CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
 Author| Post time 10-8-2006 05:24 PM | Show all posts
Cekur

   

Nama Botani
Kaemferia galanga L

Nama Lain
Kencur (Indonesia), Pro hom (Thai), Lesser galanga, fingerroot (Inggeris)

Famili
Zingiberaceae

Pengenalan
       
Cekur berasal dari Asia Tropika.  Penyebarannya meliputi kawasan di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam serta India dan China.  Di negara kita, kebanyakan kawasan ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembab dengan sedikit teduhan.  Tumbuhan ini mempunyai daun-daun yang lebar dan tumbuh mendatar di atas permukaan tanah. Saiz daun boleh mencapai sehingga 10 cm lebar dan 15 cm panjang. Pelepah daun pendek dan berukuran 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2006 05:26 PM | Show all posts
Cucur Atap



Nama Botani
Beackea Frutescens

Nama Lain
Cucur Atap, Corong Atap

Famili
Melastomaceae

Pengenalan

Cucur atap adalah sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat. Kulit batang berwarna kelabu, berkeadaan merekah dan berlurah. Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Bunga berkeadaan tunggal atau berpasangan,  bewarna putih dengan gelang hijau di bahagian tengah yang kemudian bertukar menjadi merah. Tumbuhan ini didapati hidup secara liar dikawasan tanah bris dan juga tumbuh subur ditanah mineral.


Khasiat dan Kegunaan

Secara tradisi digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak patinya yang diperoleh melalui ekstrasi daun, digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 05:28 PM | Show all posts

Dukung Anak



Nama Botani
Phyllanthus amarus, P. niruri, P. urinaria dan P. debelis

Nama Lain
Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker, Shatter stone (Inggeris)

Famili
Euphorbiaceae

Pengenalan

Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic.  Dukung anak ialah sejenis herba renek berbatang lembut.  Batang berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies.  Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil tersusun di sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di bawah setiap pelepah daun.  Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga.   Ia dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal.


Khasiat dan Kegunaan

Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 05:30 PM | Show all posts

Emas Cotek



Nama Botani
Ficus deltoidea

Nama Lain
Serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah), tabat barito  (Indonesia), Mistletoe fig (Inggeris)

Famili
Moraceae

Pengenalan

Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman epifit yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Tumbuhan ini boleh tumbuh setinggi 135 cm dan garis pusat kanopi berukuran lebih kurang 157 cm. Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di kelasifikasikan sebagai emas cotek betina dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.


Khasiat dan Kegunaan
       
Emas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif  wanita.  Air rebusan keseluruhan tanaman diminum oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada keadaan asal. Ia juga digunakan oleh wanita untuk merawat keputihan dan melawaskan haid. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, emas cotek berupaya mencegah dan menyembuhkan penyakit-penyakit seperti paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit, melancarkan peredaran darah dan rawatan sakit kulit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 05:31 PM | Show all posts

Hempedu Bumi



Nama Botani
Andrographis paniculata

Nama Lain
Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili
Acanthaceae

Pengenalan

Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm.  Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun.  Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.


Khasiat dan Kegunaan
       
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 05:33 PM | Show all posts

Kunyit



Nama Botani
Curcuma domestica (Val.)/Syn: Curcuma longa

Nama Lain
Kha min (Thailand), Manjal (India), Haldi (Hindi), Kurkum (Arab), Turmeric ( tumeric), Indian saffron, yellow ginger (Inggeris)

Famili
Zingiberaceae

Pengenalan
       
Kunyit merupakan tanaman rempah yang berasal dari India. Tanaman ini kemudian diperkenalkan ke negara Asia lain seperti negara-negara Tenggara dan Selatan Asia. Kunyit hidup subur di kawasan lapang dan terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari. Ketinggian tumbuhan ini melebihi satu meter. Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari. Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan meruncing di hujung serta mempunyai  tangkai yang panjang. Pokok ini mengeluarkan bunga yang berwarna kuning di celah-celah daun muda.


