|
Pamer Kekayaan Diri di Instagram: Bilakah Mufti Akan Bersuara?
[Copy link]
|
|
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya;
“Seorang Muslim adalah seseorang yang orang Muslim lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (riwayat Imam al-Bukhari, no. 10)
Antara maksiat melalui lisan ialah namimah. Maksud namimah ialah memetik kata-kata orang dan menyebarkannya dengan tujuan untuk merosakkan, melagakan-lagakan, mencetuskan permusuhan, perbalahan dan kemarahan di kalangan manusia. Imam an-Nawawi (wafat 676 H) mengatakan bahawa para ulama mendefinisikan namimah sebagai menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosak hubungan di antara mereka (lihat: Syarah Nawawi untuk Shahih Muslim 1/214).
Di dalam bahasa Melayu namimah disebut sebagai ‘membawa mulut’ dan ‘mengadu domba’ Ini adalah salah satu jenis maksiat lidah kerana petikan itu dipindahkan melalui lidah. Antara sifat orang yang tidak beriman ialah hamaz iaitu suka menggelar-gelarkan orang dan mengadu domba. Di dalam al-Qur’an Allah berfirman maksudnya:
“Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya). Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).” (surah al-Qalam, ayat 10-11)
Dari Hudzaifah, beliau mengetahui laporan tentang adanya seseorang yang suka melakukan namimah (adu domba) maka beliau mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda maksudnya;
“Nammam (orang yang suka mengadu-domba) itu tidak akan masuk syurga” (riwayat Imam Muslim, no 303).
Ini adalah dosa besar pada pertimbangan atau pada ukuran ulama salaf seperti yang dihimpukan oleh Imam Syamsudin az-Zahabi (wafat 748H) dalam kitab Al-Kaba-ir (Dosa-dosa Besar). Akan tetapi pada ukuran manusia pada hari ini, mereka tidak merasakan perkara itu sensitif dan besar kesalahannya sedangkan berdasarkan hadis Nabi SAW, ini adalah satu ancaman yang berat.
Kisah dua ahli kubur
Di dalam hadis lain daripada Abdullah Ibn Abbas RA, Nabi SAW melalui dua buah kubur kemudian Nabi berkata, maksudnya:
“Sesungguhnya kedua-dua ahli kubur ini sedang diazab.”
Hadis ini menceritakan tentang azab kubur. Tetapi kedua-dua ahli kubur itu bukanlah diazab berdasarkan dosa besar pada pandangan kedua-duanya. Salah seorang daripada mereka suka melakukan adu domba dengan memetik kata-kata orang tertentu kemudian menyebarkannya untuk mencetuskan permusuhan. Manakala seorang lagi itu tidak bersih daripada air kencing ataupun cara dia qada hajat tidak mengikut sunnah Nabi.
Seperti yang dijelaskan Nabi yang bermaksud,
“Dan keduanya bukanlah diazab kerana perkara yang berat untuk ditinggalkan. Yang pertama, tidak membersihkan diri dari air kencingnya. Sedang yang kedua, berjalan ke sana ke mari menyebarkan namimah.” (riwayat Imam Al-Bukhari, no. 213)
Kedua-duanya ahli kubur tersebut menganggap perkara tersebut adalah dosa kecil. Mereka diazab disebabkan dosa yang kedua-duanya menganggap ianya dosa kecil. Mereka mengambil ringan perkara tersebut menyebabkan mereka sendiri menerima padahnya.
Di dalam hadis lain Nabi SAW bersabda, maksudnya:
“Mahukah kalian jika aku memberitahu kepada kamu orang yang paling jahat di kalangan kamu?’ Maka jawab sahabat ‘Ya’. Lalu baginda bersabda lagi maksudnya ‘Orang yang suka mengadu domba dan memecah belahkan kasih sayang di antara manusia dan orang yang mencari keaiban orang yang tidak berdosa.” (riwayat Imam Ahmad)
Ini adalah 3 golongan yang Nabi sebut di dalam hadis ini secara khususnya sebagai sejahat-jahat manusia atau sejahat-jahat umat baginda.
Namimah ini suatu perkara yang berleluasa pada zaman sekarang lebih-lebih lagi di dalam kontek perkembangan teknologi semasa. Jika dahulu sebaran itu tidak meluas dan tidak begitu cepat tetapi sekarang ini satu namimah yang dibuat sebarannya sampai ke seluruh ufuk seperti yang disebut oleh Nabi SAW. Ini kerana telah adanya satelit yang memindahkannya keseluruh ufuk. Jadi skop perbalahan itu akan cepat berlaku dan lebih meluas. Ini adalah antara perkara yang kita sama-sama perlu jaga dan muhasabah.
Kaedah menangani namimah
Saya tertarik di dalam kitab Sahih al-Bukhari pengarangnya menyenaraikan beberapa perkara dan etika ataupun tip yang perlu kita ambil dan gunakan di dalam menangani permasalahan namimah ini.
