|
salam...
izinkan pipi tumpang lalu. tertinggal daripada page 2. agak sibuk kebelakangan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
bukan serangan peribadi, tetapi itulah cara anda berhujjah
menjawab soalan Tatie? boleh takde masalah, tapi tatie jawablah dulu soalan bill sebab bill sejak hari pertama menunggu jawapan Tatie, tetapi Tatie sentiasa cuba mengelakkannya.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Serihartatie:
PERTIKAIAN YG BERLAKU ANTARA ABU BAKAR DAN FATIMAH menunjukkan bgmana halusnya peristiwa ini diputarbelitkan oleh Syiah sehingga kelihatan kepada kita bahwa alangkah TIDAK SEMPURNANYA AKHLAK FATIMAH DAN ABU BAKAR HANYA KERANA MEMPERTAHANKAN HARTA DUNIA. Sedangkan kami ASWJ sgt tahu bahawa AKHLAK KEDUA-KEDUA AHLULBAIT INI SANGAT SEMPURNA DAN TIDAK MASUK AKAL HANYA KERANA HARTA DUNIA INI MEREKA BERTELAGAH SEHINGGA MEMUTUSKAN SILATURAHIM.
anda bukan sahaja mencela S.Abu Bakar dan tetapi juga turut mencela ahlulbait (S.Fatimah) yg anda kata anda cintai dari periwayatan syiah tersebut.
fitnah apakah ini yg dibawa oleh puak Syiah ke atas insan-insan kesayangan RSAW ini?....
cumanya, hold dulu bagi memberi laluan kpd Bill & the Gang menjawab soalan-soalan tatie dlm posting sebelum ini.
ini jawapan anda? Anda menuduh SYiah, tetapi anda secara tidak sedar telah menduduh Rasulullah saaw dan Allah.
1- Apakah anda fikir Nabi hanya bermain2 kat apabila Allah dan RasulNya murka dengan kemurkaan Fathimah a.s.? Dana apakah ABu Bakar dan Umar terkecuali dari syarat - "Kemurkaan Fathimah = kemurkaan Rasulullah"?
2- Apakah dengan menuntut haknya, Fathimah anda tuduhkan sebagai merebut harta dunia?
Apakah anda ragu2 dengan Fathimah a.s Pemimpin para wanita di Jannah?
"Fathimah adalah sebahagian daripadaku; barangsiapa ragu terhadapnya, bererti ragu terhadapku, dan membohonginya adalah membohongiku" Bukhari kitab nikah bab Dzabb ar-Rajuli |
|
|
|
|
|
|
|
sahabat:
Kami menghormati baik sahabat Nabi saaw yang tulus, baik, dan tetap berpegang ekpada amanat Rasululah saaw sepeninggalannya.
Hadis "Para sahabatku seperti bintang-bintang, siapa sahaja yang kamu ikuti, kamu akan mendapat petunjuk", dan juga doa dan kata-kata Imam Zainal Abidin a.s, Imam Askari a.s. menyuruh umat menghormati para sahabat, tetapi janganlah anda faham dengan fahaman anda bahawa sahabat yang dimaksudkan di situ ialah kesemuanya sekali. Dalam hadis kami dan hadis anda sendiri menyatakan bahawa akan terdapat dari kalangan para sahabat yang akan dicampakkan ke neraka, kerana mereka kembali murtad sepeninggalan Rasulullah saaw. Kerana itu, kami berpegang hanya kepada para sahabat yang baik, dan dengan dalil al-Quran dan hadis telah cukup menjelaskan bahawa bukan semua yang bersahabat dengan Rasulullah saaw adalah adil belaka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
sekali lagi saya nak bertanya
apakah pengertian SAHABAT
dan apakah bezanya dgn KAWAN
ataupun SAUDARA???
mungkin ringkas tapi FAHAMILAH....... |
|
|
|
|
|
|
viper This user has been deleted
|
Originally posted by orangbesi at 14-12-2005 08:57 PM
salam
sekali lagi saya nak bertanya
apakah pengertian SAHABAT
dan apakah bezanya dgn KAWAN
ataupun SAUDARA???
mungkin ringkas tapi FAHAMILAH.......
Salam,
Pada anda, sekiranya dibentangkan makna Sahabat itu sebanyak mana pun dari segi apa sekali pun, anda akan tetap dengan pendirian anda. Oleh yang demikian apa kata jawab sendirilah.