Khasiat dan Kegunaan
       
Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma dan warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai dan sebagai pembalut ikan atau daging yang di bakar. Dalam perubatan, ia digunakan sebagai antioksidan, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga berupaya menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Ia juga dikatakan dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-8-2006 05:35 PM | Show all posts

Kecubong



Nama Botani
Datura Fastuosa

Nama Lain
Kecebung

Famili
Solanaceae

Pengenalan
       
Pokok jenis renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m. Batang bersifat tegak, licin atau berambut sedikit. Ranting dan daunnya berwarna keungguan terutama ketika muda. Berdaun ringkas, berbentuk bujur yang melebar dibahagian bawah, berukuran 9-18 cm panjang, hujung daun berkeadaan runcing ('acuminate'). Urat daun timbul dipermukaan bawah. Tangkai daunnya panjang,boleh mencapai sehingga 16 cm. Bunganya besar dan panjang berbentuk seperti trompet, bewarna putih dan mempunyai warna ungu di hujung kelopak. Buah berbentuk bulat, keras dan berduri.


Khasiat dan Kegunaan
       
Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah. Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama.  Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa.  Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut, melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang.  Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 05:37 PM | Show all posts

Lemba



Nama Botani
Curculigo Latifolia

Nama Lain
Lemba

Famili
Amaryllidaceae

Pengenalan

Sejenis tumbuhan herba yang tumbuh secara berumpun yang agak besar. Daun ringkas, berwarna hijau, keras atau kuat, berbentuk bujur. Saiz daun yang matangberukuran antara 55-57 cm panjang dan 15-17 cm lebar, Daunnya bersifat menirus pada kedua-dua bahagian hujung dan pangkalnya., Bahagian tepi daun berkeadaan licin dan daun lemba mempuyai banyak urat daun pada permukaannya. Tangkainya panjang (30-32cm). Bunga tumbuhan ini terbit daripada dasar atau pangkal pokok.Setiap bunga mempunyai 6 kelopak dan bewarna kuning terang. Buah yang telah matang berbentuk beri, berwarna putih dan berasa manis bila dimakan.


Khasiat dan Kegunaan
       
Daun sembung digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. Daun sembong biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman manakala akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang, sendi dan otot. Di negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina, daun sembung digunakan juga untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang. Pohon sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2006 03:39 PM | Show all posts

Misai Kucing



Nama Botani
Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)

Nama Lain
Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)

Famili
Lamiaceae


Pengenalan
       
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Batangnya pula berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.


Khasiat dan Kegunaan
       
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 03:45 PM | Show all posts

Nilam



Nama Botani
Pogostemon cablin (Blanco)Benth

Nama lain
Patchouli (Inggeris)

Famili
Lamiaceae

Pengenalan

Tanaman nilam (Pogostemon cablin) dipercayai berasal dari Filipina dan banyak terdapat di hutan-hutan kepulauan Filipina.  Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800.  Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam tidak lagi diminati oleh pekebun kecil di Malaysia.  Sekarang nilam diusahakan secara komersial di Indonesia (Acheh), China dan Brazil. Nilam merupakan tanaman herba renik, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi.  Daunnya berbentuk ovate, 8−10 cm panjang dan 5−8 cm lebar, tebal dan bergerigi.  Ia berwarna hijau tua keungun-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas.  Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus.  Nilam didapati tidak berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan
       
Dari segi perubatan tradisional, air rebusan daun nilam dilaporkan digunakan untuk mengubati sakit tekak, asma, batuk dan demam.Daun nilam yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `patchouli oil
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 03:56 PM | Show all posts

Pandan Wangi



Nama Botani
Pandanus odorus

Nama lain
Fragrant screwpine (Inggeris)

Famili
Pandanaceae

Pengenalan

Pandan wangi yang juga dikenali  sebagai pandan bau atau pandan rampai adalah dari jenis tanaman bersifat saka.  Tumbuhan dari keluarga Pandanaceae ini adalah  sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pokok pandan wangi adalah tanaman yang mudah tumbuh dan dipelihara. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia ini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara. Walaupun sudah berabad-abad lamanya tanaman ini berada di negara kita, kebanyakan tanamannya masih terdapat di kebun dapur. Kawasan tanaman secara komersial pula amat terhad.Pandan wangi tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang.  Tanaman ini tidak pernah dilaporkan berbunga. Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu Pandan wangi besar dan Pandan wangi kecil. Kebanyakan tanaman pandan wangi di negara ini adalah dari jenis Pandan wangi kecil. Ketinggian pertumbuhannya lebih kurang 0.75
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 11:23 AM | Show all posts




Belimbing Buluh
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 11:23 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 10-8-2006 05:35 PM


Nama Botani
Datura Fastuosa

Nama Lain
Kecebung

Famili
Solanaceae

Pengenalan
       
Pokok jenis renek yang boleh mencapai ketinggian sehi ...


