CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satriamerah

SOLAT WAJIB TAPI MALAS [merged: EddyAdy, Katak Pisang, jagung, sunquick]

[Copy link]
Post time 28-7-2007 01:31 PM | Show all posts
satu pengalaman aku nk citer,aku penah buat kejer parttime kat shopping complex are selayang, KL, aku apply la kejer dpt jd cashier. dh nama pun cashier x boleh la nk merayap tmpat lain kena duduk kat kaunter jela, abis time rehat aku plak x kena ngan waktu solat zohor...jadi aku minta izin nk kuar pegi sembahyang, malangnya jawapanya 'x boleh'..terkejut katak la aku, sbb rupanya xde waktu sembahyang yg diperuntukan. masa tu darah muda dengan selamba garangnya aku pegi jumpa manager, cayanunalip, tanya apasal saya x leh sembahyang, pastu manager tu siap boleh ckp, i dah bagi u pakai tudung ngan pakai baju lengan panjang pun dh cukup baik....mak aihhh berasap aku dengar, yang paling menyakitkan ati aku ada plak lepas tu senior2 yg kejer situ melayu, islam, boleh sound aku ....."Ala dik, kita cari rezeki jer...x payah la nk sembahyang2' lagi angin aku dengar...sedih pun ada jg, klu manager cayanunalip tu td ckp aku....consider lagi walaupun dlm ati terpikir "aku ni duduk negara omputih ke" sampai xleh sembahyang....tapi yang senior2 melayu islam tu, rasa nak je aku tendang muka....(garang masa muda) dan aku dgn selambanya menjawab.....abis REZEKI tu saper yg bagi...dan terus blah esok x kejer kat situ dah....sakit hati aku....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2007 01:32 PM | Show all posts
xper la...sekurang-kurang nya ada forum ni ada jg tempat kita nk meluah rasa...atleast boleh saling mengingatkan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 02:40 PM | Show all posts
me pon b'usaha nk baiki amalan me..xnk tinggal slat 1 wktu pon..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by cimiau at 28-7-2007 01:31 PM
satu pengalaman aku nk citer,aku penah buat kejer parttime kat shopping complex are selayang, KL, aku apply la kejer dpt jd cashier. dh nama pun cashier x boleh la nk merayap tmpat lain kena dudu ...


Terasa amat sayu dan terasa begitu terhinanya diri ini..

Salah siapa apabila hal ini terjadi didalam negara yang konon2nya 'negara islam'....?

Bukan salah sape2 sebenarnya, tapi salah aku... Aku tidak sampaikan 'Islam' kepada mereka2 yang tidak tahu apa itu Islam..

Berbalik kepada masalah sholat, mengapa kita lemah dalam mengerjakannya? Mengapa kita tergamak meninggalkan sholat? Sebenarnya tiada 'roh' dalam sholat yang kita kerjakan tu. Sholat kita 'kosong' semata2. Tiada lagi kenikmatan yang kita rasai apabila kita mengerjakan sholat. Tiada lagi kita rasakan betapa sholat itu amat berharga didalam kehidupan kita seharian.

Buat permulaan, untuk kita merasai kembali kenikmatan yang telah hilang itu, untuk kita mendapatkan kembali 'roh sholat' yang sudah lama pergi tu, kita hendaklah mengetahui kelebihan2 atau fadilat sholat yang kita mahu kerjakan itu.. Mengetahui fadilat sholat itulah sebagai menerbitkan semangat yang kuat untuk kita bersholat. Rasulullah saaw telah melafazkan banyak hadis2 berkenaan fadilat2 ini. Untuk apa sebenarnya fadilat2 ini semua? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendatangkan perasaan keghairahan untuk kita mengerjakannya..