Wasalam
p/s lagi ringkas dan Faham lah..... |
|
|
|
|
|
|
viper This user has been deleted
|
betul ker bukan itu sahaja?...apa yg tatie dpt dari kitab syiah tk lebih dari 4 ajer yg Syiah terima sbg sahabat yg tidak murtad/kafir. Tak kan ambik masa lama sgt kot....ndak sebut 4 nama tu...dan dalilnya
Salam Tatie,
Sememangnya yang memegang janji setia pada Amirul Mukminin ada empat shj pada masa selepas wafat Nya rasul. namun setelah itu, yg lain mula kembali untuk bersama Amirul Mukminin. Cuba baca kitab2 Syiah baik2 dan teliti satu2.
Yang hairan tu, Tatie tetap sungguh dengan pendirian untuk membela Khalifah Awal dan Kedua tu. Kenapa ya? Walhal merekalah yg memerangi keluarga Nabi sesudah wafatnya Nabi.(takkan tak tahu kot, kata baca kitag2 syiah). dahlah tu, membakar rumah Nabi pula. Sahabat apa yang sanggup melakukan begitu kemudian dikenangi jasa2nya. Mungkin sahabat Tatie kalau buat macam tu kat Tatie, tatie suka kot...Ntahlah. Dah pelik org sekarang ni yer. Tapi takpe, pilihan ditangan anda.
Sekiranya benar anda memegang sunnah nabi dan mengakui kemaksuman ahlul bayt, bagaimana mungkin anda mengiktiraf mereka yg telah menyusahkan kehidupan keluarga suci Muhammad SAW?? Itu sendiri menunjukkan mereka tidak mengikut sunnah Nabi (berpegang teguh pada al-Quran dan Ahlul Bayt) Khalifah kedua dengan penuh yakin pernah berkata, Kalau tiada Ali, binasalah dia. Akhirnya dia sendiri membakar rumah Nabi dan menyakiti Amirul Mukminin...... Hebat betul dia ni kan...(Mcm tu ker maksud berpegang teguh pada ahlul bayt....:stp
Tentang syiah mempergunakan Nama2 suci ahlul bayt pula, adalah suatu tohmahan yg senantiasa digunakan mereka yg membenci Syiah. Bahkan anda sendiri mengatakan yang bukan2 tentang para Imam, konon2nya Para Imam Suci menghormati Khalifah kedua sehingga menyuruh orang lain menghormati khalifah tersebut... Akal yg waras akan membuktikan, orang yang Ibu nya ditampar dan dinafikan hak tidak akan menyuruh orang lain menghormati mereka yg melakukan kesalahan tersebut. :hmm: Mungkin Tatie tak kisah kot.... Apa akan anda rasa apabila seseorang itu mengatakan bapa anda telah pun Meracau:gilaminta maaf yer, ni contoh), anda suka?? Oleh itu jangan sesekali menafikan perkara yang benar dan mengiyakan perkara yang salah.
Semoga menjadi renungan bersama. Viper bukan kata akan tunduk pada tatie, siapa yg nak pun. Cuma sekiranya boleh buktikan dengan jelas bahawa fahaman tatie tentang sahabat itu benar, maka akan viper turut. Seharusnya diingat, kita tidak boleh taksub.... betul tak...? (harus berpegang pada kebenaran).. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
simplelife This user has been deleted
|
viper wrote:
Ibn Qutaibah meriwayatkan pertemuan yang mungkin terakhir di antara Fatimah AH dan Abu Bakar seperti berikut:
" Umar bin Khattab berkata kepada Abu Bakar:" Marilah kita pergi kepada Fatimah, sesungguhnya kita telah menyakiti hatinya."
Maka keduanya pun pergi ke rumah Fatimah AH, dan Fatimah AH tidak mengizinkan mereka masuk ke dalam rumah. Mereka lalu memohon kepada Ali bin Abi Talib, lalu Ali AS memperkenankan mereka masuk ke dalam.
" Tatkala keduanya duduk dekat Fatimah AH, Fatimah AH memalingkan wajahnya ke arah dinding rumah. Salam Abu Bakar dan Umar tidak dijawabnya.
Fatimah AH kemudian berkata:" Apakah anda boleh mendengar apabila saya katakan kepada anda suatu perkataan yang berasal dari Rasulullah SAWA yang anda kenal dan anda telah bertemu beliau SAWA?"