Pertamanya apabila seseorang itu memilih sikap tidak mudah mempercayai berita yang dibawa oleh golongan manusia yang jenis nammam (pembawa mulut) kerana membawa mulut itu adalah orang fasik yang melakukan maksiat. Maka jangan benarkan diri kita mempercayai orang seperti itu. Allah SWT sendiri menyuruh supaya kita berhati-hati dengan berita yang dibawa oleh orang fasik. Firman-Nya yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut.” (Surah al-Hujurat, 49: 6)
Kedua, berusaha mencegah, melarang dan menasihatkan pelaku namimah. Dalam pada masa yang sama kita jelaskan kepadanya keburukan dan kesan dosa namimah ini pada pertimbangan neraca Islam.
Ketiga, kita hendaklah melahirkan rasa marah kepadanya kerana Allah. Ini kerana orang yang melakukan namimah ini adalah orang yang dimurkai oleh Allah. Maka kita sebagai hamba Allah perlu melahirkan kemarahan juga kepada orang yang dimurkai oleh Allah tetapi dengan kadarnya. Sekurang-kurangnya kita tidak terikut dengan segala perbuatan buruknya.
Keempat, kita perlu bersangka baik dengan individu atau pihak yang diadu-dombakan sebelum kita memastikan perkara itu. Mengadu-domba di dalam konteks masyarakat kita sekarang ini kesan buruknya sangat serius. Kadang-kadang fakta itu tidak tepat dan bersifat tidak pasti. Boleh jadi fakta itu sejenis penipuan dan sesuatu yang diada-adakan serta yang boleh melaga-lagakan para ulama, pemimpin dan masyarakat seluruhnya.
Kelima, jangan membiarkan diri kita terikut-ikut dengan gaya pengadu-domba itu sehinggakan kita juga terjebak melakukan perkara yang sama. Mungkin pada asalnya kita hendak memperbetulkan keadaan tetapi tiba-tiba kita tersalah kata, jadi kita juga terperangkap masuk ke dalam kandang yang sama iaitu kandang namimah.
Jadi kita perlu muhasabah diri kita agar lebih berhati-hati supaya kita tidak mencetuskan perbalahan ataupun permusuhan di kalangan masyarakat disebabkan an-namimah yang merupakan salah satu daripada maksiat lidah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jazakallah atas peringatan, much appreciated!
|
|
|
|
|
|
|
|
Tudunghitam replied at 29-7-2019 01:01 PM
jazakallah atas peringatan, much appreciated!
No problem babe.
Sama2 lah kalau ada info kita kongsi. |
|
|
|
|
|
|
|
dubuk replied at 28-7-2019 09:59 AM
aku tak boleh ada sifat macam ni.. aku pernah cuba tapi rasa berat ada halangan.. akhirnya aku tengo ...
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru beli toyota wish 3 bulan lepas, tak pernah sekali pun aku cerita & up gmbr dalam fb / insta.. lagipun wish je kot, bukan alphard ke vellfire ke... RM95K je, loan bank 9 tahun... bukan beli cash...
raya baru ni, ada la jumpa sedara-mara.. ada la sorg tu sibuk selfie / pose depan wish aku.. adik ipar aku ckp, minah tu up gmbr dia pose dgn wish aku kat insta dia dgn caption2 menjengkelkan seolah-olah tu kereta dia hasil biz online dia.. hmmmmm.. umur pun baru 22, baru nk kenal dunia.. instafamous wannabe.. gambar heavily edited kaw kaw dengan segala mala caption pick up line "jangan tenung saya lama-lama, nanti jatuh hati" etc..
kereta org, rumah org, mall mewah, cafe hipster, cafe hotel, iphone x, kasut sneakers, baby org lain yg comel lotey, kucing org lain yg gebu, holiday di bali, vietnam, korea, sgpore dan segala mala duniawi yg perfect kononnya
sedangkan mak ayah yg berkerja kampung, berbaju lusuh, adik beradik koreng, dapur rumah kampung yg berminyak dindingnya langsung takde dalam ig
tu belum cerita pasal hutang sana-sini tak bayar... hai dunia yg penuh kepalsuan |
|
|
|
|
|
|
|
Tudunghitam replied at 28-7-2019 05:40 PM
yes that's true. back to basic, first & foremost kita kena yakin yg sumber asal rezeki ialah Allah ...
bisnes ape ? jual tudung ke sis? share la tips i mean daily routine.
utk tak ot, benda ni dah jadi ikutan pulak kalau nak biz kena show off buat marketing cara tu supaya x sendu. so org yg introvert jadi pressure. sebab x suka menunjuk private life. |
|
|
|
|
|
|
|
MenteriWanita replied at 28-7-2019 10:36 PM
Kita hidup didunia ni terlalu sgt fikir pasal orang, itu yang terlupa diri sendiri, sampai kesuda ...
kesimpulannya pandang diri sendiri. kalau kita tengok kelemahan diri kita,tak sempat nak tengok kelemaha orang lain gitu la yg saya faham |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg tak active lamgsung di fb. Org post gambar happy cerita pasal kegembiraan aku like.