Ketahuilah olehmu, apalah gunanya sesuatu 'benda' itu tanpa adanya 'fadilat' atau dalam kata lain, tidak berguna benda itu jika tidak ada kelebihan diatasnya.. Nak faham lagi, aku kasi contoh; sabun Fab yang selalu diikhlankan tv tu, juru iklan akan menyebutkan satu per satu kelebihan atau kebaikan buat mereka yang ingin mengunakannya. Tetapi cuba engkau fikirkan seandainya tiada iklan Fab di tv, masakan laku sabun Fab tu dipasaran......    


Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 05:21 PM | Show all posts
itula berbalik ke persoalan malas solat ni....terutama solat subuh, aku ingat lagi arwah atuk, pakcik dulu sebelum subuh dah bangun mandi...prepare utk solat subuh, tapi zaman sekarang terutama ank muda selagi matahari x terbit harapla nk bangun...lagi yg dah tukar jadi 'kluangman' siang tido mlm berjaga...selamat la 'subuh'....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 07:54 PM | Show all posts
Assalamua'alaikum
Alhamdulillah...
Mari kita perhalusi akan solat kita ni...
Ada 13 rukun2 solat:
  • Niat:
  • Berdiri bagi mereka yg berkuasa
  • Membaca takbiratul-ikram
  • Membaca surah al-Fatuhah
  • Rukuk serta tuma'ninah
  • Iktidal serta tuma'ninah
  • sujud 2 kali serta tuma'ninah
  • duduk di antara 2 sujud serta tuma'ninah
  • Duduk tasyahud akhir serta salawat ke atas Nabi s.a.w
  • Membaca tasyahud akhir
  • Membaca salawat Nabi pada tasyahud akhir
  • Memberi salam pertama
  • Tertib.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2007 07:56 PM | Show all posts
Mari kita perhalusi.

1. Niat.

Tempat niat di dalam hati dan dilakukan ketika mengucap takbiratul-ikram.
Sila tambah apa2 lagi berkenaan dengan niat ni..

Wassalam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 09:34 PM | Show all posts

sedikit cerita....

cerita ini diceritakan kepada sy oleh seorg member sy...
.
katanya satu hari dia menumpang kereta sorang rakannya...bersama2 membernya yg lain...

masa tumpang2 tu tiba2 salah seorang dari mereka kata nak minta berenti jap sebab nak semayang...

tapi mcm janggal pula permintaanya itu dan tahu apa driver tu kata..

"kesiannya kena semayang dia ni...."



----realiti pahit tapi realiti apakah sehingga dia sanggup cakap camtu----

[ Last edited by  ussopp at 28-7-2007 09:40 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2007 12:26 AM | Show all posts
bila nak solat.... kita berhadapan dengan MAHA PENCIPTA..dan amat berharap pertolongan NYA...insya Allah boleh kyusuk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 09:47 AM | Show all posts
ada satu lagi thread topik sama: http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=202669

awak semua bincang-bincang dulu, lenkali saya merged.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 04:51 PM | Show all posts
Kenapa malas SOLAT....


Tepuk dada, tanya iman ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2007 09:53 PM | Show all posts
satu solat yg tertinggal kita kena duduk dalam neraka 80 huqup(tahun akhirat) , satu hari kat akhirat sama dgn setahun kat dunia..aduhhai..berapa lama nak duduk dlm neraka niii...moga Allah ampunkan akuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 08:17 AM | Show all posts
pengaruh keluarga dan kawan2, kalau ibu bapa  x solat, anak2 pun terikut..jika  duk asrama ada yg kejutkan bangun subuh/ada roomate menegur kalau x solat.. ini kat rumah x dak org mengambikberat solat..

aku suka waktu kerja 8.00am-5.30 (waktu solat aku tersusun) sbb bagun subuh 6.30 solat, bersiap p keja, sblm balik keja solat di ofis, sampai rumah 6.00 masak2, 7.30 maghrib terus ke isyak.9.30 tido.

aku pernah keja shif sama ada 7-3, 3-11,8-8,7-7, solat aku x teratur, memandangkan waktu pegi balik kerja termasuk waktu solat pendek (magrib), kalau shif balik malam tido 1.00 tghmlm, nak bgn subuh punyalah seksa

