selulosa
1. Setiap kesusahan dan rasa kelaparan yang timbul kerana ketaatan akan memperolehi ganjaran yang manis di akhirat kelak.
2. Pada hari kiamat, ketika manusia dibangkitkan dari kubur, ciri-ciri orang yang berpuasa adalah bau harum yang akan keluar dari mulut mereka, yang keharumannya melebihi harumnya minyak kasturi.
3. Allah akan mengganti bau mulut orang yang berpuasa dengan ganjaran yang besar di hari akhirat. Mengikut Ibnu Rajab, Segala sesuatu yang dianggap kurang di dunia menurut pandangan manusia namun jika disebabkan melakukan taat kepada Allah dan mencari redhaNya, maka hakikatnya kekurangan tersebut adalah kesempurnaan di sisi Allah (Latoiful Maarif, hal 288).
4. Allah lebih menghargai dan menghormati bau mulut orang berpuasa daripada bau mulut orang tidak puasa. Jadi maksud kalimat tersebut lebih merupakan penghormatan kepada orang yang berpuasa. Kerana orang yang berpuasa, baunya mulut adalah sesuatu yang sukar untuk dihindari.
5. Menurut al-Qadhi Iyadh, di akhirat kelak Allah SWT akan membalas orang yang berpuasa dengan bau wangi di mulutnya yang mengalahkan wanginya minyak kesturi. Oleh kerana itu ulama mengatakan bahwa balasan wangi bau mulut untuk orang berpuasa berlaku di akhirat.
2. Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering
3. Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa.
4. Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fructosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.
5. Selain glukosa, kurma juga mengandung sejumlah lemak, protein, dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12. Kurma mengandung beberapa mineral, terutama kalsium, sulfat, sodium, fosfor, potassium, magnesium, florin, kuningan, manganese, cobalt, zinc, serta sejumlah selulosa
Ayuh jangan tinggalkan kurma ketika sahur.
*1 Hari 1 Hadis*
*10 Ramadhan*
Pengajaran:
1. Ibadah puasa merupakan ibadah jasmaniah dan rohaniah. Ia menjadi ibadah jasmaniah kerana menuntut kepada setiap yang berpuasa menahan lapar dan dahaga, serta daripada melakukan perkara lain yang membatalkan puasa.
2. Puasa dikatakan sebagai ibadah rohaniah kerana ia menuntut agar setiap yang berpuasa bukan sahaja menjalani ibadah jasmaniah bahkan rohaniah iaitu dengan menahan diri daripada segala perkara yang akan mengurangkan pahala ibadah puasa termasuklah ucapan, perbuatan dan lintasan hati serta maksiat.
3. Antara perkara yang ditegah dalam Islam adalah percakapan dan perbuatan yang membawa kepada pendustaan. Justeru, setiap Muslim hendaklah menjauhi percakapan dan perbuatan dusta agar ibadah puasa yang dilakukan mendapat pahala dan tidak menjadi sia-sia, serta membuahkan natijah kepada rohaniah orang yang berpuasa.
Author|Post time 16-5-2019 07:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by himun_hino at 16-5-2019 07:10 AM
JANGAN MENCARI CARI AIB PERIBADI ORANG
Al-Allamah Ibnu Sa'di rahimahullah berkata,
"Barang siapa tidak sibuk dengan aib orang lain, dan menahan lisannya dengan tidak mencari-cari maklumat tentang urusan yang mereka rahasiakan, maka dengan itu dia akan:
1. Selamat agama dan kehormatannya.
2. Allah akan menumbuhkan kecintaan kepadanya di hati manusia.
3. Allah akan menutupi aibnya.
Kerana sesungguhnya balasan itu sesuai dengan amalan, dan Rabb-mu tidak pernah menzhalimi hamba-hamba-Nya."