Kau click link nih.... https://publicinfobanjir.water.gov.my/
ada peta malaysia dgn banyak tanda merah oren hijau tuh... kau zoom kemudian click je kat memana yg kau nak situ akan tertera sungai2 nya yg mana bahaya yg mana masih ok, so boleh tengok semua aliran sungai2 bersambung ke mana.....
Post time 5-1-2021 01:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by edoraixora at 5-1-2021 01:57 AM
blastoff replied at 5-1-2021 01:51 AM
Kau click link nih.... https://publicinfobanjir.water.gov.my/
ada peta malaysia dgn ban ...
Soalan aku, air sungai pahang ni mengalir ke negeri mana yg boleh menyebabkan banjir kat negeri2 tu? Ko jawab soklan yg ni jer.
Yg link tu, aku pun tau...x payah ko nk suruh click2.
Aku nak jawapan dari ko. Sebab dari tadi ko komen negeri2 sekitar pahang kena berjaga2 sebab dek air sungai pahang.
tak perlu hujan utk air naik, kerana sekarang nih air sungai2 utama di pahang tu yg akan membawa air ke negeri2 berhampiran plak utk di area tuh plak banjir ....
dah kau gelarkan dakyah bermakna kau tak percaya ia akan berlaku ....so buat apa aku nak explain lebih lanjut plak kat kau ....aku bukan kuli kau, tak caya sudahhh . lantak kau ler
Nampak forummer dok explain tak hujan pun air naik...duh .
Post time 5-1-2021 02:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by jari10 at 5-1-2021 02:38 AM
edoraixora replied at 5-1-2021 01:45 AM
Maksud PANIK haku di komen terdahulu, bila ko menyebarkan dakyah, negeri2 sekitar pahang kena berj ...
Acik, sedar ke apa yg acik cakap tu.. Kemungkinan banjir berlaku di negeri sekitar tiada kaitan dgn limpahan Sg Pahang? Aku nasihatkan sila tengok peta Malaysia ya.. Sila lihat rangkaian sungai2, sungai2 besar, sungai2 kecil yg ada di Semenanjung ni. Tak pun acik surf Google Earth.. Cari ilmu tu tak rugi. Jangan tunggu orang spoon feed
Kalau ia lebih bahaya dari demam biasa kenapa para pemimpin tak takut covid pungg hingga sanggup langgar kuarantin langgar SOP ketika depa di luar rumah ? Click link bawah ni , aku dah perjelaskannya panjang lebar
Kau belek peta bawah ni , nampak RAUB dan bersempadannya negeri perak ? Air sungai dari raub pahang lah mengalir ke bukit frasier---- kuala kubu bahru --- tanjung malim----slim river----teluk intan perak
So air mengalir dari raub pahang hingga ke teluk intan perak melalui sungai2 yg bersambung dari pahang ke perak ler tu . Tu dua negeri berjiran lah tu .
Malah semua negeri2 kat peta nih yg bersempadan dgn pahang memang ada kawasannya yg DAH banjir pun lani . Negeri2 tuh dpt air banjir mostly dari sungai pahang yg dah melimpah hingga mengalir masuk ke sungai2 negeri2 tuh laa.
ANGGOTA bomba membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di Teluk Intan, Perak semalam. - IHSAN BOMBA
Oleh ASLIZA MUSA
4 Januari 2021, 9:22 am
IPOH: Seramai 615 penduduk daripada 161 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini berikutan hujan berterusan sejak pagi semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, sehingga pukul 7.30 pagi ini, seramai 456 penduduk sekitar Slim River ditempatkan di tujuh PPS.
Katanya, sebahagian daripada mangsa di Slim River diselamatkan anggota bomba menggunakan bot.
“PPS yang dibuka di Slim River ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun (171 orang), Pejabat Kemas Kampung Balun (100 orang), Sekolah Agama Slim Village (45 orang) dan Dewan Slim Village (42 orang).
“PPS Dewan Kampung Pasir pula menempatkan 38 mangsa, Surau An-Nur Hidayah Kampung Sungai Muda (32 orang) dan Dewan Kampung Pasir melibatkan 28 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, di Teluk Intan, seramai 85 penduduk dipindahkan ke PPS Majlis Perbandaran Teluk Intan melibatkan dua lokasi yang dinaiki air iaitu di Kampung SC Ayer Hitam dan Kampung Tengah Ayer Hitam.
“Seramai 53 penduduk Kampung Batu 20 dan Kampung Pasir Kuala Dipang di Kampar ditempatkan di dua PPS iaitu di Dewan Batu 20 dan Dewan Dato Azman Mahalan.
“Di Tanjung Malim, seramai 21 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Pauh,” katanya. – UTUSAN ONLINE