Masa aku keja supermarket/production/company cina/sektor kilang, pun sama 70% melayu x solat, masa tu nak solat kemain susah, kena cari org ganti keja@waktu rehat..org melayu itu kata'apsal sembahyang lambat sgt (padahal solat mengambil masa 10 min)? x boleh ke sembahyang qada' je? siapperli2 lg dan mengadu kat manager..last berenti, kalau keja bertahun2 kat situ x solat bertahun2

keja keja jugak, akhirat jgn lupa, hukum Allah dipermainkan dan mereka yg menghalang2 ke jalan Allah akan mendapat balasan...kalu mati sblm sempat apa2 bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 08:42 AM | Show all posts
selain tu mereka mengaji Quran tak menghayati stanslatenya, kalau betul2 percayakan hari kiamat/kematian/dunia ini hanya sementara/balasan surganeraka..mereka akn berasa takut bila usia meningkat..kematian datang entah bila..cukupkah bekalanutk hari kemudian?usia panjang dihabiskan utk apa?alangkah ruginya mensia2kan waktu tanpa amalan

kehidupan dunia benar2 menipu dan memperdayakan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 08:50 AM | Show all posts
byk hukum terbalik, ramai mementingkan puasa tetapi x solat, mementingkan haji/mentup aurat tapi x solat..sia 2 la amalan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 10:13 AM | Show all posts
minggu sudah sy pegi dgr ceramah ustaz tu sendiri kata kat malaysia ni lebih 8 juta umat yg x solat 5 x sehari semlm!!! jgn terkezut sbb x lama lagik mebbe akan jadik mcm bosnia sbb dorang tu dulu sblm diserang pun mcm nih gak...
bila ditanya " are u a muslim?" jwnp dorang " I think so....." sedih tul dengar mcm nih kan....

mcm kat opis sy sendiri nih pun ramai yg x solat!!!!!! dah kenal dorang lebih 8 tahun tp x nmpk pegi surau.. ade yg mkn & tidor jek time rehat!! even worst ada yg dah pegi umrah pun balik sini tetapi x solat??? mcm mana nak tegur dorang ni ekk???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2007 12:03 PM | Show all posts
bab nk tegur pasal solat ni sebenarnya mmg la susah, maklumla hal peribadi tp klu kita x tegur kita pun dpt 'saham' sekali, aku pnah dgr berat hukum org x solat ni, smpai x boleh kita mkn sepinggan/guna gelas yg sama bekas dia, tp aku x pastila sahih ke tidak hukum ni. itula...sesaper kat sini yg ada pengalaman tegur org x solat ni...apa cara yg terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 01:47 PM | Show all posts
rasanya mungkin penyelesaiannya dah diberi kot...dalam ayat ""Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" " (kalau salah tolong betulkan) Allah sendiri cakap 'yang demikian itu sungguh berat'...kecuali pada yang khusyuk...yang tak khusyuk macam kawan ni memang berat tapi kena buat juga...kalau nak rasakan solat tu ringan...jadilah macam orang dalam firman tu....ni jaminan Allah ni!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by cimiau at 30-7-2007 12:03
bab nk tegur pasal solat ni sebenarnya mmg la susah, maklumla hal peribadi tp klu kita x tegur kita pun dpt 'saham' sekali, aku pnah dgr berat hukum org x solat ni, smpai x boleh kita mkn sepingg ...


tulahhh.... selalu lepak2 dgn member opis nih tp kalau nak tegur psl x solat mmg sy x berani sbb segan sgttt!! kdg2 sy akan forward email psl sape2 yg x solat tp dorang buat donno jekkk....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 02:35 PM | Show all posts

Reply #21 zamnie's post

hmmm....betui2 tu...

InsyaAllah kita sama2 belajar ilmu tebalkan muka...pelan2....
sy pun tatau bila boleh buat...tp niat dulu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.476654 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list