Keduanya menjawab: " Ya."
Kemudian Fatimah AH berkata:" Apakah anda tidak mendengar Rasulullah SAWA bersabda," Keredhaan Fatimah adalah keredhaan saya, dan kemurkaan Fatimah adalah kemurkaan saya. Barang siapa mencintai Fatimah, anakku, bererti ia mencintaiku, dan barang siapa membuat Fatimah murka, bererti ia membuat aku murka."
Mereka berdua menjawab:" Ya, kami telah mendengarnya dari Rasulullah SAWA.
Fatimah AH berkata:" Aku bersaksi kepada Allah dan malaikat-malaikatNya, sesungguhnya kamu berdua telah membuat aku marah, dan kamu berdua tidak membuat aku redha. Seandainya aku bertemu Nabi SAWA, aku akan mengadu kepada beliau SAWA tentang kamu berdua.
Abu Bakar berkata:" Sesungguhnya saya berlindung kepada Allah dari kemurkaanNya dan dari kemurkaan anda, wahai Fatimah."
Kemudian Abu Bakar menangis, hampir-hampir jiwanya menjadi goncang.
Fatimah lalu berkata:" Demi Allah, selalu saya akan mendoakan keburukan terhadap anda dalam setiap solat saya."
Kemudian Abu Bakar keluar sambil menangis....
[Ibn Qutaibah, Al-Imamah Wal-Siasah, Bab Bagaimana Bai'at Ali bin Abi Talib; O.Hashem, Saqifah Awal Perselisihan Ummat, hlm.100-101]
Beginikah sikap mereka yang dikatakan Syiah sebagai mereka yang zalim? Yang memohon maaf dan menangis dengan penyesalan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 14-12-2005 05:37 PM
salam...
izinkan pipi tumpang lalu. tertinggal daripada page 2. agak sibuk kebelakangan ini.
sayapun sama. tumpang lalu jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
tumpang lalu. saja nak jawab satu ayat nie :
Originally posted by simplelife at 15-12-2005 10:08 AM
Yang memohon maaf dan menangis dengan penyesalan?
Setiap insan mampu menangis dan menyesali perbuatan lalu, TETAPI, adakah DITERIMA????
Perhatikan plot 1, 2, dan 3.
PLOT 1, Abu Bakar memohon perlindungan kepada Allah dari kemurkaanNA dan dari kemurkaan Fatimah a.s.. Menunjukkan penyesalan Abu Bakar,
TETAPI, walaupun menyesal, .....
PLOT 2, Fatimah a.s. BERJANJI DENGAN NAMA ALLAH AKAN SENANTIASA MENDOAKAN KEBURUKAN!!!....
PLOT 3, Abu Bakar keluar sambil menangis.
Ada tak disebutkan Fatimah a.s. memaafkan Abu Bakar?. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 15-12-2005 11:25 AM
salam...
tumpang lalu. saja nak jawab satu ayat nie :
Setiap insan mampu menangis dan menyesali perbuatan lalu, TETAPI, adakah DITERIMA????
Perhatikan plot 1, 2, dan 3.
PLOT 1, Abu Baka ...
kalu boleh saya tanya pipi secara jujur, yg pipi pegang sekarang mcm mana kedudukan Abu Bakar, Umar dan Uthman? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 15-12-2005 11:36 AM
kalu boleh saya tanya pipi secara jujur, yg pipi pegang sekarang mcm mana kedudukan Abu Bakar, Umar dan Uthman?
wah...
ustaz nie kacau daun lar...
mengkuang layu dipulai-pulai...
jawapan diminta secara kejujuran,
apakah kenapa dipakai hujah yang dihujankan,
lalu di sana terdapat jawapan.
p/s: :stp: tiba2 pipi jadi mcm nie pulak... pening kepala... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 15-12-2005 11:41 AM
wah...
ustaz nie kacau daun lar...
mengkuang layu dipulai-pulai...
jawapan diminta secara kejujuran,
apakah kenapa dipakai hujah yang dihujankan,
lalu di sana terdapat jawapan.
p/s: : ...