Setahu kero, bunga kecubung ni ada alkaloid yg boleh menyebab keracunan & org yg makan jd khayal..x sangka boleh buat ubat gak..bunga dia mmg besar & cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:25 PM | Show all posts
Kunyit Putih

* Diyakini memiliki khasiat anti kanser.
* Kunyit putih jenis mangga (Curcuma mangga) tumbuh di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia.
* Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik umbinya seperti umbi halia dan berwarna kuning muda (krim).
* Dalam keadaan segar baunya seperti buah mangga kuini dan bila telah diekstrak atau dijadikan serbuk, warnanya tetap kuning muda (krim).
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 09:29 PM | Show all posts
TEMULAWAK

Temu lawak (Curcuma Zedoaria) juga mujarab sebagai obat kanser. Menurut Andrew Chevallier Mnimh, herbalis asal London, dalam temulawak terkandung curcumol dan curdione yang berkhasiat anti kanser dan antitumor. Di Cina, temulawak telah lama digunakan sebagai obat kanser leher rahim. Tanaman ini boleh meningkatkan efek mematikan sel kanser ketika dilakukan radioterapi dan kemoterapi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 06:11 PM | Show all posts
Kelembak
Nama saintifik
Rheum officinarum (famili polygonaceae)   


       

Maklumat am
Kelembak banyak digunakan dalam perubatan tibb-unani, perubatan ayurvedik serta perubatan melayu.  Ianya sejenis herba dan bahagian yang digunakan ialah bahagian ubinya yang dikeringkan.


       

Kandungan fitokimia
Antara kandungan fitokimia yang dikenalpasti mendatangkankesan ialah Anthragltcoside (derivatif emodine), Alie-emodine, rein, chrysophanate acid, tannin, protein, pectin, dan bahan antioksidan catechin


       

Tindakan yang telah di dokumen
Secara tradisional digunakan sebagai ubat senggugut, ubat demam, dan ubat melegakan sakit dada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 06:11 PM | Show all posts
Nama Am
Kuma-kuma  
Nama saintifik   
Crocus sativus (famili Iridaceae)   


       

Maklumat am
Kuma-kuma atau zafarun ialah bahagian stigma bunga yang telah dikeringkan, yang berwarna merah atau kuning.  Rasanya payau.


       

Kandungan fitokimia
Karotenoid, crocein, crocetin (4-6%).


       

Tindakan yang telah di dokumen
Fungsi utama bahan ini ialah bagi menguatkan darah, melalui kesan antioksidan.  Kuma-kuma digunakan oleh pakar perubatan tradisional sebagai  ubat menguatkan darah, memperbaiki peredaran darah, mempercepatkan keluar campak, masalah haid tidak tentu atau tidak keluar haid, lelah, batuk kokol, serta kejang otot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 06:13 PM | Show all posts
Nama Am
Kedekak
Nama saintifik  
Terminalia chebula (famili combretaceae)   


       

Maklumat am
Buah kedekak banyak digunakan dalam perubatan islam.


       

Kandungan fitokimia
Tannin (40%), glyciside (9-26%), Aglycone (1-9%).  Bahan aktif termasuk Pentagalloyl\beta-D-glucose, chebulagic acid, chebulinic acid.


       

Tindakan yang telah di dokumen
Kajian terkini menunjukkan ekstrak kedekak mempunyai kesan positif pada pesakit kardiovaskular (Yew, S.F., UKM).  Ekstrak  kedekak melegakan salur darah dan membaiki perjalanan darah.  Ia juga dikatakan baik bagi kesihatan otak.  Juga dikatakan  menyembuhkan kencing manis (Liza & Hamdan,UPM,2004)
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 11:47 PM | Show all posts

Pokok Pelembut Daging

Ari tu sy beli pokok ni kat Pasar Tani. Pakcik tu kt pokok ni daunnya utk lembutkan daging. Tapi nama betul dia pakcik tu tak tau.

Ada sesapa tau.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057336 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list