Tapi kalau post pasal beli barang rumah kereta aku takde lah like. Like dalam hati je. Tumpang gembira atas rezeki dan kejayaan yg depa dapat.
I keep my life private.
Things to keep private.
1. Love life (family)
2. Income
3. Next move |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-7-2019 03:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
raxief replied at 29-7-2019 04:40 PM
aku baru beli toyota wish 3 bulan lepas, tak pernah sekali pun aku cerita & up gmbr dalam fb / insta ...
sedihnya baca cerita u ^_^ |
|
|
|
|
|
|
|
nampak je kebahagiaan org say Alhamdulillah
dan doakan aje maka malaikat juga akan aminkan
ini lebih produktif dari rasa berprasangka
tapi kalau kekawan you pun mmg mampu dan kita kenali akal budi hati budi mereka akan terhasil satu natijah pemahaman pada kita yg
yes mereka layak diuji dengan rezeki itu sebab yg kita sendiri ketahui
dan saya tak sanggup nak pikul ujian yg kita tak tahu yg depa tanngung di mana kalau kita tahu , kita mungkin tak mampu
so Allah itu Maha adilllah
so jgn sangka 2 ape pun
doakan aje kebahagian
jgn hasad sebba ia bunuh hati - qalb , tak baek...
|
|
|
|
|
|
|
|
rayriff replied at 29-7-2019 02:51 PM
kesimpulannya pandang diri sendiri. kalau kita tengok kelemahan diri kita,tak sempat nak tengok ke ...
Setuju, kalau kita lihat perlakuan org lain beri masalah pada hati, perasaan dan jiwa kita, masalah sebenar apa pada diri kita, bukan pada mereka,
Baiki diri kita, cari kita melihat org, cara kita menilai org, cara kita berinteraksi dgn org, cara kita bagi respond pada org lain,
Org yg hebat adalah org yang membaiki dirinya setiap hari sehingga tak terkesan langsung dgn keadaan sekeliling yg mana dia mampu kawal diri, perasaan dan jiwanya dgn sgt baik. |
|
|
|
|
|
|
|
raxief replied at 29-7-2019 02:40 PM
aku baru beli toyota wish 3 bulan lepas, tak pernah sekali pun aku cerita & up gmbr dalam fb / insta ...
Meols mmg block suma sedara mara meols sbb sbb tak tahan tgok betapa hipokritnya dorg bila menulis. Sedangkan meols tahu kisah sebenar disebalik penulisan dan gambar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Keempat, kita perlu bersangka baik dengan individu atau pihak yang diadu-dombakan sebelum kita memastikan perkara itu. Mengadu-domba di dalam konteks masyarakat kita sekarang ini kesan buruknya sangat serius. Kadang-kadang fakta itu tidak tepat dan bersifat tidak pasti. Boleh jadi fakta itu sejenis penipuan dan sesuatu yang diada-adakan serta yang boleh melaga-lagakan para ulama, pemimpin dan masyarakat seluruhnya.
Kelima, jangan membiarkan diri kita terikut-ikut dengan gaya pengadu-domba itu sehinggakan kita juga terjebak melakukan perkara yang sama. Mungkin pada asalnya kita hendak memperbetulkan keadaan tetapi tiba-tiba kita tersalah kata, jadi kita juga terperangkap masuk ke dalam kandang yang sama iaitu kandang namimah.
kalo tengok kt board isu semasa, benda camni yg mustahil sgt le kita nak buat. Semua orang pun akan bias pada satu pihak. x kira le parti politik ke tokoh politik ke, agamawan ke, individu famous ke, bisnesman woman ke, tokoh masyarakat ke..,,.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni topik ni berkenaan pasal show off my dear. Org tu buat dalam space sendiri atas kapasiti sendiri. Apa dia buat kita have no control.
Lepas tu ada tukang menyampai cucuk kulu kilir sampai buat org bergaduh gaduh.
|
|
|
|
|
|
|
|
hurmm entah, sebab social media famous ni dah memang tu kerja diorang
tak post kang xde income |
|
|
|
|
|
|
|
dubuk replied at 28-7-2019 09:59 AM
aku tak boleh ada sifat macam ni.. aku pernah cuba tapi rasa berat ada halangan.. akhirnya aku tengo ...
Aku pun sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
bezita60 replied at 28-7-2019 09:23 PM
Cuba fikir dr perspektif berbeza. Kadang Allah cipta manusia mcm tu, diorg boleh upload apa shj tanp ...
Aku tak rasa dengki atau iri hati..aku cuma rasa Allah lebih sayangkan dia sbb tu dia kaya..so aku cuma rasa sedih, kenapa Allah tak sayang aku |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni tak perlu mufti bersuara.
Ni semua penyakit hati. Baik yang menayang baik yang mengikut.
Lalai dan leka dengan nikmat dunia. Bertuhankan Duit kekayaan dan pangkat.
Jauh menyimpang dengan ajaran agama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|