heh heh pipi ni ... mcm2 la. sorry lah kalau kacau daun. kalau boleh saya nak tahu kedudukan mereka bertiga di sisi pipi. itu saja. |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan telahpun diberikan,
menerusi hujah yang dihujankan,
kembali ditanya kedudukan,
"pembuangan" abu bakar, umar dan uthman,
tika Fatimah a.s. kedukaan,
tika ajalnya tidak dimaafkan,
lalu mengapa perlu pipi pula terbalikkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 15-12-2005 11:58 AM
jawapan telahpun diberikan,
menerusi hujah yang dihujankan,
kembali ditanya kedudukan,
"pembuangan" abu bakar, umar dan uthman,
tika Fatimah a.s. kedukaan,
tika ajalnya tidak dimaafk ...
saya tahulah kes tu pipi. cuma kedudukan mereka di sisi pipi. kalu boleh lah. kalu tak boleh tak apa. saya tak pandai pantun pantin. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ustaz tahu. tapi ustaz tak tahu pula. tidak mengapa, mungkin terlupa. bukan pantu, tapi bermadah seloka. sekian sahaja jangan marah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 15-12-2005 02:08 PM
rasanya ustaz tahu. tapi ustaz tak tahu pula. tidak mengapa, mungkin terlupa. bukan pantu, tapi bermadah seloka. sekian sahaja jangan marah.
heh heh tak marah. cuma kalu boleh nak tahu secara jelas sahaja. contohnya macam ni, pada pipi Abu Bakar, Umar dan Uthman itu adalah ....
takpalah pipi. setakat tu sajalah. mari kita sama baca apa yg mereka bincangkan. sekali sekala kita tumpang lalu. ok? |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua,
terimakasih pada Tuhan kerana memberi tatie kelapangan malam ini....
merujuk kepada posting viper :
Yang hairan tu, Tatie tetap sungguh dengan pendirian untuk membela Khalifah Awal dan Kedua tu. Kenapa ya? Walhal merekalah yg memerangi keluarga Nabi sesudah wafatnya Nabi.(takkan tak tahu kot, kata baca kitag2 syiah). dahlah tu, membakar rumah Nabi pula. Sahabat apa yang sanggup melakukan begitu kemudian dikenangi jasa2nya. Mungkin sahabat Tatie kalau buat macam tu kat Tatie, tatie suka kot...Ntahlah. Dah pelik org sekarang ni yer. Tapi takpe, pilihan ditangan anda.
yup..sudah baca ceritanya dalam petikan dari kitab Salim bin Qais, kitab periwayatan org Syiah yg popular.
Ini jawapannya mengenai isu rampasan perang Fadaq itu, dan perhati betul-betul dan byk-byk tawasul supaya Allah bukakan pintu hati anda wahai saudara seaagamaku utk melihat kebenaran yg hakiki.
HARAP DAH CUKUP ILMIAH DGN NOTA KAKI SEKALI ........FOOTNOTES : (1),( 2),........,(8)...
TENTANG MASALAH RAMPASAN PERANG FADAK.
INI MERUPAKAN masalah kecil yang dihembus-hembus dan disebar-sebarkan oleh orang-orang munafik musuh-musuh umat Muhammad saw. dengan maksud-maksud tertentu, untuk memecah belah antara para sahabat Rasulullah dan umat Islam. Terutama antara keluarga Baitun Nubuwwah (Rumah Nabi) dengan umat Islam umumnya. Ahlulbait di satu pihak dan manusia-manusia terdahulu yang pertama menganut Islam terdiri dari Muhajirin dan Anshar dan lain-lain umat di pihak lain.
Masalahnya tidak besar, tidak penting, tetapi mereka besar-besarkan untuk mencela dan mengutuk. Masalahnya ialah bahwa sesudah wafat Rasulullah saw., Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah Rasulullah untuk mengurus segala kepentingan orang-orang beriman. Puteri Rasulullah Fathimah lalu mendatangi Abu Bakar minta harta warisan Rasulullah saw. iaitu berupa pampasan yang diperoleh Rasulullah saw. dalam perang Fadak (1).
Abu Bakar menjawab bahawa Rasulullah saw. telah bersabda: "Kami tidak berpusaka, apa yang kami tinggalkan adalah sedekah, keluarga Muhammad hanya mendapat bahagian dari harta ini hanya sekedar untuk makan, itu adalah harta Allah...;
Saya (Abu Bakar) , demi Allah, tidak mau merubahnya sedikit pun dari sedakah Rasulullah itu, dan akan saya perlakukan sebagaimana Rasulullah telah memperlakukannya. Dan demi Allah, yang jiwaji di tangan-Nya, kerabat Rasulullah lebih saya cintai dari pada kerabatku sendiri".
Fathimah setelah mendengar itu dari Abu Bakar, ia kembali tidak menuntut lagi, dan tidak pernah membicarakannya sampai wafatnya. Bahkan dalam berbagai riwayat Syi'ah, dikatakan bahwa Fathimah redha dengan keputusan Abu Bakar tersebut, sebagaimana yangdiriwayatkan oleh Al-Maitsam(2) yang Syi'ah dalam Syarah Nahjul Balaghah: "Bahwa Abu Bakar berkata kepadanya (Fathimah): "Bagimu apa yang bagi bapakmu, sedang Rasulullah saw. mengambil dari Fadak hanya sekedar makan kamu, sisanya diberi dan untuk Fi Sabilillah. Begitu jugalah yang harus engkau lakukan seperti apa yang dilakukan Rasulullah itu. Maka Fathimah redha dan berjanji akan berbuat demikian juga"(3)
Begitu juga yang diterangkan Ad-Danbaly dalam syarahnya "Ad-Durratun Najafiyah"(4)
Tetapi golongan Syi'ah tidak bangga bahwa Fathimah sudah redha dengan putusan ini begitu mudah, lalu mereka mengarang ribuan halaman hitam dari kitab-kitab mereka. Khusus tentang masalah Fadak ini mereka tulis banyak kitab yang semuanya celaan dan cacian terhadap para sahabat Rasulullah. Bukan saja celaan dan cacian, bahkan mengkafirkan mereka menfasikkan mereka, menuduh mereka murtad, bahkan keluar dari agama Islam, aniaya, culas terhadap Ahlulbait. Sedangkan pihak yang terkena keputusan itu (yaitu Fathimah) tidak bicara sedikit pun, apalagi banyak, sebagai yang kami sebutkan berdasarkan kitab-kitab Syi'ah sendiri. Bahkan lebih hebat lagi, Imam-imam mereka sendiri mengakui bahwa Abu Bakar tidak cukup hanya berkata, tetapi menjalankan apa yang dikatakan itu, sebagai yang diriwayatkan oleh Ibnul Maitsam, Ad-Danbaly dan Abul Hadidi, dan Syi'ah yang modern Faidlul Islam Ali Naqiy.
"Bahwa Abu Bakar membagi-bagi rampasan Fadak itu, diberikan kepada Ahlulbait sekedar yang cukup untuk makan mereka, sisanya dibagi. Begitu jugalah yang dilakukan oleh Umar, Utsman dan Ali Bin Abu Thalib.(5)
Tetapi mereka golongan Syi'ah tetap tidak redha mendengar semua keterangan ini. Berkata orang besar mereka Al-Mahlisiy (6)
"Sungguh di antara mushibah besar dan kemalangan hebat Abu Bakar dan Umar merampas rampasan hak Ahlulbait.... dan keputusan yang kejam bahwa Abu bakar telah merampas kekuasaan (khalifah) dari Amirul Mu'minin (Ali Bin Abu Thalib), lalu melakukan bai'ah (pengangkatan dirinya) dengan secara paksa dari Muhajirin dan Anshar (?), lalu menghukum karena loba akan Fadak, takut kepada Ali, sebab bila pampasan Padak itu jatuh ke tangan mereka, manusia akan condong kepada mereka karena harta, dan mereka akan meninggalkan orang-orang aniaya itu (Abu Bakar dan kawan-kawan), maka ingin agar mereka menjadi kosong (tidak punya apa-apa) sehingga orang banyak tidak akan memihak kepada mereka, maka batallah kekuasaan khilafah mereka yang batil itu. Karena itulah mereka mengarang (menegakkan) riwayat-riwayat yang busuk dan diada-adakan dengan menerangkan sabda Rasulullah: "Kami para Nabi tidak mempusakakan, apa yang kami tinggal-kan adalah sedekah"(7)
Jalan itulah yang diikuti oleh banyak sekali dari golongan mereka (Syi'ah). Untuk menimbulkan kebencian dari hal-hal yang sebenarnya tidak ada sama sekali di alam ini. Mereka rupanya tidak sadar bahwa apa yang mereka bangkit atau bangun itu adalah rumah labah-labah, yang tidak akan tahan bila dihembus oleh angin ribut kebenaran.
nota kaki :
1) Fadak sebuah desa di Khibar, ada yang mengadakan di daerah Hijaz, ada sumber air dan pohon korma, yang dijadikan Allah sebagai pampasan bagi Nabi-Nya.
2) Iaitu Kamaluddin Al-Maitsam Bin Ali Maitsam Al-Bahrany kelahiran abad ke-7 H., yang alim Rabbani dan Failasuf, ahli tahqiq, Cendekiawan yang ahli dan dalam, berkumpul padanya keterangan ma'qul dan manqul (logika dan nash), guru dari orang-orang penting, pensyarah Nahjul Balaghah. Diriwayatkan dari ahlu tahqiq Ath-Thusy: Bahwa Khawajah Nashiruddin Ath-Thusy belajar kepada Kamaluddin Maitsam tentang fiqh, dan ia sendiri belajar kepada Khawajah tentang hikmah, wafat tahun 679 dikuburkan di Halta desa Mahuzd (Alkuna\Val Al-Qaab juz I hal. 419.)
3) "Syarhu Nahjil Balaghah" oleh Ibnul Maitsam Al-Bahrany, juz V hal. 107, cetakan Teheran.
4) Hal. 331 dan 332 cetakan Teheran.
5) "Syarhu Nahjul Balaghah" oleh-Ibnu AbilHadid juz IV, dan "Syarhu Nahjil Balaghah" oleh Ibnu Maitsam Al-Bahrany juz V hal. 107, dan "Ad-Durratul Najafiyah" hal. 332, dan "Syarhun Nahji" bahasa Persia oleh Ali Naqiy jui V hal. 960 cetakan Teheran.
6) Sedikit sekali orang seperti Al-Majlisiy yang begitu berani atau tega mencaci dan mencela. Saban ia menyebut salah seorang sahabat Rasulullah pasti ia kutuki, fasikkan dan kafirkan. Juga ia membicarakan soalPadak, bahwa Abu Bakar setelah meminta saksi dari Fathimah bahwa rampasan Padak itu untuknya, berkata Ali kepadanya: "Apakah engkau minta saksi?. Apakah saksi itu perlu atas segala hal?. Berkata Abu Bakar: "Ya". Maka berkata Ali: "Bila ada saksi yang mengatakan bahwa Pathimah berzina, bagaimana pendapat engkau?. Menjawab Abu Bakar: "Aku laksanakan hukum had atasnya, sebagaimana dilakukan kepada siapa saja" (Iyazdan Billah) (Haqqul Yaqin oleh Al-Majlisiy hal. 8). Lihat bagaimana beraninya dan segeranya berbicara, apakah ia tidak malu?.
7) "Haqqul Yaqin" bahasa Persia, karangan Mulla Al-Malisiy hal. 191, di bawah judul "Matha in Abi Bakrin".
8) Al ushulu Minal Kafy juz 1 hlmn 34.
APA KOMEN BILL & THE GANG ?...
1- Apakah anda fikir Nabi hanya bermain2 kat apabila Allah dan RasulNya murka dengan kemurkaan Fathimah a.s.? Dana apakah ABu Bakar dan Umar terkecuali dari syarat - "Kemurkaan Fathimah = kemurkaan Rasulullah"?
2- Apakah dengan menuntut haknya, Fathimah anda tuduhkan sebagai merebut harta dunia?
Apakah anda ragu2 dengan Fathimah a.s Pemimpin para wanita di Jannah?
"Fathimah adalah sebahagian daripadaku; barangsiapa ragu terhadapnya, bererti ragu terhadapku, dan membohonginya adalah membohongiku" Bukhari kitab nikah bab Dzabb ar-Rajuli
JADIK SOALAN BILL TU RASANYA KALAU BILL FAHAM LER APA YG TATIE TITIPKAN KAT ATAS TU, DAN MENGHORMATI PENDAPAT YG TATIE GUNAKAN UTK MEMPERTAHANKAN BAHWA SAIDAINA ABU BAKAR DLL ITU TIDAK KAFIR/MURTAD/FASIK TENTU SUDAH TERJAWAB.
TK PERLU TATIE BERIKAN JAWAPAN LAGI.
ITUPUN KALAU ALLAH BERI KEFAHAMAN PD BILL & THE GANG, SEBB ISTIDRAJ BILA KITA MENGUTUK SAHABAT-SAHABAT RSAW ITU SGT BESAR RISIKONYA, TAKUT-TAKUT DAH TERTUTUP HATI NDAK TERIMA DAN MENGHORMATI PENDAPAT YG LAIN DARI ILMU YG DITERIMA SEBELUM INI. KALAU TK MAHU TERIMA DAN MASIH BEPEGANG PADA CERITA ULAMAK SYIAH LAIN YG MENGKAFIRKAN KHULAFUR AR RASHIDIN YG 3 TERAWAL ITU MAKA terpulanglah.
Jadi, jgnlah pula ndak paksa kami ASWJ bertukar fikiran utk turut sama MENGKAFIRKAN sahabat-sahabat RSAW dan menerima 4 org sahaja. KAMIpun ada dalil kami sendiri malah diiktiraf dalam kitab Syiah dari pengarang yg lain tu...bukan seorg malah beberapa kitab Syiah....
SEMUGA ALLAH MASIH BERI HIDAYAH DAN TAUFIKNYA PADA BILL & THE GANG..ITU KERJA TUHAN...TATIE HANYA MENYAMPAIKAN SAHAJA...
[ Last edited by serihartatie at 15-12-2005 09:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ini hadis yg BILL hantar, jadik tak complete...kalau baca sampai habis baru faham kedudukan sebenar...
sahih Bukhari, Volume 5, Book 59, Number 546: Kitab al-Maghaazi)
http://www.usc.edu/dept/MSA/fund ... ukhari/059.sbt.html
"...So Abu Bakar refused to give anything of that to Fathimah. So she became angry with Abu Bakar and kept away from him, and did not talk to him till she died. She remained alive for six months after the death of the Prophet. When she died, her husband 'Ali, buried her at night without informing Abu Bakar and he said the funeral prayer by himself..."
( satu soalan tatie : cam ner TASK kat dlm 2 website tu sampai kat bill/viper jadi TALK? )
SHAHIH BUKHARI Volume 5, Book 59, Number 546:
http://www.usc.edu/dept/MSA/fund ... ukhari/059.sbt.html
http://www.isna.net/library/hadith/bukhari/059_sbt.html
Fatima the daughter of the Prophet sent someone to Abu Bakr (when he was a caliph), asking for her inheritance of what Allah's Apostle had left of the property bestowed on him by Allah from the Fai (i.e. booty gained without fighting) in Medina, and Fadak, and what remained of the Khumus of the Khaibar booty. On that, Abu Bakr said, "Allah's Apostle said, "Our property is not inherited. Whatever we leave, is Sadaqa, but the family of (the Prophet) Muhammad can eat of this property.' By Allah, I will not make any change in the state of the Sadaqa of Allah's Apostle and will leave it as it was during the lifetime of Allah's Apostle, and will dispose of it as Allah's Apostle used to do." So Abu Bakr refused to give anything of that to Fatima. So she became angry with Abu Bakr and kept away from him, and did not task to him till she died. She remained alive for six months after the death of the Prophet. When she died, her husband 'Ali, buried her at night without informing Abu Bakr and he said the funeral prayer by himself. When Fatima was alive, the people used to respect 'Ali much, but after her death, 'Ali noticed a change in the people's attitude towards him. So Ali sought reconciliation with Abu Bakr and gave him an oath of allegiance. 'Ali had not given the oath of allegiance during those months (i.e. the period between the Prophet's death and Fatima's death). 'Ali sent someone to Abu Bakr saying, "Come to us, but let nobody come with you," as he disliked that 'Umar should come, 'Umar said (to Abu Bakr), "No, by Allah, you shall not enter upon them alone " Abu Bakr said, "What do you think they will do to me? By Allah, I will go to them' So Abu Bakr entered upon them, and then 'Ali uttered Tashah-hud and said (to Abu Bakr), "We know well your superiority and what Allah has given you, and we are not jealous of the good what Allah has bestowed upon you, but you did not consult us in the question of the rule and we thought that we have got a right in it because of our near relationship to Allah's Apostle ."
Thereupon Abu Bakr's eyes flowed with tears. And when Abu Bakr spoke, he said, "By Him in Whose Hand my soul is to keep good relations with the relatives of Allah's Apostle is dearer to me than to keep good relations with my own relatives. But as for the trouble which arose between me and you about his property, I will do my best to spend it according to what is good, and will not leave any rule or regulation which I saw Allah's Apostle following, in disposing of it, but I will follow." On that 'Ali said to Abu Bakr, "I promise to give you the oath of allegiance in this after noon." So when Abu Bakr had offered the Zuhr prayer, he ascended the pulpit and uttered the Tashah-hud and then mentioned the story of 'Ali and his failure to give the oath of allegiance, and excused him, accepting what excuses he had offered; Then 'Ali (got up) and praying (to Allah) for forgiveness, he uttered Tashah-hud, praised Abu Bakr's right, and said, that he had not done what he had done because of jealousy of Abu Bakr or as a protest of that Allah had favored him with. 'Ali added, "But we used to consider that we too had some right in this affair (of rulership) and that he (i.e. Abu Bakr) did not consult us in this matter, and therefore caused us to feel sorry." On that all the Muslims became happy and said, "You have done the right thing." The Muslims then became friendly with 'Ali as he returned to what the people had done (i.e. giving the oath of allegiance to Abu Bakr).
riwayat dari Ibnu Qutaibah, dan ianya telah jelas kepada anda bagaimana pendirian AHlul Bait terhadap para khalifah awal. Namun bill petik lagi:
"...di kemudian hari, ketika Sayyidatina Fathimah a.s hampir wafat, beliau (a.s) berkata kepada Abu Bakar dan Umar: "saya bersaksi kepada Allah dan para MalaikatNya, sesungguhnya anda berdua telah membuat saya marah dan anda berdua telah membuat saya tidak redha. Seandainya kelak saya bertemu Nabi saaw, akan saya adukan anda berdua kepadanya!....Demi Allah, saya akan mendoakan keburukan bagimu pada setiap salat yang saya kerjakan!" (Ibnu Qutaibah, Imamah wa al-Siayasah, Jil.1, hlm.19)
Yg selebih Bill hantar tu (RUJUK DI ATAS) adalah dari tafsiran ulamak Syiah dalam RIWAYATNYA yg cuba utk merekacipta cerita yg menyeleweng dari hadis di atas utk tujuan mengkafir/memurtadkan/mefasikkan S.Abu Bakar.
MINTA USTAZ NAHZALUZ MEMBERIKAN PENGESAHAN MENGENAI HADIS INI.
[ Last edited by serihartatie at 15-12-2005 11:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
memang seperti yang telah diduga, setiap kali diberikan soalan yang serupa, satu2nya cara untuk menjawabnya ialah dengan mengeluarkan pelbagai rujukan Syiah pula sebagai counter attack. Anda bawalah dulu semua yang ada, dan kami akan jelaskan kedudukan kes ini dari sisi Syiah. Adapun anda, tanpa mengelakkan persoalan, sila jawab,
Mengganggu Fathimah adalah mengganggu Rasulullah dan mengganggu Rasulullah saaw pula ialah mengganggu ALlah. Apakah anda tidak menerimanya? Maka Fathimah dari hadis lengkap yang anda petik dari riwayat Bukhari di atas, telah tidak bertegur sapa dengan Abu Bakar dan Umar sehingga wafatnya, dan tidak pula membenarkan pemakamannya dihadiri oleh kedua imam anda itu. Kerana anda berdalih untuk memberikan jawapan jelas, maka di sini kami berikan cara mudah untuk anda menjawabnya.
maka:
1) Apakah Abu Bakar telah membuatkan FAthimah rela, dan seterusnya membuatkan Rasulullah rela yang dengan keredhaannya adalah keredhaan ALlah, atau
2) Apakah Abu Bakar telah membuatkan Fathimah murka, dan seterusnya menyebabkan Rasulullah saaw murka, sehingga menyebabkan kemurkaan Allah.
dengan menjawab soalan ini, maka telah menjadi jelaslah pegangan mazhab kami dan tidak ada bahaya lagi hujjah dari anda dan sahabat2 anda ke atas kami. Masalah wila' telah selesai: Kami mewalikan Fathimah yang merupakan belahan hati Nabi saaw, pemuka wanita syurga, sementara anda pula mewalikan musuh2 Fathimah a.s.
kami membela hak Fathimah a.s yang hak2nya telah dirampas,
anda pula menyokong perampasan dan peramapas hak2 Fathimah a.s. dan anda kelak, akan berhadapan dengan Pemuka Para Wanita Syurga- dengan dakwaan bahawa Abu Bakar berhak merampas haknya
wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|